Tuesday, August 10, 2010

558: Day 04 → Something you have to forgive someone for.

cam biasa, cilok kat stor pakcik gugel


Hmmmmm.. Topik ni pun berat gak. Oleh kerana dia berat, dia akan menjadi entry yang panjang. Huhu. Sebenarnya entry ini saling berkait dengan soklan Day 08.

dia cikgu feveret aku, tapi kenapa dia buat aku macam tu??

Benda ni dah terlalu lama, kalau nak diikutkan - terlalu tak masuk akal untuk aku kenang dan dendam sampai sekarang. Tapi aku tetap berasakan aku ada point yang jelas, mengapa aku masih lagi ingat dan berperasaan yang tak elok macam tu. Hmmm.

Masa aku darjah 4, ade sorang cikgu yang aku sangat sayang dan suka bila dia masuk mengajar. Cikgu tu perempuan la.. takde nye nak feel-feel mengurat pun. Aku bukan miang macam budak-budak zaman sekarang (eh tetibe). Dia mengajar subjek yang best - dan aku pun akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat perhatian dia. Biase la tu.. haha. Buku latihan untuk subjek dia memang aku jaga betul-betul (yang lain pun sama, cuma subjek yang ni extra perhatian). Dan memang atas kesungguhan tu, aku memang jadi antara feveret student dia la. Yeahhhh~

Tapi semuanya berubah bila aku jadi pengawas pada tahun berikutnya. Masa dah tengah tahun tu, dah ade khabar angin yang mengatakan aku akan dilantik menjadi penolong ketua pengawas untuk tahun depan. Kiranya masa aku darjah 5, cikgu-cikgu dah aim aku untuk jawatan masa darjah 6 nanti. Err.. sebenarnya aku tataulah adekah ini saling berkait dengan apa yang dia buat kat aku nanti.

So suatu pagi, lepas abis tugas aku jadi guard kat pagar sekolah - aku pun balik la kat kelas. Masa tu aku tengok ade laa 4-5 orang je dalam kelas, yang lain tah mana lesap. Tengah aku dok kehairanan sorang-sorang, tetibe aku ternampak ketua darjah kitorang - Zul - turun dari tingkat dua. Aku pun tanyelah dia, mana budak-budak lain.

dorang kat atas, kat kelas 6K
ade ape?
Cikgu N panggil
apsal?
ntah dia kata ade kuiz ke ape tah
sape yang dia panggil?
sape-sape laa dalam kelas kita
oooo kalau aku pegi bole ke?
pegilah

Eksaited aku. Aku pun ajak sorang member aku - tak sure laaa Rembo ke Anji ke - pi naik kelas atas. Tapi bila cikgu tu nampak je aku, terus dia kata 'awak tak payah, yang lain-lain je'. Oh. Pelik di situ. Takpelah. Aku pun blah.

Tapi tak lama lepas tu, member-member aku yang turun daripada kelas atas tu bagitau, Cikgu N nak jumpa aku.

dia tanye kitorang pasal ko
pasal ape?
ape-ape jelah, sume pasal ko.. dia tanya ko macamana dalam kelas.. sumelah
aik.. nape plak?
ntah. ko pegilah, dia nak jumpe sekarang
aku sorang?
ha'ah

Apsal plak nih. Hmm. Tapi aku pegi jelah. Cuak cuak. Dahlah dalam kelas 6K tu ade boipren aku HAHAHAHAHAHAAH gelak gelak rasa nak terguling-guling bila teringat. Aku pun pegi mengadap. Muka cikgu tu agak-agak nak muncung gak la. Dah bagi salam, dan berdiri sebelah dia. Cikgu pun tanya, apa tugas pengawas? Err... aku jawab mana yang aku tau la.

Tetiba.

DANGGGG!!!! Dia hentak meja. Kuat-kuat. Lepas tu dia start menjerit. Nyaris nak terkeluar jantung aku. Ok aku malas nak detailkan apa yang dia cakap. Cuma yang aku ingat, dia bebel pasal..

1. dia dapat aduan daripada budak-budak darjah 4 yang katanya aku dok maki dorang masa jaga kelas time cikgu-cikgu meeting. masalahnya, masa bila plak aku jaga kelas ni??? kalau ada pun, aku prefer jaga kelas aku sendiri. kuaser aku nak jaga kelas lain ok.

2. tetibe dia skip - terus cite pasal perangai aku kat rumah. eh eh. sejak bila plak perangai aku kat rumah boleh dibincangkan kat sekolah??

3. oh. dia bukak cite pasal layanan aku masa dia datang kat rumah. what u expect from 11 years old kid? nak aku bukakan kasut ko? nak aku encang ko masuk umah? nak aku suap ko makan? dah tentu la yang buatkan air untuk tetamu tu abang aku, yang menghidangkan pun diorang. aku ni dah la memang jenis kalau dah start baca buku, aku tak kisah alam setikar (bak kata Amani). itu pun nak jadi modal ke? and again, can anybody explain to me - what those points do with my position as prefect?

