Friday, July 09, 2010

544: Aku, Si Anak Keladi

Oh disclaimer siap-siap sebelum menaip. Ini semua pandangan peribadi aku, takde campur aduk pendapat orang lain melainkan di bahagian-bahagian tertentu (jika ada). Apa yang aku nak taip lepas ayat ni, sesucinya lahir dari hati aku sorang - bukan orang lain.

Tu dia, artis sangat haha.

Kebelakangan ni, aku tersensor unsur-unsur berbaur pertelingkahan dalam dunia internet ni. Malas nak sebut blog ke fesbuk ke twitter ke ape ke, aku sebut internet jelah ye. Dan dah tentulah ini bukan pertama kali aku mensensor benda ini. Hehehe. Tapi tidaklah aku menjoyah pegi korek sana sini. Aku kalau nak tau, aku tanye terus tuan punya badan - watdehal ni? Kalau nak jawab, boleh la aku memahami. Andai tiada jawapan, fahamlah aku yang barang kes tidak mahu disiasat. Betul jugak.. takkan nak cite semua kat orang yang kita barely known gitu (eceh!)

Aku hormati semuanya. Dan aku tak kisah pun (nak cakap tak peduli kang macam membohong plak, peduli la sket-sket hehe). Adatlah di dunia. Tua muda miskin kaya semuanya akan ada masanya bercakaran, bertamparan, berterajangan mahupun bersepak-sepakan (bola sepak misalnya).

Aku pun dah berpengalaman berada dalam situasi di mana kawan-kawan aku bergaduh sesama mereka. Aku rasa korang pun ade pengalaman macam tu. Di mana ada masanya keadaan seperti memaksa kau memilih salah seorang (kalau sorang, kalau lima orang - salah lima). Bila aku dalam keadaan macam ni, aku lebih suka memilih untuk bersifat berkecuali. Bukan sebab takde pendirian.

Tapi itulah pendirian aku (ayat ni aku penah tulis dalam entry tahun bila tah).

Aku lebih suka bertindak mendengar daripada pihak-pihak terbabit. Dengar je, bukan menghakimi. Aku takkan sesekali menghakimi, sebab yang bergaduh tu mereka. Dan hati manusia yang tengah panas dan marah akan sentiasa merasa mereka betul. Jadi kalau aku memilih untuk memihak sesiapa, bimbang implikasi lain pulak. Contohnya.. aku berpihak pada yang salah, atau dalam tak sengaja mengapi-apikan benda yang kecil. Kang tak pasal-pasal ilang kawan. Contoh la..

nak gaduh, gaduh la.. ajak aku ape kes?? (kata kakak kat belakang tu hehe)

Macam kes Suria dengan Kapai dulu. Aku takkan dapat memilih untuk berkawan dengan siapa pun, sebab dua-dua aku kenal sejak kecil sampailah sekolah menengah - kami berkawan sama-sama. Bila kedua mereka mula bergaduh secara serius, aku cuma duduk atas pagar (metafora lagi ni) dan mendengar. Paling kuat pun pendapat aku - sebenarnya ada salah faham yang tak terungkai.

Dan perkara paling taboo dalam hal macam ini adalah kau menyampaikan apa yang pihak lain perkatakan tentang pihak satu lagi. Let say Suria cakap something pasal Kapai, aku takkan sesekali bercerita pada Kapai dan begitulah sebaliknya. Malah selama ini sebelum dorang berbaik semula, bila ada antara diorang bertanya 'eh dak dia tu tak cakap pape ke pasal aku?'. Serius aku jawab takde. Tak payah la nak mengapi-apikan lagi, betul tak? Dan aku bernasib baik jugak masa tu sebab diorang tahu aku tak berpihak pada siapa-siapa dan redha aku berkawan sesama diorang tu.

pssttt.. abang anj, dengar laa adik kuch nak cakap ni..
hmmmmmm.. pe diaa..

Pandangan peribadi aku mudah je. Kalau betul kawan aku yang sorang ni jahat (dalam contoh aku ni sama ada Kapai atau Suria la), biarlah. Asalkan dia tak buat jahat dengan aku, sudah. Selagi dia tak menodai kepercayaan aku ka, dan baik je dengan aku - aku rasa takde sebab untuk aku menolak dia sebagai kawan. Dan orang lain tak perlu ajar atau bagitau aku tentang tu. Lain laa kalau dalam diam rupanya dia perogol kanak-kanak dan dewasa kaa, atau melakukan jenayah pemerdagangan orang kaa.. mungkin la kot.

