Friday, August 13, 2010

560: Mimpi Sedih?

via google

Mimpi malam tadi.

Aku bersiap-siap. Barang pun semua dah siap. Abang-abang dan kakak ipar semua hadir. Mak, abah, nenek pun ada. Semua sama-sama hadir untuk menghantar aku. Nak sambung belajar, kata aku.

Cari wajah-wajah yang mungkin aku kenal dalam ramai-ramai ni. Tak ada. Cari lagi. Ah.. ada seorang. Lelaki. Ok part ni aku lupa dia siapa. Berjaya kejar dan menegur, dan kemudian dia pun hilang dalam ramai (aikk.. macam biasa dengar je hihi).

Jalan lagi, kali ini aku nampak kawan aku, Wan. Mamat ni pun di alam realiti, dah 4 tahun aku tak jumpa. Aku tegur dia penuh teruja, tapi nampaknya dia seolah tidak senang dengan kehadiran aku. Ok fine. Aku blah la macam ni.

Manusia semakin ramai. Aku pun risau kalau-kalau terlepas waktu pendaftaran. Kalau diikutkan, lepas pendaftaran - kami akan bersolat jemaah di masjid universiti. Takut terlambat. Terus aku menghadap keluarga yang menunggu dari tadi. Abang Nan yang dari tadi mengekori aku ke sana sini tiba-tiba memelukku. Aku salam tangan dia, cium tangan. Dia terus mencium kedua-dua belah pipi dan dahi. Sambil berjalan ke arah mak dan abah, tak lepas langsung tangannya daripada memeluk bahuku.

Di hadapan mereka semua, seorang demi seorang aku salami, peluk dan cium. Nenek ku dakap erat, mak seperti biasa - ku cium pipi dan dahi. Dengan abah, aku buat seperti biasa dan sama seperti apa yang aku lakukan terhadap mak. Baru bercadang hendak meleraikan salam, abah seolah enggan - dan tetap menggenggam tanganku. Meh sini, katanya. Aku termangu. Abah nak cium dahi. Aku pun tunduk, dan dahiku disinggahi kucupan mesra dari dia T____T

Seorang demi seorang abang dan kakak ipar ku salam dan cium. Ada antara mereka yang aku salam je, nampak sangat tak mesra hehe. Kemudian terus bergegas untuk pendaftaran, kali ini aku sendiri.

Habis daftar, bergegas ke masjid. Ramainya manusia. Dan aku terdengar suara-suara yang ku kenali. Suara kawan-kawan zaman sekolahku. Mata meliar mencari, dan akhirnya mataku tertangkap sesusuk tubuh milik sahabatku. Dada berdebar kencang, bimbang tak berkesempatan menegur dan bimbang dia hilang dalam lautan manusia.

Dada berdebar sangat-sangat. Dan terus.

Aku terjaga. Pukul 5 pagi. Sahur time. Kemudian mengaji, solat subuh dan sambung tidur. Percaya atau tidak, mimpi pun bersambung.

Kali ini tanpa mereka semua, hanya aku dan Abang Chik.

Mungkin aku rindu kat diorang kot. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~ Sebenarnya dah lama aku tak mimpi abah. Aku beranggapan ada perangai aku yang abah tak berkenan, membuatkan dia tak mahu bertemu, walau dalam mimpi. Dan aku dah redha kalau betul la keadaan ini berlaku sebab tu. Tapi malam tadi abah datang :)

Alfatihah untuk bapak aku, dan semua umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita selamanya. Salam Jumaat semua.

(mimpi abah terus entry cam baik, apedaa aku huhuhu)

31 comments:

ber_u_wang said...

Bulan puasa ni kan semua roh bebas.. abah masy datang tgk masy tu ..



ahh rindu pada bonda kenapa lum hadir dalam mimpi?

Zareda Norman said...

masy

jangan pututs doakan arwah abah tu ya..

Mizzy said...

syahdu pulak bila pagi2 nih..

