Wednesday, September 29, 2010

578: Assalamualaikum!~

depan istana kat Kuala Kangsar tu.. ape namanya? malas nak taip. nanti kang budak opis aku gugel, sesat plak masuk sini.


Secara keseluruhannya (tetibe je kan, intro takde terus jump into conclusion bak kata omputeh! hahaha), lawatan kali ni memang tersangatlah singkat tahap micro mini skirt. Memang kompem kene datang lagi dan lagi dan lagi untuk menghasilkan report yang mantap! Dan lenkali nak cari hotel lain yang ade tingkap dan jamban elok. Jamban yang berfungsi sepertimana sepatutnya sebijik jamban berfungsi.

(Anul, boleh laa buat karangan bertajuk Aku Sebijik Jamban Tersumbat. amacam?)

Muka dah itam sket. Eleh nak merungut, macam laa selama ni putih pun. Hehe. Jerawat dah surut sket, tapi ada tanda beso la. Kurang comel laa jadiknya. Takpelah. Kalau cantik sangat pun susah, ade je yang nak cari pasal. Itu kalau. Masalahnya sekarang ni muka tak berapa nak ade ni pun ade orang macam nak suruh aku tikam je perut dia tu kan.

Tetibe rasa nak buat ayat meroyan.

Ni aku dah lama perati laaaaaaaaa kan. Dok tengok orang nak mengutuk aku di sebalik tirai kamar. Macam cilake je perangai kau eh. Ingat aku bodoh sangat la tak paham. Sekolah aku 4 tingkat tau tak. Agak-agak dah berani sangat tu, meh la meroyan kat sini hah. Kalau nak diikutkan, boleh je aku nak balas on the spot. Tapi aku bukan macam kau ... nak mengata aku, pi umah orang. Oleh kerana aku pun sekadar tetamu je, rasa tak eloklah nak berbalas depan tuan rumah.

Lagipun tuan rumah cakap, buat tak tau je. Bila aku buat tak tahu, ehhhh... makin mencanak-canak plak kadar kecelakaan kau ni. Hmmmmmmm~

Aku tau, apa yang aku buat sekarang memang salah. Tak payah laa susah-susahkan diri nak menyindir aku ke ape ke. Terima kasih laa sebab sudi siapkan portion dalam kepala hotak kau tu untuk berfikir pasal aku. Terharu aku ni sampai rasa nak menitiskan airmata dan nyaris-nyaris laa nak tulis wasiat supaya kau boleh mewarisi hutang PiTiPiTiEn aku tu.

Tapi boleh tak kalau aku nak cakap, kau back off jelah. Kang aku bukak cerita pasal kau kang, kau yang tersipah-sipah kemaluan. Mengata dulang paku serpih bak kata dayang istana dulu-dulu. Aku jaga hal aku, kau jagalah hal kau yang aku rasa jauuuuuuuuuuuuuuh lagi parah daripada hal aku. Amacam?

Lagi satu. Untuk orang yang menyampaikan cerita kat kau tu. Haa baguslah tu. Padan-padanlah semua tu tak sedar diri. Aku sebut kubur kata mari kang.. macam melampau plak. Takpelah. Buat-buat tak nampak jelah apa aku taip ni eh. Bukan susah pun nak buat-buat tak nampak ni. Aku biasa buat ape..

Senang cerita. Kau tak payah masuk campur hal aku. INI HAL AKU, FAHAM KE TAK FAHAM? HAL KAU TU, INGAT ELOK SANGAT KE?

Nanti kirim salamlah kat kawan kau yang tukang bukak cerita tu. Kata kat dia, tahniah la. Orang nampak dia baik je kan? Aku pun. Sampaikan kalau cakap sikit je, kawan-kawan yang melenting sampai ke langit, melebih-lebih daripada tuan punya badan. Kagum aku melihat tahap kesetiaan yang menyamai kesetiaan Hang Jebat tu. Kagum sampai terkaget ni.

