Friday, June 04, 2010

530: Nostalgia lagi. heh.

Salam jumaat sume..

Malam tadi masa kepala dok berdenyut dek mengadap kerja yang berunsur matematik, aku pun godeh2 folder gambar dalam laptop aku – saje nak merehatkan minda. Hehe. Sambil belek-belek gambar anak-anak buah aku masa baby dulu, entah macam mana (poyolah ayat), aku terstumble down satu gambar. Iaitu seperti yang tertera di bawah perenggan ini.


Serius bila pandang, aku rasa macam keletihan zaman belajau tu tak penah habis walaupun dah nak dekat 10 tahun aku grade. Haha. Sebenarnya pelan tu pun ade kisahnya. Aku ingat lagi. Heh.

Malam tu, kami dah bercadang nak berkampung di studio memandangkan esoknya ade kelas studio dan memang ada submittion. Dan macam biasa, aku antara yang terawal – dalam pukul 8 malam gitu dah sampai dah. Terus bentang pelan, dan mula mewarna. Seorang demi seorang kawan-kawan sampai, dan membentang pelan masing-masing. Biasanya diorang datang menjelang pukul 9 malam macam tu lah.

Buat kerja, ketawa-ketawa. Jalan-jalan tengok kerja orang lain – compare sape kaler cantek, kadang tu mintak kaler dorang yang dah siap. Masa tu bajet woo.. Satu botol kaler ecoline (eh betul ke aku eja, lupe dah) tu nak dekat puluh-puluh ringgit gak. Puluh ke belas tah, tapi mahal la. So kitorang (mana yang click rapat la) biasanya bancuh sejenis kaler sorang satu. Contoh.. kalau aku dah bancuh kaler kuning, aku bancuhkan sekali la untuk sume – jadinya standardizelah satu kelas satu tone. Heheh. Macam tu lah orang lain, tu namanya kerjasama ye rakan-rakan.

Satu perkara tentang kaler ecoline ni, sifatnya sangatlah cair laksana air mineral gitu. Tu blom bancuh lagi, dah bubuh air lagi laa cair mencahau (kata orang Melaka). Takleh salah bancuh, nanti kesal sepanjang semester sebab mahal T___T Tapi yang bagusnya kaler ni, kalau kita tersalah kaler kat pelan, boleh padam balik. Caranya ialah.. tekap-tekap dengan tisu basah ataupun guna berus yang dah celup air, pastu tekap lagi skali dengan tisu kering – sampai la kaler itu ilang ye. Mudah bukan?

Eh aku ni buat penerangan pasal kaler je dah dua perenggan. Hmmmm. Ok sambung cite.

Jadinya masa aku dok khusyuk giler nak abeskan mengaler tu memandangkan lagi 3% nak siap, tetibe berlakulah satu tragedi oktober. Kaler aku tumpah atas pelan!!!!!! T____________________________T Kalau tak silap aku, kaler biru kaa ijau tah. Tapi yang pasti tumpahlah. Dan aku terkaku di hadapan pelan tu tak bernapas beberapa saat. Tau-tau je kawan-kawan aku yang perempuan dah tarik aku ke tepi, pastu aku nampak member-member lelaki aku dah berkerumun dekat pelan.

Oiiii cepat tolong weh!!! Kaler tumpah!!

Menderu yang lain datang, termasuk laaa abang-abang senior kelas sebelah. Oleh kerana hanya partition je yang memisahkan studio kitorang, maka sepantas kilatlah dorang dah sampai kat tempat aku. Kebetulan pulak malam tu aku pilih nak duduk dekat-dekat partition tu. Hadoiihhh. Kepala otak aku betul rasa macam dah bertukar jadi cecair lantas mengalir keluar mengikut lubang telinga, lubang hidung dan yang lainnya sedang mengalami proses pemejalwapan lalu meresap ke udara menerusi liang roma di tubuh.

Rilek Ctah, kitorang tengah ejas ni, insyaallah boleh guna lagi

Aku dengar suara Zack. Aku terus pasang walkman (ehem zaman tu takde ipod laa) dan terus duduk bawah meja sambil melayan lagu Exists. Aku takmo tau, aku takmo tengok T_________________T Kemudian, aku curi pandang. Bertungkus lumus dorang cuba melakukan CPR pada pelan aku. Dua tiga orang dok tenyeh tempat yang terkena tumpahan demi pengalaman tu dengan berus, sementara yang lain dok menekap-nekap dengan tisu.

