Wednesday, April 14, 2010

507: Hikayat di Mekah

Aku cerita ikut suke je ni. Takde flow. Layan jelah eh?

Depan Masjidil Haram, dah feel-feel London dah ni. Hahaha. Tapi spot ni memang akan kotor menjelang petang. Orang Arab suka makan merata-rata, dan tinggalkan sampah merata-rata jua. Rugi aku tak snap pic sampah sarap yang dorang letak selambe abah dorang masa kat airport Jeddah. Giler ah ding dong.


Macam aku pernah umpatkan dalam entry-entry sebelum ni tentang perangai Arab yang menyakitkan hati. Aku terpaksa mengaku la.. bukan senang nak tahan diri daripada marah - errr aku la. Aku kan pantang kalau orang kuang hajau ni. Nak je aku heret dorang yang kuang hajau ni pastu benam-benam dalam padang pasir. Heyyyy.. tapi bak kata Mr Sivaji, nasib baik laa ni Tanah Haram, kalau ni Tanah Halal dah ramai jadi arwah. Huhu~Takpe. Ni satgi lah aku cite.

Aku tunjuk pic la eh.
Dua-dua pic di tempat yang sama - Jabal Rahmah. Ala.. tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa lepas dorang diusir dari syurga. Ni spot orang berdoa mintak jodoh. Aaa.. ok laa aku pon doa menda yang sama. Aku tak sebut nama sape-sape pun. Cuma aku doa, kalaulah apa yang aku suka sekarang sebenarnya tak elok untuk aku, buangkanlah je perasaan tu daripada hati kami yang berkenaan ni - dan tenangkan hati kitorang nanti.

Huhuhuhu~

Ladang Unta. Ingat senang aku nak posing senyum lebau dengan bau yang menosok ke lobang yidong time tu. Fuh.. mencabar minda namun alhamdulillah aku berjaya! Aaa.. takde derr aksi lumpat-lumpat kerana aku mengontrol hensem sepanjang berada di sana. Hohoh.

Di Masjid Hudaibiyah untuk miqat Umrah yang terakhir. Yang kat belakang tu masjid asalnye lah. Kat seblah kaler putih (if korang notice), itulah yang baru.

Ingat aritu aku ade sebut pasal orang Arab melarikan orang kita? Salah sorang yang kena itu adelah kawan makcik yang tudung cekelat tu. Kawan dia asalnya nak duduk berehat je dalam Masjidil Haram tu - dan dia terus hilang sampai sekarang tak ketemu lagi. Dah lebih 20 tahun kejadian tu berlaku walaupun dah diripot pada pihak pulis Arab dan dorang pun tolong carikan jugek. Imagine kawan dia tu ilang masa umurnye lebih muda daripada aku, sekarang dah tua tapi tak jumpe jugek T____T

Satu lagi. Ni pesanan daripada Tabung Haji juga pasal keselamatan diri. Even pegi kedai pun silalah jaga diri dan kawan anda jua. Sebab kedai-kedai dorang ni ade bilik rahsia ok. Kalau dia berkenan kat ko, alamat disambaunye masuk bilik resia tu. Dem dem dem. Masa kat Mekah kitorang skodeng gak nak tau mana bilik resianya. Apa yang kitorang dapat tengok pon, bilik simpanan barang-barang dorang yang letaknya kat atas siling kedai. Tu kalau korang kene heret naik atas pastu jerit, tatau arr ade orang dengar ke tak. Jadi kekawan yang bakal mengerjakan Umrah. Plis plis plis do take care of yourself. Serius ni. Nampak, aku tak senyum ni? :D Eh tersengih plak.

Oh ye. Kat Mekah juge ade Arab yang usha. Kali ni anak pemilik hotel yang aku duduk tu la. Ekcely aku pon tatau ntah yang mana satu tah. Aku tengok sume cam bangla je.. takkan pemilik hotel tu bangla kot? Al kisah satu hari tu masa aku turun nak gi jalan-jalan kot, tetibe je pakcik sorang ni tegur.

haaa yang ni la
haa? tercengang bangang la kejap aku ni
nak, ni pakcik nak bagitau ni..

