Friday, January 22, 2010

480: Prebet Sapu

Aku yakin dan percaya, hampir setiap satu dari kita di dalam populasi manusia ini pernah mendapatkan perkhidmatan prebet sapu. Prebet sapu, ada yang sebut teksi sapu. Mana-manalah. Yang penting mereka tiada kaitan dengan aktiviti tukang sapu, apatah lagi penyapu dan Azian Mazuan Sapuan.

Pertama kali aku diberi informasi tentang khidmat prebet sapu ini adalah semasa aku menetap di asrama la.. Biasalah, pengaruh rakan sebaya. Pun begitu, macam biasa - kalau aku bukak cerita, mestilah ada penyebabnya - ye tak?

Alkisah pada suatu petang yang damai. Kalau tak silap di ingatanku yang agak tajam ini, kejadian berlaku sekitar tahun 1996. Tingkatan 4. Berapa umur korang masa tu? Ha? Dah kawen????!!! Aku masa tu tak kawen lagi errrr sekarang pun belum :p Tapi tahun tu digelar honeymoon year. Sebab dah lepas PMR, dan tahun depan baru la nak SPM. Walau bagaimanapun, itu semua tiada kaitan dengan kisah prebet sapu. Saje je aku panjang-panjangkan cerita.

Di Stesen Bas Masjid Tanah. Aku, Suria dan beberapa orang rakan sedang menunggu bas Patt Hup untuk pulang ke Sg Udang tanah tumpahnya daaarahkuuu. Hanya bas ini sahaja yang menuju ke Bandar Melaka, sekaligus merentasi lokasi permastautinan ibu bapa kami. Kiranya masa tu kalau kau tak lalu Sg Udang untuk ke bandar, ko memang la hutan!

lokasi kejadian :)

Tunggu punya tunggu, bas tak timbul-timbul (ni tunggu bas ke tunggu kapal selam?). Aku yang mempunyai saki baki kesabaran masih lagi menunggu. Suria pulak dah menggelinjang nak balik sangat gayanya. Nak katakan sakit perut, tak juga. Rindu tv kot. Akhirnya puncak kesabaran Suria pun runtuh menyembah bumi.

Aku nak naek prebet sapulah. Ko nak?
Tak berani ah.
Itu pun nak takut. Kalau ko nak tunggu, tunggu ah. Aku gi cari prebet sapu jap.


Suria pun melangkah pergi. Daripada duduk di bangku tengah-tengah stesen, dia beralih ke bangku paling hujung. Port tu memang secara tak rasmi dijadikan tempat letak-dan-ambil orang. Dan itu juga port untuk penumpang-penumpang yang mahu ke KL menunggu bas ekspres. Aku hanya memerhati dari kejauhan.

Selang beberapa minit, sebuah kereta berhenti betul-betul di depan Suria. Wah, cepatlah pulak diorang ni sampai, gumam hatiku. Menyesal pulak tak ikut, kalau tak boleh aku tong-tong je dengan dia. Hmm.. Makcik yang duduk di sebelah Suria membuka pintu depan kereta tersebut, dan Suria dah tentu duduk di belakang. Oklah, dah selamat dah dia. Mataku kembali meliar memerhati bas yang tak kunjung tiba.

Tiba-tiba.

Aku terperasan ada orang duduk di sebelah aku. Laa.. ada lagi budak Suria ni?

apsal, tak jadi ke?
syhhhhh...


Suria suruh aku diam. Apsal ni? Aku dah mula cuak.
nape weh? abang tu takmo antau ko ke?
bukan
dah tu? dia tekan mahal?

bukan laaaaaaaaaaa

dahtu????


Suria terus merangkul tangan aku sambil menahan gelak. Kulit muka yang cerah dah bertukar kemerah-merahan. Apsal ni?

aku cite ni ko jangan gelak tau
laa.... tengok cite gak la, kalau kelakau takkan takmo gelak
ko jangan gelak la!!!
ishh.. tengoklah. ha, kenapa?

Selepas gelak-gelak sambil mencarut barang sebakul dua, dia menarik nafas -bercerita.

tadi kan kete tu benti depan aku. pastu makcik tu kan masuk kete tu kan? so aku kompiden laa itu prebet sapu. elok je aku tutup pintu kete tu, abang driver tu pandang aku. ko tau dia cakap ape kat aku?

Aku angkat kening. Ape?

dia cakap... 'dik, ini mak saye'.

Sorilah. Kan aku dah cakap tadi, kalau cite kelakau takkan aku takmo gelak? Maka bergemalah suara aku berdekah-dekah menggelakkan Suria. HAHAHAHAHHAHAHAHAHHA!!!!!!! Walaupun badan aku dipukul bertubi-tubi oleh Suria yang kemaluan angkara kesilapan sendiri, namun ia tetap tidak mampu meredakan ledakan lucu di perutku. Sori, aku nak gelak lagi.