Dan sebenarnya banyak lagi dia bentak-bentak aku depan orang ramai tu, tak lalu aku nak ingat T___T Malu ok. Dah la sampai ke sudah aku tak nampak apa punca sebenarnya dia marah-marah aku camtu. Oh ye. Bukan takat kat kelas 6K tu je ye, lepas tu dia heret plak aku gi kelas 6B - sambung tengking-tengking aku kat situ plak. Demmm... jatuh airmuka aku dah jadi airmata (dalam hati jelah, ape kelas nangis depan orang). Pehtu ujung-ujung tu dia suruh aku mintak maaf kat dia. WTF?????!! Ape kesalahan aku pun aku tatau, tetibe soh mintak maap?

Tapi nak buat macamana. Dia ibarat gajah, ku hanya semut meraaah. Huhuuuuuhuhu~

Kebetulan pulak masa aku ditocer kat kelas 6K tu, cikgu kelas aku plak lalu. Bila aku masuk kelas, kebetulan lepas tu subjek english - cikgu kelas aku la ajau. Kali ni cikgu kelas plak soal siasat. Sume kawan-kawan aku zip mulut, tapi ade laaa seorang Zul yang memang cilake sudah bukak cerita. Mamat ni bukan takat cerita, siap menambah lagi tu T___T memang cilake habislah!! (so sebagai balasannya, tahun depan tu aku - dengan rakan² - pi pancitkan tayar beskal dia. padan muka ko setan).

Lepas tu yang aku dapat. Ya.. cikgu kelas pulak melempang aku depan orang ramai itu.

Rentetan peristiwa tu. Hmm. Aku dapat berita yang tahun depannya, jawatan sebagai pengawas tu akan dilucutkan tanpa kompromi. Oh aku tak heran pun sebab aku pun tak laparkan sangat jawatan tu. Cuma aku rasa sangat sakit hati bila aku tak diadili dengan sebetul-betulnya. Tak dijelaskan kenapa dan mengapa. Kalau betul aku salah, tunjukkan kat mana yang aku salah. Bukan main petik je benda-benda yang tak berkaitan, lump sum dan jadikan bahan untuk memecat. Ye aku budak, tapi kau tu cikgu - giler childish cara kau tu. Pehtu cikgu kelas aku ntah la rasa bersalah ke ape, dia siap tulis surat pada mak aku - mintak maaf sebab nama aku digugurkan dari senarai. Yeah. Like I care.

Eh cite ni tak abes takat tu je. Tahun depannya, masa aku darjah 6. Pun kena lagi beberapa kali. Aku tataulah dia nak malukan aku sampai tahap ape baru dia puas ati. Sial sangat ok. Eh takmo la mencarut dalam ni. Cukuplah setakat dalam hati je.

Hal ni aku simpan, langsung aku tak cerita pada mak dan abah. Kan dah kata, aku bukan tipikal anak bongsu yang kalau siku kene cuit pon nak nangis² pi cite kat mak bapak. Tak silap aku.. mak dapat tahu pasal ni masa aku form 5, itu pun lepas dia baca karangan dalam buku sekolah Form 3 aku tuh. Dia tanye kenapa aku tak cerita, aku pun tatau la nak cakap ape. Malas. Mak aku mengeluarkan teori, mungkin laa ade kaitan dengan rasa tak puas hati cikgu tu pada bapak aku. Huh.

Apepon. Kita cuba menangani keadaan cilake itu secara dewasa. Bukan macam cikgu tersebut, yang mengamalkan dasar pukul anak sindir menantu. Dia lupa kot. Aku bukan anak dia. Dan bapak aku pun bukan menantu dia jugak.

Senang cite. Aku kalau boleh, berselisih pon aku takmo. Kadang-kadang tu terjumpa gak, dah nasib aku laaa cikgu ni duduk kat area umah aku gak - cuma of course la taman umah aku lagi vogue. Hahaha takmo kalah tu. Baru-baru ni aku ternampak gak dia kat kenduri kawen kezen aku tu. Matik la tak kosek aku nak pi ngadap dia. Huh.

Mak suruh aku buang perasaan dendam tu. Tapi bak kata aku, kalau dulu dia suruh aku mintak maaf untuk sesuatu yang aku tak buat, so fair la kalau aku tak maafkan dia untuk sesuatu yang dia buat. Kecuali kalau dia mintak maaf, mungkin la. Mak aku agak² bengang gak la dengan jawapan aku hahaha.