Bla bla bla. Ok Arab berkenaan mintak tolong pakcik tu kawtim dengan aku voleh? T___T Tiap-tiap hari pulak tu dok tanye. Kuase tau. Aku dah geleng sejak hari pertama pakcik tu bagitau, pon mau tanye lagi ke? Huhu. Kot laaa encik haji yang sorang tu ke yang tanya, boleh laa aku lari jap pi Masjidil Haram buat solat istikharah.

tak pun macam ni la.. pakcik cuba letak hantaran 30k, kalau dia ok korang bincang la. amacam?
aikkkkkkkk.. bincang mendenya. Saye takmo laaaa pakcikkkk

T___T

Mekah under construction. Kalau kat sini, kompem bunyik haruk kan? Kat sana takde pun. Pelik gak tuh camne dorang buat tah. Tapi bukanlah sampai senyap sunyi.. cumanya pencemaran bunyi tu kuranglah.

Pencemaran bunyi paling banyak yang diorang buat ialah... bunyik hon. Berenti kete nak hon, nak gerak pon hon, nampak orang nak hon, tak gerak-gerak pun hon - sume benda guna hon la pendek kata. Signal tu takmo plak dorang guna. Hon bertubi-tubi tu boleh bikin sakit jiwa sebenarnya. Tapi kan.. ala... buat tatau jelah huhu.
Kedai kat bawah hotel. Ha satu lagi, dorang memang akan menggunakan perkataan 'biji' ke atas semua barang. Walaupun baju kaa kain kaa, semuanya dibantai 'sebijik'. Sebijik kain. Sebijik tudung. Sebijik kupiah. Sebijik sejadah. Sebijik selipar. Sebijik aiskrim. Sebijik teh susu. Sebijik kurma. Ok yang ni betul.

Masa kat Muzium. Err ni muzium kat Mekah pulak tau. Kat belakang baby tu adelah pintu Masjid Nabawi. Besar bukan. Yaa... memang besarr.. Besarrr punya.

Aku tatau dah nak cite ape ni. Tadi rasa macam ade banyak je, sekarang dah lupe plak. So... sampai sini jelah pengalaman aku mengerjakan umrah ye rerakan. Kalau ade soklan, silekan tanye jangan shame-shame. Kalau aku leh jawab, aku jawablah. Kalau tatau, aku jawab gak. Hehehe.

:)

14 comments:

achik said...

giler ah main kidnap2 camtu.. menakutkan..

didi said...

xde soalan..nak tgk gambar2 je..hehe ;))

Masy said...

achik,
so pengajarannye jgn le berani sgt wpon tgk keadaan keliling cam ok, tp better berhati2 ye.. sbnrnye klu kita tgk mmg xde ape nk ditakutkan, akak pun rasa selesa klu nk jalan sorg. tp ttp kene beringat..

didi,
ok sile2 hehe

Mak Su said...

sentiasa prihatin dan jaga diri, tq masy untuk peringatan ni.

KAKTINY said...

terkujat unta tu tgk ko ber 'peace' baby oii.. hihihi..

Mr PenyuBiru said...

nampaknya market saham ko tinggi kat sana.hehe

Masy said...

maksu,
sekadar mengingatkan je :) welkem2..

kaktiny,
hehehehehhe

penyu,
amacam, bole celen pendapatan nuffnang ko tak? hahahahhah

HEMY said...

gambar kedua pestime nmpk ko senyum macam tu..tp..tapi..arghh..tak tahan..kena ckap gak..

cam unta tu lak ko senyum

larriiiii~~~~~

*~ aRaBeLLa ~* said...

pesal orang Arab despret sampai cengitu sekali...heh cuak dibuatnye siap de bilik rahsia bagai..

Masy said...

anul,
wah nk kondem aku nmpkkk.. takpe2 bg can laaa pengantin baru :p

arabella,
tatau ar... nafsu unta kot. huhuhuuhuh

ElyaElmo said...

best nyee..teringin nak gi :(

Masy said...

elya,
akak pon teringin nk gi swiss ;) hehehheeheh

Zareda Norman said...

masa kak zar pi tahun 2006 dulu semua saing anak dara akak sorang je mak dara vogue. Tapi kat mekah memang menakutkan, pak arab ni memang agresif saja jer nak pegang pegang tangan kita dan nak usha usha. Palng akak suka kebab sayur kat simpang 3 tu, agaknya dah tak de kerana pembangunan kemanalah mamat kebab yang hensem tu berniaga sekarang..

Masy said...

kak zar,
betul laa.. mmg dorg tu gatal2 huuhuhuuh takotttt