Tisu lagi weh!!!

Arghhh!!! Teruk kaaa kecederaanmu wahai pelanku? Sial betul laa tangan aku kee yang terlanggar bekas kaler tu?? Serius rasa mau nanges bagaikan bayi yang baru melihat dunia. Tak lama lepas tu, salah sorang daripada mereka menjengah aku di bawah meja.

Kitorang dah setelkan, kau nak tengok?

Ya Allah... macam tak larat nak bangun je. Huhuhuuuh. Tapi ku gagahi jua. Offkan walkman, dan keluar dari bawah meja.

Sorilah Ctah, ni je yang mampu kitorang buat. Nak tenyeh lebih-lebih kang takut koyak

70% kaler yang tertumpah tadi memang dah hilang. Tapi memang agak merosakkanlah jugak pelan tu. Giler. Penat aku tak abes lagi mengaler, dah jadi macam ni huhuh.

Ko ade ekstra tak?
Takde. Aku xerox dua je, ni yang seken.

Ada sape-sape xerox lebih tak?


Semua menggeleng. Dan aku faham, kebanyakan daripada kitorang memang ada ekstra sehelai atau dua, in case jadi macam aku ni lah. Hadoihhh. Dah malam, mana ade kedai bukak lagi. Huhuhuhu. Esok nak submit la woi *dalam hati tengah genggam rambut sendiri sambil mengganyang sepenuh hati*

Ekcely aku ada lebih satu, tapi ini aku punye yang tak jadi tadi. Salah kaler sikit, kalau kau nak, amek jelah. Tak payah bayar.

Sorang member perempuan datang, menghulurkan pelan yang diperkatakan. Hmm. Memang elok je, tapi tang silap kaler tu susah nak betulkan. Buntu aku. Sorang member menghulurkan air, aku teguk sekali dan berfikir lagi. Kebanyakan daripada mereka pun turut berhenti membuat kerja. Dan sama-sama menunggu keputusan aku. Huhu. Macam ape je eh. Hehe.

Macamana Ctah? Ko nak kaler yang baru ni ke atau nak sambung je?
Ntah ler..
Aku rasa better ko kaler yang baru ni, sebab yang kau punya tu dah nak lunyai dah tu
Tapi lagi sikit je tu

Memang.. tapi.. sukati kaulah. Kalau En Napi nak kondem pelan kau, pandai la kitorang backing kau balik. Kita sume bole jadi saksi kan?

Ye betul,
kata semua.
Aku takut tak sempatlah nak mula balik
.. (sebenarnya semangat dah hilang)

Salah sorang membelek jam tangan. Kau mula tadi pukul brape?
Lapan
Sekarang baru pukul 10.30. Kalau kau start sekarang, kurang dua jam lagi dah boleh siap. Kau buat keje kan pantas..
Aku diam.
Jangan risaulah Ctah. Kitorang temankan. Ha sume orang jangan balik, kita temankan Ctah.
Aku diam lagi.
Jangan risau.. nanti kitorang tolong. Baik mula sekarang. Lagi lambat kau start, lagi lambat la balik kolej. Member menghulurkan berus. Aku pandang dia, pandang berus. Lambat-lambat aku menyambut.

Korang tunggu aku eh
Iyeeeee..........

Ok, aku kaler yang barulah.
.
Good! Dah, jangan susah hati! Cepat senyum!

Aku senyum. Thanks korang.


Mak kata, pelan yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci, sukar dicari :)

26 comments:

en_me said...

sucilah sangat kanns.. ehehe

salam jumaat akak ctah tewww..

achik said...

perghhh.. seb baik ada kawan2 yg okay tolong.. kalau tak mau meraung.. huhuhu..

Masy said...

salam en_me,
sesuci embun pagi.. sesuci lebaran.. hehehhe

achik,
tau takpe T___T silap² ade plak yg kantoi satu paper sbb x submit huuhuhhu

citahrudin said...

ni apa kes buat cerekarama pagi-pagi jumaat nih?

