Wednesday, February 10, 2010

488: Blog : Antara Side Income dan Privasi

siyes siot tajuk entry gua arinie. ape senyum²? (hahahahaha)

Salam sume..

Eh sebelum aku start ape², harap sape-sape yang ade akaun Nuffnang tak tergigit lidah dengan entry aku ni. Alaa.. kalau korang tergigit, nescaya aku pun secara tak pasal-pasal akan turut terbabit. Dah aku pon Nuffnanger jugek, takkan nak bising lebih ye tak? Hihi.

Kebelakangan ni, ade beberapa blog yang dok cite pasal pendapatan Nuffnang dorang. Banyak plak tu wooo jeles plak aku secara rawak. Ni bukan jeles yang menjatuhkan ye, ni jeles yang ko rasa mau paw dorang ni sume - cam rogol bergilir-gilir la lebih kurang (ok tetibe aku tatau ape kene mengena antara paw dengan rogol. forget it). Banyak jugak tips yang mereka bagi untuk naikkan trafik (yaa manusia paling benci trafik jem kat luar tapi untuk blogger, kebanjiran trafik tahap 'hang' kat blog dorang adelah laksana kedatangan Malam Lailatul Qadar sepanjang hayat) , tips nak tingkatkan buffered earning yang sampai sekarang aku tak paham ape kesejadahnya buffered earning tu dan mungkin ini laaa sebabnye duit aku susah nau nak naik dan sebagainya.

Secara jujur, of course aku teringin nau nak buat segala maknika cara yang disarankan oleh dorang. Sape takmo duit oi! Ko giler kaa takmo dapat cek ratos² tetiap bulan cam Penyu tu ha, ataupun ribu² macam blogger-blogger glemer yang len. Mauuuuu saye mesti mauuuuu. Cuma masalahnya satu jelah.

Dalam tak sedar, kita terpaksa menggadaikan privasi. Itu jelah. Itu pon kalau ko kesah. Kebanyakan bloggers yang dapat income daripada Nuffnang ni aku tengok, blog dorang lebih pada hal-hal ringan (betul ke lelaki ni ajak ko ringan²? hahaha tetibe teringat cite Beego berlakon tu). Ringan maksud aku.. hal yang berkisar aktiviti keluarga, atau isu semasa yang biasa ataupun promo-promo barang baek kaa..

Macam blog aku ni susah sket la kot. Terlajak entry gelak² boleh diundur, terlajak entry jiwang buruk padahnya. Asal usul blog ni pon sepertimana yang korang tau (yang tak tau sile buat² tau), niat aku lebih untuk menjadikan blog aku ni sebagai kolam kumbahan kreativiti aku. Err kalau kreatiflah. Lebih kepada nak meluah perasaan, nak menulis. Dan kebanyakan benda yang aku cerita adalah tentang aku. Jarang sangatlah aku bercerita tentang hal-hal yang takde kait-mait dengan derap komando aku ni.

Bila banyak cerita tentang aku, dah tentu aku menganggap blog ni sebagai salah satu privasi aku. Satu tempat yang ko bole tengok, kalau nak gelak saing-saing dan sedih saing-saing tu bole - tapi kalau nak buat onar nanti aku hagolkan paler kat dinding. Dan dah tentu bila namanya privasi, aku anggap ia hanya untuk aku, dan mengkawan² yang aku mahu saja. Bukanlah bermaksud aku pilih kawan. Maksud aku..

Semakin aku hadkan tentang blog ni daripada orang-orang yang aku kenal, semakin luas ruang privasi untuk aku. Begitulah sebaliknya. Apa je yang aku boleh luahkan (terutamanya bila rasa tak puas ati, marah etc) kalau semua orang pun tahu blog aku? Lama-lama semua yang aku nak cerita jadi draft jelah dalam hati.

Apalah erti blog ni kalau nak tulis pun aku kene pikir pasal orang lain. Takut-takut, padahal ini kan blog aku? Patutnya bila aku nak bercakap kat sini, aku cuma kena pikir - yang tulisan aku tak boleh terlalu open memandangkan blog sekarang dah terikat dengan Akta yang pelbagai, dan yang selebihnya tu terpulang pada kepala hotakku yang besau sket je dari saiz tembikai susu.

Jap, amende aku merepek ni?

Ok la.. terpaksa gak memetik kekata Jard kat entry beliau. Jard, akak kopi sket ni, kopi susu. Hahaha.

