Friday, February 12, 2010

489: Kenangan Chatting Paling Jahanam


Aku tak berapa pasti sejak bila industri perchattingan mula berkembang pesat di seluruh dunia. Kalau cerita pasal komputer, aku tau la jugek. Chatting.. Kalau tak silap aku, mula² aku berchatting adalah masa kat lab komputer fakulti, tahun 1998. Sejam gua chatting tu.. tak madan dengan first timer. Hehe.

Mesti la ade macam-macam kenangan masa berchatting ye tak? Untuk aku, ada beberapa kejadian yang aku masih ingat sampai sekarang. Tapi untuk memastikan cerita aku selaras dengan tajuk di atas, maka aku memilih untuk mempersembahkan cerita yang agak-agak jahanam gak - khas buat tatapan korang. Heh.

Tahun 2001, tahun dan semester terakhir aku di UiTM. Dah tentu tak duduk dalam kolej lagi. Berdikari sepenuhnya, menyewa di tingkat 3 rumah kedai di Seksyen 7 bersama-sama 4 orang clasmet dan 2 orang budak course lain (fakulti lain jugek). Sape tau Restoran Khalifah Sek 7 lama tu? Aku dok atas tu laa dulu. Cool dowh. Asal teringat sirap je, turun bawah. Abang aku cakap, dah serupa Bangsar dah port tu masa tu. Punya la maju kawasan yang aku pilih. Hahaha.

Area itu menjadi pilihan sebab semuanya ada. Nak plot plan, ade kedai kat bawah. Fotostat, kedai makan, klinik, paling penting bus stop depan mata je. Senang nak kejau bas UiTM pagi-pagi heh. Owh.. lagi satu.. Cyber Cafe la. Budak-budak UiTM biase lepak kat CC Seksyen 2, tapi kat Seksyen 7 ni aku rasa lebih selesa, murah, banyak choice, high class bla bla bla hahah.

Ok terus kepada kisah sebenar.

Suatu hari tatkala malam bulan mengambang. Aku dan kawan-kawan pegi ke CC. Yang ujung sket, sebab CC kegemaran dah penuh :( Lepas buat perkara-perkara yang patut, chatting la pulak kan. Oleh kerana aku tak berapa reti sangat sistem kat CC tu - alkisah sebab tak biasa dan tak tahu, maka aku tak tukarlah nick name kat IRC tu. Kalau tak silap, masa tu nama yang sedia ada tu ialah Izan kot. Unisex, so takpelah.

Tak berapa lama tu, aku ditegur oleh seseorang. Pompuan. Memula malas nak layan (sebab pompuan), tapi lelama tu layanlah jugak, kesian (sebab pompuan :p).

Borak punya borak. Tetibe je dia kata.

jom main dgn i. i dah 2 hari x dapat ni.

Fuh. Automatik sejuk tangan badan aku semua. Aku baca berkali-kali demi memastikan aku tak salah baca. Giler pompuan ni. Cilakeeee *&^^**(&*#&&@^@&!$@!*#(*#$(@&#*^!@^)$@)! Ku memaki hamun dalam hati. Menggeletar siot tangan nak menaip. Pastu banyak lagi la dia merepek-repek, suma ayat horny² belaka.

Memula aku ingat nak maki je sebijik, tapi tetibe akal kancilku memberi idea lain pulak. Ko nak eh? Meh aku bagi.

bole gak. bile?

Hahahahahahaha. Kali ni aku menggigil tangan nak taip sebab takut. Takut ape tah, tapi cam takut la. Huhu. Owh. Dia balas.

pkl 10.30. i dtg amek u. u kat sek 7 kan? i tggu kat bus stop tu.

Oh Allah. Dia macam tau je aku katne. Ku pandang keliling, takde siapa yang nampak mencurigakan. Bukan apa, aku ade pengalaman chatting dengan orang yang berdekatan dengan aku. Nantilah aku cerita lenkali. Sekarang ni fokus!~

Fikir lagi. Apa nak jawab ni? Nekad.

ok. tp mcmana nak cam? u dtg dgn ape?
i bwk GTi, silver. kat bus stop eh
k. i nk u pki skirt putih. pendek. bole?
k syg. bye -log out-

Mak aih lajunye log out. Desperate betoi pompuan ni! Tak sempat aku nak soh dia braless ke ape ke HAHAHAHAAHA. Oit aku stret eh. Cuma aku nak tengok sejauh mana desperatenye minah ni. Memang dah lama tak dapat ke ape ni. Isk. Rosak mindaku yang suci.