Kalau betul dia jahat, jangan bimbang - satu hari nanti aku sendiri akan terajang dia hidup-hidup dari kehidupan aku. Tak perlu susah-susah tunjukkan jalan. Tu dia. Drama sangat ayat ni haha.

Dan seingat aku laa bila aku bergaduh dengan orang, tak pernah pulak aku ajak kawan-kawan aku supaya jangan pedulikan orang yang bergaduh dengan aku tu. Rasanya la. Selalunya aku kalau bergaduh, memang aku sorang jelah yang gaduh dengan pihak tertuduh tu. Pesen ajak member-member ni aku rasa hanya diamalkan zaman aku sekolah tadika dulu. Oh, sekolah rendah pun ade. Hahaha.

Aku tak kata aku mulia, polos, gebu (tetibe) ataupun baik nau. Taklah. Aku pun pernah gak bergaduh. Tapi aku serius tak ingat ade ke tidak aku menghalang kawan-kawan aku yang lain daripada terus berkawan dengan si mangsa tu. Bila tak ingat tu, kira takde la kot? Paling jahat pun dulu masa aku bergaduh dengan boipren Umi (classmate YuAiTiEm), aku cakap kat Umi 'apsal laa ko kapel dengan mamat sengal ni? heran aku. ko clash jelah dengan dia'. Hahahaha. Aku cakap je weh, takde la aku betul-betul nak dorang clash.

Dengan member blog pon macam tu. Aku dah 'potong kek' dengan sorang member blog, rasanya tak ramai yang tau. Siapa ke dia. Kenapa ke. Ape ke. Yang tau, tau lah. Dan kalau nak terus berkawan dengan pemangsa itu, silekan. Takdenye aku putus kawan dengan uols kalau uols memilih untuk terus berkawan dengan dia.

Kesimpulannya di sini. Setiap orang ada hak. Memilih untuk memilih, atau memilih untuk tidak. Nak berpihak pada kawan yang kau rasakan salah atau benar. Aku? Aku memilih untuk diam saje. Aku lebih suka kalau aku berkawan dengan semua. Dan unsur provokasi dalam hal pilih memilih ni aku agak kurang gemar. Ye, boleh bagitau aku - tapi tengok keadaan. Rasanya aku takde kepentingan apa-apa ke atas sesiapa pun. I'm not choosy pasal nak berkawan dengan sesiapa - walau sejahat manapun kau, but I only choosy when it comes to hang-out friends. Itu je.

Aku ni pun bukannye elok sangat. Ada gak aib, cuma orang tau dengan tatau jelah. Jadi siapalah aku untuk memilih sangat? Lain laa kalau nak pilih jodoh, ye tak? Hahaha tetibe melencong plak pasal jodoh.

Hidup biar sedap. Sakit jangan sampai mengidap.

# pergh giler panjang entry arinie. hahahaha. entry pasal kuar together² dengan Geng Memuah akan menyusul minggu depan ye :) *

29 comments:

ber_u_wang said...

YE pengalaman berkawan internet sungguh menakutkan...serik uncle

Masy said...

ber_u_wang,
tak sume mcm tu.. ikot nasib kita la.. kadang2 malang dpt laa yg x best, tp bila nasib baik dpt kawan2 yg happening :)

Erina Asmawani said...

minggu depan? huuu..kite dah xde..uuu..uuuu...uuuu (bunyik puppy saket ;p)

tol tu kak, kesimpulannya kite jgn mengapi2kan kawan, not good kan. yg pnting, kawan biar ikhlas ;)

alaaa..nyomel ar pic abg anj & adik kuch tu..pijak kang!

achik said...

setakat ni x penah gaduh ngan rerakan blog.. err nak ikutkan penah je terasa hati dan tersentap bila baca komen atau entri.. tapi slalunya cuba utk tak balas/tinggalkan komen bila jadi camtu.. so takde panjang2.. kalau rerakan 'real life'.. tipu la kalau x penah kan.. huhuh..

oh2 tetiba terbizi bodi plak rasa nak tau ngan sape yg akak dah 'potong kek' tu.. adakah saya kenal dan penah baca blog dia juga? kuries plak.. xpe, yah jawab pun xpe.. ;)