1. Kalau duit da sampai tahap boleh 'cashout', jangan tunggu lama-lama. Cashout je la! - kata aku : ok done! Ala aku nyer tak banyak ler, RM100 je. Tu pon sangkut lagi. Lepas dah beremail dengan pihak Nuffnang, hope dah otw laa cek tu. apa?? apa??? belanja? ha?? tak dengarlah :p

2. Selalu update korang punya Blogger Profile Survey - kata aku : ok simple dimple kapadia

3. Sebelum dapat buffered earnings, pastikan korang dapat trafik dulu. Nak kena minimum 100 unique views per day. Tak kisah la trafik tuh dari Zimbabwe ke.. afrika ke.. US ke.. janji ada orang masuk blog kamu. Nak naikkan trafik sila ping blog korang kat website-website yang ramai pengunjung.. errrr.. ku pun masih belajar.. ehehe.. contoh paling bagus gengblogger.com ar.. =) -- kata aku : tang ni gua berat hati sket. berat, seberat tubuh badanku.

Tak jumpa kat mana titik temu kata-kata aku dengan kata-kata Jard eh? Jap aku pikir balik.

Yang aku faham. Semakin ramai orang masuk blog ko, makin besaulah peluang nak menaikkan ringgit-ringgit kat Nuffnang - betoi? Percayakah korang, bahawasanya aku selalu terpikir. Akan ade kemungkinan dalam beribu-ribu manusia yang berbelog itu adalah kawan kepada kengkawan aku, atau mungkin sedara kepada kekawan atau mungkin opismate kepada abang-abang aku atau jiran kepada kawan-kawan dan abang-abang aku arggghhhhhhh~

Ntahlah kenapa. Perasaan aku je kot. Aku rasa kalau aku buat semua tips yang diberikan oleh blogger-blogger sekelian, macam ade kemungkinan besau je kesejahteraan hidup aku dalam blog ni akan tergugat.

Paranoidkah aku?

Aku rasa aku ada sebab yang kukuh dan jelas, kenapa aku tak nak rerakan - tak kira laa sekolah kaa, member U kaa... apatah lagi opismet - tau pasal blog ni. Dan aku rasa Jard dah paham kenapa ;) hihih. Sangat tak seronok bila satu-satunya tempat ko berjimba secara virtual ini dikontrol oleh mata-mata mereka. Bukan aku tak percayakan kawan-kawan aku, tapi kadang-kadang di celahan insan yang ku percaya ini, pasti akan ade sekelumit dua makhluk yang memang takleh ko jadikan tempat simpan rahsia.

Aku dah pernah kene. Aku TAKNAK terkena lagi *sambil pegang poster TAKNAK*

eh aku nak kapel. poster ni tak mencerminkan sepenuhnya jiwa aku. sekian. hahaha


Secara kesimpulannya. Aku masih belum lagi mahu memperjudikan privasi blog terbuka aku ni demi mendapatkan trafik untuk menjana pendapatan sampingan gua ni. Buat masa ni laa..

Akan datang tatau lagi. Hehe. Mana la tau tetibe ade blog khas untuk Nuffnang je. Hahaha.

# sebenarnya aku syak Angah aku tau la blog ni. tapi dia tak cakap papepon. then takpelah. tapi tetap rasa tak best. korang paham tak ape aku rasa ni? isk~

42 comments:

tunbegia said...

sungguh nak kena rogol bergilir-gilir,

salamm,

ad3ck said...

Berapa earning kak sekarang? Jangan nak rahsia2! ;p.

Masy said...

tunbegia,
hahahahhah.. salam..

ad3ck,
RM100 tu laa.. nk cite pon malu huhuhuu

moment said...

sama la.. tak mau privasi hilang jugak..

cuma ku xde nufnag la..huhu

didi said...

nak gelak..pause jap..sambung sengih...pastu gelak..pastu serius..dah macam orang gile plak

*yang penting hak privasi harus dipertahankan..tu sebab bukan nama sebenar digunakan..hihi ;p

Mr PenyuBiru said...

ade beberapa perkara aku nak sentuh, tapi 1st sekali,aku rasa cam tak kena pernyataan ko ni

kebanjiran trafik tahap 'hang' kat blog dorang adelah laksana kedatangan Malam Lailatul Qadar sepanjang hayat

aku tak terrer sgt pasal agama ni, tapi membuat perbandingan antara kebanjiran trafik dengan Malam Lailatul Qadar cam tak elok jer.

maaf kalu aku tersilap.

Super Nia Hana said...

ekekekek...
watashi mmg nak privatekan dah pun

tp sementara jek,,
ada prop..psl nuffnang plak..puasa je lah..huhuhuuhuhu...

lgpun tak bleh cash out lg
ahahahaha

Jemari Seni said...