Pukul 10 aku dah ade kat rumah. Termenung kejap depan tv, memikirkan sama ada aku nak turun ke tak. Aku cerita kat Odah. Aku rasa macam nak turun dan tengok rupabentuk minah tu. Saje je. Kemudian setelah berjaya memujuk Odah untuk temankan aku, kitorang pun turun.

Untuk memastikan tak terlepas pandang, kitorang lepak kat longkang bus stop tu, tapi badan membelakangkan jalan dan mengadap ke kedai mamak. Sambil tunggu, boleh la layan estro hehehe. Kejap-kejap aku tengok jam, sambil perati bus stop. Neves ok. Terasa macam Call Girl tengah tunggu client. Huhuhu~

10.30 malam. Sebenarnya dah terlepas beberapa minit. Aku terleka menonton bola kat estro, baru terperasan. Ku pandang bus stop. Cuma ada beberapa orang budak perempuan bertudung tengah tunggu teksi. Hmmm... Baru je aku nak alihkan pandangan, tiba-tiba sebuah kereta meluncur dengan tenang menuju ke bus stop.

Aku pandang, sambil periksa checklist dalam otak.

Kereta : Satria GTi -- check.
Kaler : silver -- check.
Lokasi : bus stop -- check.
Pemandu : perempuan skirt pendek -- tak tau sebab tak turun lagi.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki berperut boroi turun daripada kereta tersebut. Huh... lelaki la plak. Aku sambung tengok tv.

5 minit...







10 minit....







15 minit....



Aku pandang ke arah bus stop. Eh abang tadi tu ade lagi. Nampak macam menunggu, kejap-kejap pandang jam di tangan dan mata meliar memandang keliling.

Owh.. ok. Aku rasa lain macam. Aku pandang dia. Pandang ke kawasan pinggang dan ke bawah. Sambil tu, aku periksa balik checklist dalam kepala.

Outfit cadangan : skirt pendek putih (pandang abang tu) suar pendek putih. pendek yang pendek. pendek giler.


-- check! T______________________T

36 comments:

baincardin said...

Gong Xi Fa Cai!

*Mercun adalah sangat merbahaya dan Bain tak menggalakkan semua org bermain mercun. Ingatlah orang² tersayang...^_^

tunbegia said...

kenapa tak nampak pusat,

salamm,

Zareda Norman said...

hahhaa masy

tenang aje masy, bukan dirimu saja aje pengalaman chatting paling jahanam.. me too.. makcik tu siap bawak boyfren , nak threesome ler konon.. perghh... macam macam donia!!

fndrocka said...

baik punya

Masy said...

bain,
gong xi gong xi hehehe

tunbegia,
pusat terjojol kira nmpk la jugek tu hehehe

kak zar,
aiyoooooo tah pape la org2 jaman skrg ni huhuuh

fndrocka,
besarrr punya. hahahahha

oranglidi said...

jahanam punya orang.. cis.. desperate sungguh.. bingai2..

dahtu apa jadi lpas tu? die ganggu lu lagi dak?? dahla dia macam kenal lu..

"Bukan apa, aku ade pengalaman chatting dengan orang yang berdekatan dengan aku. Nantilah aku cerita lenkali."
> yang ni jangan lupa ceritakan ok?!

mya said...

errr... errr.. maksudnya gay kah?
*agak confuse di sini

~0~ said...

hahhaha..

nama dia mesti ROy kan...

Masy said...

oranglidi,
sibbaik aku x bg no tpon kat dia T__T so xde la ganggu ke ape ke hehehee

ye nanti aku buat. ko ingatkanlah eh

kak mya,
yup! gay yg boroisssss.. huwaaaa~

~0~,
hahahahahaha siot je

saypOOL rafhtello said...

jom chating ngan saya pulak..

achik said...

hahahahahampeh.. mmg jahanam betul!

err saya x penah lak ada pengalaman camtu.. tp chat ngan orang2 jahanam byk gak.. ;p

Masy said...

saipul,
ko jgn dtg jmpe akak pakai suar pendek dah laaa.. akak halau ko blk nanti hahaahaha

achik,
mmg jahanam!

biaselah.. ramai org x betul ni suke nau ckp merepek2 huhuhuhu

Jard The Great said...

ahahahahahah......... adeh....... lelaki???

biar betul.. die ingat kak pompuan atau lelaki? ahahahahaha

noor afzan said...

haha..
gile viva la..

napekah lelaki berperut boroi.
adakah dia seorang gay~?

