Monday, May 17, 2010

523: Bronkitis? Biar betuk?

Sabtu lepas sebelum menemankan mak aku pergi mesyuarat, terlebih dahulu mak aku kena temankan aku pergi klinik hehe. Oleh kerana desakan rerakan dan kakak ipau serta mak aku sendiri supaya aku pegi klinik dan buat fully check-up, ok laa ok laaaa.. aku pegi laa. Tu pun lepas mak call dan bagitau aku yang dia dah buat appointment dengan doktor. Mekasih la bunda, susah² je heheh.

Lepas X-ray, katanya ok. Sume clear. Tapi doktor keep on mentioning about bronkitis yang membuatkan aku tertanya dalam hati 'takkan la aku ade bronkitis kot??'. Kalau betul, nape dia tak sajeskan aku pi spital ke ape kan kan kan. Yang pasti, katanya aku belum menyampai ke asthma lagi la. Jauuuh lagi bak kata beliau. Gud². Tak teringin pun nak ade penyakit sesak² camni. Huhuh.

hmm.. ok je ni, takde ape pon - Doktor Mika *tetibe

So untuk menclearkan minda tentang bronkitis ni, aku gugel la kejap ni ha.

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

  • Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)

  • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

  • Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.


Apakah yang menyebabkan Bronkitis?

Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.


Gejala yang perlu diberi perhatian

Bronkitis Akut

Bronkitis kronik

  • Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada
  • Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F)
  • Sakit tekak
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Penyebab utamanya ialah merokok
  • Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
  • Sukar bernafas dan terasa sesak dada
  • Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)


Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis?

  • Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.

  • Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.

  • Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.

  • Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.


Pengurusan sendiri

Penjagaan sendiri untuk penyakit Bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.

  • Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.

  • Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.

  • Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa


Ubat Untuk Merawat Bronkitis

Doktor anda mungkin:

  • Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
  • Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
  • Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota)


Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:

  • Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).

  • Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.

  • Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.

sumber : http://www.infosihat.gov.my

Tatau la tu aku dalam kategori mana. Kalau ikutkan simptom, hanya dua simptom pertama dalam senarai Bronkitis Akut tu je yang aku ada. Sakit tekak tu akan rasa kalau aku makan makanan berminyak dalam keadaan sekarang ni. Yang lain tu takde pun.

So... sekarang yang aku nak tau. Ada ke aku kena berpantang makan makanan tertentu? Kalau ikutkan logik, rasanya apa je makanan yang boleh menambahkan batuk tu yang aku tak boleh nak sentuh. Yang lain tu tataulah. Hmm...

Ok la. Mau sarapan sekarang.


# ekcely ni kali kedua doktor sebut perkataan bronkitis pada aku. 1st masa 1998, sekarang ni sebut lagi. apekaahh....~

21 comments:

tunbegia said...

biar betik la akak..

salamm senin,

tunbegia said...

me 1st kah? kahhh

Masy said...

tun,
takmo sebut betik nanti kang wafa terasa plak hehehehe

ye.. sudah tau bertanya pula :p

didi said...

wahh bijak la doktor tu ;)

ha, pantang je la..x rugi pun..utamakan kesihatan ye..

*semoga cepat sembuh. ni mesti berpunca akibat drpd ketiduran di upis tu lelama tuh ;p

Super Nia Hana said...

rawat sebelum melarat..
jgn COPD dah la...

Masy said...

didi,
sbb tu dia jadi doktel heheehehhe

tu lah. pantang bermula... SEKARANG~

hana,
sedang memakan obat :) thanks..

farwalis said...

ingatkan bronkitis tu menuuuu harian. heheh

Masy said...

caki,
hang ingat brokoli kaa hahahaaha

KAKTINY said...

brongkitis tak tau..
brokoli + buncis akak tau.. campur ngan fish ball dan cendawan.. buat sup.. layanzzzz... sedap oo...
sesuai dijadikan menu utk org yg kena brongkitis... kehkehkeh...

Masy said...

kaktiny,
sy pon klu sebut bronkitis dok terbayang brokoli. hehehhehehhehe

noorlara said...

alahai adik hakak, tu le paseinye suke berembon kot kot, apapun semoga cepat semboh dan terus nakal dan baik dan nakal dan baik hahaha

Jantan Keparat said...

nauzubillah..
moga cepat smbuh!

Masy said...

kak noor,
skrg ni dah jarang sgt berembunnye kak :)

hahahahaha pesanan xleh blah betul akakku ini. tp thanksss :)

JK,
mekasih ye.. :)

Mak Su said...

jaga diri bebaik ya masy, ikutilah rawatan yang disyorkan dengan sebaik2nya... maksu ni dah mula alami simptom sesak nafas dan terasa berat nak berudara.... huhuhuhu

ymn said...

jaga kesihataan ..

p/s "kerengsaan" 1st time aku dengar

Masy said...

maksu,
baikk... maksu pon jaga kesihatan gak.. bahye tu klu sesak2 napas ni huhu

yaman,
baik tuan..

aikkk xkan ko x penah dgr iklan bedak bayi dok sebut 'mengelakkan kerengsaan kulit'. isk2..

KAMATO said...

Apa pun ikut arahan doktor, cuma kita yng boleh jaga diri kita sendiri

nina~syazna said...

tumpang lalu lalang...

mamai said...

kadang-kadang doktor juga terlupa

Firol said...

sudut kesihatan dalam paper minggu patut tulis macam ni simple je..

Masy said...

kamato,
doktor pon x bagi arahan pape hehe. takpe, kita folo yg dlm tips ni pon ok kot :)

kak nina,
sile sile sile :)

mamai,
biaselah.. kata pun manusia biasa kan..

firol,
klu simple sgt nanti tak cukup satu muka surat hehehehe