Friday, July 16, 2010

547: Kalau berani, bacalah!~

Salam sume..

Zaman sekolah rendah dulu, aku ada satu tabiat yang paling susah betul nak dikikis sedari darjah satu iaitu malas nak buat kerja sekolah. Walaupun bapak aku guru besau, sifat pemalas bukan-memain tu memang takleh nak buat apelah. Ok. Kerja sekolah yang cikgu bagi suruh soh buat kat rumah tu aku buat laa sebab kat rumah ada dua orang lagi cikgu dok memantau.

Tapi tang latihan dalam kertas selai-selai ni cukuplah malas aku nak buat. Bukan ape, nampak jelah selai kan – tapi kang cikgu yang berhormon rajin mesti akan bagi berhelai-helai. Zaman tu kan takde mesin fotostat, guna stensil je. Agaknya cikgu-cikgu sekelian pikir, alang-alang nak gelek – biar sampai ke pangkal lengan. Agaknye la..

So biasanya kertas-kertas ni sume aku akan peruk je bawah meja. Kalau ade 10 helai, 10-10 tu lah aku sumbat. Satu hari ada berapa subjek? Sekali subjek ade berapa helai cikgu bagi? Kalau seminggu? Dua minggu? Ya, korang buatlah matematik tu. Hahaha. Mujur takde lipas teringin nak bikin petempatan dalam meja aku.

Namun begitu, seterer-terer Uruguay main bola, akhirnya kecundang jua di tangan German. Kegiatan menyembunyikan kertas (bukan gula) soalan di bawah meja terkantoi sudah. Cikgu Lee la ni. Suka sangat kantoikan aku. Huhu. Makanya, dalam seminggu tu akan ada masa-masa yang aku habiskan dalam bilik guru besau. Tak kira laa masa tengah ada kelas ka, waktu rehat ka – bila-bila la yang cikgu besau tu suka. Nanti dia akan utuskan siapa-siapa untuk panggil aku melepak dalam bilik dia.

Buat apa? Buat keje sekolah depan dia laa T____T

Ini bukan cerita utama. Sekarang baru nak masuk cerita. Intermission bak kata filim hindustan.

(perkataan INTERMISSION sedang terpapar di layar bersama latar belakang gambar seorang aku berwajah penuh dendam, ada lagu sendu turut mengiringi)

Suatu hari yang bening, tatkala aku dan rakan-rakan darjah 1 Biru sedang khusyuk belajar (ntah ye tidak). Datang seorang pengawas lelaki mengetuk pintu hati.. err.. pintu kelas.

Cikgu, guru besau panggil Masycomel
Sekarang?

Ha’ah


Taukah perasaan aku? Korang ingat lagi apa perasaan kalau kerja sekolah tak siap, tapi ko tetap degil nak tidur jugak pada malam sebelumnya? Rasa sesemut kat punggung, jantung berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang, dan tambahan sikit – ada rasa mau menangis (tapi nak tido gak! haha).

Dalam perjalanan, aku bertanya pada abang pengawas yang lebih tinggi daripada aku pada ketika itu. Ketika sekarang tatau lagi la kan.

Abang tau ke kenapa abah panggil? (ok aku tak reti panggil bapak aku ‘cikgu’)
Tatau.. nanti adik pegi dekat kelas 6 Kuning eh
Errr.. abang temankan bole tak? Masa ni aku serius rasa nak nangis, takutlah ngok.
Eh mana bole.. ada kelas sekarang ni
Ala bole laa
.. (muka sipi lagi nak luruh airmata). Kelas 6 Kuning tu katne? Huhu

Last-last abang tu temankan la sampai depan pintu darjah 6 tu. Nun di hujung sana, bapaku pulang dari kotaaaa bapaku belikan kereta. Ok ok serius. Nun di hujung sana, bapaku sedang duduk di kerusi cikgu sambil membelek buku teks. Murid-murid di dalam kelas berbisik-berbisik. Pintu diketuk. Abah menggamit, memanggil aku masuk ke dalam kelas. Masa ni rasanya jantung aku dah bertukar jadi cecair.. melimpah ke ladang gandum lalu pooffffff!! Jadilah coco crunch.

nak ape, abah? Aku bertanya, takut-takut. Harap-harap bukan pasal kerja sekolah.

Abah hulur buku teks, tawarikh tak silap aku.

Baca dari sini (tunjuk kolum kedua dalam muka surat belah kiri) sampai sini (hujung kolum pertama dalam muka surat belah kanan). Baca kuat-kuat.

Oo.. nak suruh baca ke? Ingatkan nak suruh buat kerja sekolah kat sini. Fuuhh~ Aku capai buku teks, dan mula menarik nafas untuk membaca sambil mengadap beliau.

Jangan pandang sini, pusing sana. Hadap abang-abang dengan kakak-kakak ni sume.

takde la plak aku berdiri camni.. nak kena lempang dengan bapak aku?? haha

Errkk?? Apa-apa jelah. Jangan tanya pasal kerja sekolah sudeh ye bapakku yang kacak bergaya. Aku pun mula membaca. Sampai ke satu perkataan yang pelik. Aku berhenti. Cuba baca sendiri tapi tak yakin.

Ni ape ni bah?

Satu kelas ketawa.

DIAM!!!! Apsal ko gelak? Ha? Ko nak baca??!!

Semua menikus. Tau takut. Lempang kang baru tau. Kata aku dalam hati sekarang ni la bila kenangkan balik. Haha.

