Monday, May 24, 2010

526: sabtu yang best

oleh kerana paha sendiri giler hot, terus beliau terbakar walaupun dikelilingi air. demm~

Dalam sebulan dua ni kot, aku rasa cam betul-betul lone ranger. Haha (gelak tanpa sebab yang kukuh). Bila aku rasa jumlah kawan dah merosot tanpa sebab – terutamanya.. aaa.. malas la nak elaborate lelebih nanti kang tercakap pulak benda yang tak sepatutnya – agak janggal dan canggung jugaklah pada awalnya. Tapi selalulah aku mengambil pendekatan mudah untuk memujuk hati sendiri iaitu apa diharap padi seberang. Padi di Kedah kan masih ada lagi, tak begitu? Kalau tak cukup padi di Kedah, kuda padi juga masih berguna. Ingatlah, sebijik beras seumpama setitik peluh petani.

Skiplah portion ni. Tak menarik untuk dibincangkan.

Sabtu lepas, pelan untuk berkuyupan secara berjemaah sejak 4 tahun lepas akhirnya terlaksana jua. Walaupun ahli korum mengalami pengurangan dan penambahan, namun ia sedikitpun tidak menjejaskan kelancaran program. Alhamdulillah, semuanya meledak-ledak kegembiraan bagaikan pertama kali bercinta.


Ini kali ketiga aku ke Sanwei Legun, tapi yang kali ini adalah yang paling happening dan memengsankan. Aku suka. Hahahaha (kali ni gelak bersebab – happy la ape lagi). Sape ntah antara 4 orang kekawan skolah aku ni yang kata ‘muka ko kanmain eksaited lagi mengalahkan tak penah masuk’. Hehe. Ntah lah. Mungkin sebab aku cepat teruja, ataupun aku macam nyaris dah terlupa macamana nak happy so bila ade peluang ni, terus ala-ala hilang pedoman T__T Minggu ni tak ramai orang, yelah belum gaji kan. Tetibe feel kaya sebab boleh bergirang walaupun belum gaji *astaghfirullahalazim* Pastu nampak ada Family Day RTM, tapi tak nampak Jard pun? :D


Ade 8 jenis permainan yang kitorang hentam main, ade satu tu siap repeat lagi. Giler.. tapi memang seronok bukan main-main ni. Orang ajak naik kapal pairet tu, aku layankan je walaupun dalam dada tu berdagdigdug. Eh bukan dagdigdug dah, dungdungdungdung. Apepun, aku tetap rasa cool jugak berbanding kapel kat sebelah Rozan tu yang mengucap sepanjang kapal tu berhayun HAHAHAHAHAH seronok plak aku gelakkan mamat tu.



Lagi. Ade la permainan yang kuda warna warni tu.. korang pasan kot (sape yang penah masuk la). Untuk budak-budak je tu tapi kitorang nak try gak hahahaha gelak lagi. Saje la tanye kot boleh kan. Lantaklah kalau takat duduk bodoh je pun, dah bayar per. Ingat sikit ke RM60 di saat duit claim tak masuk lagi hah? Eh emo sendiri.

Maka bertanyalah kami dengan konfiden penuh di dada dan merebak ke seluruh wajah.
Untuk 10 tahun ke bawah je kak

Malu pun merebak ke seluruh wajah, menggantikan muka konfiden tadi T___T
Kalau akak datang 10 tahun lepas, boleh la naik

Konfiden kembali menakluki wajah kitorang. Hahahaha. Tapi kan, aku dengar budak tu kata ’lagi 15 tahun’, member aku kata ’lagi 10 tahun’. Ok la. Kurangkan perasaan riak dan lupa diri tu, kita amek jelah 10 tahun tu eh :p Yee.. kitorang dah 30 tahun ni, single lagi – dengki ke? Eh emo lagi. Haha.
liana, esah, che', rozan, aku. thanks sebab dalam tak sedar, korang ingatkan aku yang aku masih ade kawan-kawan lagi :)

Dari pukul 11.30 pagi kot kitorang kat dalam tu, dan keluar menjelang pukul 5 petang. Penat giler tubuh.. Mengantuk, lapau, haus semua lengkap (eh aku seludup air mineral tapi tak bawak jenjalan plak, dok biarkan dia temankan selipar). So lepas Liana beli selipar, barulah kitorang serbu Pijahat. Nikmatnye makan di kala kebuluran hmmmmmmmm~

