Wednesday, January 20, 2010

479: Nasik Tambah

Salam..

Aku dan seadik-beradikku yang seramai 6 orang ini sebenarnya telah diasuh (mungkin secara tak sengaja la kot) dengan jiwa tidak biasa. Tak biasa makan nasik bertambah. Bukan sebab kedekut ke hape, tapi memang masa kitorang kecit-kecit dulu, mak biasanya akan masak cukup-cukup je. Lauk kalau dah ade 3 jenis tu dah kira ok dah, kalau lebih mesti rasa tak biasa. Kalau lauk ayam, semua dah biasa akan ambik seketul je sorang walaupun takde sape pun nak tegah kalau ko amek dua ketul.

Oleh kerana dah terdidik macam tu, sampai ku masuk asrama pun tetaplah begitu. Untung woo asrama dapat penduduk macam aku ni. Nasik tak banyak, lauk pun tak komplen nak mintak banyak² - tapi kalau dapat lebih takde hal la. Hehehe.

Tahun kelima di asrama. Maksudnya aku dah tingkatan 5 la.

Di suatu petang yang hening. Masing-masing sedang berusaha pasti jaya menghabiskan hidangan makan malam dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Aku pun terbabit sama dalam aktiviti ini secara langsung. Lauk hari tu - daging masak kicap dengan sambal apetah. Takde la hebat mana pun menu, tapi gabungan keduanya ditambah pula dengan ruang legar perut yang lapang - kira sedaplah tu.

Lagi sikit nak habis. Sebenarnya nasik aku dah habis, tapi lauk ade lagi sikit. Kerling tray Kapai, dia dah siapkan portion nasik tambah. Bolehlah aku mintak sket, sebab nak abiskan lauk ni.

Kapai, bak sket nasik ko bole tak

Kapai angkat kepala. Dan lagi 4 kepala di meja yang sama serentak memutar dan mata masing-masing memandang aku penuh takjub.

Ko nak nasik? Pehal?
Ler.. nak makan la, takkan nak buat kapur kasut plak. Boleh tak?


5 pasang bijik mata yang semeja dengan aku tadi sekonyong-konyong mencerlang. Bagaikan ada cahaya yang menyinar di belakang masing-masing tanda kagum tahap teragung. Rozan pun berfatwa.

Ctah, sepanjang aku kenal ko 5 tahun ni, ini la first time aku dengau ko nak tambah nasik. Mirekel ni.

Biar betul budak-budak ni. Ye ke? Aku pun tak perasan huhu.

So bolehlah korang jadikan hari ni hari dalam sejarah hehe. Kapai, bole tak??
Ah takbleh! Nak nasik, pegi depan sane.

Alaaaa.. aku nak sikit je laaa
Ko pegi laa depan - amek la kat sane. Aku nak makan laa nasik ni

Aku malas arrr.. Nak sikit je.. bole eh eh eh

Ah takde-takde. Gi depan syuh syuh. Cepat arr aku nak tengok ko amek nasik tambah ni.
Muka sangat² eksaited ok minah ni.

Huk aloh.. Terpaksa gak laa aku bangun dan bergerak ke depan - tempat di mana terdapatnya kawah nasik khusus untuk penggemar nasik tambah macam dorang tu la. Masa tengah cedok nasik, ada budak-budak junior yang makan berdekatan dengan tempat tu tegur.

Kak Ctah, akak ke yang nak makan nasik tu?
Dah tu.. takkan nak amekkan untuk Kak Ogy
(tukang masak) plak. Wekk~
Huyooooooooo ajaibnyeee! Weh korang, Kak Ctah amek nasik tambahlah!

Nauzubillah budak-budak ni. Cepat-cepat aku amek seketol nasik dan pulang ke pangkal jalan. Dari kejauhan aku perasan kekawan semejaku siap sanggup pause makan semata nak tengok aku sambung makan dengan nasik tambah tu.

Sampai kat meja, aku letak nasik tambah tadi dalam tray.

Itu ke nasik tambah ko?
Yelah
Banyak tu je???!!
Yelah! Apsal?

Takat sesudu camtu bukan nasik tambah namanya tengeng. Baik ko amek je nasik aku tadi.

Tu sebab aku mintak tadi tapi ko kedekot nak mampos, nyusahkan aku je jalan jejauh amek nasik seketol ni hah

Buat penat aku tunggu je. Ingatkan banyak mana, bangang nye Ctah
kata Kapai sambil sepak² kaki aku.

Eh budak ni. Aku plak??? :p

Ye.. nasik tambah yang aku amek tu ade laa sebesar nasik sushi tu hah.



# Iklan untuk Lagej. Harga sebuah Lagej adalah RM20 dan kalau untuk dipos, tambahan singgit je. Jika berminat seperti aku minatkan Exists, sila drop email anda kat kutak komen n baby akan mendropkan email tentang cara pembayaran what-so-over nanti ya :) thanks uols!

34 comments:

ad3ck said...

kalau wang tambah kak nak?

achik said...

kira cam 'hari ini dalam sejarah' la bila akak amik nasi tambah ek.. ;p

masa kecik2 dulu saya x suka makan nasi.. nak suh abiskan sepinggan pun cam bercinta je.. cuba buat mihun sup, laksa.. mmg laju.. ;p

achik said...

lupa..

achik_7482@yahoo.com

Masy said...

ad3ck,
dialu-alukan. nk bg ke? hehe

achik,
tu laa heheh

ooo akak da biase je mkn nasik :)

HEMY said...

malangnya skang ni tak reti nk stop tambah dan mintak tambah..ahahahahaa!!!!