HEMY said...

ni macam aku jumpa mamat gay la ni...demmmm...seriau..tp awal baca aku dh tau jantan

Masy said...

jard,
dia ingat akak lelaki T_________T matiklah chenta songsang huhuhu

afzan,
iya la kot. tp rasanye di kalangan gay pon mcm x laku je.. adoiii.. sadissss huhuhuuhuh

Masy said...

anul,
ko pon penah kene ke?

aku mana tau beb masa tu. aku kan suci dan naif lg. skrg ni masih suci, naif kurang sket. hahahahahh

*~ aRaBeLLa ~* said...

hahaha..yg tak bulih blah tu ko layan mankoks tuh..

s.c.h.u.l.t said...

wakakaka. agak beranilah kamu ni :)

Masy said...

arabella, schult,
errr.. sbb ingtkan mnde ni tak siyes, eh x sangke plak mangkok tu betoi2 nak T____________T sumpah x buat lg

ymn said...

aq x fhm ending citer ni .. apa yg check tu x brp paham ..hahahaha

anyway ,sy kongsikn pengalamn irc...

1 - sy sll lepak kat cenel #pantun , #anakangkat n #IPT - n jumpa "tunteja" - berkenalan and di introduce me blog . masa tu dancan.
hari2 sy baca blog dia sbb blog dia blog lesbian. at the time jerawat baru tumbuh kat muka. hahahah

2 - dr cenel #anakangkat sy jumpa pu3_salju. awek nie study kat shahputra kolej pahang.cinta online prtama sya. kirim email , gmbr tp x penah jumpa. hahahahaha

3 - masa zmn irc sya guna script pokemon..hahahahaha

saaba said...

hoh..hahahahaahah!blind date yg betul2 leh buat blind ni..

Masy said...

yaman,
laaa x paham? lemah betoi la ko ni hehehehe

dpt gmbr tp x penah jmpe? it's soo you ;))hehehehe

adrian,
buta teros bijik mata hahahhhah

zino said...

bahya tu..hehe

Ah Fatt said...

haha
giler desperate

yonna said...

sejak bila kakak masy pandai guna T___________T ni? HAHAHAH comel betul..

sebenarnya entry ni anti klimaks. sebab yonna lost.bc komen br tahu.
errr gay?

kingbinjai said...

ha ha ha ha

Firol said...

perghhh check mate...

didi said...

macam celaka. fullstop.

*nak gelak tapi cam rasa sebal gile..mana x pupus kaum lelaki cam ni?? isk.isk.isk.

didi said...

ops bukan pasal chatting akak ye yang part celaka tu..cume insan malang yang belum kembali ke angkal jalan tersebut lar..

farwalis said...

gulp...





abang roy ni. kenapa tak pakai skirt?

ai@reel said...

hahahha....


bahaya ni but mcm menarik hehehehehhe

Aimee Termizi said...

ko ni pg lyn tu bwat ape?
ntah2 die nak rompak ko ke, kalo ko bwt ngn die, die ade aids ke, sifilis ke...

Mak Su said...

fuyooo

Super Nia Hana said...

chatting cam siot camni..watashi pun penah kena..
tp kalo watashi siap bg tazkirah..sbb tak pandai nk men api sgt
uhuhuhuhuh

Masy said...

abah angkatku zino,
bahya klu kita bahyekan diri hehe

ah fatt,
mcm org gila huhu

yonna,
rasanye gay la kot. huhu

kingbinjai,
hehehehe

firol,
mmg checkmate! T_T

didi,
hahahaahhh ya paham2 :)

farwalis,
takde saiz kot hahahaahha keji2

ai@reel,
klu nk try jgn la smpi terkantoi hehe

aime,
ko ingat aku ni takde akal ke nk pegi 'buat' dia? aku ni sedo diri lagi org Islam :p bkn takot aids ke ape, takot dosa tu penting.

bengong..

maksu,
fufufufuf

superhana,
buat penat je bg tazkirah kat org2 gini.. huhuuhuh