Wednesday, February 24, 2010

492: kau cinta kosmikku, bersatu dalam ritma atmosferaku

kita mulakan dengan..

mari menggomol budak tecit yang tembam ni! dah laaa asek senyuuum je, tak banyak pangai plak tu. senang nak jaga ni. tetibe je ade rasa mau beranak jugak. jom beranak secara berjemaah! hahaahah


Cadangan untuk berjumpe dengan sengkawan zaman sebelum akhil baligh (bukan Akhil Hayy) tetibe je timbul bila dak Sara balik bercuti ke Mesia. Hmm.. kebetulan ramai gak sengkawan yang dah berjaya dikumpulkan kat fesbuk. Tapi biasalah, plan last menet. Haruslah compang camping.

Akhirnya kita wat yang mini dululah. Jumaat malam. Jumaat keliwon. Hoho. Yang betul-betul boleh datang pon just aku, Sara dengan Teddy je. Si Teddy ni dah 18 tahun aku tak jumpe ok. Giler lama. Mujurlah jarak dan waktu yang memisahkan ni taklah pulak mengakibatkan kitorang tersipah-sipah malu ke hape. Lagi haruk adelah.

Dah besau dah budak neh. Tinggi menggalah, aku saspek dia menjadikan buluh sebagai makanan ruji. Tapi kalau makan buluh, bukan ke patutnye jadi panda? Pape jelah.

Bila tengok perbezaan fizikal antara kitorang, terimbas plak kenangan zaman kekanak dulu. Dia ni cry baby dulu woo. Dah laa kedekut bekal, penakot tak hagak. Aku ingat dulu kalau dia gaduh, awal² je macam kuat, lepas kene lempang dengan aku sekali terus meraung hahahah. Semedang je kalah kalau bergaduh pun, buat perabih duit bapak dia je anto belajau taekwondo. Eh ke free je eh anak askar ni blajau? Ntah..

Dan sebab kesian kat dia laa aku, Rembo dengan Kapai gi pancitkan tayar beskal dak Zul dulu (ni aku penah cite dulu). Bukan ape, Zul tu pon satu hal suke carik gaduh. Tak makan lempang tu, keje asik nak mengadu je, menyampah aku! Tengok, kitorang ni walaupun nakal cam penyamun tapi baik hati tu. Kamilah hero yang membela nasib insan yang lemah - tak kira la ko laki ke pompan. Hahahahahahaah semangat pahlawan betoi time tu.

So malam tu bila dia nak kenekan aku je, aku kuar jelah modal menangis tu. Terus member siap tarikkan kusi nak bagi aku duduk. Makan pon share. Hahahahaa. Lawak la.

Lepas makan, dorang pakat ajak gi karaoke plak. Aduih... Masa tu dah pukul 12 malam. Ikut jelah. Hmm..

Pendekkan cite, karaokelah kat area Ampang Park sane. Jangan la tanye aku ape nama tempat tu, dah tentulah aku tak concern. Biasalah aku tempat pelik² ni tak kosek aku nak perati² sangat. Yang aku tau, dorang... errr.. kitorang berkaraoke sampai pukul 3 pagi. Giler.. Aku pon dipaksa la gak nyanyi, so aku berduet dua lagu je eh. Sekian. Takde nak nyanyi banyak². Nanti ade orang marah. Hee...~

Lepas karaoke, lepak minum plak. Ape eh nama tempat tu. Dah dekat Maju Junction tu kot. Ah lantak lah. Kepala aku dah meong dah. Gerak balik Shah Alam menjelang 4.45 pagi. Sampai umah setengah jam kendian. Lebih kurang 4 jam kemdian tersedor dari tidor dan terperasan bahawa diri sendiri sudah terlepas solat subuh T_______T (tiru yonna stail hehe).

Gambau takdek sebab Sara malas nak donlod lagi. huhu~

tamat episod pertama. aku terus ke episod kedua sebab malas nak drag queen cite ni hehe.

Episod kedua berlaku pada hari ahad berikutnya. Kali ni ade 5 orang yang hadir. Patutnye ade 7 orang tapi just 5 je dapat datang - 2 lelaki, 3 pompan. Aku tak dapat nak ajak ramai sebab short notice, pastu matiklah aku takleh recall sape yang ade kat KL, sape yang ade kat Melaka. Hadoih.. jari aku mengalami renjatan elektrik lantas keras kekejangan akibat bersms dengan dorang ni sume selama beberapa jam. Meletop-letop Samsengku itu. Hmm.

Daripada rancangan nak mandi manda, bertukar ke cycling. Bila kat tempat kejadian terus tukar jadi rancangan nak naik trem je since Rembo bawak anak yang berat cam guni beras (tapi comel nak mampossss) dan bini si Pian pon tengah sarat merandong.

