Thursday, July 29, 2010

552: Tag Berantai

Ada dua.

Yang Ke 1

Saya telah ditag oleh Kak Mya. Sebelum ditag, diberinya dulu ubat penenang berbentuk Cute Blogger Award. Eceh.. beli jiwa nampak? Hahaha.

cenggini la rupa paras award tersebut. susah sket la nak junjung atas kepala

Dah happy? Ape lagi, jawablah soklan - ingat free² je ke award tu? ;)

Apa nama blog?

Dalam ic, blogku bernama Kotakhujan dengan tagline 'Rhapsody Hujan Siang'
Jangan la tanye kenapa aku bubuh nama cenggitu. Mak malas nak explain (tetibe mengaitkan mak dengan pangai pemalas).

Bila start buat blog?
2005. 22 Ogos 2005 to be exact. Aku tak hapal pon date ni, korek jelah entry lama kan. Hehe. Semuanya di bawah kelolaan Kak Mayameera yang dah pun berhenti berblog. Tapi kitorang tak berhenti berkawan - masih lagi kawan baik sampai sekarang, alhamdulillah :)

Eh lama dah eh. Sibbaik aku tak start tulis blog tahun 2004. Hmm...~

Sape 1st follower?
Serius aku tak amek tau. Tapi selepas mengkaji senarai ahlil kotak waljamaah, si Kapten Luffy la yang mula² angkat tangan nak jadi follower.

Ucapan khas untuk pemberi Award?
Mekasih Kak Mya sebab bagi award ni. Baru saye tau yang saye ni cute, saye ingatkan saye cantek *efek airmata bercucuran dari pipi ke dagu* Hahahaha. Tak tak. Mekasih². Kita semua cute. Walaupun pada dasarnya taklah cute mana, tak dosa pun anggap diri cute. Jangan sampai riak sudah. Hehehe~

Lastly, 9 org cute yang saya nak tag?

anul (ko mesti rasa ko cute kan.. tau dah :P)
caki (aritu soh forwardkan interview tu, akak forward tag ni kira ok la eh)
mizzy (takde sebab. hehe)
kapten (sebab ko adelah 1st follower, aku terharu)
deanz (sebab dah lama tak tag. hehehe)
penyubiru (aku tak kompiden je ko nak jawab ke tak. kalau tak jawab.. hmm..)
zona (saje je. hahahaha)

Eh. Tatau nak tag sape dah. Sape nak jawab, jawablah. Jangan malu-malu kucing batu.


Yang Ke 2


Yang ini datang daripada Maksu. Mudah banget je tag ni. Semudah alif ba ta A B C 1 2 3 do re mi. 2 soklan je pun. Kacang nganyin je.

sekali tengok macam ABC Fradoo. hehehe~

1. Kena buat ayat puji kepada pemberi award

Ler.. tag mintak puji rupanya.

Maksu, saye ni tak pandai bermadah pujangga seperti serangga di taman belantara. Apatah lagi untuk mengait kata-kata indah bersulam awan dania, ditaburi bintang-bintang idola kecil nan berkerdipan. Saye juga tidak bijak mengarang bait-bait puitis untuk menggabungkan segala jenis pujian yang wujud di alam mayapada ini khusus untuk tatapan dan santapan pancaindera maksu. Memang saye tiada bakat untuk itu, maksu. Siapalah saye ini untuk memintal buih.. yang memutiiiihhh... menjadii permaidani.. sepertimanaaaa yang tertulis dalam novel cintaaaa..

Namun begitu. Hanya satu jelah yang mampu saye perkatakan, dan ini adalah khas untuk maksu sorang. Mekasih la sebab tag saye. Hehehehe~

Eh. Terima kasih tu bole kira puji ke? Boleh laa eh (blur)

2. Kena pass pada 10 lagi penerima seterusnya:

Oh ye. Orang² yang sama jugak seperti di atas. Malas nak pikir dah. Hehe.

3. Bagaimana blog anda boleh digelar blog yang best and great?

Sebab Maksu tag. Kalau tak, memang takde la. Hehehe. Best ke? Great ke? Bole laa.. :) Jadi best dan great pun sebab yang datang membacanye laa yang best dan great - korang la tu ;) ai ni.. kalau nak diharapkan, takde mende pun...