Tapi aku pun rasa yang aku patut dah maafkan. Ntah la T_____T

Yang lain-lain simpan jelah. Penat woo nak taip. Huhuh. Sebelum terlupa, selamat berpuasa untuk semua ye. Ada sape-sape yang rajin nak kejutkan aku sahur kali ni? :) hehehe~

Empat dah lepas. 26 more to go..~

21 comments:

Jard The Great said...

ehh.. jadi mangsa. siannya. patut kak masy bersuara mase tu. keadilan harus dituntut!

ehh.. selamat berpuasa.. ehehehe

Masy said...

jard,
suara budak kecik sape nk dgr weh T__T akak try gak nk jawab masa tu, tp cikgu tu dah ugut nk tempeleng akak plak. sial ah dia tu. grrrrrrrrr (astaghfirullah..)

samat bpose jard :) hehe~

Zareda Norman said...

eii psiko nyer cikgu tu.. giler tol.. kalau akak ler dah tentu bapak akak angkat M16 pi sekolah.. hahhaha

Masy said...

kak zar,
gile saikooo hahahaha. sy pon klu bgtau arwah abah, mau satu skolah dia amukkan agaknye. so utk menjaga nama baik, kita diam2kan jelah huhuh

M16? hebaattttttt hahahaaaaahh~

semut api said...

dtg bulan kot...

hafidz said...

Agaknya kalo sekarang la cikgu tu wat macam tuh.
Balik sekolah kena pukul dengan bebudah sekolah la jawabnya, heh =P

Masy said...

semut api,
dtg bulan x lawas kot? org len pon dtg bulan gak, huhuhu

hafidz,
bkn takat pukul je, siap tayar kete kene kelar tu hahahahahaha~

ber_u_wang said...

lupakan aje.. dendam tak bagus

frwls said...

jangan lupa buat reminder kak.


5 pagi setiap hari! sempat masak megi

Super Nia Hana said...

watashi..pun pendendam orgnya.
eheheheh..tp dlm diam

Masy said...

ber_u_wang,
ye.. tgh cuba la ni heheeh.. samat bpose angkel :)

caki,
mmg cadang nk bgn pkl 5 pun, tp takkan mkn megi kot? heheheheh

hana,
biasenye org berdendam mmg diam2 je.. takde pung-pang sana sini, tak pro laa kan. hahahahahha

Mak Su said...

susahkan..... org kata memaafkan senang, tapi susah... anyway masy, try your best. just let go....

bab sahur ni, maksu serender ler.... maksu selalu terlepas timing, huhuhu

Sierrauniform said...

jatuh meruah kamu ya kawan, aku antara saksi yg masih hidup,hahaha(eh aku tak patut gelak eh..?uh shut up!)

sama la geng2 kita mmg rata2 merasa dimalukan di khalayak ramai tahun2 itu..what a memory..teeett..

Masy said...

maksu,
insyaallah maksu.. rsanya lama2 sok bole lupe kot..

alahai.. soh la paksu kejut hehe

rembo,
mesti laa.. ko mmg saksi utama kejadian2 tu hehehe takpe, aku x kisah ko gelak :)

hadehhh.. kesian hah kita? mentang2 skolah dlm kem, terus anggap kita taf mcm sojar la kot? huhuhuhuhu~

cHeN@ said...

"forgive but can't forget" ...tula jawapan tepat sebenarnya....slamat berposa ('-')

HEMY said...

jard, dulu masy tak segagah skang..dulu masy kurus slim je...semut meraaahh je...

tp kalau skang ko try...furgh..sesak napas ko kena bear hug oleh beliau

Masy said...

chena,
lebih kurang gitu laa.. tp nk maaf pun payah, apatah lg nk lupe. heh. selamat bpose ye.. :)

anul,
kuwang hasaaammm!!! hahahahahahahha~

PnConfused said...

akupon sedey babe, aku pernah gak kena camtuh..




sedey ble yg wat tuh cekgu feberet kite kannn????


haihhh... mak aku pon wat teori yg sama...



xpelaaaa... aku redahjaa, tp bleh tak aku nk tuntut masa kt sana nanti?? kat sanaaaaa tu??


hehehehhe... :)


salam ramadhan!

Masy said...

pnConfused,
tu laaaa... sibbaik la aku kecik lg time tu. gaknye klu dia wat time aku dah form 5, ade yg kene cop student derhaka. hahahaaha

salam ramadhan beb :)

kakLuna said...

mmg ada stgh cikgu yg mcm perangai zmn jahiliyah...cikgu pun manusia biasa kan...sama mcm zmn akak sekolah dulu tp cikgu cina....dia tuduh akak report kat guru besar perihal dia denda murid2 dgn duit (salah spelling BI 1 perkataan bayar seposen). pastu dia perli2 kata 'siapa yg mak nya kerja di kantin, dia lah yang bagitau guru besar' automatik semua org pandang akak sebab mak akak mmg keje kat kantin. malu sangat pdhl akak taktau apa2...

selain tu ada jugak cikgu yg gila, ustaz cabul murid (akak tgk sdiri ustaz tu bukak butang baju senior yg pengsan) mmg ust tu gatal wpun anak dh berderet!

Masy said...

kakluna,
demmmmmmmmmmm!!!~