Friday, April 09, 2010

505: Hikayat di Madinah II

Beza waktu antara Arab Saudi dan Malaysia adalah 5 jam ye rerakan. Malaysia 5 jam cepat daripada sana. Contoh kalau kat Malaysia pukul 8 pagi, kat sana pukul 3 pagi. So kalau anda sms saye kat sane pukul 8.30 pagi waktu Mesia, saye tengah tidur nyenyak masa tu (pandang yang berkenaan sambil gigit bibir tande ape pon tatau hehe).

Tapi takpe. Kat sana waktu subuhnya awal sejam daripada waktu kita di tanahair. Biasanya kami sebilik bangun pagi pukul 4.00 pagi, siap² dan pukul 4.30 pagi dah gerak ke masjid. Boleh cari saf depan sikit, buat solat sunat apa yang patut. Nak mengaji pun boleh kalau rajin. Cuma nak berfesbuk je takleh hahaha.

door no 25, women's area, Masjid Nabawi

Seingat aku, seawal hari kedua/ ketiga, hidung aku dah start berdarah. Takde la sampai keluar melimpah ruah atau memancut² macam pili bomba pecah ke ape, cumanya bila aku rasa idung tak selesa - pastu jemari mula mengurek, ade la darah. Aku tak korek ganas² ok, manje je aku korek. Waktu pagi dengan malam memang agak seksa sebab rasa perit sangat. Kalau tak korek, darah tu akan berkumpul beramai² dan mengeras, terus la rasa idong cam keras jugek. So.. nak tak nak, kena buat operasi bersihkan longkang jugek setiap saat. Huhu.

Cite pasal masalah komunikasi pulak.

Masalah bahasa hanya akan anda alami tatkala nak berborak dengan orang sebelah kat masjidlah (itu pun kalau orang sebelah ko bukan orang Melayu ler). Cam aku aritu, rugilah tak dapat nak borak. Guna bahasa isyarat jelah cam orang bisu huhuh. Tu laaah dulu time ustaz ajau bahse arab, kuar kelas kata gi toilet tapi sebenarnye gi bli stok goreng pisang untuk member². Hehehe.

Masalah bahasa kalau setakat dengan peniaga insyaallah takde. Hampir semua kedai yang aku pergi semasa kat sini, tuannya pandai cakap bahasa melayu. Tak la sampai fasih, tapi berguna laa untuk ko yang nak bargain ka apa. Yang terer english susah sket la nak jumpa. Bole sket² tu kira dah ok la tu. Hah teringat plak masa temankan Kak Bebola Ikan survey kamus untuk anak dia. Ada satu kedai ni, penjualnye memang tak reti bahasa inggeris. Sebut 'dictionary' dia ingatkan kitorang cari Al-Quran tafsir T______________T punyelah takde kene mengena. Puas aku pikir apelaaaa kamus dalam bahse arab. Akhirnya.

Sama laaa. Kamus jugek. Cuma bahasa arab ejaannye Qamus. Hadoih.

Masjid Qiblatain. one of my favourite pic. sizzling hot! (both weather and pic. hehe)

Ermm.. satu lagi nak ingatkan. Ni bukan je apply masa gi wat umrah tapi dah tentulah bila kita pergi travel mana-mana. Jangan laaa pegi sorang even kedai tu dekat je - melainkan kalau ko rasa berani sangat. Aku rasa better janganlah walaupun ko berani. Di Arab Saudi ni walaupun dorang Islam macam kita², jangan sangka air yang tenang tiada buaya ganas. Heh. Kalau nak naik public transport, make sure lelaki masuk dulu dan lelaki juga keluar kemudian. Pernah jadi dulu la, perempuan masuk dulu - pastu dilarikan dek pak Arab. Kalau rasa nak balik Mesia lagi, hati-hati ye.

bergambar menghadap Jabal Uhud (muka Mr Sivaji aku mekap sket hahaha). kat belakang, makam para syuhada' yang terkorban semasa Perang Uhud. Alfatihah~


Apa lagi nak cerita eh? Oh. Pengalaman nak masuk ke Raudhah. Aku rasa ramai kot dah tau apekah Raudhah atau dalam bahasa melayunya Taman Syurga itu. Kawasan tu ada dalam Masjid Nabawi, salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Kiranya.. kalau berdoa, kompem makbullah. Insyaallah, moga-moga.

Lagi sekali, kalau ko lelaki, amatlah bertuahnya kamu sekelian T__T sebab kawasan tu amatlah terhad untuk perempuan. Kalau orang lelaki boleh masuk area Raudhah tu sesuka hati mak bapak mereka, orang pompuan pulak bergantung pada suka hati mak bapak...opsss bukan. Suka ati cik polis dalam tu lah. Exact time aku pon tak sure bila yang dibuka untuk perempuan. Ala kalau bukak pun, ade laa dalam dua tiang je ruang untuk perempuan berbanding enam tiang untuk lelaki. Errr camne nak explain pasal tiang ni? Ah later lah.

men's area. takde security check pon T__T sebab tu la lapang tenang je. huh.

