Wednesday, May 12, 2010

521: Ikhlas Tapi Tak Dekat

Apabila yang paling dekat itulah yang paling jauh. Bukankah itu satu keadaan yang agak meruntun perasaan dan menyedihkan. Menyedihkan bukan kerana jarak. Menyedihkan kerana terjarak. Yang jauh pula serasa bagaikan di sisi. Pun menyedihkan. Pun bukan menyedihkan kerana jarak, tetapi terjarak. Membuatkan aku tercari juga, apa agaknya cela yang dibuat dek aku ini sampai begini jadinya?

Hey kepiluan, boleh tak blah jauh-jauh? Aku dah laa tak sihat ni T___T


Banyak perkara yang dikesalkan. Tapi sebagai manusia biasa, aku pun tak boleh nak mengelak untuk berbuat perkara yang aku paling kesal dan cuba elakkan, walaupun sedaya upaya telah aku cuba untuk menolaknya. Apa yang termampu, aku berdoa moga Allah senantiasa mengampunkan. Dan menunjukkan jalan. Dan sentiasa memandang aku dengan kasih sayangNya.

Kerana dah tentu tanpa itu semua, aku kini entah ke mana-mana halanya :(

Tenangkanlah hatiku ya Allah. Moga tanpa keredhaan manusia pun aku mampu terus bernafas tenang. Tidur dengan lena. Dan bangun dengan ceria. Moga tanpa pandangan mata mereka itu pun aku tetap menjadi aku yang dulu. Dan semoga apa yang baik padaku dikekalkan dalam keadaan begitu.

Berkatkanlah apa yang ada padaku, jauhkan segala yang tidak daripadaku. Ditambah yang elok, dijauhkan yang buruk. Dan semoga umurku sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayatmu, sentiasa. Kurniakanlah aku hati yang besar dan bersih, yang sentiasa mampu menerima ujian dan rahmatmu dengan sabar. InsyaAllah..

Aku doakan juga perkara yang sama untuk kamu, semua :)


#alfatihah untuk abang opismate aku yang kembali ke rahmatullah petang semalam kerana kanser darah. arwah pernah tolong belikan dan pasangkan juge bateri kete aku yang penah out dulu, dan antar kitorang ke airport. moga rohnya dicucuri rahmat, insyaAllah...~

27 comments:

ber_u_wang said...

al fatiha buat yang telah pergi.. kita pasti menyusul kemudian nanti

Jard The Great said...

al-fatihah

Masy said...

ber_u_wang, jard,
tu lah eh.. time kita tatau lg tu.. huhuuhuh

alfatihah...

achik said...

amin ya rabbal a'lamin.. saya aminkan doa akak..

al-fatihah..

KAKTINY said...

tak siapa hantar sirih junjung mohon kepada Allah utk dpt 'kesusahan dan terhimpit dgn permasalahan'.. namun.. sbg manusia yg dianugerahkan akal, hati dan iman.. gunakan sebaiknya..

Letakkan akal di depan perasaan..

Cubaan dan dugaan.. takkan putus selagi kita bergelar INSAN..


Al-Fatihah kpd arwah..

Masy said...

achik,
amiinnnn :)

kak tiny,
betul tu kak.. apepon moga hidup kita semua diberkati Allah sntiasa, insyaallah...

alfatihah~

didi said...

amin~
semoga termakbul doa akak dan saya pun dapat tempias yg baik2 ;))

Sierrauniform said...

insyaallah akan termakbul suatu hari nanti..jangan putus berdoa..

Masy said...

didi,
yaaa insyaallah ye :)

rembo,
insyaallah :)

*~ aRaBeLLa ~* said...

al-fatihah..
semoga dijauhkan perkara yg buruk-buruk berlaku kat kita..aminn

Mak Su said...

salam ziarah masy, sempat nyorok-nyorok mai sini sat...take care

Masy said...

arabella,
alfatihah jgk~

insyaallah la eh...

maksu,
hehehehe bz eh maksu? mekasih ye sudi singgah :)

Jantan Keparat said...

alfatihah...

HEMY said...

ya allah..tmbhkn umur masy..kurangkan lemaknya..amiiinnn

tunbegia said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatiha wat abang opismate ko,

salamm,

psst: cantik gambo icity tuh, kehh ;-P

Masy said...

jantan keparat (wah nama, ekstrimnye),
alfatihah.. mekasih..

anul,
AMIIIINNNNNN YA RABBAL ALAMIIIINNNNN *sambil merenung anul dgn tajam hahahha*

salam tun,
mekasih..

ehem.. tgk la sape posing heehehe

Erina Asmawani said...

alfatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..huhu.sayu bace entry akak kali nih..

* join renung tajam kat hemy*

Masy said...

erina,
insyaallah ye.. aikk jgn sedih hehe

*mari mari hahhahahah*

farwalis said...

alfatihah..

errr..nanti g broga jom!!

Yunus Badawi said...

al-fatihah. Bila seseorg tu dah tiada baru kita terkenang kebaikannya. Harap bila kita dah tiada org lain pula kenang kebaikan kita.

Masy said...

caki,
alfatihah...~

aaa nk nk nk!!!! jgn lupe bwk kamera best2 :)

YB,
harap2 macam tu laaa ye huhu~

NONIE ABDUL AZIZ said...

al-fatihah..memula nak komen baik-baik jer tetiba terus tersembur coklat smarties bila baca komen Anul kekekeke

Rara said...

semoga roh nya dicucuri rahmat dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Masy said...

kak nonie,
thanks..

hahahhaha toksah dilayan dia tu. tp ok gak klu akak nk aminkan doa dia. heheh

rara,
amin... insyaallah ye..~

Firol said...

semoga tenang di sana

noor afzan said...

Al Fatihah buat abang officemates kamu..=)

Masy said...

firol,
insyaallah..

afzan,
mekasih.. :)