Masy said...

erina,
alaaaaaaaaaaa.. uu.. uu.. uu.. hahahah

tu lah. klu berada di tgh2, klu x mampu jadi pendamai - jgn jadi pengipas pulak.. dok diam2 sudah..

comel sgt kan!

achik,
heheheheh... takat komen n entry mcm xde la so far.. so ok la..

blogger itu? akak pon tatau la achik pnh baca ke x blog dia. hehe

zonaku said...

heheheee.. erina dari status penyayang pada binatang trs kene rejek.. menatang tu kiut miut k nk pijak! khianat!!!!...muahahahaa

er....
kadang sayang pada hubungan persahabatan tu menyebabkan aku terima semula sebagai sahabat... tapi dengan langkah berjaga2 laa.....

sakan tul mlm td!

Sierrauniform said...

kuasa di tngan mu~comment takde idea..hee2

baincardin said...

Misteri alam jin...pernah terjumpa ke? heeeee....^_^'

Masy said...

rembo,
yaa betul tu :)

bain,
jin la pulak.. Jinjang penah la. hehe

Mr PenyuBiru said...

gathering tak ajak aku.tak mau kawan aa.hehe

frwls said...

walau apa yang terjadi, makan tetap makan!

sedap betul pisang free harini...

nyumnyum

Masy said...

penyu,
mcm laa aku ade no phone ko kan? klu ajak tu nk folo ke? shodahlaahh hahahaa

caki,
betul! mkn is the best thing. hahahah

Jard The Great said...

kak masy mmg gebu *tibe2.. wakaka

zonaku said...

ehhehehee.... siapakah di kalangan geng memuah ada no tepon encik penyuk??????????

Masy said...

jard,
tetibe je kan. hahahahaha

zona,
ntah.. si jard ade kot?

mya said...

*cuma mampu tersenyum dengan entry ini*

Mak Su said...

maksu kalu gaduh, nangis kat jamban, hahahah

Masy said...

kak mya,
*tersenyum jugak hehe*

maksu,
hahaha mcm same je kita ni maksu? sian jamban jadi tempat buang airmata hehe~

HEMY said...

gebu montok dan berpandangan polosss...smpi buleh nampak bulu dada utk dicekau

org ada blog masing2 punya tujuan..jgn la kecoh atau menyampah dia citer apa pun..tkyah la baca..kan senang

Masy said...

anul,
ngahahahaahahah

sokong!

yonna said...

well said,akak! yonna pun dah potong kek dengan 2 org blogger T_________T eh sorang ke 2 entah tak ingat dah LOL. takpelah,maybe salah sendiri. even dah minta maaf pun still dia x terima rasanya. but still yonna tak mintak kawan2 yonna pulaukan dia ke apa. dia sendiri yang away dr kami semua..

and now bila dah jumpa balik blog budak tu,still yonna minta maaf lg kat formspring dia, dia tak approve pun soalan yonna tu :(

PnConfused said...

mula2 kannnn... aku cam nak komen okehhh....


tp bila part gebu montok sme tuh terus aku malas...


malaslaaa ai nak komen...


errrr.... stetment aku ada x cam ko rasa nak ptotng sotong kurita?? ehh.. bukan.. potong kek??


hahahhahaha

noorlara said...

Masy,
dalam apepun bidang atau perlakuan professionalisma amat penting, bukan ikut emosi melulu. Justeru pengetahuan dari pembacaan dan pengalaman dari pergaulan dengan mana mana golongan amat berfaedah. manfaatkan yg positiv yg tak elok jadikan sempadan...tak gitu cik hedek!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

hidup biar sedap...sakit jangan sampai mengidap..emmmm..

Masy said...

yonna,
takpelah.. klu dah org takmo, biarin aje. at least kita dah try dan usaha kan. hehehe

pnConfused,
ko memang mengkompiskanlah. potong pulut kuning jelah dgn ko hahaha

kak noor,
ye bener itu kakak! :)

cikgooden,
hmmmmmmmmmmmmmm~

en_me said...

kiter kawann kanns.. ehehe

Masy said...

en_me,
ye .. kita kawan heheheh

Super Nia Hana said...

potong kek?
huhu..watashi mmg tak faham..

Masy said...

hana,
putus kawan la kirenye hehe