Zareda Norman said...

masy

makan nasi tambah its ok dik.. sihat gemuk saiz ko nanti.. tapi jangan sesekali jadi nasi tambah okes.. not good not good.. faham maksud akak? kalau tak faham kena berguru lebih sikit.. hehheheh

semut api said...

gua vigie... :)

(patutla makan tomyam sampai jilat pinggan)

Masy said...

anul,
weh.. mana de tambah pon skrg ni.. isk2.. petnah! :p

kak zar,
hahahahaha sy paham kak ;) mekasih atas ingatan nan tulus ikhlas tu hehe

semut api,
vegetarian la konon? ;p

aiyoh... ni lg satu petnah. sabar baby sabarrrr~

en_me said...

sodapp sushi teww..

zonaku said...

heheheheee.. aku lak kene makan apa da dlm pinggan. x leh tinggal.

kalau banyak letak, banyak la abes, kalau tidak, terasa nak tambah boleh aja....

so, camana nak diet kalau org hidang nasik penuh pinggan?????????

Masy said...

en me,
mmg sedap.. klu dpt salmon lg menyengat ehehheeh

zona,
sbb tu aku prefer ubuh sendirik nasik dlm pinggan. klu org nk letakkan gak, aku soh letak separuh je. klu letak lebih, aku paksa dia kuarkan lg separuh. hahahahahhahhaahh

GhOsToNe said...

beshnyw sushi!

aNoi said...

Jom pi lunch... org siapkn awal2 nasik tambah semangkuk utuk akak... wajib abeskan.. heheh

Masy said...

ghostone,
woo sedap2 heheh

anoi,
klu gtu akak abeskan nasik tambah jelah. nasik dlm pinggan anoi makan, bole? hahahhahha

.millalara. said...

haaa.. bagus,, senang bela akak baby ni.. hehe~

Lee Novotny said...

Tu yang best makan ngan cikki...cikki makan sikit..mak makan banyak..bolehlah mak menambah banyak banyak hahahaha **tetiba!

Masy said...

mila,
tang nasik jelah senang.. tang makanan lain tatau la senang ke tak hahaaahahh

lee,
aikkkk bukan u diet ke? takot badan jadi sofa la ape sume tu? hihihihihiih

Sierrauniform said...

mana si kapai setelah di ijabkabul terus hilang..ajaibnyaaa..

Sharif John said...

Banyaknye makan... kalah jin... hahahaha... tlong jgn babikan saya huhuhuhu

Super Nia Hana said...

arghhh...nak sushi...
skit sgt tambahnya

GRuNGe said...

Walaupun nasi tak tambah, berat badan sentiasa akan bertambah. Lalalala.

Owh, aku nak announce yang ko dah join geng remaja 3 dah.

KAMATO said...

seronok cite ni....apapun saya dah bankin utk lagej tu

Ms Minnie said...

huhuhu.. esok aku nak makan sushi juga... makan salmon.. ko ni baby ctah... saje tau..gambo tu jahat..

Masy said...

rembo,
ade kat saudi lg tp ntah senyap je.. aneh aneh~

john,
sape yg byk makan?? :p

hana,
sbb mmg nk mkn sikit je hehehhe

grunge,
lalalala ye?? nak kene lemp? :p

kamato,
mekasih ye.. alamat dah emailkan ke belum?

minnie,
aku nak gak! hahahahahahaah

yonna said...

kakak,mak ayah yonna pun tak pernah ajar suruh makan nasi tambah tp yonna selalu buat T_____________T err maksudnya kat rumah je la hahaa. nak kata nasik2 asrama tu xde lah sebab x penah duduk asrama :D

kakak.lupa nak cakap.semalam yonna sehari semalam klik nuff akak. ()*&#@$!~I(*&^%$#^@!

@xiM said...

patut lah badan selim melim..rahsianya jangan makan bertambah..:)

Masy said...

yonna,
hahahahahaha mmg makan ajar budak ni hihihii

bagosnyee.. u folo me, ai folo u back. hahaahhahahaa

axim,
alahai.. dulu selim la. sekarang setambun ehehehhe

noorlara said...

nasi tambah untuk bantu abiskan lauk yg masih bersisa tapi kalu jadik nasi tambah silap silap kene sepak hahaha

citahrudin said...

pe ntah akak nih..suka buat lawak pilu mcm tu...

Masy said...

kaknoor,
nasik tambah yg x perlu tu mmg saje laa kan hehe

citah,
akak x wat lawak pon masalahnye. nasiblah kan.. hehehehehh

Kapten Luffy said...

kalau lapar memang aku makan bertambah2

ko memang mirekel

baincardin said...

byknya nasi tambah dia! heheee...^_^'

*ajar baby main chess mmg menggalakkan! ^_^'

baincardin said...

terus follow sini! yay! ^_^

Masy said...

kapten,
klu lapar aku mkn byk la kot, tp xde la biasakan tambah2. kadang2 je..

mirekel kan? hahaha

baincardin,
hahahahaha sejemput je..

mekasih ye!