Tuesday, March 16, 2010

500: Kisah Anggota Badan Yang Terletak di Atas Kepala

Ya, Wikipedia menamakan rambut sebagai anggota badan. Klik sini kalau rasa aku kelentong korang - Rambut itu Hair.

(eh kalau camtu, orang botak boleh guna tak parking OKU?)

sebelum :)

Sepertimana yang aku dah ceritakan dalam entry mana tah, aku baru je potong rambut. So far, hanya Wafa dan Adrian sahaja rakan blogger yang dah tengok camne keadaannya bila aku berambut pendek (Anne dengan Kak Ila tu tak payah masuk list la :p). Dan dua-dua terkejut macaca nemestrina bila aku dah potong neh. Yelah daripada panjang nyaris menyampai ke pinggang (nyaris ye.. tak sampai pun), sekarang ni cecah bahu je.

Aku kalau nak potong, memang takde istilah 'trim sket je kak', 'potong suku inci je kak'. Takde maknenye. Sama je kena charge RM18 walau ko potong 1 cm, baik potong pendek terus.

Masa kekecik dulu, aku tak pernah merasa pun nak simpan rambut panjang. Mak aku tak suka la. Pantang tengok rambut aku memanjang sket, mesti miang je tangan beliau capai gunting huhu. Kalau tak pun, dia bagi RM5 soh aku pegi kedai gunting rambut. Yang heran tu, kalau anak orang lain rambut panjang, suke plak dia nak belek². Hangin betul aku. Rasa nak cabut² je rambut budak-budak tu.

Dah besar. Dah masuk asrama.

Serah je kepala pada Kapai. Makcik tu suka la main eksperimen ketung rambut orang. Aku pun jadi biasa, setahun 2 kali aku ngulur kepala kat dia. Mudah, pantas dan tuntas.

Teringat pulak masa nak dekat² SPM. Petang, nak dekat maghrib dah. Aku berjalan ke surau, nak siap-siap cop tempat mandi pastu nak sedia untuk solat maghrib. Ternampak Kapai tengah mengerjakan rambut Aline. Aku raba rambut sendiri, hmmm... macam dah sampai tempoh matang untuk dipotong je ni cik hadek rambut.

Kapai! pasni aku eh
oi oi lepas ni aku, kata Liana
ooo.. ok lah. after* eh.
orait

*zaman asrama dulu memang slalu guna 'after' ni. kira macam cop la. ia mewakili kata² "lepas ko, aku". pendekkan jadi 'after' je. amacam, urban tak asrama kitorang? hahahahaha

Lepas solat maghrib, aku tengok proses pemendekan rambut Liana pun hampir tamat. Oh ye. Kali ni Kapai bereksperimen untuk mengGQkan rambut.

selepas :D hahahah

Dua orang sebelum tu kira trial la, huduh! Nasib dorang la kan. Hahaha. Tapi bila sampai turn aku, Kapai semakin menjiwai skill lantas berjaya menghasilkan potongan yang mantap. Sibbaik. Kalau tak, malam tu jugak aku ketung rambut dia masa dia tidur kasik jahanam. Tak kira la member ke tak member. Hutang rambut dibayar rambut jua. Qisas kalau ikut hukum Islam. Eh tetibe rindu nak belajar Syariah macam dulu² :(

Balik umah ujung minggu, aku cuak² jugak kot la mak abah aku marah ke. Namun seperti biasa la, sangkaan mesti melecet punye. Dorang sikit punye happy la tengok penampilan rambut aku. Berbeza pulak dengan Abang Nan - yang kebetulan balik kampung T_____T Dia memang anti gila kalau aku potong rambut. So.. masa aku berselisih dengan dia kat hall, dia bertanya dengan tambahan ekspresi muka berkerutan,

ni apehal potong rambut camni? nak jadik jantan?

Tu dia. Langsung takde bagi salam. Cubalah dakap sket bahu aku ka, usap rambut ka - ini main terjah je. Haha. Err.. aku nampak la dia tak suka. Apa nak jawab ni? Takkan nak kata 'aaa ternampak member orang buat kekah potong rambut, tu yang join tu'. Apa kau gila??

Makanya aku bagi jawapan selamat.

rimaslah rambut panjang, orang nak SPM ni takmo pikir pasal rambut

Tu dia lagi. Macamlah selama ni ko ade pikir pasal rambut ko kan Baby Olivia Mira Edora? :p Kuaser sangat! Dah bagi jawapan macam tu, beliau pun berlalu. Namun begitu, sempat pula memberikan amaran berbunyi,

lepas ni jangan nak ngada² potong rambut camni. ko buat lagi, siap la ko

Hamboih. Kasih sayang terhadap rambut adik lebih tinggikah daripada kasih sayang terhadap adik itu sendiri? Keji keji. Hehe. Aku diam jelah, walaupun biasenya aku akan menjawab gurau². Agaknya kalau aku jawab 'siap nak gi mana?' masa tu, apelah natijahnya ye?

current haircut. lebih kuranglah. takde la macam jantan kot?

