Wednesday, October 20, 2010

587: Duit Ukai Semua Utai

dapat kat rumah angkel gugel

Aku tak sihat sepertimana yang aku perkatakan semalam. Punca sebenar masih gagal dikenalpasti sesangat. Aku syak yang diri aku alergik aerosol ler. Ade satu malam tu aku pi sembur sekor lipas, end up aku dah nak pengsan - dia syok idup lagi. Siulan kedamaian betul la...

Pastu tambah lagi dengan 3 layer coffee ujung minggu aritu. Ntah syabu ke kas-kas ke air daun ketum ke dia tambah dalam tu. Abes minum terus ting-tong, takde pause walau seminit! Ni sejak bila alergik kopi plak ni T__T Moga-moga tidak. Kopiku, duniaku.

Oleh kerana aku tak sihat. Dan juga sibuk semacam tentera semut. Makanya bila budak umah aku yang suka berpesan-pesan tu buat kerek, aku buat dek jelah. Angin takde, storm-rider takde tetibe nak buat muka dengan aku kan. Ingat aku kesah? Takde masa aku nak ambik kisah. Banyak lagi mende lain aku nak pikir, nak selenggarakan (eceh), nak buat, nak telan, nak buang. Hoihhhhh kalau cakap pasal buang² ni, boleh buat entry gaduh ni. Takpe, abes kat sini je.

Puncanya aku pun tatau la. Seingat aku, hari yang aku balik dari Desaru tu dia dah start buat perangai. Aku bercakap dengan dia macam bercakap dengan Fahrin ok (at least Fahrin aku tak bercakap pun, dia tetap di hatiku. kau? selamat jalan romeo). Dia bengang sebab aku tak buat plan ape-ape kot masa kes takde air aritu. Tu laa tak tanye aku. Aku ade plan ape. Tapi dah masing-masing ade plan sendiri, go on jelah.

Ahad tu ada air kan? Aku sms semua budak rumah pasal tu. Kira nak memudahkan dorang la.. Tak payah tumpang rumah orang lain lagi. Semua orang balas ok, kecuali diva divana sorang ni. Jangan cakap takde kredit eh, pakai post paid kan. Jangan cakap tak perasan mesej sebab henpon opsss silap - blekberiberi tu doplohpatjam kat tangan.

Lantaklah.

Biasanya aku ni mesti akan mengalah. Serius. Kalau aku kecik ati camne sekalipun, ujung-ujung mesti aku mengalah punyelah T___T Siak je kan. Orang yang buat aku kecik ati bukan reti nak mintak maap ke ape, last-last aku pulak yang pegi pujuk (tegur balik tu kira pujuk la).

Oleh kerana dalam beberapa minggu ni macam tu la keadaan aku - asik la mengalah dan teralah (ape tah perkataan ni), jadi.. kali ni aku bertekad. Untuk tidak mempedulikan segala perangai minah diva ni di mana aku rasakan tindakan tersebut adalah lebih baik untuk aku. Dan satu pulak perangai aku neh.. Kalau aku dah ade intention takmo bercakap dengan orang, aku akan pastikan mata aku tak singgah di mana-mana bahagian tubuh manusia itu. Mata ke, kening ke, idong ke. Mana-mana la. Sebab kang kalau kata bertentang mata, mesti aku senyum. Kalau dah senyum, camne laa taknak tegur kan?

So. Seminggu aku tak pandang dia. Sekilas secara sengaja pun tidak. Tapi aku takde masalah la kalau dia nak tengok tv dan duduk dekat aku. Takde la aku lari masuk bilik ke ape. Apsal nak lari plak, itu kan rumah aku. Matang tak tindakan ni? Wakakakakaka. Itu pun nyaris aku nak tegur dia masa nampak dia kupas kentang guna pisau. apsal tak guna pengopek, kan ade akak beli aritu -- aku simpan jelah ayat ni dalam hati. Hahaha.

Apa jadi akhirnya. Malam tadi tetibe je dia tegur aku. Heh. Aku layan macam biasa jelah. Macam takde apa-apa.