Salam... tumpang baca tumpang, tumpang gelak, tumpang senyum bole...

~0~ said...

ni wat aku nak usaha lg nie...hehehhehe

*~ aRaBeLLa ~* said...

betui la kak baby, sy pon da lama terpikir nak private blog tapi pikir balik sbb nuffnang ler..aisey..(walaupon income tak naik2)..


*p/s : dasat nye imaginasi .. =p

Masy said...

wafa,
takmo ilang privasi tp takmo ilang pendapatan gak.. camno tu huhuh

didi,
hahahahahaha

ye betul..

penyu,
:) aku bkn wat perbandingan.. tp nk tunjukkan betapa nuffnangers sume terasa besonye rahmat bila dpt byk buffered earning - kan ke Malam Lailatul Qadar tu besau rahmatnye klu kita dpt? jgn salah paham aaaa.. apepon thanks sbb mention it up :)

hana,
serba salah dibuatnye beb ehehehhe

salam jemari,
tumpang tumpang :)

~0~,
berusahalah! dgn gigih, aku tumpang tgk je hehehe

arabella,
nuffnang ni telah mengikat kita drpd nk private blog. tu sbbnye asal akak rasa nk private je, kene pk panjang2 huhuhhuhu

achik said...

setuju sangat ngan entri ni..

saya masa baru tau yg opismet [tahap rapat] & kawan2 real life saya baca, perghhh.. cuak giler.. pastu bila nak tulis entri, mesti asyik berkira-kira.. penat2 draft, sudahnya delete.. haih!

HEMY said...

kita sependapat baby...aku pn tak kisah sgt trafik msuk blog aku..apa lah guna org dok masuk skadar dok kata "hai" kat chatbox nk mintak kita visit balik..aahahaha..

semut api said...

Antara Side Income dan Privasi...yang pastinya akan berlaku kos melepas..

Masy said...

achik,
hahaha tu laaa.. tensi woooo

anul,
siyes aku x gemar sgt yg stail camtu.. i only can deal with real people with pure intention (bkn intention nk naikkan trefik hehehe)

semutapi,
kene pilih salah satu.. huhuh

Mak Su said...

uuu mak aiiii, takut maksu nak study blog masy hari ni, maklumler, maksu ni blogger otai suam2 kuku jer...uhuk uhuk, terbatuk plaks

saaba said...

stuju tanpa ditapis2 lagi..

Masy said...

maksu,
ler.. takut apsal plak maksu.. takde antu pon dlm entry sy ni... huhuhuh

adrian,
klu setuju, blanje akak ABC Fradoo. hahahhaah

oranglidi said...

wa berblog xde sebab pun. suka2.

wa x reti buat duit guna blog.

Zareda Norman said...

masy

kak zar still choose privacy.. duit ni hampas dunia aje.. *statement org kaya gitu*

blackpurple @ jowopinter said...

Nuffnang, hmmm... tak banyak dapat, tak cukup lagi kalau nak bei tayar 17" 4 bijik.

Masy said...

oranglidi,
sama laa.. sehingga kehadiran nuffnang, suka2 menjadi suka2 mau tambah $$$$$$$ hahhahaha

kak zar,
hampas dunia sy x byk kak, hehehhehehe

BP,
tu diaa cita2 tak hengat hehehee

dance4life said...

rsanya klo nak dpt 100 hit per day tu, leh wat sindri kot..tp kna 100 kali restart modem la utk tkr IP..hahaha!!!

Cath J said...

kekekkeke... adik ni terlalu byk pikir la... hehehhe...

But good 1.... ^_^

Masy said...

dance4life,
100 kali restart modem semata nk dpt 100 hit kat blog pastu 100 kali kene 'hit' dgn bdk² opis ni.. matiklah tak berbaloi hahahahhaha

cath j,
takleh tahan ar kak.. mende² ni memomoki hidup sy hahahaahhahha

thanks :)

yonna said...

kakak.nak komen panjang2 boleh? disebabkan yonna malas nak buat entry dah pasal benda mcm ni, izinkan i bermohon sembah,sembah berhajat dlm kotak komen kakak ni.

mmg kena gadaikan blog lah kalau betul nak berblog dpt duit dengan banyak sekali. lepas tu kena jatuhkan maruah dengan "hye,i klik ur nuff.klik mine back" itu mmg loser.ehhh tapi kita lain kann? kita sebab nak sakitkan hati sendiri HAHAHAHHA

lepas tu,update sehari sampai 40 kali.

