Monday, October 04, 2010

579: 9 Hari Yang Ketat

Salam semua..

Sebelum nak celoteh panjang-panjang, saje nak buat kesimpulan terakhir berkaitan entry 578. Untuk yang nak membela diri, teruskanlah. Yang nak bantu orang membela diri pun teruskanlah. Untuk aku mudah je. Orang takkan tahu kalau takde siapa yang bagitau. Dan aku dengan over confidentnya pasti perkara tu bukannya datang daripada aku memandang tak pernah sekalipun aku bercerita secara terang dalam blog ni haaa, apatah lagi nak dilontarkan daripada bibirku yang bermasalah ini. So. Dahlah. Itu je.

ape dia? ape dia? tak dengarlah. weeekkkk~ :p

Minggu lepas memang waktu melebih-lebih jealousnya pada aku. Kita buat ayat pendek jelah.

27 - 29 Sept = ke Kuala Kangsar. Walaupun 29 Sept tu berjaya sampai di Shah Alam pukul 5.15 petang, tapi aku tak terus balik rumah memandangkan.. Mr Sivaji dah buat spesel request, soh aku stay kat opis. Ada submittion sebenarnya on 1st Oct. Makanya.. bertanggah la aku kat opis sampai pukul 10.30 jelah pun. Badan dah fedap, gua tapau keje bawak balik. Dan sambung kat umah sampai pukul 1.30 pagi kot. Siap order mekdi tu hahahaha lapau siak~

30 Sept = Masuk opis pukul 9 memandangkan aku sudah tergolek badger (sila gugel pic untuk gambaran sebenar) kepenatan. Keje keje keje dengan tekunnya sampai maghrib. Aku risau sebab esoknya aku dah nak cuti, baju inner nak pakai gi kenduri belum beli lagi, keje tak siap lagi. Pastu nak tengok Durja Ningsun plak tu hehe. Masa suntuk ni T_____T Calling Erina, dan dia dengan penuh takzim sudah offer diri untuk temankan aku pegi Uptown Shah Alam.

Balik laju-laju, mandi takde nyanyi-nyanyi - terus on laptop buat keje. Tengok Durja Ningsun pun tak khusyuk hukhuk. Pukul 11 lebih ke UTSA dan terjah inner. Dapat sudah, buat pusingan terakhir dan merambos balik rumah. Sambung buat keje sampai 3.30 pagi, itu pun tak siap T_____T Kalau tak kerana aku ade urusan esoknya, aku gagahi jua tapi takleh ah.

1 Oct = Sebelum bertolak ke rumah abangku yang kacak, singgah opis jap hantar kerjaanku secara terkocoh-kocoh. Tunggang Fahrin laju-lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu tapi lambat gak sampai sebab jem T___T Bla bla bla. Gerak gi Parit Buntar. Sampai kat homestay pukul 5.30 petang. Malam, anak buah aku nikah! Heh. Masa tu kepala aku dah start sakit dah, terlebih minum kopikah atau terlebih fikirkah tatau la. Tergolek-golek kat umah tatau nak buat ape dengan kepala sendiri. Huk. Tapi takpelah. Macam la orang lain tak sakit kepala, itu pun nak bising-bising T_________T

remember Adan? he's somebody' husband now :) ~ pic dicilok dengan bersahaja daripada fb kawan dia. ngahahaha~

2 Oct = Kenduri. Biasalah kenduri, ape mau cer? Bla bla bla akhirnya gerak balik KL lepas asar atas permintaan aku wahahahaha. Sampai Keramat pukul 9.30 malam. Cadang nak gerak balik Shah Alam terus tapi hujan lebat plakkkkkkkk. Pastu mak buat stetmen 'kalau ko balik malam ni, memang mak takleh tido ni kang'. Ok petir di situ, makanya tido laa Kemensah.