Ada sape nak baca??!! Pandai gelakkan orang, bila suruh baca taknak!!

Sunyi. Semua menunduk. Macam la kat meja memasing ada line internet nak layan fesbuk. Lepas diberitahu, aku sambung membaca. Sampai habis.

Ok dah. Gi balik kelas.

Ler.. itu je? Penat jantung aku mengepam darah secara berganda dari kebiasaan. Tapi ok la. Tak tanya langsung pasal kertas-kertas bawah meja aku yang mula nak menimbun balik tu. Sampai kat kelas, cepat-cepat aku tarik satu persatu kertas tu, dan siapkan sikit-sikit. Huhu. Fobia fobia.

Oh kisahnya. Bapak aku suruh sape-sape volunteer baca teks tu, tapi sampai ke sudah takde pun yang angkat tangan. Tindakan dia memanggil aku tu kiranya macam nak buat serangan psikologi la. Dah tu.. kalau ko takde rasa malu bila budak darjah 1 baca buku teks darjah 6 kat depan muka ko yang darjah 6 tu, tatau la kan. Kira kebal la kulit muka. Hehe.

Eh, zaman korang ada belajau Tawarikh ke? Zaman aku tak sempat nak merasa (tetibe je kan soklan ni).

23 comments:

en_me said...

ghitewww.. uhuhu

Jard The Great said...

tawarikh tu menda kak? hehehe

Masy said...

en_me,
gittewww.. zaman en me mesti ada blajar kan hehehe

jard,
tawarikh tu sejarah.. hehehe

en_me said...

yep.. tawarikh = sejarah..
kalo ilmu hisab? ekeke

achik said...

fuh, suspen je nape kena panggil..

padan muka budak2 darjah 6 tu.. dimalukan ngan budak darjah 1.. err tapi kalau x paham gak tak tau la kan.. hehe.. ;p

Masy said...

en_me,
ilmu hisab adalah matematik hehehe

achik,
saspen gilerrrrrr T___________T

haa... tau takpe! hahaha

Zareda Norman said...

zaman kak zar pun dah panggil sejarah cam ne zaman mo paggil tawarikh ni dik.. moskel akak ni

Lelaki Ini said...

hahaha..
bangga la tue!

Masy said...

kak zar,
ntah la kak. mebi bapak sy je kot panggil tawarikh tp sebenarnye sejarah? huhuhu

lelaki ini,
budak2 mana la reti nak bangga2. lgpun bkn kene puji pon hehehehe~

frwls said...

hehe.

hehe..


budak darjah 6 takut sangat dengan abah apahal.

Mr PenyuBiru said...

baru nak tanya tawarikh tu ape, rupanya sejarah ek. aku ingatkan solat tarawwih. maklumlah puasa lagi 3 minggu.hehe

Masy said...

caki,
ntah ler dorg.. hehehe

penyu,
terawih pulak katanye heheheh.. puase sok jom laa kita gath berbuka pose. takkan tak berani kott... :p

Mr PenyuBiru said...

gath buka pose? aku bukan taknak join tapi sayang aa nak tinggalkan solat terawwih tu.lagipun dah tentu aku pose masa tu.hehe

Masy said...

abeh aku x semayang terawih la?? T_____T

lps berbuka tu terus shoot la gi mesjid. klu buat kat shah alam lg cantek. masjid beso depan mata je. huhuhuh

alasan ah penyuk! :p

moment said...

ayah wafa pnh buat hal yg sma..
tp panggil2 tu je la..
xde plak suruh baca depan klas..huhu

KAMATO said...

dulu sekolah rendah memang ada twarikh dan kajian alam, sekarang dah combine jadi kajian tempatan

PnConfused said...

zaman aku de science and mathematics okehhhhhhhhhhhhhhhhh...







:P




saja nak ckp ai muder yuuuuu... :P

zonaku said...

ooooooooooooo

sejarah!

errrr.... penyuk cam tu jer laaa.... bila ajak, memacam alasan, bila x ajak, nk merajuk...

cet!

pekata, buat majlis buka posa, terawih, qiamullail, sahur???? best! lengkap, sapa x leh miss ibadat di samping beramah mesra

Masy said...

wafa,
oooo... bapak akak mmg suke panggil2 ai baca dpn org hukhuk~

kamato,
kajian alam? zaman sy ada Alam & Manusia. hehe best2

pnConfused,
elehh.. padahal umur lebih kurang aku je kan :p hueheheeh

zona,
kita buat je sume plan kita. penyu tu dlm list KIV sudeh. yg lain sume VIP ok. hahahaahahahhah

yonna said...

tawarikh tu sejarah? T_________T menatang apa belajar sejarah darjah 6 ni? HAHAHHAA

yonna baca tadi dgn oenuh debaran ok. kot2 menanti cerita akak yg last2 akak kena balun dgn ayah akak depan orang ramai! hahahha. rupanya suruh baca je buku LOL. comel betul ayah akak

Masy said...

yonna,
masa tu mmg ade.. tp akak pon x sempat nk merasa blajau sejarah time skolah rendah hehehe

tau takpe! cuak ok.. akak dah bajet kene lempang je, rupanya khayalan semata T___T tq daddy.. hohohoho. dia comel, anaknye juga begitu.

fndrocka said...

bajet time tu kau hero lah..baca depan abang2, padahal kerja skolah kau tak siap..kui3

Masy said...

fndrocka,
hahahahahhahh biar la! :p