********

And so, my boss asked me, "Masy, can you keep a secret? Can I put my trust on you?". I nodded my head once. "Promise me, that you'll never discuss this with anybody". "Insyaallah. I have kept a lot of secrets all this while. You can trust me".

The moment of silence filled the air. After a slow exhaling, he started. Word by word. Phrase by phrase. And I sat quietly beside him, tried to absorb every single things he said. It's not about him, totally neither about me. And nothing to do with our office's financial too. But still, I can saw - and felt - the burden he carried on his shoulder.

Hmm.. I hope I can do something other than just lending my ears. Maybe a hand and time from me can make a little difference, and can do a big favor for him. And of course I will. Don't worry, Mr Sivaji. This matter would be passing soon. Insyaallah.

"Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

Oh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way"

Inshaallah - Maher Zain

22 comments:

en_me said...

jap, me first kah.. ahaha

en_me said...

rajinnyerr wat TAG..

mya said...

lama tak dengar ayat 'beli jiwa'.
tehehehe..

Masy said...

en_me,
ya.. 1st dan 2nd gittew..

kak mya,
vell vell vell hahahaha~

Mizzy said...

takat tag gini, malas nk buat :P

frwls said...

nak tag yang ada makan free.


hihihi

Masy said...

mizzy,
sume malas! ape yg rajin? gatih? :p

caki,
lps jawab tag nanti ade org blnje makan. x caya, cuba buat. hehe

Zareda Norman said...

siok jugak sesekali menjawab tag kan

achik said...

sungguh cute & bestest.. ;p

Masy said...

kak zar,
sy ingat nk tag akak tp maksu dah tag :) hehe

achik,
hehehehe akak ke ape? heheheh mekasih2 :)

yonna said...

kesian mr sivaji. sob sob.bagi dia cd maher zain la. nyanyi dlm blog bukan dia dengar pun haha

Mak Su said...

ahaks ahaks. masy yg sporting.. mekasih :)

Masy said...

yonna,
kang beliau menangis terharu plak. ngahahahahahhaha

maksu,
sama2 maksu :)

HEMY said...

aku akur nama atas sekali tu bermaksud..aku paling cute

oNi said...

ayat masy smua"beli jiwa". yg buat ia berbeza mgkin /originality

keluhuran. saya suka baca blog ni., :D

Masy said...

anul,
hahahah sukati hang la :D

oni,
oh... betul ke? mekasih2 :)

didi said...

mr sivaji ada prob ye.huhu~ xpenah sy berpeluang nmpak dia sedih (bagusla..means dia sentiasa tabah).xrugi kak..hari ni akak pinjamkan bahu akak, esok pinjam bahu sy kat akak lak kan..mana tahu..haha *perasan..haha~ xpun bahu bakal suami akak..praktis ar..hikhikhik ;p

Masy said...

didi,
org len yg berproblem, menempiaslah ke beliau. klu dah menempias ke beliau, pasti ade tempias sket kat akak nanti2 tu.. kompem punye. hehehe.

sy nk pinjam bahu bakal asben bole tak? *sambil mencari2 dlm keramaian*

zonaku said...

dah agak dahhhhh!

zino said...

oops teringat tag mak su tak di jawab lagi hehe.. menjawab tag la yg paling malas sekali.. hehe

Mr PenyuBiru said...

ketakkompidenan ko ade asasnya sebab aku sendiri pun tak kompiden aku akan jawab tag ni.hehe..

walapun ko tau aku tak kompiden nak jawab tag ni tapi ko tag jugak aku sebab ko nak bagitau yg aku seorang yg cute kan?kan? muahaha...

Masy said...

zona,
dah buat lom? aku zaassss satgi ke blog ko

abah zino,
hahahahaaha tak susah pun.. kopipes soklan pehtu jawapan je tulis sndiri hehe

penyu,
tak pon. aku try je tgk ko nk buat ke tak. kot tak.. mmg sah pasni takde de aku tag ko lg :p