3 Oct = Mak n Along shoot ke Melaka lepas subuh. Lepas sarapan la. Aku pun kuar skali walaupun abang Nan suruh stay. Hehe takleh-takleh, banyak lagi kerjaanku. Sampai kat rumah, tengok umah cam kesiaaaalll T___T Letak beg, campak baju kotor sume kat maid Jepun, terus sapu dan mop rumah huhuh. Kemudian baru perasan beg mekap aku tertinggal kat umah abang Nan, VOLEYYYY???? T__T Aima sms, tanya nak gi umah YB tak.

bersama jurucakap sebenar produk Jusmet, Dr Waibey - adik Dr Rozmey. heheh~ pic kredit to Anul. macam biasa.

Pendekkan cite, aku pegi balik umah abang aku, mekap kat sana dan terus shoot pegi umah YB. Makan-makan, tumpang solat, makan-makan lagi, amek gambau lumpat-lumpat dan sebagainya. Pastu sambung ke rumah Shahrul kat Bandar Tasik Selatan. Matikkkkkkkk laa berpusing-pusing. Dalam kereta sempat lagi aku dan Anul buat video clip - nak menandingi VC Cikgu Shidah (kene tengok kat fb mende ni baru paham) hehe.

Sampai umah Shahrul dah pukul 5++. Makan Laksa Singapore (eh sedap sedap), tumpang solat lagi, minum-minum oren sampai mabuk. Sambung amek gambar lompat-lompat. Dan balik. Malam dok packing-packing lagi. Hmm~

Hari ini. Malam nanti.

Akan menerbangkan diri ke Desaru. Petang esok balik kot ke sini. Amacam, sesuai kan tajuk entry dengan isinya? Heh.

15 comments:

en_me said...

ammvoiii akak nak terbang ghitewww.. uhuhu

psst: akak xyah klik kt blogroll akak oke.. klik kat namame kat komen nih jakks.. vollleee

Masy said...

en_me,
manakan sama dgn en me yg dah terbang tu.. hehehe

sy dah tukau link pun. hehehe thanks~

Jard The Great said...

ekekeke.. mana vklip yg akak buat dgn hemy tu? nk tinguk!

HEMY said...

sila belikan aku something dari desaru..tq

Masy said...

jard,
kitorang buat je tp x record pon hueheheheheheh

anul,
mcm la sempat kan nk mbeli belah segala. hmmmmm~

rya said...

hoh senak baca. ketat sangat.

Super Nia Hana said...

wah..padat dan senak dibuatnya

watashi suka amik gambar lompat2.dgn harapan lemak gugur.ahahaha

Masy said...

rya,
tuan punya badan apatah lg, sesak napassss

hana,
tu lah. hehehe

harapan tu penting ye.. jd kenyataan ke x, itu blkg kira. hahaahah~

KAKTINY said...

bilenye ko lalu lalang kt alam damai??... tak tepon eh!!.. grrr.. grrrr....

Masy said...

kaktiny,
ptg smlm. ehehehe xmo call sbb klu call nanti akak musti soh singgah.. sy folo org smpi ptg. nanti la eh.. lenkali if sy lalu, sy calling2.. :) jgn mare.. nanti x cantek ;) hihi~

zonaku said...

huhuuuu....
sila lapangkan jadual anda sabtu n ahad ni... kot2 daku ke sana..




n jgn lupa beli sebenir untuk aku....


x kirakkkk.. bz atau tidak.. kene beli gak...

sbb aku tatu desaru tu tang mana

PnConfused said...

pening weh aku baca...



baca sambil dgr mak aku bebel... hahahah.. ampeshhh!!

achik said...

mmg sungguh ketat harinya.. ;p

Mr PenyuBiru said...

dalam kete pun sempat buat video dengan hemy?? isk..isk..ko tau kan hemy tu suami orang.video 3GP plak tu.isk..isk...

hik3..

Masy said...

zona,
takde subinier ape pon la. nk bli subinier ape pon kat situ? org menjual subinier pon takde, kang aku bagi pasir pantai desaru sorg sesudu kang korang tensi plk. hehe

pnConfused,
hahahahahhaahha

achik,
klu bole kurus dgn keketatan tu best gak hehe

penyu,
ehem! biasalah kitorang. kata TERLAMPAU. hahahaha