Keluar dari Sanwei Piramid dah 7.20 malam. Patutnya aku hantar dorang kat stesen komuter terus. Tapi tetibe macam nak bawak dorang jenjalan melawat kota kediaman aku ni ehem. Sibbaik la takde sape yang kata ‘ala nak balik tengok AF Final’ :p So.. aku pun bawaklah dorang gi kat i-city tu :) Bagus jugak dorang tak penah pegi, so.. terkagum-kagumlah mereka semua dan berposing-posinglah mereka sehingga terlupa daratan sebentar akan kepenatan bersuka ria di SL tadi.

ni jelah pic kat i-city yang dapat aku snap guna kamera sendiri sebab bateri dah kong. Sape punye keje tu :p


Malas nak cerita pasal aktiviti hari ahad, nanti entry ni panjang berjela. Sadakallahul’azim.

22 comments:

mya said...

paha bakar? uuuu makan pun sodapp

Jard The Great said...

hehe.. hari keluarga RTM?

uwaaa.. aku cuma kader je.. org RTM tapi keja kat jabatan lain..

Masy said...

kak mya,
heppppp abeslah peha org huhu

jard,
ooo ye ke.. akak tgk punye la ramai. nk call, hp dlm locker plak hmmm~

Zareda Norman said...

uiskkkk projek basah basah ni... happening

PnConfused said...

gle best dowhhhh....






skill rendam2 air...


tp kan... skang aku kalo masuk dalam bath tub pon rasa mengah cam nak lemas...



ampessss........

Masy said...

kak zar,
mmg lencun! hehehhe

pnConfused,
aiyoohhh kot ye pon, tggu lps abes pantang la baru start berendam hehehhehehe

farwalis said...

berenang kat sini leh lemas tak? hehe curios a

achik said...

bestnyaaaaaa.. saya lagi hampeh, x penah masuk sanwei legun tu.. padahal rumah dekat giler.. ;p

oh2 x sabarnya nak berkuyupan minggu ni.. ;)

fidde said...

setakat gi mkn kt sunway piramid. tp tak penah gi sunway lagoon pun. i takut air uuuu...cam kambeng. huhu

Masy said...

caki,
klu pegi tmpt dalam2 pehtu x reti berenang, bole la kot. anything can happen ingat tu :p

achik,
takpe2 ramai lg manusia kat mesia ni x penah gi sanwei legun hehehe

fidde,
aiyooooooooo camne neh hahahahaha

pB said...

seksa nyerrrr

Masy said...

kak pB,
seksi eh? hehehe

kak anie said...

Masy...seronok dpt ke sunwei legun...akak tak pernah ke sana lagik...kalau pergi pun dah terlebih tua nak main air...hahahha

noorlara said...

tumpang kegembiraan masy enjoy sakan hari sabtu lepas tu, macam bebodak le plak hahahha

Masy said...

kak anie,
alaaa bole je kak... ramai nenek2 pon masuk dlm tu, bole je ;)

kak noor,
meh tumpang meh hahahahhaha

zonaku said...

hehehehehehehehee.........


lagenda kenangan siot kat sana..... x tau la kalau aku akan jejak kaki ke sana lagi..



er... sabtu lepas, abis kempen anti denggi, aku ke sg gabai.....


nikmat ooooooooooo air segar tanpa klorin!

ymn said...

Hmm besnya. tgk konset,gath,mandimanda taklah boring meriah apa

Masy said...

zona,
waaaaa syiok tuu mandi sungai! tight yg aku pakai tu ala2 luntur kaler sbb klorin kot T___T waaaa banyak sedih ini hati

yaman,
hehehe bole laaa :)

Erina Asmawani said...

awww..akak..peha berapi..kalah kepci black pepper nih ;p best ar rendam2 kat sunway legun..nex wik saya g plak..lalalalal ;p

yonna said...

kakak.kakak ada yonna jugak okay! :) jgn sedih2. padi kat penang takkan tumbuh. kita pergi cari padi kat kedah ye? HAHAHAHA

hoi! apasal peha tu dah mcm jadi peha ayam kfc yang hot and spicy itu? HAHAHHAA

Mak Su said...

bestnyer basah beramai-ramai.... errr, lain macam jer bunyinya.

hahahaha, gelak tanpa motif

Masy said...

erina,
biaselah... kata HOT. hahahahhaha

yonna,
oh mekasih la adik kerana bersamaku *hugs* mari kita berjalan2 mencari padi sambil tertampi2. hehehheheh

maksu,
aikkk semacam je ni HAHHAHAHAAHA