Naik trem.. sampaaaii ujung skalik kat Empangan Air Kuning ke ape tah. Tapi ku tengok ijau je airnye. Nape dinamakan kuning, wallahualam. Pastu gi masuk kat Rumah 4 Musim tu. Ah korang layan jelah gambau, malas nak bebel banyak. Hehe.

Rembo yang penah beriktikad nak tukau jantina satu ketika dulu dah ade anak pon! Tapi antara dia dan M-16 memang takleh dipisahkan. Gua saspek lu beb!

Salah sorang memberku dalam ni, si Afat (aku tak biasa panggil dia gini tapi dalam ni malas nak letak nama betul) yang pon dah besau gak daripada aku seiring dengan perkembangan semasa. Masa darjah 6 dulu dia penah cakap dia suka kat aku tapi kata-kata itu ditarik semula setelah aku mengancam untuk menumbuk muka beliau. Hahahahaah. Tapi sampai sekarang kekadang dia tersasul panggil aku 'sayang'. Memang nak kene tumbuk kot budak ni :p

Sekarang musim winter sonata sebening salju. Tapi tak berasa sangat la walaupun dalam tu -2. Kat luar panas woo.. tak puas aku menyejukkan badan dalam rumah sejuk tu. Nampaknya aku agak layak untuk hidup kekal kat Korea. AGAK tu sebab aku dok pikir camne la nak idop dikelilingi babi guling (ni pengalaman Cik Bawang dulu la dia cite). Huhuh~

Last but not least :

tak tarik handbreak sampai abes kot? mengidap la budak² tu nak tunggu tuan Waja tu sampai. aduihh...

21 comments:

ber_uwang said...

kat korea ada waja ke?

erk??

Jard The Great said...

kawan2 zaman sblm akhil baligh ek........ waaa lama da tu..

tunbegia said...

sungguh menggomol,

salamm n thanx,

tunbegia said...

nasik tambah sikit,

ko ingat beranak itu sedap kah,

salamm lagi,

Mr PenyuBiru said...

insaf sekejap baca sign kat kolam ikan tu.

Last but not least :
salah sebab aku risau tinggalkan kete kat parking,takut situasi camni lah. mesti driver pompuan ni.haha

Masy said...

ber_uwang,
ntah. klu ko bawak ade la kot. hehe

jard,
ha'ah... ni sume kekawan zaman skulah rendah heheheh

tunbegia,
mmg ler beranak x sedap. tp msti lg x sedap klu laki cari org lain sbb nk anak :( tetibe je hahahahaha

penyu,
x silap aku tu ayat Quran, surah ape x pasan plak..

hahahhahahaha tatau la tu. klu lelaki, camne? haaa~

~0~ said...

yg last tue sape kiss sape???hehehhe


best jumpe kekawan lama

achik said...

bestnya bergather2.. kitorang asal gathering mesti kat kenduri kawen.. asal kenduri kawen mesti gathering.. ;p

err kat opis saya tgh musim mengandung secara berjemaah.. dah la due cam lebih kurang sama je.. ekeke..

saypOOL rafhtello said...

sudah akil baligh la ni..haha

Masy said...

~0~,
yg depan kiss yg blkg. curam sbnrnye parking tu, kene tarik hbreak smpi terik baru ok huhu

best best

achik,
sama laaa kite.. cuma nk dptkan yg sekolah rendah ni susah sket la hehehehhe

saypool,
uiksssss mesti arrr :p hahahah

Mak Su said...

veranak berjemaah? ahaks... mcm kat sepital bunyiknyer.

takut tgk gambar bercium yang last tu, trauma nanti tu, sohih

HEMY said...

aku rela jadi budak tu..mari la gomol aku...

wahh..bukit cerakah tgh musim salji..ingat time aku ke sana

Masy said...

maksu,
hahahahhha

tuan punya kete kedua2nya bakalan trauma. hehe

anul,
gedik ko eh..

ayuh gi lagi!

dance4life said...

i nk tkr tempat dgn budak tecit yang tembam tu, boleh?

Ah Fatt said...

eh ada member ko nama afat ek
suka ko plak tu
haha

Masy said...

dance4life,
boleh, sanggup ke? ;p

ah fatt,
ha'ah la..
hahahahah ko jgn nk join dia plak kapten! hahahah

Super Nia Hana said...

siap ajak beranak secara jemaah.
muahahhaa.....

eh..ikan tu gerak dlm secara pusaran arrr...

zino said...

salam hujung minggu..

Masy said...

hana,
mari mari cik adik hihihi

pusaran sejajar namanya. hhehe

salam hujung minggu abah angkat :)

Sierrauniform said...

seb baik la tak jadi tukau jantina hahaha, cepat gak la aku insaf time tuh..

verfy word aku ni kuar surot apeke hal?
tunggu orang melaka kawen la bleh gather ramai kott..

Masy said...

rembo,
hahahahaha kalau tak, ammar yusuf kuar dr perot sape la gaknye :)

bole bole.. doa2lah ye hehe