Monday, June 21, 2010

537: Bersyukurlah kalau kau masih punya bapak

* sempena Hari Bapa semalam. Selamat Hari Bapa untuk uols.
Salam sume..

Dah 10 tahun. Dah 10 tahun, setiap kali aku balik ke rumah mak, setiap kali itu jugaklah aku akan lalu di 'lot banglo' abah. Lalu je, dan masih lagi tak menyinggah sepanjang 10 tahun ni. Patuh dengan tegahan mak yang melarang aku singgah. Dan sebenarnya aku amat berharap, suatu hari nanti mak akan benarkan aku ke situ. Berjumpa abah, mungkin setelah mak dah dapat menantu lelaki.

Sayangnya aku belum kahwin sebelum abah pergi. Sayang, kerana bakal suami tak sempat berjumpa abah, tak berkesempatan mengenali lelaki yang paling aku sayang sepanjang 20 tahun aku hidup bersamanya. Tak berpeluang menikmati gelak tawa abah, jenaka dan ilmunya, ketegasan dan kasih sayang, dan menyaksikan sendiri kemuliaannya walaupun difitnah dan diasingkan rakan yang teracun dengan momokan kata-kata orang lain.

Aku masih rindu. Sangat-sangat. Aku rindu kelibat abah di muka pintu sambil melayan rokok. Aku rindu permintaannya setiap petang - "Ti, buatkan abah teh susu eh". Aku rindu melayan karenah abah yang suka menyergah mak. Aku rindukan abah. Rindu menepuk bahunya tatkala dia asyik melayan teh susu hasil air tanganku.

tepuk-tepuk abah ni mesti nak pape
isk mana ade..
dah laa Ti... macam la abah tak kenal kau.. nak ape?

takde ape laa.. saje je..
nak air?
abah menghulur baki teh susunya. Aku geleng.

Sebagai anak bongsu, selalu mak gunakan aku untuk menegur sikap abah -mana yang tak berkenan di hatinya. Selalu juga mak menyuruh aku memujuk abah berhenti merokok, sebab mak tahu - dengan aku, abah tak akan melenting.

Ok sampai sini. Aku tak boleh sambung lagi. Airmata dah turun.

T__________________________________________T

Back when I was a child
Before life removed all the innocence
My father would lift me high
And dance with my mother and me and then
Spend me around till I fell asleep
Then up the stairs he would carry me
And I knew for sure I was loved

If I could get another chance
Another walk, another dance with him

I'd play a song that would never ever end

How I'd love love love to dance with my father again


When I and my mother would disagree
To get my way I would run from her to him
He'd make me laugh just to comfort me(yeah, yeah)
Then finally make me do just what my momma said
Later that night, when I was asleep
He left a dollar under my sheet
Never dreamed that he would be gone from me

If I could steal
One final glance
One final step
One final dance with him
I'd play a song that would never ever end
Cause I'd love love love to dance with my father again

Sometimes I'd listen outside her door
I'd hear how my mother cried for him
I'd pray for her even more than me

I know I'm praying for much too much
But could you send back the only man she loved
I know you don't do it usually
But dear Lord she' s dying to dance with my father again

Every night I fall asleep
And this is all I ever dream

Dance With My Father - Luther Vandross

36 comments:

semut api said...

Slamat hari bapa untuk arwah bapa..


*kenapa sambutannya tak semeriah hari ibu...(?)

ber_u_wang said...

Semoga abah masy tenang di sana.. setiap kiriman lepas solat pasti membuat ia tenang di sana...

Masy said...

semut api,
mekasih..

agaknye sbb bapa2 sekelian dok kontrol macho je kot. ehehehe meh la kita sambut. eh? :)

ber_u_wang,
insyaallah... mekasih ye..

zareda said...

Masy

jangan putus doa buat arwah ayah ya..

Super Nia Hana said...

uwaa...akak wat watashi nangis lagi

mya said...

akak dah kehilangan bapa selama 17 tahun lamanya..
al fatihah untuk bapa kita..