24 comments:

eddie dewanaga said...

rambut pendek lagi senang nak urus kot.. gua pernah berambut panjang, dengan conditioner lagi, dengan santan lagi... siap ada hair dryer, last-last dryer tu gua buat keringkan kucing gua lepas mandi...

achik said...

rambut saya dulu mmg sentiasa pesen 'selepas' tu.. ;p

saaba said...

terkejut dgn begitu hebat sekali..

Masy said...

eddie,
mmg pun. tp gua xmo dah pendek sgt, rimas gak sbb xleh nk ikat. pendek cam skrg ni ok la..

achik,
fuhhh tu diaaa hehehehhe

adrian,
sibbaik tak melompat tinggi2 ye haahahahaha

Firol said...

lagi pendek lagi senang..gi kedai gunting mintak 1...macam britney spear

*~ aRaBeLLa ~* said...

jarang simpan rambut panjang bese pendek paras bahu..senang nak jaga..kalo panjang rase panas aa..


kitorang pon penah guna istilah after tu kat umah sewa mase study dulu..tapi turn mandi..umah kitorang 16 orang kalo tak guna sistem giliran mau berperang dlm umah tu..

zonaku said...

hehhehee.. maka ku x kasik aku rambut pjg sbb kulit aku sensitif.

tp penah la cecah pinggang ms PMR, dpt jer result, nk msk sekolah, aku kasik tahap pendek atas bahu...

tp 18 mahal aaarrrr.. aku carik y seploh jer.... tu y jarang ptg rambut. ptg taraf bahu, tgu sampai nk cecah pinggang br ptg lagi

hehehehhehehheeeeeee


*ni pun rs cam panjang*

Zareda Norman said...

kali pertama dan kali terakhir berambut panjang adalah masa nak nikah.. lepas tu zasss pendek ala ala ikat ekor kuda jer.. senang nak mandi wajib dik.. wakakakaka

yonna said...

kakak pakai tudung jugak yang paling manis.

ok dah komen. bai!

Masy said...

firol,
hahahah gua takmo lelaki potongkan rambut gua, kecuali abg2 saje

arabella,
akak ni klu ikotkan nk je pi potong cepat2 bila da panjang tu, tp malas. malas punye malas tau2 dah panjang berjela. hehehehe

zona,
cecah pinggang tuuuu.. huhuhuuhuhu

kat sini xde yg seploh hengget, 18 tu laa yg paling murah so far. huhuh

kak zar,
hahahahahahahahaa yelah sy rasa nanti da kawen pon xde nye rambut panjang. melainkan klu asben x kasik potong (errr jgn la mcm tu huhu)

yonna,
mmg pun. ok thanks. hahahaha

ymn said...

1 - ak urus rmbut dlm RM40++

2 - ak kepingan nak rmbt pnjg mcm rocker tp .. apakan daya ... 44 jenis kegatalan akn dtg ..

3- MMS gmbr rmbut pendek leh..heheheh

tunbegia said...

akak masy yang jelita,

salamm,

10tonmind said...

wa mase kecik2 je la rambot panjang smpai pinggang hehehe...ni pon sbb bapak wa rock, sampai wa pon di rock kannye hehehe

ape kate lu try botakkan kepale lu,pasti post gambo lu kat blog

Masy said...

yaman,
1. perghh tu dia
2. hahahha
3. tak kuase :p

tunbegia,
salam.. mekasih2 :)

10tonmind,
perghhhh bkn main lg eh

org pompan mana leh botakkan kepala, dosa la. pastu nk tayang kat blog plak. berdabel2 dosa gua. huhuhu

Sierrauniform said...

kelasss abg ko sounddd...!hahahaa..kalo aku nampak adik btine aku potong rambut pendek gitu pun kekdahnya nak menjamah bahasa2 puitis aku la tu..

bkn syg rambut sayang sang adik tu laaa kan ke perempuan cantik yang comelll kalo dah pendek gq! huh berpusing 180darjah anak mata tau

~0~ said...

sungguh sexy....hahahha

Masy said...

rembo,
hahahahhaha yelah eh. takpe, nk rasa je hehe

~0~,
celah mana plak yg seksi tu hahaha

Mak Su said...

jeles ngk rambut model2 tu, mengancam.

masa kat hostel, maksu was a barber... ;)

Marjina said...

La ni hangattttttt giler...elok le kerat rambut tu... kasik air ventilation sket dkt kepala..

Masy said...

maksu,
tu lah kan, cantek. sy suke yg 1st tu :) waaaa pasni bole la hulur kepala kat maksu plak hehheehe

marjina,
tau takpe :D

sil said...

1st time bukak blog ni.
haha. lawak betul la entri rambut ni. rambut pon bole jadi topik hangat rupenye ;D

Masy said...

sil,
oooo selamat dtg :)

bkn takat rambut je. kicap pon penah jadi topik hangat kat sini ehhehehe

semut api said...

blond jugak?

Masy said...

semutapi,
taklah.. masih kekal hitam selagi belum tua :)