Wednesday, October 06, 2010

580: Pendapat anda diperlukan. Pendapatan anda dialu-alukan.

mintak izin kat pakcik gugel nk guna pic ni..~


Saje la nak tanye. Tapi sebelum tu kenalah cerita situasinya dulu, ye tak?


Kajian Kes 1


Kau ada kawan (tak kisah la lelaki ke perempuan ke). Yang mana sebelum kau dan dia berkawan, dia la yang mula menawarkan dirinya sendiri untuk berkawan. Maka, berkawanlah kau dan dia dan mereka tak kisahlah berapa pun jumlahnya. Elok je.. takde masalah apa-apa.

Tetibe je kan, eh.. kawan kau ilang. Plingggg~ Bukan hilang terus la. Kau masih boleh nampak dia bertandang kat rumah orang lain, kau masih nampak dia lalu di depan rumah kau, masih berselisih berlaga bahu. Tapi bila ditegur sapa seperti resminya seorang kenalan bersapa-sapaan dengan kenalannya yang lain, dia tershadap begitu saja. Shadap secara offline dan online.

Dalam situasi tersebut, adakah kau dianggap bersangka buruk apabila :

1. beranggapan dia ada masalah kecacatan pancaindera yang menggagalkan dia untuk mengesan interaksi antara kau dan dia - secara offline dan online
2. ada sesuatu yang berlaku tanpa kau sedari tapi tak tahu apekah dia
3. beranggapan yang mungkin dia ada menyimpan rasa jengkel lantas merejek dirinya sendiri daripada kemelut persahabatan ini (wah gitu ayatku, kau ada? haha)

Apakah tindakan kau selanjutnya untuk menangani dan mengkaki-i situasi ini?

1. adakah kau akan bertanya terus pada kawan itu? (tapi camne nak tanye kalau member tu tegur pun tak jawab?)
2. adakah kau akan mengignorekan saja situasi tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa? (dah biasa buat)
3. adakah kau akan membalas perilaku pihak tertuduh jika berpeluang nanti (ngaaaaa... aku suka yang ni)

Apa kau rasa? Apa tindakan kau? Sila jawab.

Sebenarnya ada Kajian Kes 2. Tapi takpelah. Dah taip panjang-panjang tadi, tapi rasanya baik tak payah upload. Benda tak puas hati.. tak syok bila orang komen dan kondem kita pulak. Padahal kita ni nak meluahkan je. Tu pun kena.. hmmm~

Ok la. Ini entry auto publish. Ditaip pada hari Isnin, sejurus selepas menaip entry 579.

14 comments:

en_me said...

kita kawann kanns.. ihiks

zonaku said...

er.... aku kah itu???? sbb aku kan dah menyahkan diriku dari selangor n kembali ke pangkal eh kampung halaman......




untuk'mengkaki-i' situasi.... apa kata ko combine 2 & 3.....


pastu.....
sukati la kannnn......

PnConfused said...

kalo akupon, dlm nak mengkaki-i masalah nih...



aku slalu amek 2 & 3...



well.. aku sgt pandai ignore org.... muahahahahhahaha

Masy said...

en me,
yeaaahh.. kita kawan.. jgn lupe subinier hahahaahh

zona,
aikkk terasa plak? bkn laa ahahaha.

pnConfused,
sama ye pilihan ko dgn zona? aku biasa buat semua. memula tanye dulu. tp tgklah org nk jwb ke x. hehehe~

zonaku said...

hehehee..



kami kan geng....

manada terasa.. sbb kita mana jumpa muka-ke-muka tetiap ari..

ko nk tnya camana??? dah ko cuba ditiadakan?????? aku




mana pasir sesudu aku??????

zonaku said...

pssttt:...... pnKompius: aku pun pandai gak meng'ignore' orang, bila perlu..........

Masy said...

zona,
kuaser la aku nk simpan pasir sesudu. hahahahaha nanti aku bg syampu hotel jelah.

Zareda Norman said...

masy
akak sukerr topik ni.. akak link boleh ka????

Nanti akak review kat blog akak.. ahaksss

Masy said...

kak zar,
sile2 hehehehe

achik said...

saya pilih 2 atau 3.. x kuasa mau tanya, takut bertambah menyampah.. ;p

gadisBunga said...

hmm...frankly kan...mungkin org itu cacat otak (ini ayt kasar sgt) atau ada konflik besar dalam diri dia sendiri. org mcm ni rasanya dgn sapa2 pun dia akan buat mende yg sama. so toksah la masy amik pusing sgt. org cemni layak tak di wish bday dia atau ditegur sapa. sebab...ah! pedulik. yg penting, dia tak penting pun.

maaf emo.

hihi

GRuNGe said...

Macam biasa, entry kontroversi dan ayat-ayat baru yang tak boleh blah. Hahahaha. Apa-apa pun kita kawan kan. Takyah la nak tangan dan kaki benda ni, wat bodoh sudah.

noor afzan said...

huhu..
ku rasa jawapan paling positif ialah yang pertama.
dan cara nak tangani paling positif pun ialah yang pertama juga.

=)
tu caraku la.
tak nak simpan2 do..sakit2..

Masy said...

achik,
akak ikut mood gaklah. tp biasanya org camni kan, klu kita tanye musti jawapannya - eh xde ape.. bz je. bz konon :p

gadisBunga,
malas nk amek tau dah.. hahahahhahh smpi x pyh wish bday ye? bagus ni. hehehe

grunge,
biase la gua. yaaaaaa begitulah. wat tatau je hehe

afzan,
ikut org gak kot.. klu dpt yg buta seni, susah nk ckp. heheheh