Untuk aku sendiri, dapat masuk dua kali je, itu pun dah nyaris terbunuh pada percubaan kedua T____T Aku tak paham la ape ke nerakanye (read : what the hell) betoi orang Arab nyer pangai nih (matiklah mencarot lepas balik Umroh huhu). Dorang ni suke bergasak ok, main himpit bertolak² ni sume. Kalau kat konsert ke aku bole la terima, ini dalam masjid pon nak berasak macam hape. Ko tu hari² ada kat sini, bagi can laaa orang yang bayar tiket ribu² sekali seumur idop ni nak masuk Raudhah. Eh hangin lagi bila aku kenangkan. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~

So aku hanya dapat berdoa sambil mengalir airmata pada kali pertama jejak kat Raudhah, kali kedua dah takleh nak feel. Aku tengah nak solat duduk ni baru start pon polis dah cuit² suruh bangun. Biadap sangat! Aku doa ko mati cepat kang baru tau (ok ni kata² bila dah sampai Mesia, kat sane takdelah aku pikir macam tu). Makanya salam anda semua pada junjungan besar, Rasulullah S.A.W sudah aku sampaikan (Raudhah dengan Makam Nabi seblah² je). Dan fahamilah anda kini kenapa aku takleh nak sebut nama uols sorang² T__T

Selain daripada Bukit Magnet (dan tempat-tempat lain yang aku cam malas nak recall - nanti kang panjang plak karangan ni), kitorang dapat rejeki terpijak plak masa kat sana. Ini rancangan yang takde dalam jadual, iaitu pegi melawat muzium. Heh. Aku kan suke muzium! Yeahoo!!

at the muzium. pose tawaduk je. nak pose lelebih kang ustaz cakap ape plak.

Muzium yang aku tatau ape nama beliau ni letaknye betul² kat bawah Masjid Nabawi. Ye.. kene turun lif baru sampai. Dan muzium ni tak dibuka untuk public. Camne kitorang leh dapat masuk? Sebab member Mr Boss yang ikut serta gi umrah ni ada member yang keje kat situ. Makanya lepas solat zohor, yang berminat dah berjanji nak kumpul kat toilet no 1. Macam nak mati aku carik, siap tawaf keliling Masjid Nabawi T____T rupanya dekat je dengan tempat aku mula² keluar tadi. Cis cis cis.

Ekcely ade 3 buah muzium kat dalam tuh. Tapi hanya satu je yang dibenarkan masuk memandangkan kitorang pon last menet notice. Yang lagi dua tu kene ada surat kebenaran segala baru leh masuk. Takpelah. Dapat masuk satu ni pon dah besau rahmat ye. Heh. Dibawa menonton video dan melawat di dalam muzium oleh seorang pelajar kita yang belajar di sana. Satu unibersiti dengan anak Tok Pah :D heheh.

Nanti aku sambung cerita kat Mekah pulak.

13 comments:

~0~ said...

serious ku rasa dengki..hahahha

bila aku boleh ke sana

KAKTINY said...

itu ko kata pose 'tawaduk' dik??.. oklah, kaktiny terima seredhanya.. hahahaha....

Masy said...

~0~,
ala jgn la dengki hehehe.. insyaallah ade rejeki ko gi sana. niat tu penting beb. dah ade niat, nanti Allah mudahkan jln nk ke sana :)

kaktiny,
huahahahahahahahahah klu tak tawaduk, telekung dah bertukar, kaki dah angkat seblah dah tu kak hihi

HEMY said...

mana ni..aku tunggu ni..pose lompat angkat kaki can nabila ni....

Mr PenyuBiru said...

ko sampaikan tak salam aku tu? terima kasih berbanyak yer.

Masy said...

anul,
aku xde de amek stail lompat2 kat sane. org sane bkn bole ko buat camtu, aku lenggang sket pon pandang mcm hape je uhuhuhu

penyu,
ya udah.. sesama hehe (btw aku x jmpe pon fridge magnet kat sane. hihihihi)

Mr PenyuBiru said...

orang kat sana tak pakai fridge kut.hehe..

zonaku said...

hehehhe.... terima kasih...
aku x tau pun ada muzium bawah tu.... tapi aku sangat minat ngan haram captor tu....

ada gak aku dpt snap sebijik kat masjidil haram

Lee Novotny said...

MasyaAllah..makam syuhada' Perang uhud...kalau mak ke sana sahs ah terus menitiskan air mata.... insaf yaamatz pulak dah.... tapi fasal uols cakap jantan Arab larikan pompuan tu betoi kaaa??? Aiyyooo mak kalau pose pose cikki tetiba ada janz Arab hansuari larikan mak..mak pasrah jah *ops matilaaaa terus tak insaf balik! :P

Masy said...

penyu,
fridge ade tp dorg x minat kot fridge magnet hehehe (aku cari gak kot ade bentuk kurma tp takde huhu)

zona,
pic 1st tu eh? ;)

lee,
masa ustaz tu bcerita mmg genang2 gakla airmata, insof kejap. huhuhu.

psl larikan tu mg betul uols. ekcely ade cite lain psl pompuan mesia yg ilang dilarikan orang arab, nanti i cite dlm next entry :) haii... u nk pose2 cikki make sure pki burqa kasik tunjuk mata je baru dorg x pasan hahahahahha

achik said...

bestnya..

moment said...

sy mau pegi jugak!!

Masy said...

achik,
best best :)

wafa,
ayuh pergi! :)