Friday, March 19, 2010

502: gemuk-kurus, dan pengumuman penting

Mesti ramai yang menyangka, hanya orang gemuk je yang tertekan sebab orang dok kutuk² kami (kami????????) opss salah, dorang gemuk. Trivia hari ini - tahukah anda bahawasanya orang kurus juga turun tertekan kerana dikutuk akibat kekurusan mereka?

Sebagai objek bernyawa yang berpengaman luas dan pernah merasai bagaimana rasanya menjadi kurus dan dicerca (tipu la sampai kena cerca), sajelah aku nak bercerita.

Kalau orang gemuk tertekan dikeji kerana menyimpan koleksi babat dan tisu adipos sebanyak 15 layer di tubuh mereka, malah diberi gelaran yang memalukan seperti:

- badak
- gajah
- paus biru
- tong dram
- lori simen
- model obesiti terlampau,

ha lagi satu, JUMBO JET.

sedarlah bahawa si kurus yang tidak mempunyai simpanan tetap berbentuk lemak di badan mereka jua amat malu pabila kondisi badan mereka disamakan dengan :

- gitar kapuk
- jerangkung dalam lemari
- model rangka kat lab
- anorexia nervosa
- ranting kayu
- rakyat Afrika yang kebuluran

kerangka ayam kat pasar malam pon ade gak orang sebut

dan lain-lain lagi.

Zaman berat badan aku 41kg dengan ketinggian 157cm dulu, penat gak la telinga aku ni mendengar orang kutuk pasal aku kurus nau katanya. Dah tu, pernah terjadi ke sprinter skolah kat mana-mana bawak berat badan 80kg?? Kira normal la tu berat tubuh atlet. Huh. Dari aku sekolah rendah sampai la masuk UiTM (hoh nampak sangat lepas tu aku membesar bagai Johannesburg), macam-macam orang cakap. Tapi ntah la, aku tak kisah pun. Dengki la tu.

Masa aku darjah 5. Kebetulan masa tu musim angin bertiup dengan kelajuannya yang boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara. Blok baru ni plak dekat dengan padang, lagi laaa feel tercampak rasanya. Tetibe je cikgu English kitorang yang serius 6 jam sehari (jam lain aku tak tengok sebab dah balik umah :p) memandang aku dengan serius seraya berkata :
Masy, pegang kerusi tu kuat²

Muka dia serius ok. Serius giler. Oleh kerana sebelum tu dia telah melempang aku (beberapa hari selepas kot, lupe dah), aku pun pegang le kepala kerusi yang aku duduk masa tu. Dah tu, takkan nak pergi pegang kepala kerusi cikgu tu plak kan?

Kendian cikgu tu sambung :

takut awak terbang keluar ikut tingkap, angin kuat ni.

Pastu dia gelakkan aku. Siot je kan dia? Siot sangat sampai aku rasa nak biarkan diri aku terbang ditiup angin, dan aku akan terbang ke arah dia lantas menggoncang kepalanya kuat². Hahaha.

Tu satu hal.

Masuk skolah menengah. Form 5. Sebelum kejadian hina-hina ni, Kapai pernah bagitau pasal classmate kitorang yang sorang ni. Bukan apa, rupanya dia ni dalam diam sangatlah adore pada aku. Aku yang tengeng camni pon ade orang adore rupenye, sadis. Dia respek la katanya, sebab tengok aku cam tak study pon tapi bila exam, result lagi power daripada orang yang pulun. Dia kata la. I tak agree pun. Pastu katanya lagi, selama 2 tahun dia kenal aku, tak pernah sekali dia kecik ati dengan aku. Siyes meh???? Tak cukup jahat rupanya aku ni. HAHAHAAHAHAH.

Tak lama lepas tu, akhirnya aku berjaya (berjaya??) membuat dia kecik ati. Heh.

Ni sume pasal gemuk-kurus la ni! Dia ni... Senang aku cakaplah, dak Kok Long ni (Kak Long senornya, saje aku suke panggil dia Kok Long) badan cam cabi cabi la. Cabi tau bukan Babi. Chubby la. Punya la determine nak kurus, dia siap amek sumting like Herbalife (tapi bukan Herbalife laaa) untuk kurus. Ratus² tu mende tu. Kagum aku camne la dia ade duit nak beli mende ni sume. Lantak dia la kan.