(T_T)

~mrs azmi~ said...

bile duduk line yang kene wat drawing ni memang senang sakit jiwa...

....bila drawing yang dah dekat nk siap pastu spoil!!!!! pastu esok nak submit n present!! boleh gantung diri dibuatnya... tapi biasanya bila kawan2 tolong rase terharu sangat kanns

Masy said...

citah,
hahah saje je.. takde idea :)

mrs azmi,
tau takpe. tp masa buat ramai², brainstorming, member pulak bg idea utk plan kita, kita bg idea utk dia - sonok kan?

terharu gilerrrrr hehehehee

*miss dat moment olredi huhuhuh

rya said...

akak,
tagline memang unbeatable.

Frodo Baggins said...

>>__<<

hahahhahaha
wa paham mende ni
keh3x ~ masa ni bilakawan tolong
perghhhh feeling time tu cam hujan!
wooohaaa!

Masy said...

rya,
hahahahaha tau takpe :D

frodo,
hujan pastu ade org main biola kat seblah. hahahaahhhah

Erina Asmawani said...

hee..best kan kalo ingat2 balik belajar dulu kak..haih..memang nostalgia sungguh..ayat last berwarna biru..sgt betullll! ;)

Mr PenyuBiru said...

terharu aku ngan kebaikan kawan² ko. kalu aku, aku cakap "tu lah,buat keje tak berhati². kan dah susah.layan lagi lagu pak long tu.."

hee

Masy said...

erina,
bila kenang2 mmg best, tp nk ngadap lg skali rasanya takmo dah hahaahhaahahah

ehem, x sesia tgk iklan ;) heheeh

penyu,
sbb tu ko bkn satu kelas dgn aku. hahahhaahhahaaha

saaba said...

tersentuhnya perasaan saya, kak...owh wo wohhh...

Mak Su said...

susah jugek ek.... anyway, ia dah jadik suatu kenangan manis :)

Masy said...

yan,
ohhh sabaulah yannn

maksu,
kadang2 tu rasa susah la. tp bila dah biasa, kacang je heeheheheh. betul3

mya said...

pelan yang kotor juga boleh dilukis kembali. tapi hati yang terguris di mana kan ku cari ganti :D

zonaku said...

sahabat sejati sukar dicari

ber_u_wang said...

kenangan itu indah

Masy said...

kak mya,
hati yg tguris x pyh ganti kak, kasik polish je sikit hehehe

zona,
ye benerrr,,,

ber_uwang,
bener jugek...

Anonymous said...

hahaha! *aku gelak dulu ek

besa ar kan masy, time dah ujung2 tu la nk spoil. aku penah gak hadap camni, tp sbb kadar kelingkupan amat dasat sehingga x dpt diCPRkan maka mengaler la aku semula. dah la aku ni slow..huwaa!naik terjojol bijik mate nak siapkan.
apsal bila ko letak pic kelas ko, aku mesti nak carik gambar ari. hahahaha!

* (masy, bila aku bc balek sms ko aritu. ko text aku, s.m.p = seKAKI METER persegi. ko biar btol. dah sekaki nape ada meter lak weh?)

hana

Masy said...

hana,
hahahah biaselah. lg ko nk cpat, lg laa mcm2 malapetaka menimpa huhuhuuh. yg ko asik nk cari dia apsal? jgn bagi dia dtg blog aku tau hahahahah

ha. salah la tu. sori2 :) fee utk industri ada ka? saje tanye. klu ade, nak nak.

Sierrauniform said...

kalo aku ada sana aku teman jugak la, tapi aku tidor k,ko siap buat keje kejut jer aku..hohohotopotopo

Masy said...

rembo,
ok gak tu.. takde masalah janji ade org teman. hehehehhe

Anonymous said...

rasanya ada. nnt aku mintak kat org dev control. ok?

didi said...

me too miss my clasemate! huhu~

hidup planning!!!!

time sy lak lebih bnyk hilang or lost file masa drawing guna GIS.tak masuk bile kaler bertukar la. file x satu folder la.fuhh penat.arghh terasa tekanan sampai skrg..

rindu giler studio life ;)

Masy said...

me too!