entry 1: "hari ni balik perak"
entry 2 : jumpa lelaki hensem dekat R&R perak"
entry 3: balik perak,mak masak my fav dishes *dengan gambar*
entry 4 : gather dgn kawan2 sekolah *dengan gambar*
entry 5 : nak balik KL, entry bersambung..............

ok.mmg mcm cibai. selain meng-annoyingkan, dia telah meraih traffic (in case kalau blog dia femes)dengan cara kotor sekali. mmg ada manusia mcm ni. heh, kata lah utk 1 entry dia dapat 100 visitors. habis kalau 2-3 entry? tak ke menjangkau 500 visitors sehari? lepas tu entry yang memang isi dia totally O.

ada pulak sanggup scheduledkan 2-3 entry sbb kat rumah nnt takde internet (i mean dalam hari yg sama)haih.punya lah nak earning banyak weh.dulu 1 entry je. TIBA-TIBA sekarang berderet entry. ehh. tu belum berkahwin lg. esok2 dah kahwen,ada anak.15 entry kot sehari.

my god. kakak.mari kasihankan mereka.

isunya dekat sini, kau bawak masuk beribu visitors dlm blog ko, lepas tu ko merapu meraban yg entah apa2. heh, bila sekali kau emo, kau bising pulak, tak boleh lah nak cerita dekat blog. takde privacy. wtf? lepas tu kau pun bukak lah 2nd blog dgn private. hahaha. kan dah ada 2 blog.

tera kita yang biasa2 ni pun *ehem-ehem*,nak tulis pasal hati pun 40 fikir 50 kali., bukan kata soal hati je. kita nak tulis entry pasal apa sekali pun, kita sure menung byk kali? why lah these people boleh tulis without isi lepas tu dengan harapan kau beli rumah 6 tingkat hasil NN kau. huh?

habis isu NN

yonna pun kalau ikutkan blog ni utk kawan2 maya je. kalau kawan2 realiti ni bc,diorg suka sindir2 entry kita. yonna dah byk kali mkn hati,kak. jumpa je,talking about my blog.tak boleh dendiam mulut tu? entry yang emo2 je, sure tny je sape. kang aku cakap kau,kau sentap plak.so diam sudah.

bukan paranoid je kak. rasanya kita ni dah jatuh tahap trauma dah ni HAHAHHA. takpelah angah akak tau,tp dia diam. buat dia bukak segala tok nenek hikayat blog depan adik beradik akak semua? tak rase nak lempang dia laju2? :)) hahahah

biarlah kita kat tahap bawah dalam level nuffnangers pun. asalkan privacy kita ni tak berapa nak terjejas mcm org lain :) asalkan kita tahu niat asal kita berblogging sudah.

byk je cara lain tanpa mengganggu privacy kita.. kan?

syg kakak *tetiba*

oranglidi said...

ahaha..

komen yonna ni best.

Firol said...

masing2..
bagi gua tempat luahan kreativiti... nak asah penulisan..dulu ada kerja rumah karangan sekarnag dah takde..

komen Yonna best sekali..tabik gua

kiyo said...

Salam masy, ajar la cmne nak wat income gune nuffnang nih...boley ? hehehe...

Ah Fatt said...

suka komen yonna

Jard The Great said...

waa.. bnyk trafik ku dari entri neh.. ehehe.. thanks beb..

ehhh......... best komen yonna..

Masy said...

yonna,
akak baca komen yonna smlm tp smpi pagi ni pon takde idea mcmana nk reply hahahahhha.

psl nuffnang tu, mmg kdg2 akak simpati (simpati tuuu) dgn bloggers yg gigih terjah blog yg x ketahuan asal usul sbb nk dpt trafik. 'i klik urs, u klik mine'. ha'ah, lantak pi la kat situ. yg paling bangang skalik, 'i folo u, pls folo my blog'. yuhuuuuuu ko ingat ko DIVA nk suruh2 aku yg garang ni folo ko?

psl privasi, tu pon satu hal jugek. but so far, rasanya kwn2 akak yg baca xde la mbangkitkan isu dlm blog ni di luar *takot la tu aku luku paler dorg hahahaah* so far laaa... so close tatau lg.

ermm.. klu bole byk lg nk ckp, tp kang ckp lelebih org ingt akak dengkikan pendapatan sampingan dorg ni, so better me shadap skrg.