HAHAHAHAHAHAHAH!!!

malu aku s*al! kata Suria sambil memukul-mukul bahu aku tanda malu. HAHAHAHAHHAHA!!

31 comments:

didi said...

muahahahahaha~ gelak sakit perut!

kesian, tapi lawak la...
cite akak xde ke? =)

joegrimjow said...

hahaha
besar malunya

HEMY said...

hahaha...mmg kenangan betul lelucon camni

Masy said...

didi,
so far takde plak cite memalukan mcm ni. nanti la nk ingat2 balik heheheh

joegrimjow,
giler2 punye hehehhehe

anul,
teringat mlm td pon rasa nk gelak kekuat hahahhah

mamarempit said...

huahuahua..100 patblas kali...

siannnn

ai@reel said...

HAHAHHAH.pagi2 ni baca entry ni boleh buat tersenyum.

achik said...

hahahahahadeh *gelak guling2*

err tp saya rasa cam x penah je naik prebet sapu.. mmm.. ke ilang ingatan? ;p

Masy said...

mamarempit,
klu cite balik kat dia ni, mau histeria agaknye hahahah

ai@reel,
sy yg penah berada di tmpt kejadian pun gelak2 lg ni hehe

achik,
hohohoohoh

klu x penah tu, x de la kot hehehhe

ezzati said...

lawak wei kwn ko...hahahah..aku baca pn gelak2 sorang kt opis ni..nk gelak kuat kang org kata apa lak..adoiii

Ms Minnie said...

hahaha.. aku membayangkan kalau la aku berada kat tempat suria.. aku mesti ada perasaan nak jadi kura-kura... huhuhu

Masy said...

ezzati,
hahahaahah rileks² jgn sampai dicop gila plak kang hehehe

kak ila,
dia nyaris² nak nyorok dlm baju aku masa tu! hahahahahah

zuwairiaiman said...

ahahhaha... xleh belah... so moral of the story ape kawan2

Rya said...

betul suria eh, bukan akak? ehehe..

Masy said...

zuwairiaiman,
moralnye.. ape2 hal tanye dulu.. hehehehe

rya,
betoi laa dia.. ari jumaat x baek wooo menipu hehe

Mak Su said...

hihihi, maksu ingat dia kena ngorat... hahahaha

saaba said...

hahahaha..leh mendatangkan kaler merah pada pipi btul la kawan akak ni...

Masy said...

maksu,
klu kene ngorat kira ok laa kan.. dpt driver free hehehehehe

adrian,
mcm2 kaler pon bole gak ;))

Zareda Norman said...

nasib baik suria tak jawab
'oh saya bakal menantu dia' hahahha

zonaku said...

aku gelak sampai kene tegur ngan bos.. ampeh tu la ko!

apa jadi kat mamat tu dah sekarang nie??????? ker dah kawen ngan suria?????????

Masy said...

kak zar,
hahahahahah tu la dia, x terpikir nak jawab camtu

zonaku,
ahahaahhahaah.

mamat tu? ntah. rasanye time tu pon da kwen kot. suria dah kawen dah, anak sorg. hehehehehehh

Jard The Great said...

entri terbaik la kak.. ehehe

oranglidi said...

keh keh! sampai wa pun segan kalau dah sampai macam tu.. hadui..

masy.. masy..

yonna said...

weh kakak! T___________________T tolong kutip isi perut ni kak oiiiiiiii OP(*&^%&$#@$! gelak mcm nak mati dah ni HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA malu sial. sumpah malu gila!!!! HAAHAHAHAHHAHAHHAHA

Kapten Luffy said...

patutnya dia jawab, "yerlah ni mak awak. ni mak mertua saya... kita kan suami isteri"

Masy said...

jard,
wah ye ke? thanksss :)

oranglidi,
lama jugeklah mmber aku ni 'puasa' x naek prebet sapu sbb malu heheheeeh ko pon segan gak ke? hahahaha

yonna,
gelak smpi bertaburan isi perot ke? ahaahhahhahahhahah sabar2

kapten,
dia da malu giler mana sempat nk pikir jawab mcm tu ikikikikiki

Anonymous said...

masy, aku gelak sampai cam nk terkencing ni beb....hahhahahaha!

hana

kingbinjai said...

aku penah dioffer oleh prebet sapu. dari bandar kinrara puchong dia offer tujuh ringgit pirahh! aku naik bas tak sampia 2 ringgit pun!

Purpleheart said...

alahai malunyeee....

Masy said...

hana,
ahahahahahah rileks2. cepat2 gi toilet :))

kingbinjai,
7 hengget tu sampai mana?

kak PH,
malu gilerrr :D

fndrocka said...

kalau jadi depn mata aku...boleh buat stok gelak satu semester bealajar kat universiti

Masy said...

fndrocka,
kitorg buat stok gelak setahun hahahahhaa