Tuesday, July 27, 2010

551: Jurnal Minda Atas Pagar

so damn true! [pic credit to tumblr]

Dalam beberapa hari ni, aku menganalisis tindakan dan kata-kata aku - yang menyebabkan aku terperangkap dalam keadaan yang mengelirukan ni. Ada masa aku rasakan mungkin aku keterlaluan, ada masanya juga aku berasakan aku di pihak yang benar.

Hasil temubual (tak bertemu pun, berbual je) dengan beberapa orang responden telah meyakinkan aku bahawa aku berada di landasan yang betul. Ya, mungkin pilihan aku salah. Mungkin saja mereka itu benar. Tapi cara dan gaya untuk menonjolkan apa yang dikatakan kebenaran itu langsung tak menyentuh hati aku. Langsung tak berjaya memenangi undian aku walau separuh pun.

Langsung tak.

Tak bererti aku bias. Pilih kasih. Aku, dalam hal yang sebegini memang jarang memilih (bukan langsung tak). Cuma bila wujudnya keadaan semacam ini, perlukah aku memilih lagi? Kalau benarlah yang salah itu salah, ada beribu-ribu cara lagi untuk menyuluhnya. Tapi bukan dengan cara ini.

Yang terlihat hanyalah kebusukan hati manusia. Yang terpampang sekarang hanya cemburu buta insan yang enggan meraikan warna-warni. Dan jujurnya aku benci tingkahlaku sebegini.

Biarlah.

Jika aku diasingkan kerana akalku menghasilkan jawapan yang tidak memihak kamu, biarlah. Jika hasil jawapan itu mengakibatkan aku kehilangan, biarlah. Dan jika aku kehilangan kerana percaya dengan apa yang aku fikirkan betul, biarlah.

Kerana redha manusia - kecuali ibuku dan suamiku nanti - tidak akan membawa aku ke mana-mana.

Moga aku dijauhkan oleh Allah S.W.T daripada sifat-sifat semacam ini. Dan anda semua juga, kawan-kawan. Janganlah begini.

Sayang aku tak? *tetibe* hueheheheheh~

29 comments:

en_me said...

ramai yg sayang ko tewww.. pis

hanisakura said...

sayang2!! n ayat dlm gambo tu... sooooo true.

Masy said...

en me,
harap la eh.. hehe

hani,
mekasih!! yup. dem dem true... huhuhu

ber_u_wang said...

sayang sape tak sayang anak.. he he he

baincardin said...

HDR is back! Jom layan!!!~ ^_^

Zareda Norman said...

kita pun cayang awak jugak.. selalu doakan yang baik baik untuk awak...

Masy said...

ber_u_wang,
alahai.. mekasih la apak.. hehehehe

bain,
HDR lg? heheheh~

Masy said...

kak zar,
mekasih kak.. sy pon cayanggggg akak ;) mekasih sbb sudi doakan sy ye :) muah2!~

achik said...

Kerana redha manusia - kecuali ibuku dan suamiku nanti - tidak akan membawa aku ke mana-mana.

betul betul betul.. :)

ps: err sebenarnya cam x bape nak paham yg tersirat dlm entri ni.. ;p

frwls said...

saya pun suka makan kak masy. lagi-lagi pulut ayam

Masy said...

achik,
:) hehehehehe

takpe.. hal kecik je ni hehehe

caki,
ko suke makan akak ke mkn pulut ayam??

Mak Su said...

maksu akal gaks caption tu, so true

fidde said...

sayang....sayang sangat....heheh!

Masy said...

maksu,
sgt2 betul kan :)

fidde,
alahai ye ke.. tersipah² ai gara² malu sendiri hihihi.. thanks :)

HEMY said...

aku tkyah jawab la soalan akhir tu..tp aku tau ko sayang aku...ohhh~~~

zonaku said...

*tetiba*
perlu ker diucapkan???????

Super Nia Hana said...

SAYANGG!!!!

nape??risau tarikh 10.10.10 tu ekk

mamai said...

masy bila nak bersuami tu jgn lupa jemput bro okay

PnConfused said...

haah..


yer... takpe2..


aku tau ko syg aku.. heheheh

k.e.r.i. said...

quotes tu macam best.
herm..copy ah.

Firol said...

manusia macam2...ada yang hitam hati ada yang putih hati

Masy said...

anul,
ha yelah tu :p bluweekkkss hahaha

zona,
aaaa.. ckp laa baru aku tau hehehhehe

hana,
YEAYYY!!! thanks ;)

isk takdelah.. hehehe

mamai,
ye abg mamai.. sok sy kawen n jemput, jgn x dtg pulak ok!~ :)

pnConfused,
kau buat aku terkeliru dgn kehidupan ini... hahahahhhha

keri,
sile²~

firol,
yup betul.. itu tak kira lg yg kelabu asap, biru kundang, ijau pucuk pisang dan juga merah batu. huhuhuhuh~

Mak Su said...

masy kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/07/tag-dan-award-bestest-blog.html

Mizzy said...

ramai dah komen :) i simpan dalam hati je la :)

Masy said...

maksu,
esok maksu dtg tgk ye, sy jawab tag tu hehe

mizzy,
itu org lain, bkn u.. simpan dlm ati org xleh baca la :p hehehehe~

didi said...

saya...*malu ar nak sebut*

er penah ke sebut pun..isyh2..xreti ar..paham2 dah la..haha~

so demm true itu pic lar..i loikee bole? hehe~

Masy said...

didi,
elelelelele malu la tu HAHAHAHAHAHAHAH.

betul kan? huhuhuhuh sile klik like kat pic tu. hahaha

fndrocka said...

pasal pic tu...kalau org dah ketuk pintu berkali-kali tu janganlah tak bukak pulak iye dak,haaa..

Masy said...

fndrocka,
klu pintu tak bukak2 jgn la dok ketuk lg. nanti kene terajang sesia je hahahaah~