Then satu tengahari tu masa lunch kat asrama, ntah apsal keluar cite pasal gemuk-kurus ni. Tak kisahlah. Sekonyong² je dia keluar kenyataan seperti berikut :

ala.. kurus-kurus sangat pun nak buat ape, bukannya cantek pun. badan cam Along ni la baru sedap (ntah ape yang sedap tah :p)

Perghhh sentap ok. Sebab dalam ramai-ramai kat situ, aku laa yang terpaling kurus. Mengata aku la tu. Brengsek loh. Takpe takpe.. menten cool. Sambil menyuap nasik ke mulut mongelku ini, aku menjawab dengan tenang :

kalau gemuk tapi asik saket je baik tak payah. kurus tak cantek pun takpe, janji sihat. makan banyak pon orang tak sindir.. (sambil mengunyah 40 kali)

Hah. Member terus sentap. Makan laju-laju pastu terus blah. HAHAHAHAHAHA. 2 tahun tak kecik ati dengan aku eh? Sekarang sudah kecik ati bukan? Gud.

******************
Ok la kekawan. Nak bagitau. Pengumuman pengumuman siapa yang mau bantu tolong aku kasihani aku tolong carikan diriku kekasih hatiku siapa yang mau .

Insyaallah jika Allah panjangkan umur, isnin depan (22hb Mac 2010), aku dan rakan seopis beserta Mr Sivaji sebagai penaja utama akan pergi mengerjakan / menunaikan ibadah Umrah hingga 3 April 2010. Flite ari isnin tu pukul 10.25 pagi, aku akan ade kat KLIA insyaallah 3 jam sebelum. Kiralah sendiri. Hehe. Kot kalau ade sape nak jumpa aku pada hari kejadian, marilah. Kalau tak sempat kat KLIA, bolehlah kejar aku kat Singapura. Dari Singapura kami akan berlepas pukul 12.45 tengahari. Hohohoh. Macam artis pulak pesanan ni.

Sape² nak kirim barang, tak dapek la den nak nulong, takat kirim salam kaaa kirim doa kaaa insyaallah aku usahakan. Hehe.

Makanya blog ini akan tershadap hingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Aku tak akan menggunakan pembantu-pembantu untuk mengapdet blog ni sebab macam tak best plak. Dan aku pun tak buat sebarang scheduled entries sebab tak sempat tu satu hal, lagi satu sebab tak bestlah. Aku rasa tak syok.

Aku tak siap ape lagi ni T_____________________T

1. blom packing lagi
2. blom convert duit lagi sebab takde duit opsss
3. checklist barang ntah mana pegi tah, nak kene tulis balik
4. buku umrah pon tak abes baca lagi T__________________________________T

Huhuhuuuhu. Maafkan aku andai ada yang terasa, sama ada aku sengaja atau tidak. Doakan aku. Selamat pergi dan balik. Take care everybody!

Love me when I'm gone..


# ada orang pesan doa : doakan bukak hati awak utk kawin dgn saya..dua kali pesan plak tu. Hm~

25 comments:

~0~ said...

tahniah kak...

semoga semua selamat...



Kurus ke gemuk....ape aku peduli...hahhahah

Mr PenyuBiru said...

wow! bestnyer dapat pergi umrah free. pepehal semoga ko selamat pergi & balik dan selamat menjalankan ibadah umrah dgn sempurna. kalu ko ziarah makam nabi, sampaikan salam aku yer.

p/s : nnt naik flight,pasang seat belt kuat² yer takut ko terbang plak nnt.hihi..

achik said...

wah bestnya.. semoga selamat pergi & balik dan selamat menjalankan ibadah umrah dgn sempurna.. err bukan saja nak kopipes ayat penyu, mmg nak ucap camtu.. hehe.. :)

ymn said...

save journey.

pB said...

moga selamat pergi dan kembali ....

Masy said...