syg yonna gak! hahahah

oranglidi,
last2 ko plak takde komen hehehe

firol,
ye betul.. nk tulis cam penat, taip laju sket. letak kat blog dpt feedback cepat. hehehee

salam kiyo,
ajar? pendapatanku pon tak seberapa. sbnrnya tak reti. gi la blog jard. dia pakar dlm hal2 ni heheheh

ah fatt,
aku nk suke komen ko tp ko tade komen plaks

jard,
hehehehehhee mekasih je? ABC fradoo lg skali la hahahahahahah

Jard The Great said...

kak masy.. ABC pegaga tak mo ke? ehehehe.. lagi murah

KAMATO said...

salam, buku tu dah sampai.....tq

Masy said...

jard,
x besh ah pegaga tu.. (nmpk mcm x best la...) hahahahah demand demand :))

salam kamato,
alhamdulillah.. welkem :) sori ye lambat. huhuh

Sierrauniform said...

halahaiko nih dah tahap artis tak perlu dah nak menghanjingkan org divaless tuh..kekeke

adeke selain ko wawa n anji yang tau blog aku?hahaha buka soalan plak kat sini..tau pun bagus tak tau lagi bagoss(pilih2)

fndrocka said...

orang yang baca blog kita macam orang tu baca fikiran kita.
aku tak kisah sesetengan kawan untuk baca fikiran aku..tp sesetengah lagi aku kisah.pandai2 la kawal.

tp bila aku tulis..aku takda sebab nak sorok apa yg aku tulis tu kat sapa2.

ramai jek kawan2 aku tegur pasal apa yg aku tulis kat blog bila jumpa kat luar..informasi tu kena kontrol la.kita bagtahu apa yg kita nak org tahu..apa yg kita taknak org tahu kita kias2 sudey.

aku kisah jugak pasal visit, sebab blog ni macam tempat sosial selain fesbuk..kang takkan aku nak sosial sorg2.

nufnang aku tak main.bukan disebabkan taknak update byk2 or taknak dedahkan informasi peribadi.tapi sebab ....sebab....sebab....alamak cukuplah aku komen.kang panjang macam yonna lak.

Poyaty said...

k.masy

saya pun pny dilema yg exactly same dgn akk. sgt sama. memula x kisah sgt psl NN itu. sbb blog utk cerita apa dirasa. lps tu bc org pny income byk2 tetbe trase nk jgk. haha. lalang. lpstu bila org kt kena rajin blogwalking n klik2 i x mo pulak. haha. stakat yg bc tu kwn2 maya yg dah biasa komen, kita selesa. itu yg kite mau. bia x ramai follower asalkan kite slesa kan. eh, tumpang luahan perasaan plak. hehe

Lee Novotny said...

Noks, takyah blogging pun ramai yang paranoid so how?? Hiks....takpa... yang penting kita blogging ni untuk kepuasan diri kita..dan also semoga orang lain pun puas juga...ye lah...mak puas sebab mak buat show kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn hahaah matilaa buah berangan!

Masy said...

rembo,
mak aih.. jauh tarap aku dgn artis tuh. kecuali klu TERkawen dgn Fahrin, then maybe laa setarap hihiih

setau aku takde la. aku, anji dgn wawa je yg tau blog ko. tp klu ade yg tertau sendirik, ntah la?

fndrocka,
selagi bole kawal, mmg aku pun kawal apa yg aku tulis. kdg2 tu klu ade yg perasan entry aku cam kias2 tu, paham sendri dah la eh.. malas nk tulis direct kang ade plak yg merana hahaahah

psl bersosial, aku pun tak kisah. tak pernah pon aku maki sape yg tinggalkan jejak semata2 sbb nuffnang. cuma aku rasa kesal sket la klu org dtg blog aku berulang2 kali utk klik nuffnang je tp x baca apa yg aku tulis. penat wooo taip T_________T.

eh apsal ko berenti? kasik celen laa komen yonna tu hahahhahahah

poyaty,
mmg klu kita dok tgk org nyer nuffnang income, leh goyah woo pendirian. klu rasa x perlu side income tu, x pyhlah. klu betul2 nk target, akak rasa buat jelah blog baru yg mmg ke arah tu hehehehehhe

lee,
ade blog kaa takde blog kaa ttp paranoid eh? hahahaahah mcm sakit jiwa plak.

buat show katanya! hahaahahh

mya said...

akak rasa kebanyakan blogger sekarang dah salahkan gunakan blog sebagai tempat untuk mencari duit yang gila-gila punya.

tu yang asyik2 saya dah klik nuffnang awak. sila klik nuffnang saya. erm...

Masy said...

kak mya,
mmg kak.. kesal kdg2 tgk ketaksuban dorg ni. tp takleh nk kata ape ah.. kita tgk jelah, jgn terjebak skali sudeh.. hmmmmm