Thursday, July 01, 2010

541: Gambar sume aku korek dari Google. sekian.

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku

walau di akhir jalan

ku harus melepaskan dirimu

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yang hebat
hingga ada alasan bagimu
'tuk tinggalkan setiamu

demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

kerna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
kerna cinta yang sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yang hebat


Cinta Tak Bersyarat - Element (thanks Yonna)


Pertama sekali, jangan salah tafsir entry ni. Bukan apa, kadang-kadang bila aku rasa nak bersastera sket nanti orang ingat jiwa aku tengah kacau bilau ka (ok kadang² tu betul la tapi bukan sekarang ni) ataupun teringat kisah lama ka. Terbawa-bawa ka. Takdelah.

Aku tak ingatlah siapa. Tapi perempuanlah kawan aku tu. Dulu. Dia tanya, macamana aku boleh nampak ok je walaupun dah putus cinta, aku cool, rilek je siap selera makan tak terganggu pun (err yang last one tu la.. yg sebelum tu ade gak gangguan hehe). Jawapan separa pendek aku - kalau aku menangis 13 tahun pun, adekah lelaki itu akan berlari-lari datang balik pada aku? Adekah dia akan memujuk aku, memohon maaf kerana buat aku terluka (ok yang ni mungkin ade la) dan adekah dia akan berkata 'janji tak buat lagi, i'll dump her A.S.A.P - jom kita kawen'? Takde. So.. untuk apa buang masa lama-lama sangat. Huhu.

Sebenarnya, time bercakap macam ni senang la, sesenang kau makan kuaci yang dah siap kopek kulit tu. Yang tensen, orang yang mengopek tu lah kan.

Bukan mudah nak meredhai, merelai dan menganggap itu semua dah memang takdir dan nasib yang mestilah kau terima dengan tangan dan hati yang terbuka (kesalahan BM dalam ayat ni : banyak perkataan 'dan' dalam satu ayat *tetibe haha*). Tapi.. mende ni sume kena diikhlaskan dan keikhlasan itu bukan boleh dibuat-buat. Eh aku cakap macam aku baik sangat je eh? Hahaha.

Ikhlas. Jatuh cinta dan perasaan sayang dulu itu datang secara ikhlas dan tiada paksaan mahupun campur tangan dan kaki daripada mana-mana pihak. Oleh kerana ikhlas, makanya jika kebahagiaan dia itu katanya tidak datang daripada aku, takkan masih lagi nak berkeras, bermati-matian menarik tangan dia (sekadar metafora)? Lagipun untuk apa bersusah payah, kalau yang berusaha untuk memperbetulkan keadaan itu hanya aku, sedangkan di pihak dia.. ya berusaha jugak - berusaha nak melepaskan diri.

tengok, takde usaha langsung! ingat tak penat ke orang atas dok menarik tu? huhuhuh

Bila ada rasa nak pertahankan walaupun dah nampak dia tak suka lagi, ni jelah pesan aku. Ingat sebab utama kenapa kita masih bertahan. Bukankah kerana sayang dan cinta tu? Sayang dia? Cinta dia? Lepaskan jelah. Aku fikir. Masa tu. Kebahagiaan aku itu kan asalnya datang setelah kehadiran dia, dan sekarang bila dia tak bahagia lagi bersama aku, untuk apa dipertahankan lagi? Bolehkah aku bahagia bila dia tak lagi merasai macam tu? Macamana aku nak bahagia kalau orang yang aku sayang tak bahagia? Tell me mama, tell me.

Mudahkan kehidupan kita. Lepaskan saja, ikhlaskan.. Memang hati sendiri terluka, tapi percayalah - suatu hari nanti, ia akan sembuh bila kau dapati dia jauh lebih bahagia berbanding ketika dia bersama kita. Itulah satu pengorbanan yang berbaloi-baloi.


"Ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia

Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada

Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya

PadaMu ku pohon sucikan hatiku

Sehingga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu


Amin"


Pergilah Ayu - The Fabulous Cat


Tetibe teringat kata-kata Acaii - kita sedih bukan sebab kita masih cintakan dia, tapi kerana kenangan tu terlalu perit untuk dikenang. Huuuuu.....~


# kenapa tiba² buat entry ni? entahlah. aku tersensor macam ade kawan-kawan aku yang baru putus chenta, or tengah frust. tapi tatau sape. perasaan je rasa macam ni. kalau takde, baguslah. kalau ade, ini jelah yang aku nak cakap.. :)

33 comments:

rya said...

u speak my mind, kak.

Nazz@Purple said...

setuju dgn ko..kalo ikhlas..kt akan memberi kasih syg tanpa mengharap kan balasan..dn andai syg tu bukan lg utk kita..dgn ikhlas rela melepas kan..agar dia lebh bahagia..

Masy said...

rya,
we always speak each other's mind if u notice ;) heheh

nazz,
betul2.. klu btahan pun, akan ade 2 hati yg terseksa. better lepaskan, at least kita sorg je yg sakit T__T huhuuh..

zonaku said...

menyayangi bukan semestinya kita memiliki kannn....

tq! pepagi dah kasik aku semangat!

ber_u_wang said...

ye menyayangi tak semesti memiliki

Masy said...

zonaku,
yes... itu la hakikat.. hmmm

welkem :)

ber_u_wang,
yup.. tp klu dpt, lg best kan :)

@xiM said...

tak payah nak kenang lama lama..
lagi sakit nanti..

just let go.

then u'll be fine..:)

achik said...

sedih skit2 udah la kan.. :)

Masy said...

axim,
yup.. tp bak kata orang,asking someone to move on is like asking them to be amnesia. tatau la tu. hmmmm

achik,
sedih tu naluri la kan... cumanya jgn keterlaluan.. hehe

Zareda Norman said...

masy

kita sedih bukan sebab kita masih cintakan dia, tapi kita sedih kerana kenangan itu terlalu perit untuk dilupakan..

