Friday, May 21, 2010

525: Double Confession


Rasa bersalah menerjang mindaku bila membaca entry Anul ni tadi. Sorry laaa Nunul sebab secara tak langsung, ko diberi amaran sebab kegagalan aku menghadiri tayangan The Descent 2 kat Cineplex tu. Sorry haaaa.. Aku sangat kesal gak sebenarnya sebab rasanya ini pertama kali aku reject selepas aku setuju nak pegi T_____T Walaupun sebenarnya aku dah dapat geng untuk temankan aku, serius masa tu mood nak tengok wayang jatuh merundum sampai ke tapak kaki.

Lain kali kalau dapat tiket free, jangan serik eh ajak aku T_____T demmm rasa bersalah dengan ko, dengan member aku yang dah setuju tu pon. Hadoihhhh~

Kena la belanja ABC Fradoo kalau gini eh? Hahahaha.

********

Dalam beberapa minggu ni, aku selalu pulak mimpi lepas solat subuh. Ok la terpaksa la mengaku habit aku yang errr bukan suka, tapi dah terbiasa - tidor lepas solat subuh. Hehe. Aku dah biase le masa kecik-kecik kan liat nak bangun solat subuh, mesti mak ataupun abah akan pujuk "bangun semayang kejap je.. 5 minit je, pastu tido la balik". So sampai sekarang la aku macam ni HAHAHAHAH. Dah berlaki sok takleh la nak meneruskan ritual hidup macam ni kan? Huhu.


Ok kembali kepada cerita sebenar.

Ada beberapa perkara yang aku mimpi masa tu, jadi kenyataan pada siang di hari yang sama. Berturut-turut pulak tu. Contohnya, masa aku mimpi ada orang ajak tengok movie dan memang dalam movie tu kitorang pegi kat tempat yang tak dikenali pun.. dah siap beli popcorn per sume pastu ting!!!!! Bunyi alarm T___T. Yang menariknya, tengahari tu aku dapat sms daripada orang yang aku mimpi tu - "jom tgk muvi". Aku terus amek EL halfday. HAHAHAHA.

Lepas tu, aku mimpi orang lama itu datang tumpang tidur kat umah aku. Paginya pulak, tetibe dia YM aku. Hehe. Lagi. Aku mimpi kawanku yang keja kat Riyadh tu datang dan bawak aku jalan-jalan. Guess what, siangnya aku dapat mesej kat FB daripada dia - dia ajak aku pegi Pulau Redang next week!

Coincidence kaaa ataupun sebenarnya aku terlalu fikirkan hal diorang ni, tatau la. Takde la fikir sangat pun. Atau adekah kemungkinan pemikiran kita sesama manusia boleh berhubung di dalam minda di bawah sedar. Perghh ape aku cakap ni pon aku macam tak berapa faham. Heh. Ada orang kata, kalau kita mimpikan orang tu - maksudnya yang di sana tengah rindukan kita. Tapi secara logiknya, kalau dia yang rindu, apsal kita plak yang mimpi???? Patutnya dia laa mimpi, kan kan kan.

Tapi.

Dua hari lepas, aku mimpi pergi konsert Saleem Iklim tu. Malangnya sampai hari ni, takde plak sape-sape wakil Saleem yang call aku dan kata nak bagi tiket konsert beliau kat aku. Eh, Saleem ade nak buat konsert ke?

Huh.

22 comments:

tunbegia said...

sungguh rajin gi konsert,

salamm jumaat,

Mr PenyuBiru said...

saleem tgh carik penaja.kalu boleh nak ditaja oleh rokok salem.hehe

hemy cakap takkan belanje abc fradoo je kut.hehe

achik said...

uish, EL terus.. sape yg ajak tu? ehem.. ;p

Masy said...

salam tun,
smpi dlm mimpi pon pegi hahahhhaa

penyu,
aku pon rasa camtu laa.. ko sbg rakan senegeri tak support ka? heheh

achik,
member :)

HEMY said...

betul tu penyu..takkan fradoo je kot...geli2 takde??bini jauh ni...ahahahaha

PnConfused said...

cetttt... geli2 lah sgt....




errr... pas kawen pun buleh tido blk...




provided, kita tak berada di umah kite mahupun mentua kite....






errr.... dan ko tak kena mandi sblm solat.....





hahahahahahhahahahahahah.....