~0~,
tahniah? heheheheh thanks~

ye betul.. yg penting happy hahaha

penyu,
insyaallah.. sibbaik ko x pesan fridge magnet, pheewww~

p/s: tu dulu la... skrg xde nye hahahha

achik,
hahahah mekasih achik :)

yaman,
orait.. thanks :)

kak pB,
mekasih kak... insyaallah...

Mak Su said...

alhamdulillah, tahniah masy.... jaga diri baik2 kat sana dan all the best :)

Masy said...

maksu,
mekasih2 :)

zonaku said...

hehhehee....... aku dah pesan2 n sampaikan salam2 aku kan..... kalau teringat jer la.. kalau x, x per, asalkan selamat ko buat ibadah n sihat n selamat balik dah ler...

assalamualaikum!

semut api said...

kirim salam dengan Junjungan besar....

~reenbabe :: Love Me Or Hate Me said...

Tahniah Masy...semoga dimudahkan segala urusan di tanah suci nanti.
Kirim doa : Nak kurus sebelum umur 40 tahun...bleyy??? Hiks!

Luffy said...

ko lg kurus dr aku kan
jd aku kira maintain lg ler

oranglidi said...

wow!!! atlet tuu

Sierrauniform said...

salamat beribadah auntie masy dari Muhd Ammar Yusuf sefamili~

moment said...

kakak..
semua selamat semuanya.. =D

gonna miss u..huhu

Marjina said...

Kak masy,
mmg betul..kurus pun kena kutuk gak..kita senasib~

rya said...

ya Allah..
betul kak pasal akak cakap tu.
ada orang asik mengata sy kurus macamla dia berisi sangat2. apa ntah sy penah buat salah kat dia sampai takde benda lain dah dia nak cakap bila tang sy ni.

selamat beribadah kak. selamat pergi & pulang.

10tonmind said...

gemok ke kurus ke...same je...tetap manusiakan...

Super Nia Hana said...

wah..moga dapat keberkatan berganda-ganda..

nak watashi aminkan doa org tu tak?
hikssss

k.e.r.i. said...

aku kategori mana?
tengah-tengah kan?
*ngee*

@xiM said...

selamat pergi dan selamat pulang ok..take care.

tunbegia said...

moga selamat pergi dan kembali,

miss u oredi maa,

salamm,

suara said...

Salam masy...
Alahai... kak su terlambat tahu. Kalau tak boleh kak su kongsikan beberapa tips tempat doa mustajab yg kak su dapat masa buat umrah dulu. Tapi rasanya pasti ada ramai yg dah berikan tips panjang lebar utk masy. InsyaAllah. Moga mendapat umrah mabrur di sana nanti...

Masy pergi dgn travel agen mana ye?

Zareda Norman said...

semoga dah balik dengan selamatnya... dan semoga semuanya dipermudahkan. Rindunya dengan Kaabah.. daoakn kak zar dapat pergi lagi untuk menunaikan haji pulak

Masy said...

zona,
aku sampaikan semua salam yg org pesan tp x mention nama. xleh nk mention, nanti kang ade yg tertinggal kesian plak. aku sampaikan secara umum jelah (ayat skema). hehe

semut api,
ya sudah disampaikan :)

reenbabe,
HAHAHAHAHAHHA ramai org kirim doa nk kurus weh! tp segan gua nak mintak - "Ya Allah.. kuruskanlah kami semua". adoyaiii malu aku nak mintak!

luffy,
ye ke aku kurus dr ko? wah!

oranglidi,
satu ketika dulu laa.. skrg ni tidak lg. hahaha

rembo,
thankssss muah2

wafa,
alhamdulillah semua selamat :) thanksss

marjina,
alaa klu ikutkan semua mende bole jadi bahan kutukan. wat tatau je :)

rya,
sbb dia gemuk, tu la dia dengki tgk org kurus. hihihihih

10tonmind,
ye betul..

hana,
insyaallah..

isk jgn! :p

keri,
ko dlm kategori ketumpatan sederhana hehehe

axim,
mekasih axim :)

tunbegia,
mekasih2

salam kak su,
tu lah.. tp alhamdulillah ade yg dpt pegi. sesak sgt org T_______T

dgn Zahafiz :)

kak zar,
insyaallah ade rejeki akak nanti :)