Mencintai bukan mesti memiliki. lepaskan jika itu yang terbaik.. kak zar setuju sangta. Jangan terlalu meletakkan diri kita di bawah dengan merayu rayu..

Mr PenyuBiru said...

ada 6 biji belon merah hati kat dalam gambar.err..tertiba.hehe..

p/s: aku bab² ni fail aa nak komen ape.

Masy said...

kak zar,
ye betul kak.. klu dah org tu beriya nau nak blah, bagi jelah dia blah.. heheeheh

penyu,
sibbaik aku x buat kuiz mengira berapa bijik belon hahaahaaha

p/s: aku tau dah :p

Super Nia Hana said...

kata-kata acai itu..GILA BENAR!

HEMY said...

mujur bila aku tarik ko berusaha nak naik masy...kalau tak ngan aku2 terjelopok terduduk

puteri said...

sy ske kata2 acai tu. nk boleh?

Frodo Baggins said...

>>___<<


kata2 acai itu terbaik dr ladang.
mau pinjam juga ... keh3x


kalau maaf tu boleh buat org 2 hilang sedih
dah lama wa buat. tp sakitnya masih ada kan?
tetiba wa rasa nak mintak maaf dlm ni
colakE!!! keh3x

yonna said...

best kan lagu ni akak? :) heeee.

apa pun, kalau kita ikhlas, i'allah kita sendiri akan bahagia biarpun bukan dengan dia T____T

kakak, happy selalu ok! :)

Masy said...

hana,
tau takpe... tu komen dia dlm entry akak tahun bile tah.. tp still bole ingat smpi skrg huhuuh

anul,
tu laaaa... kita kan bekerjasama kekdahnye heheh

puteri,
bole saje rasanye hehehhe

frodo,
orang ladang mmg kata2nya dr ladang juga hahaahha

lu mintak maap kat sini, adekah org yg bkenaan baca blog gua weh? :))

yonna,
best gilaaakk!!! :)

betul2... so.. mari kita hepi! :)

en_me said...

me ikhlas tawww.. ahaha

oNi said...
This comment has been removed by the author.
oNi said...
This comment has been removed by the author.
Masy said...

en_me,
yeee sy tau hehehehe

oni,
hmm.. mmg perasaan sedih n rindu tu sume xleh nk ilang sekelip mata.. tp trylah ye :)

chaiyooookk!!!~

oNi said...

:D

i wish it..

Firol said...

hidup spektrum cahaya

jedi said...

Lagu element tu mmg best.

Cinta mmg xsemestinya memiliki kekadang cinta memerlukan kita melepaskan.

Usah bersedih ngan yang berlalu kerna yang lebih baik menunggu di sana.

Cinta ada kemanisan terserlah, kedukaan yang tersembunyi, keperitan yang terlindung. Nikmatilah nikmat cinta sejujur hati kerna Allah.

s.c.h.u.l.t said...

by the passing of time, we'll recover :)

err.manada cintan like forever. dusta semata-mata je tu :P

fndrocka said...

orang pemaaf selalunya hidup dalam kegembiraan

iemah said...

masy - tersentuh eden dgn entry ko nie.
setiap perkara dlm kehidupan Allah jadikan dgn ada sebab dn hikmah di sebaliknya. mlepaskan apa yg kita syg yg telah kita miliki bknnya mudah. tp bila kita pegang yg semua tu adalah 'kunfayakun' Allah utk kita, kita akan redha, biarpun sakit n sedih tu mmg ada. insyaAllah, yes! iya betul2 mmg ada hikmah. hinggakan lastnye kita akan rasa lega sgt2 dgn apa yg kita redhakan itu. hikmah itu Allah tunjuk cash! ms tu lah kita akan rs sgt2 bersyukur dgn apa yg Allah tunjukkan kat kita. Semua nie akan terus mematangkan kita..insyaAllah.

mya said...

betul kata acaii. kenangan tu yg susah nak dilupakan huhu

Masy said...

oni,
:)

firol,
err.. pelangi? eh tetibe je aku. hehe

jedi,
ehem akak ok je so far. eceh ceh... mementang dah lama hehehe

schult,
yess... time will heal, insyaallah. seperti kelukaanku dgn kekalahan Argentina.. huhu

fndrocka,
insyaallah.. harap2 macam tu la ye :)

iemah,
mmg bukan mudah nk lepaskan, nak2 masa tu perasaan tgh mendalam giler T___T tp dlm hal hati ni sume, biasenye kita mmg akan lebih pentingkan hati org berbanding hati sendiri. takpelah kan.. asalkan bahagia huhu

kak mya,
sy pon setuju huhuhuhuhuhuh

oNi said...

aku masih baca artikel ni hari ni..

sekali lagi. huu

Jard The Great said...

=)

suka entri neh.. tatau napa..

Masy said...

jard,
gud2 :) heheh thanks~