Monday, January 25, 2010

481: gua mebi tak pandai, tapi gua tak bodoh beb. so pls don't treat me like a fool.

Dalam masa beberapa minggu ni, aku perhatikan saja apa yang berlaku di sekeliling. Agaknya disangkakan aku tak perasan, tapi sebenarnya aku sangat memahami.

Aku memandang dengan perasaan. Aku memandang dengan seluruh apa yang ada padaku. Cuba tak menghakimi keadaan, tapi hati tetap gagal. Dan seterusnya apa yang tak patut dan tak perlu dirasai pun terasa juga.

Aku cuba mencari tempat. Aku teringin untuk berkongsi. Nampaknya tiada satu pun yang ada untukku. Lalu aku pun mula berbicara dalam hati. Berkata-kata sendiri dalam kesenyapan yang sebenarnya cuba juga aku elakkan.

Mungkin aku hanya sesuai dijadikan punca untuk tersenyum. Itupun jika mahu. Bila tiba aku pula yang mahukan kegembiraan, pandai-pandailah bawa diri. Aku kelihatannya sangat bahagia, sedangkan hakikatnya satu pun tiada.

Kemesraan itu ada depan mata, dekat dengan hati. Sayangnya aku bagaikan terhalang untuk merasai. Buat aku sedar di mana letaknya aku. Terima kasih. Kerana sekurang-kurangnya aku dibenarkan mendengar gelak ketawa itu di sebalik pintu walaupun tiada suara menjemput aku menikmatinya bersama.

Agaknya aku terlalu bergantung dan berharapkan kebahagiaan yang ada pada manusia. Sedangkan yang digantung dan diharapkan sedikitpun tak terlintaskan perkara yang sama.

Aku memandang dan hati pun berkecai. Dan bila mata terbuka dalam kegelapan malam, semakin aku rasa bersalah dengan diri sendiri. Yang terus-terusan membiarkan diri berkeadaan begini. Lalu dihadapanNya aku bersujud malam itu, segalanya aku ceritakan dalam derai airmata.

Ya Allah.. Ampunkan aku. Yang sentiasa mencari bahagia di tangan dan hati manusia yang tak teringinpun perkara yang sama. Maafkanlah aku yang jarang bertemuMu. Kerana aku malu meminta. Aku sangat-sangat malu menangis di hadapanMu, ya Allah. Aku selalu sedar dengan diri sendiri. Yang enggan mengaku betapa aku sangat perlukan rahmatMu tiap kali aku dalam kesedihan. Serasa aku tak layak untuk kasih sayangMu.

Hanya Kau sahaja yang tahu mengapa.

Selalu aku zahirkan perasaan dengan caraku. Sarkastik ataupun sindiran, atau berterus terang. Tapi kali ini aku pilih. Biarlah aku diamkan sahaja. Apapun, aku tidak akan berubah atau menjauh. Kerana hati ini sentiasa ada untuk yang tidak butuhkannya. Tapi biarlah..

Andai itu yang dimahukan. Andai mahu aku menjauh, itulah aku berikan. Jika ada yang bertanya, aku hanya mampu tersenyum. Kerana aku pun tak mampu berkata lagi, sedangkan jawapannya ada pada yang bertanya.

Salam sejahtera, semuanya.

28 comments:

Nur said...

salam... ini tacing.. doa pada yang Esa sentiasa tacing dan mengalirkan air mata... sb sob sob

den plak senCtip nihhh

KAKTINY said...

whatever it is.. BE STRONG.. live must go on..

Jgn putus harap dan jgn putus doa... (harapan utk mendapat bahagia yg lebih baik..)

dan kembali kepada Allah.. Dia pemutus segala sesuatu..

luv you my dear sis..

Masy said...

salam nur,
sy jarang menangis dpnNya.. malu :(

kaktiny,
mekasih kak.. luv u too *hugs*

ezzati said...

doa yang terbaik...mungkin bahagia tu belum sampai tapi ada :) ..

ai@reel said...

syadunya entry ni...

sabarlah moga apa jua dugaan dan rintangan ada hikmah disebaliknya...

Masy said...

thanks ezzati, ai@reel.. :)

dua belas said...

Salam..

ianya bukan masalah yg besar kalau kita faham situasi dan keadaan. tak ada siapa pun yang nak 'treat like a fool'.

"Mungkin aku hanya sesuai dijadikan punca untuk tersenyum". Jgn terlalu cepat membuat andaian sendiri pd sesuatu yg x pasti.

harap maklum...

achik said...

Tapi kali ini aku pilih. Biarlah aku diamkan sahaja.

saya pun pilih utk diam.

*hugs*

Masy said...

salam dua belas,
:) ape2 jelah.. thanks~

achik,
mekasih *hugs*

ymn said...

.amin.semoga mlm itu adalah pnyelesaian kpd kekusutan.

macha_sezs said...

Terkesima sejenak.

"Hanya Kau sahaja yang tahu mengapa. "

didi said...

saya faham...

ill be there always for you..chewah ;p
sorry if saya pun mengabaikan akak secara tak sedar huhu~

Masy said...

yaman,
hope so..

macha,
Dia kan Maha Mengetahui..

didi,
camne leh paham ni? isk2

takpe2.. dah biasa heheheheeh

zonaku said...

moga tabah

er... errrr... errrrr.....
ntah, x tau nk pesan apa²

ad3ck said...

ini berkisar tentang apa kak?

Masy said...

zona,
baeekkkkk...~

ad3ck,
ini berkisar ttg mesin pengisar. hohohohohho

HEMY said...

fuh....takpe2 malam ni luah segala2ya ngan aku ye babyyyyy~~~

Mak Su said...

moga terus tabah :)

Masy, all the best!

Masy said...

anul,
ah x kosek aku! hahaahahhaah

maksu,
thankss.. :)

didi said...

saya faham sebab saya kenal akak orangnye camne.. psiko tak? hahahaha~

Firol said...

masy..banyak le sabar harap apapun dapat selesai

ber_uwang said...

yang pastinya masy sentiasa dalam pandangan nya dan mendapat rahmatnya..

Zareda Norman said...

Masy

'Selalu aku zahirkan perasaan dengan caraku. Sarkastik ataupun sindiran, atau berterus terang. Tapi kali ini aku pilih. Biarlah aku diamkan sahaja. Apapun, aku tidak akan berubah atau menjauh. Kerana hati ini sentiasa ada untuk yang tidak butuhkannya. Tapi biarlah.. ' ohh sungguh tacing..

kalau kasih dan sayang itu sudah tidak dihargai lagi, tiada alasan lagi untuk terus menunggu

zino said...

tabah dan terus melangkah ke depan..

.millalara. said...

'Mungkin aku hanya sesuai dijadikan punca untuk tersenyum. Itupun jika mahu. Bila tiba aku pula yang mahukan kegembiraan, pandai-pandailah bawa diri.'

akak,, mila always feel perasaan ini juga ohh. sentap. sakit. dan luluh.

but apapun,, sy wajib syg diri sy sendirik ohh :)

Masy said...

didi,
cissss saiko giler ahahahaha

firol,
selesai dlm hati jelah nmpknye.. :)

ber_uwang,
insyaAllah.. harap2 mcm tu lah..

kak zar,
huhuhuhuh~

abah angkatku zino,
ya begitulah :)

mila,
betul2. rasa cam kebuduh-buduhan pun ade huhuhuhuhuh

Jard The Great said...

syg pada diri.......... =) suka komen mila..

akak tgh bersedih ke? huhuhu..

Masy said...

jard,
hmmmmm

camtulah. hukhuk