Aku tak kata pun kawan kau tu jahat. Yelah dia baik. Baik la tu. Baik sangat sampai tercerita pasal aku. Aku siap boleh bayangkan ni.. Lepas dia cerita, dia pun cakap.. Oppssss tercerita pulak.. sambil buat muka terkejut dan menekup mulutnya sendiri. Hmmmm~

Takpelah. Kira halal jelah. Aku pun kasik can jelah kau nak kata apa pun. Tapi tu lah. Jangan sampai aku bercakap pulak kat rumah orang tu. Berbalas pantun laa gaya orang Melaka kan.. Tuan rumah, hamba minta ampun beribu-ribu lemon andai suatu masa nanti, hamba TERRRRRkasar bahasa di teratak syurga cinta tuan hamba itu. Hamba pun manusia biasa, ada masanya TERRRRRRRRlepas cakap dan TERRRRgeram lantas mengganyang tetamu tuan rumah.

Ok sekian saje entry separa hepi separa emosi daripada saye, Masy Kacak.

14 comments:

zonaku said...

aaarrrrrr.......


daku ingatkan hal lawatan...... rupanya hal mulut


lupa gamaknya, satu jari tunjuk kat orang, ada lagi jari y lain tunjuk kat diri sendiri...


haihhhh..... sabo yerrrr

meo188 said...

comel

HEMY said...

haish..apa masalahnya ni~~~ nape salah ke apa masy buat? dia sayang aku..biar la dia menunggu hingga lentur lembut hati wife aku..masa tu dh tak salah di mata orang kan kami bersama!!!

tu pun kecoh!!!

en_me said...

patutla lamer ko x dtg komen blog me, ghuper2nyer gi istana KK erk.. oops, maksud me ghuper2nyer nama me kt blogroll ko masih blog yg lama noo.. cuba akak klik nama me kat komen nih.. bukan namawee oke.. ekeke

Masy said...

zona,
hehehehe hal lawatan tu nantilah, penat aku nk cite. mlm td otak da tepuu.. hehehe

tak sedar diri, mcm tu la.

meo188,
sape? sy ke? hohehohe thanks (tetibe)

anul,
ntahnya. tuan badan pun x bising, org lain plk sibuk2 hahahahhaha

en_me,
lerrrrr apdet tmpat lain ke? jap sy dtg terjah!~

k.e.r.i. said...

walaikumussalam ~

Masy said...

akhirnye ade pun org nak jawab. bagus adik keria ni. gud2 :) heheheh~

Sierrauniform said...

cam syiall mewarisi hutang ptpten!!hahaha..alahaii boring jer kan nak kena hamun2 orang nih, hilang kedivaan kau mekk..

Masy said...

rembo,
aku tak berharta mcm kekawan dia weh, ptptn jelah yg aku mampu nak bagi. byk tuuu.. bagi2 laa dgn mber2 lain hahahaaa

tu laa.. aku x hamun pun, cakap mendatar je tu. huuuuuuuuuuuuuu~

Zareda Norman said...

kasik blend cili api sekilo siap siap.. senang nak lumur mulut2 yang derhaka cam gitu kan

Masy said...

kak zar,
sayang laaa plak kat cili blend tu.. penat tuuu blend sekilo. baik sy bg kat akak, pastu mintak akak masak sedap2 utk sy ;) lg syiokkk! heheheh~

KAKTINY said...

lah!.. karangan lawatan sambil belajar bertukar jadik lawatan sambil meluahkan lahar eh.. kahkahkah...
(eh.. kaktiny patut gelak ke patut tumpang sedih eh..) tp ko mmg pesen lawak dlm sedih la babe.. hihihi... (iya lah.. hati di dalam sapa yg tau kanz.. sabar yang... )

gadisBunga said...

mulut mcm tempat pembuangan sisa kumbahan mmg mcm tu....hihihi

Masy said...

hihiihhihihi gelak je