Masy said...

kak zar,
insyaallah kak.. mekasih..

hana,
huwaaaa nanges lg? ade nanges ke tadi huhuh

kak mya,
huhuhhuu lg lama T___________T alfatihah~

Sierrauniform said...

al fatihah to arwah guru besar hj Abdullah, semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman.

citahrudin said...

dah lah nama kita sama....

achik said...

kita serupa kak.. err saya pun x penah melawat 'lot banglo' arwah bapak saya.. dah 12 tahun berlalu.. isk!

Mak Su said...

moga abah masy tenang dan bahagia di lot banglonya, aminnn

Masy said...

rembo,
alfatihah.. thanks :)

citah,
tu lah T__T

achik,
huhuhu tu lah.. huhu

maksu,
insyaallah.. mekasih maksu :)

HEMY said...

kalau tak sempat dia kenal ngan aku yg pasti menawan hati beliau..

alfatihah

Erina Asmawani said...

kak..sediy..airmata tumpah dah ni (T_T) alfatihah..moga ayah akak ditempatkan di kalangan org beriman..

Masy said...

anul,
sempat lg ko nk jual minyak kat sini eh hehehe

alfatihah~

erina,
huhuhuhuhu ptg ni takmo nanges dah T__T aminn.. mekasih ena :)

donnyien said...

Selamat hari bapa semua.Aku bertuah masih ada bapa yang kusayangi walaupun jauh diperantawan aku tetap mengingati mereka kat kampung.Masy,bersabar,ni semua dugaan yang maha esa.

en_me said...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih abah takdok tolok bandingnyerr.. uhuhu

Masy said...

donnyien,
bagus2 klu macam tu.. sy ok je, cuma terkenang skjp.. huuhuhuh

en_me,
huhuhuhuhuh T__T

cHeN@ said...

sedih lak bila baca...wpun br je blk dr kg....
slamat hari bapa utk smuaa..

zonaku said...

rindu kannnn????

kami melawat tiap kali pulang dr solat raya.

Jard The Great said...

bapa aku sgt suka nak menyergah mak. hoh. hrp die sempat nk tinguk anak sulungnya kahwin.

al-fatihah buat ayah mu.

Masy said...

chena,
huhu.. blk kg nanti leh jmpe lg kan? :)

zona,
ha'ah. kdg2 tu wpon dah terbiasa, tp ade masanya terkenang2 laa jgak.. bapak kita kan..

jard,
hehehehe.. insyaallah...

mekasih :)

penyubiru said...

aku.. tumpang simpati. moga roh ayah kamu sentiasa dicucuri rahmat.

p/s : naper tak bleh singgah ek? abis raya pun tak jenguk gak ke?

Masy said...

penyu,
huhuhu mekasih2..amiiinn..

p/s: aku je yg mak x bagi pegi, abg2 aku sume bole.. sbb mak aku takmo aku nanges kat kubur le.. huhuhuh.

Acaii said...

Selamat hari bapa akk!! eh silap..kepada semua bapak2 yang ada dalam dunia ni..:)

Mr PenyuBiru said...

ooo... aku ingat ade pantang larang apa tadi.

Masy said...

acaii,
hepp! hahaahhahaha akak klu kawen pon tak jadik bapak tau hihihihi

penyu,
gitu laa.. lgpon mmg org pompan x elok g kubur, ape eh hukumnye nanti laa aku gugel

d-azali said...

deanz, sbb rmai anak x ngam ngan bapak. trmasuk aku. tp x la derhaka.
erm....
aku syang bapak aku.

Frodo Baggins said...

se ri us wa sebak baca ini

alfatihah buat arwah.

Masy said...

d-azali,
mungkin jugak.. tp aku ok je dgn bapak aku.. hmmmm

aku pon syg gak!

frodo,
huhuhuhu

alfatihah...~ thankss...

yonna said...

kakak,yonna nangis. T______________T

Masy said...

yonna,
akak pon T____________________T

kakLuna said...

alamak...nangis..

Masy said...

kakluna,
aik akak pon nanges ke? huhu

Ms Minnie said...

hm... apakah aku akan berperasaan begitu kat ayah aku??

Masy said...

kak ila,
tatau la.. dulu aku ade gak mber yg x suka bapak dia n dia prefer bapak dia mati dulu drpd mak dia. at d end mmg bapak dia pergi dulu, n she still sad, very sad until now..

wallahua'alam.. :/