Monday, October 11, 2010

583: Edisi Selongkar

Morning sunshine!

Erina ada tag aku pasal selongkar-selongkar handbag, ntah entry dia yang mana tah. Boleh je kalau aku nak buat tatau, tapi sebab dah TERRRRnampak kan... T__T haha tetibe lurus laksana pembaris kuning zaman sekolah rendah dulu.

Sebagai permulaan, mari berkenalan dengan handbag baby. Walaupun tak perlu, aku pedulik hape. Nak kenalkan jugek!


Inilah beliau. Handbag yang merupakan sebijik hadiah harijadi aku yang ke 30. Wah getik je sebut 30. Birthday aku tahun ni laa sedap sket cakap, ye tak. Beliau tiada nama. Saje tak ubuh nama sebab.. kalau dah ubuh nama, nanti sayang terlebih sangat. Jikalau beliau mengalami kerosakan keras yang tidak memungkinkan untuk dipulihkan semula, mesti aku tak buang. Mesti punyelah. Eh tapi takde laa pulak ada simpan niat nak buang handbag ni. No no no~ I love you handbag. Muah sekali~

Sekarang, tibalah masa yang ditunggu oleh Erina. Selongkar. Ekcely sebelum selongkar, aku dah riki dulu isi perutnya. Sibbaik dalam keadaan yang relevan untuk direveal. Kalau over, memang kena postpone lagi laa tag ni. Hehe. Sebelum tu, sila rujuk gambarajah pertama tadi. Ada dua compartment kan? Kite kirai compartment pertama dulu.

Compartment pertama terdiri daripada barang-barang yang dicapai setiap hari. MESTI capai tiap-tiap hari.

1. Purse bertajuk Seed
2. Pen itam pen biru pensel.
3. Henpon bertajuk Samsung
4. Beg gajah pemberian Kak Bebola Ikan sempena kepergian beliau ke Thailand. Di dalam perut gajah, terdapat kunci kereta, kunci rumah dan kunci opis.

Compartment kedua.

Berisi barang-barang yang jarang disentuh tapi dibawa jua in case nak sentuh ke ape. Senang cakap, benda yang agak penting la tapi kalau takde pun takpe. Ahh.. apa-apa jelah.

1. Surat pasal rumah. Haha sebenarnya nak pass kat abang aku dah berbulan-bulan dah. Tapi aritu bila aku bagi, dia soh simpan. Makanya simpan jelah.
2. Beg comel isi barang-barang tak berkepentingan. Beg tu member bagi. Akan dihuraikan isinya sebentar lagi.
3. Losyen tangan Vaseline. Kebetulan plak ada. Oh.. ni mesti sebab pegi meeting kat Desaru aritu. Kadang-kadang je ada ni.. tu pun selalu lupe nak pakai.
4. Kamera. Gambar kamera tak dapat nak capture sebab aku capture gambar kat atas tu guna kamera tu laa T__T Sarung kamera adelah subinier pemberian ND lepas balik berloba-loba di Jakarta.
5. Wet tissue bertajuk Dettol. Rare ni. Kalau abes, tatau la bila nak topap.

Compartment ni memang tak tetap pendirian. Kadang-kadang ada tisu, ada floss, pad (eh itu pon nak cite) dan macam-macam lagilah. Ikut keadaan semasa.

Ok. Beg comel bertajuk LeSportSac itu diisi dengan bahan-bahan berikut:

clockwise - Purse syiling pemberian Mr Sivaji dari London, gincu dua bentuk dua kaler, perfume kecit dua jenis, USB charger untuk hp, seketul brooch, pendrive, cincin M pemberian Kak Ila, cermin ajaib dari Beijing pemberian diri sendiri dan lip gloss bertajuk Vaseline perasa ceri. Menyesal beli yang ada perasa² ni semua. Geli aku.

Itu sajalah. Takde yang spesel pun. Sekian terima kasuh (bak kata member ostronot Sheikh Muszafar malam tadi. ngahahahaha)

18 comments:

en_me said...

banyaknyerr barang orang bagi kannns.. ekeke

salamm dr me yg jauh dimata.. chewahh

Masy said...

en_me,
subinier kan.. haruslah org bg.. hehehe

x balik2 lg ka? jgn lupe subinier! ;))

Mr PenyuBiru said...

beg gajah tu ko tak selongkar pun.ade gajah ek dlm tu.hehe

Erina Asmawani said...

eceh akak..ternampakkkk pulak..sebenarnya excited dapat tag ni kan..haha..oh, cermin ajaib tu menarik..nakk! (sesuke hati je nak2 brg org kannn) haha..

p/s:mekasey sebb wat tag nih.Sayang akak lebey.Memmuahh!

Masy said...

penyu,
kan dah bgtau ape isinya, ko ni gambau kunci pon sebok nk tgk eh :p

erina,
hahahahahahahaha. cermin dah abes lalalalalala~

tau dah.. mesti syg lebey punye. kuikuikui tengkiu ailefyutuuu~

zonaku said...

aku lum buat lagi tag ni.........


karang la aku buat

Masy said...

zona,
buat jgn x buat. hehe

zonaku said...

pe kata ko sebenirkan kamera untuk aku... x DSLR, biasa pun ok jer...

gadisBunga said...

masy, patutnye ko kene amik gambo brg masa dlm beg tu. bukan masa dah keluar disusun2. heheheh

Masy said...

zona,
kamera ye? pic kamera nak? nanti aku donlodkan eh..

gadisBunga,
tak sebut pon dlm syarat2 nak jawab~

hafidz said...

wow banyaknya barang dalam beg masy, huhu :P

Masy said...

hafidz,
sbnrnye xlah byk pun.. cube tgk bebetul.. heheh~

Mak Su said...

wah, siap tajuk tu each barang, hehehe.

terima kasuh, eh!? hahaha

fndrocka said...

Banyak woi.aku tgk pun dah pening.

Masy said...

maksu,
hahaha mana yg ada tajuk je.. ha'ah, maksu x pasan ye? hehe

fndrocka,
brg kecik2 tu je yg byk la.. klu ko tgk beg aku, x pasan pon...

KAMATO said...

susah juga nak keluarkan kunci kereta, dlm beg gajah kemudian dlm hand bag

Mr PenyuBiru said...

kata selongkar.kenalah tunjuk wpun gambo kunci.hehe

Masy said...

kamato,
sbb tu sblm kuar rumah, kene kuarkan beg gajah tu sesiap. lambat kalu, akan mendatangkan marah pd diri sndiri hehe

penyu,
gedik ah ko. hahaha