Masy said...

ber_u_wang,
mungkin gak tu kan uncle.. insyaallah giliran uncle lps ni kot :)

kak zar,
insyaallah kak.. hmm.. akak jadi dtg x arinie?

mizzy,
biasalah.. jumaat yg syahdu... hehe~

me3n said...

mengingatkan saya untuk terus

"..bahgiakan mereka hingga ke hujung usia, bila sampai waktu ajalnyaaaa.."

terima kasih kak :)

citahrudin said...

kita ni apasal nak sama2 je ye? nama dh r sama...ni pun dh nk dkt sama

en_me said...

ko biler nak ada abah untuk anak2 ko nih.. ihiks

salam ramadhan cik masy masy itteww..

achik said...

al-fatihah..

x ingat saya penah mimpikan arwah bapak saya ke tak.. macam x penah je.. huhuhu.. :(

Masy said...

me3n,
ye.. gitulah yg sepatutnye.. gudlak meen! :)

citah,
tu laa.. ni namanya kemistri hehehe

en_me,
yaaaaa doa2 laa tak lama lg kaa.. coming soon kaa.. ye heheh

achik,
alfatihah~

penah kot.. tp dh tlupa.. doa2 la bole mimpi huhuhu~

frwls said...

ramadhan, depa datang..

al-fatihah

citahrudin said...

ke misteri?

Masy said...

caki,
bole jadi gak tu.. mekasih..~

citah,
mistikus cinta?

HEMY said...

syahdunya....tak tau time tiba masa aku nanti camne

huhu...(haish..aku tknak komen lebih bab2 kehilangan ni..keserikan)

Sierrauniform said...

alfatihah to ayahnda mu(guru besau ku) sohabat..

aku ingat dia mai jengok soh ko pi sambung belajar kat sana mungkin ada jodoh hang yang terbaek..
ramalan rambang makcik rembo~

Mak Su said...

mimpi gembira :)

Masy said...

anul,
takpe.. semua org akan rasa.. huhuhuh

rembo,
mekasih2 :)

mungkin la eh? who knows :)

maksu,
iye? harap2 gitu laa ye~

zonaku said...

aiii.. br dua ari posa ko dah mimpi????


aku pun jarang mimpi arwah ayah.... adakah sebabnya sama???

huhuu

gismo82 said...

semogah abah di tempatkan dikalangan org yg beriman.. salam kenal

Masy said...

zona,
itu la nye.. baru dua ari pose. hmmmm..

itu.. isk takkan la kot?

gismo82,
insyaallah.. salam kenal gak :)

hafidz said...

Al-Fatihah untuk abah Masy.
Moga rohnya diccuri rahmat, amin.

al-lavendari said...

salam kenal. saya masuk melalui pintu en_me.

terer betul .. mimpi boleh sambung2. macam cerita kat tv ! hehe

eddie dewanaga said...

Al Fatihah untuk semua yg dah tiada...

Masy, meh sini gua punya turn pulak nak cium dahi lu, Oops..!!

fnd said...

Ni tak sedih.

Mati tak putuskan hubungan..sebab boleh berhubung dgn al fatihah

Super Nia Hana said...

watashi still tunggu arwah mak watashi 'ziarah watashi dlm mimpi..

:)

maybe nnt turn watashi plak!
yosh!
selamat berpuasa!

PnConfused said...

hb aku kalo mimpikan arwah mak, mesti nangis pas bgn tido...




tp plg ampes adalah.. aku pon nangis skali... huhuhuhu

noorlara said...

Mimpi kata org mainan tido tapi ade mimpi bawa erti, mimpi yg telah pergi datang menjelma itu maknanye kita yg merindu. Bila rindu pada yg masih hidup g jumpa tapi pada yg dah tiada jgn miss sedekah paling hampeh Alfatihah dan Al Ikhlas 3 kali, Insyaallah mereka kan terasa sentiasa dekat dengan kita. Lagipun itulah tandanya kita benar-benar kasihkan mereka.

Masy said...

hafidz,
alfatihah.. mekasih ye :)

al-lavendari,
salam salam..

haa tu lah. jarang2 jadi tu hihiih

eddie,
alfatihah~

hepp!!!!! :p huehehhe

fnd,
ya betul gak tu..

hana,
x lama lg la tu kot.. tunggu turn heheheheh

slmt bpose gak!

pnConfused,
huhuhuhu klu aku pon nanges skali kot T_____T

kaknoor,
ye betul kak.. insyaallah akan diamalkan nanti :)

oNi said...

boleh ingat mimpi? sedetailnya..

hmm???

Masy said...

oNi,
boleh. nape?

Mohd Shahrul Hafizi said...

Setuju dgn pandangan ber_u_wang. Bulan Ramadan ni roh-roh akan dibebaskan ke bumi untuk menziarahi keturunan yg masih hidup.

A ah la Kak Masy. Detailnya Kak Masy ingat.

Masy said...

shahrul,
detail eh? ada masanya akak bole ingt detail. tp klu mimpi panjang sgt, separuh2 jelah. hehehe