Nampak. Aku lembut ati siot. Dung dang dung dang, bila orang tegur - aku ok je T_____T

Jom teman gi klinik. Ujung minggu ni aku ada hal. Pastu minggu depan pun outstation. Pastu ujung minggunya pun ada hal jugak. Minggu depannya pun ade hal lagi.

Ah.. minggu depan lagi satu. Ada hal tak berapa syok tapi boleh tahan. Nantilah aku cerita. Ni pun pending beberapa tajuk entry untuk tatapan penonton iaitu:

1. aku diinterview oleh budak uitm untuk satu tajuk projek paper dia. tajuk dah laaa saiko. huhu~
2. pasal seminar yang aku pegi senin aritu. hehe.
3. kisah tengok wayang tatkala keletihan dan mulut aku pun laju je sound jakun² dalam panggung.

Rajin ke nak taip ni? Hmmmm~ Oh ye. Tajuk takde kene mengena dengan entry. Sekian.

17 comments:

Mr PenyuBiru said...

berani ko gi klinik ek.bukan ko takut jarum ke? hehe

Masy said...

penyu,
ala.. x tentu lg kene cocot :p takat batuk, ape la sgt hehe

Mak Su said...

okeh , nanti bila dah sihat mulakan entri dengan tajuk 1 ya :)

fndrocka said...

Kalau pakai post paid pun bileh kena potong wooo..terlebihbhad kredit.

Sweet lah kalau ter-eye contact je terus senyum..ni kalau ada pakwe-pakwe ushat direct ke mata entah cemanalah gaya sipu-sipu kupu-kupunya.haha

Masy said...

maksu,
insyaallah heheh

fndrocka,
haih.. betul gak eh? huhu

hahahahaah sipu kupu simpan dlm ati. ape2 hal, kita senyum dulu. klu aku in a VERY good mood, silap2 aku bole sebut 'hai' lg. giler ahhhh mesra alam, baru aku pasan arinie. HAHAHAHHAHAH

zonaku said...

hehehehee.........

dah blk klinik lum???? smlm masa keje aku cam nk blah g klinik.. tp sebagaio insan jujur.. aku keje sampai abis masa.

then ari ni dah rasa cam x mo g klinik la... dah x sakit dah!

Sharif John said...

Terajang je org tu

gadisBunga said...

jgn sampai elergic kopi. cepat cari ubat tahan elergik. nanti rugi...

Erina Asmawani said...

kak, cam ley join kelab kite je nih..
"kelab anti kopi" wihihihihi

p/s: eleh, kecoh ar diva divana tu..takpe kak, mahapkan jelah minah tu, mebi dia tgh pms..

Masy said...

zona,
aku pegi lps keje smlm. heheheh

john,
semedang je soh akak terajang org eh. hehehe

gadisBunga,
tu laaaa... bkn alergik kot, pantang. pantang jmpe. hehehehe

ena,
takmo takmo.. akak sukeeeee kopi sesangattttt hehe

p/s: dah baik dah. heheh

Sierrauniform said...

kita dah makin berumo kot keje nak sakit jer..aku pon migrain dekat seminggu ni.

ko bizi tak sabtu ni, jom jumpa kat zoo, plan nk kenalkn ammar ngan gajah real

en_me said...

vah vah vahh.. akak dah tukar link blog me kannns.. ;-P

Masy said...

rembo,
tatau la tu kan

sabtu ni pack la.. bestnyeee aku nk sgt gi zoo tu weh huhu

en_me,
tukau lg ke? hadoihhh

en_me said...

akak nk tau satu rahsia? (*ketawa)

xyahla letak namame dlm blogroll ko tewww.. ko klik jer kt namame kt komen nih sudah.. ahaks

Masy said...

apekahhh.. hehehe

arianna adrizal said...

arini sy ofer beliau siklemak. hati cinderella tak aiii?? =p

Masy said...

wahhhh hebatnye en! x ofer tumpang kete ke? ngahahahahah