Thursday, October 28, 2010

590: Salah Serba Berdiri

@ Dataran Sungai Perak.gov.my

Baru sampai ke bumi Shah Alam petang semalam. 3 hari je kat sana. Baguslah.. kot tak.. genaplah 4 hari aku dok bantai ikan keli bakar tiap kali lunch. Hahaha tatau la kenapa. Rasa sedap gegila betul. Tapi ni belum ada rasa nak update pasal trip ke Kole Kangsau.

Cite lain dulu sementara masih berlegar di fikiran.

Susah sebenarnya untuk menegur jika ada sesuatu yang kau kesan tidak betul pada pandangan mata. Susah bila perkara tu sebenarnya kau pun buat. Dan niat untuk menegur tu bukanlah macam bak kata pepatah mengata dulang paku serpih ke.. atau menepuk air dalam dulang terpercik muka sendiri ke.. bukan macam tu. Niat satu je - jangan sampai orang yang membuat perkara yang sama merasa natijah yang sama seperti kita sekarang ni.

Itu je. Tapi serius sangat berat. Macam tu lah sekarang ni. Aku tahu. Aku nampak. Aku dengar. Sayangnya apa pun aku tak dapat nak buat. Aku mahu buat sesuatu. Tuhan saje yang tahu, sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Kemuncaknya semalam, aku sms ajelah. Hint. Aku bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi bila dah diamanahkan, rasanya aku memang perlu buat sesuatu.

Cuma aku tak dapat buat macamana yang aku lakukan dulu. Serik. Dulu aku pernah berhadapan dengan keadaan macam ni. Bila menegur, aku tak suka kalau orang berkata 'ah.. kau tak faham'. Tak faham? Been there, done that ok. Jadi aku cerita bahagian aku untuk pengajaran. Bukan untuk kau ikut. Sayangnya.. dah la nasihat aku diletak tepi, cerita aku pula dibawa ke tengah. Dijaja ke sana sini.

Sedih. Dia tak sedar betapa cerita yang beberapa baris tu, ada maruah aku di setiap patah perkataannya.

Dan sekarang terjadi lagi pada orang lain. Hati tak tenang. Tak tau la kalau orang lain. Aku cuba juga nak buat-buat tutup mata, tapi.. hmmm. Takpelah. Harapnya bila aku dah tunjukkan yang aku tahu walaupun aku tak cakap apa-apa, akan ada perubahan.

Perkara ini tak mudah, adik. Perkara ini bukan sesenang itu. Sekali tingkah kau dah terlajak, susah untuk kau tarik balik. Kakak ini pun masih lagi berusaha menarik kaki sendiri, dan masih tersadung sesekali. Usahalah.

Tapi susah tu bukan bermakna tak boleh. Cuma ambil masa. Lama. Sangat lama T______T

22 comments:

en_me said...

tersadung kaanns.. ;-P

Masy said...

hehehe..

mana subinier ni en me?

Lelaki Ini said...

nak komen pasal ikan keli bakar jekw!!!

siyesly sgt2 sedap!!!!!!!

Masy said...

lelaki ini,
yup betul.. biase sy mkn keli goreng cili.. ni org kedai buat bakar, mantappppp...!

zonaku said...

hhmmm...

maybe dia nak merasa apa y ko dah penah rasa

Masy said...

zona,
aku pun rasa camtu la. biarlah kasik dia rasa sepam. pastu esok2 jgn ckp aku x warning plk.

HEMY said...

hermm...nasihat aku..kena tgok jenis org ko nak nasihat..kalau guna citer sndri utk pgjran ni..kena pakai mulut..meseg lain skit impak dia

Masy said...

anul,
lps kes yg 1st tu mmg aku x guna dah citer sendiri. aku nasihat je. nk dgr, dgr. takmo dgr, sudah.

Zareda Norman said...

wah ini mesti pengalaman yang menyakitkan tapi susah nak tinggalkan... kan kan kan

Masy said...

kak zar,
mcmana nk ckp eh kak.. hal ni hal x elok, patutnya sebelum terlajak jauh baik la lari jejauh.. tp ada yg suka dah terhantuk br nk terngadah. hmmm~

Mr PenyuBiru said...

kekadang kita kena tunggu masa yg sesuai tuk menegur. bak kata pepatah,tarik tali dlm tepung,tepung jadi cekodok,tali dpt ikat cekodok tu.

Masy said...

penyu,
yelah eh. tp apsal plak tali? bukan ke patutnya menarik rambut dalam tepung? pepandai je ko ganti dgn tali eh. hahahahahahha

PnConfused said...

aku ske peribahasa penyuk.. ngeh3


weh.. kdg2 kn.. manusia nih nak kena r=tersadung br sedarrr....

Masy said...

pnConfused,
aku harap ko x kompius dgn peribahasa penyu tu hehe

tu laaa.. takpelah. aku dah bg hint tu, klu pasni tersadung - bgn la sendirik. hehe

Mr PenyuBiru said...

kekadang peribahasa juga perlu diubah mengikut peredaran masa supaya org mcm pnkompius tu bleh paham & tidak kompius lagi.hehe

Masy said...

penyu,
banyak laaa ko. hahaha

oranglidi said...

biar masa mengubatinya..

kuala kangsar bandar diraja. try mee rebus sana x? sedap!

Masy said...

oranglidi,
ye betul :)

belah mana? dok sana asik laa makan kat benteng - lembah - benteng - lembah. ahahahaha.

semut api said...

hidup byk liku...

Masy said...

semut api,
liku.. simpang, jln mati, U-turn.. sume ada..

didi said...

sepatutnya cite akak tentang akak itu dijadikan pengajaran dan bukan dijaja..sgt xpatut klu itu digunakan for the sake nak cover cite dia..tpi, ape pun akak dah lepas tanggungjawab menasihat so that die x terlajak (dan harap2 xterlambat la)..nasihat sy, jgn jadikan 'kedegilan' dia satu bebanan bagi akak..sokong akak >> tapi susah tu bukan bermakna tak boleh, kan?? jgn give up ye =) & percayalah ape pun rancangan Allah itu adalah ketentuanNya dan pasti tersirat hikmah..

Masy said...

didi,
yg bcite tu bkn nak cover hal dia, tp nk divert supaya org borak hal akak - bkn hal dia. tp tulah eh.. gasaklah mereka. huhu~