Friday, June 25, 2010

539: Not satisfied kata orang Sg Udang

Tak puas hati.

Dah beberapa tahun aku mengidam nak pergi. Tapi tiap kali tu jugaklah akan bercanggah dengan jadual semasa. MENGAPAKAH!!?????!!! *sambil berlari² lalu terjelepuk di perdu pokok lantas mendudu-dudu menangisi nasib diri yang malang*

walaupon *tersedu* saye *tersedu* main *tersedu* untuk *tersedu* Portugal, tapi saye *tersedu* sokong *tersedu* France jugek! nape dorang *tersedu* kalah dengan Afrika, pakcik*tersedu*??? tell *tersedu* me why??!! HUWAAAAAAA *tersedu* AAAAAAAAAAAAA!!!! *tersedu-sedu*

(tetibe lari topik. well.. biasalah)

Aritu dah terlepas nak tengok hot air balloon sebab pegi umrah (ok yang ni takleh lebih² nak rasa tak puas hati. sila lebihkan aktiviti ke'akhirat'an memandangkan terlalu banyak aktiviti keduniaan lately. hehe balance balance).

Sekarang. Urbanscapes pulak!!! MENGAPAKAAAHHHH DI SAAT INI!! T_____T *menyeka airmata di tubir mata nan bundar* Aku dah lama menyimpan hasrat untuk pergi Urbanscapes ni ok. Tapi...

♪♫

apakan daya
masa tak akan kembali
hancur musnahlah semuanya

impian yang murni
tinggal menjadi kenang-kenanganku
hanya rangkaian kata dan lagu
dendang perantau

♪♫


Kalau korang pergi, plis plis plisss kamu jangan ceritaaa.

♪♫

I don't wanna know
If your playin me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

♪♫

Tapi yelah. Beruang di minda (bear in mind), bahawasanya tak semua benda yang kita nak, kita dapat. Dan tak semua benda yang kita dapat, kita nak. Makanya redha dan pasrahlah anda - termasuk aku - dengan ketentuan Ilahi. Kerana setiap satu perkara yang terjadi ada hikmahnya.

Cuma aku belum nampak apa hikmahnya Perancis kalah T___T Ada cadangan pasukan lain untuk aku sokong? Portugal, Argentina? Mak aku sokong Brazil. Aku takmo sama dengan dia. Hehehe. Eh aku rasa mak aku tak tau kot yang Ronaldinho takde dalam WC kali ni. Nak bagitau dia laa nanti hahahaha.

(piccas credit to Google, tapi gua combine sendiri ye)
aku tengok live ok masa insiden ni. nyaris tak tersedak air milo T____T siapalah Perancis tanpa Abang Nudinku yang berkepala besi ini T__T huhuh



Ok. Arinie aku halfday. Isnin aku cuti. Nak bercinta. Jangan kacau. Hahaha.

25 comments:

zonaku said...

huhuhuuu.... motif?????????

Jard The Great said...

kui3x.. ku satu geng dgn mak akak

zareda said...

masy

isnin pun kak zar cuti, nak marathon muvie sengsorang.. syorga..

Masy said...

zona,
takde motip hehe

jard,
bole la lawan conteng2 muka hehehe

Masy said...

kak zar,
waaaaa katne nk nonton tu kak? hehe

baincardin said...

dah tak leh pi 2nd round, nak wat camne...huhuu....^_^'

pB said...

nk dating mana?

Masy said...

bain,
tu laaa T___T huhuhuhuhu. bain sokong sape?

kak pB,
ada laa.. mana leh cite hihihhii~

Mr PenyuBiru said...

Ronaldo nanges sebab pakcik Scolari tu raba buntut dia aa. cuba ko tgk gambar kat sini. yg last sekali tu http://carca-marba.blogspot.com/2010/06/disebalik-kemachoan-pemain-bola-sepak.html
haha

HEMY said...

argentina la ngan aku babyyyyy. urbanscape ni yg smlm ko bgtu tu ke??

Masy said...

penyu,
haaa nanti aku tgk hehehe

anul,
aaaaaaaaaa aku tgk dulu sape masuk final hehhe. ya betul.. tp yg event lg satu tu next week. esok Urbanscapes.. huhuhuuhu

frwls said...

poor france. hehe

tula, score guna tangan lagi. kan dah kono. haha

achik said...

sokong la sempen kak.. ;p

Masy said...

caki,
diam ah! :p wekkk~

achik,
sape tu????

fndrocka said...

bukan main lagi kau menhiperbola-sepakan bahasa melayu yerk..ailoikkee(gedik)..kalau nak ke arah kemenangan...sokoknglah england!

Mak Su said...

maksu pun tgk insiden abang din tu dulu...sangatlah kelakar... masih kekal di ingatan, tapi abg din dah bersara, opt for early retirement... huhuhu

*~ aRaBeLLa ~* said...

ai sokong Portugal...hikhik

Masy said...

fndrocka,
takmo england pls.. huhuh

maksu,
rasa nk pengsan tgk dia dpt kad merah masa tu T____________T heheheh

arabella,
msti pasal CR ni kan kan kan

Super Nia Hana said...

nk bercinta?nk itottt..ahahaha

ada org ckp CR itu gay..cittt

mamai said...

pakcik juga tersedu dan terkedu

Erina Asmawani said...

kite tgk siaran ulangan pakcik nudin menanduk mase lepak kat pakli ari tu kan kak..hohoho..urbanscape? huhuhu..nk ikot

Masy said...

hana,
hepppp hahahaahha.

haa ye ke? tp apsal akak jmpe pic dia dgn pompuan separuh bugil sedang bersukaria? dua alamkah??

mamai,
huehehehhehe

erina,
yesssss itulah detiknye hehehe. dah lepas laa yg.. huhuh

debikdebuk said...

suka aku tgk muka Ronaldo tuh.. hehehe..

en_me said...

maser ko gi panjat bkt broga, xde pun bercanggah.. ihihi

Masy said...

debik,
hahahahah same la

en_me,
ade gak bcanggah sket tp bjaya disetelkan. tp yg kali ni gagal sepenuhnye huhuuhh