Masy said...

anul,
ko pegi la claim geli2 tu kat penyu. ahahahaha

pnconfused,
hahahaahahhaha siott je. tp klu mandi sblm solat, lps solat bole tdo balik kan? ke.. kene bjaga gak? huehehehehheheheh

*nak tdo nak tdoooo

Zareda Norman said...

dik
cuba lepas subuh tu ko mimpi peti ais dua pintu ker kereta BMW E6 ke atau sopping meraban ke London ke.. manalah tahu kot kot ada jutawan internet nak bagi, boleh gak akak tupang tempiasnya... hehehheh

yonna said...

same lah kite akak T__T lepas subuh je tido. time tu baru rasa feel tido utk kelawar mcm yonna ni T______________________T

fidde said...

mimpi tu terbalik. kesimpulannya, Saleem mana ada nak buat konsert pon. hihi

Masy said...

kak zar,
klu laaa bole pilih2 mimpi, sy nk mimpi fahrin je doplohpatjam HAHAHAHHAHAHAHA

yonna,
klu tak tdo lps subuh tu, mmg rasa ngantok je T__T teruk laa pangai camni eh. huhuhu

fidde,
mana laaa tau kaaaannnn :)

r@tn@ said...

takut nk tdo balik lps subuhhhh..nnt ade antu datang kacauuu ㅜㅜ

Ms Minnie said...

ada la saleem buat konsert... kat dalam mimpi ko... hahhaahahah

Masy said...

ratna,
amboiiiiii.... ade modal lain x nk bg akak berjaga lepas subuh selain tu? hehehee

kak ila,
tau takpeee hahahaha

r@tn@ said...

hehe..kisah benar benaran la kak massy..kalo tido balik lps subuh mesti kene kacau ngn antoooo..:((:(( taktau naper

KAKTINY said...

haish.. anak dara... anak dara!!... TIDO BALIK LEPAS SUBUH!!.. apa nak jadi nih??.. tu yang rezeki lambat masuk tuh... bawakla pegi pasar ker.. masak breakfast ker.. kemas rumah ker.. ini tidak.. tido tido tido... mahal sangat la waktu tido tu... sayang sangat la katil tu nk ditinggalkan... kang terlantar terus atas katil tuh, tido tak leh bangun2 kt dalam spital.. hah.. baru padan muka...

(ayat psikastik seorang ibu kepada anak dara dia "SATU MASA DULUU"...)

- sekarang diperturunkan ayat tu kat KO.. kahkahkah!!!....

Sierrauniform said...

aku pon masih lagi tidor lepas suboh smpai sekang..hadeh habit giler, tu pasal tak kaya2 kot..jom ubah..

meo188 said...

mimpi jodoh nak samapi kot

zonaku said...

geli2 tu apa?????? tanya aku secara innocent pada kawan aku satu masa dulu...........




ayat kaktiny sangat menakutkan!

errrrrrr aku mimpi ................ pnKompius tau dah ler

aku nk g konsert lagi kalau ada seat n x yah dok bawah ketiak orang! n lps aku dpt vaccination!

k.e.r.i. said...

aku tidur tak bermimpi.kosong.
ouh, adakah hidup aku kosong?

kakLuna said...

tadi ko isi minyak, mungkin nama Bangla tu Saleem

Masy said...

ratna,
aiseyyyy... mintak2 laa jgn jadi kat akak T____T

kaktiny,
ni musti bebel2 smbil cekak pinggang ni hahahahhaha

rembo,
tu laaa.... camno ni? tdo lps subuh adelah tdo tpaling best skali hahaah

meo188,
oo ade kaitan ke? hehehe

keri,
mungkin jugek. kesiannye...

kakluna,
takde plak bangla kat stesen minyak tu. mebi tokeynye nama Saleem kot?