Tuesday, October 12, 2010

584: Aqua Crisis

biasak ah. google bagi pinjam~


Sebenarnya, kitorang yang kat rumah dah dapat notis tentang gangguan bekalan air selama 4 hari bermula Sabtu lepas. Sabtu sampai Selasa. Lama tuuu. Baiki tangki ke tukau tangki ni? Ke nak bina empangan hidrolik atas bumbung tu tah?

Aku malas nak pikir. Tapi pikir gak.

Budak rumah? Plan dorang - balik kampung, tumpang rumah member dll. Oleh kerana masing-masing dah buat plan, aku pun buat la plan sendiri. Dan oleh kerana dah biasa zaman-zaman belajar dulu buat 2-3 pelan cadangan, so.. dalam hal ni pun kena la buat 2-3 plan, kan kan.

1. Merempatkan diri ke rumah Erina
2. Memperdagangkan diri ke rumah abangku di Puncak Alam sanun
3. Memusafirlalukan diri ke Masjid Shah Alam

Dah kenalpasti pilihan, kena buat analisis SWOT pulak.

1. Pilihan ok. Dekat dengan rumah, dengan opis. Senang nak balik amek baju, senang nak gi keje. Tapi... Malu! T___T
2. Pilihan jitu. Umah abang sendiri, takde masalah malu-malu der. Cuma.. jauh sket la. Mau kena gerak pukul 7 pagi tetiap hari. Huhu~
3. Pilihan hebat. Dekat dengan rumah, dekat dengan opis.

Kita try dulu.

Ahad. Aku try ahad sebab pagi-pagi sabtu tu ade lagi air, so sempatlah mandi. Petang pun mandi guna air tadahan. Air tadahan katanya. Macam air kumbahan plak. Hmm. Ok sambung. Ahad. Lepas Melodi, aku terus pack barang sket. Barang mandi, barang baju, barangsiapa, barang baik. Merepek pulak.. Saje tak solat zohor kat umah. Dah tu, takkan nak pegi mandi je kat masjid, kan?

Vrooooooooooooooooooommmmm~ bunyi Fahrin menderu di jalanan. Haha deru la sangat.

pic kredit to bobzkhanzab.fotopages.com

Sampai kat masjid. Ramai jugak orang. Takkan ni sume penduduk blok yang sama dengan aku? Hehe. Terus terjah bilik mandi. Ramai. Takpe.. Ah. Ada pun bilik mandi kosong. Sangkut beg, bla bla blaaaaaaa... mandi! Wawww nikmatnya mandi tanpa sukatan neh. Kalau kat umah petang semalam, berkira-kira takut air habis T__T

Lepas mandi, siap ala-ala je. Terus naik atas. Solat tepi tangga je, malas nak jalan jejauh. Lepas solat, terus sms abang aku.

orang tak jadi kot tumpang umah. mandi kt masjid lg best hah. hahaha

Abangku pasrah, tapi tetap menanti kedatanganku - in case aku berubah fikiran. Lepas solat, buat perkara-perkara lain. Sendirian. Tanpa sekatan. Tanpa kata-kata lain. Tanpa pilihan yang aku tak mahu. Semua ikut suka hati gua! Gua! Everything about me, and only me.

Tetibe mak call, ajak sembang pasal astronout. Bukak cite pasal air, mak aku setuju je aku mandi kat masjid.

mana tau kot jumpe jodoh kat situ. Biasalah mak aku, mana nak lari dari hal-hal penjodoh bilangan ni sume. Hmm.. Hehehe.

Balik rumah. Dengar air paip menderu-deru macam ade waterfall dalam bilik air. Sape la si bongek yang tak tutup paip ni. Oh. Dah ada air. Tak payah pegi mandi kat masjid.

Tak dapatlah nak cari jodoh kat masjid. Hahahaha. Tu lah mak. Niat tak menghalalkan cara.

16 comments:

zonaku said...

niat mak tu baikkk..... bak kata adik aku, ikut kata mak pasti selamat!



bab paip tu bukan ker ko orang terakhir????

achik said...

hahahampeh.. ;p

gadisBunga said...

kalau dah ada air pun tak salah mandi kat mesjid tuuu..huuu~

noor afzan said...

hang lupa tutup pili masa kuar rumah.
tu la pasainya\.

HEMY said...

haha...lama xde mslh air...hrapny x kena dah

Masy said...

zona,
hahah tu lah kan, sayangnya dah ade air pun..

mmg aku last. tp paip yg tbukak tu kat toilet tengah. aku guna toilet dlm bilik aku je..

achik,
hihihihi

gadisBunga,
betul gak. tp segan la sket. hihihih

afzan,
sila baca jawapan pada zona kt atas :)

anul,
tu laaa.. hopefully xde dah. tp klu ada pon, aku dah ade back up plan. ngahahahahaha

en_me said...

orang selangor tak payah bayar bil air kanns.. ;-P

Masy said...

en_me,
tp yg mcm sy kena byr sbb PKNS bli air pukal. huhuhuhuhu~

Erina Asmawani said...

mane kak...kate nak datang? dah hari rabu dah..huhu..dah ade air tak?

Masy said...

erina,
alaa.. segan laaa... dah ade pon. ptg ahad tu dah ade air dah ehhehehe

Mr PenyuBiru said...

mandi kat masjid?? aku harap tiada video ko mandi kat masjid tersebar di youtube dan seterusnya kuar kat Harian Metro. hehe..

yonna said...

hahaha comel gila mak akak! siap doa jumpa jodoh kat mesjid! fuhhh nasik akak tak jumpa fahrin kat mesjid =p

Masy said...

penyu,
klu video aku ada, mesti ade jugek video makcik kat seblah bilik mandi air aku. so.. takpelah. HAHAHAHAHA

yonna,
comel comel tp pedih tuuuu hahahaha nmpk sgt akak x selalu gi sejid. klu jmpe fahrin =-= malunyeeee hihi

arianna adrizal said...

cm tengiang2 je sore mak akak ckp psl tu. hahahaha..

hafidz said...

mungkin lain kali ergi masjid, Insya'allah adalah jodohnya :D

Masy said...

anne,
ngahahahaha siap terngiang² tu mcm biasa dgr plk ;))

hafidz,
mak kata pegi je laaa hari² pon wpon ada air kat umah. pegi smyg kat masjid T__T insafffff