Monday, November 01, 2010

591: Mana nak mula pun tak tau

Salam semua..

Banyaknya entry tertangguh. Lama-lama terus malas nak cerita. Cite sket²lah mana yang ada mood.


gambau² cilok kat fesbuk YPG. tindakan berdiri ni takde kene mengena dengan Aizad, sekian.

18 Oktober nan lalu. International Forum untuk Young Planners. Malaslah nak cite panjang, dah basi dah hehe. Oh.. aku tak bawak kamera masa ni, mana nak tau Aizad pun datang bagi speech. Deeemmmmmmmmmm~

Sape tak nampak aku kat atas tu, mak dia itam (tetibe. heheh)

23 Oktober. Ude pegi haji. Ude, abang nombor 3 yang banyak memantau aku di alam siber tanpa aku sedari dan aku bajet dia dah tau pun pasal blog ni T___T dan bila dah tau, aku percaya jugak yang SEMUA abang aku dah tau. Sekarang aku buat tindakanlah, tapi takleh cite kat sini :p

Ok pasal beliau pegi haji. Sebelum masuk mendaftar, macam biasa.. salam semua orang.. bila sampai kat aku, Ude peluk aku lama. Lama. Tapi tersenyap tanpa sebarang kata. Aku pun sama. Dalam hati ada banyak nak cakap.

Ude, jaga diri kat sana
Ude, nanti doakan orang eh
Ude
Ude
Ude (tau pasal blog orang eh? macamana boleh tau ni huhu)

Tapi semua terkubur dalam hati. Dalam pelukan dia yang panjang. Hati gua 'mute', tatau nak bagi komen apa.

Balik, dalam kereta mak cakap,

Ude tu sayang sangat kat adik dia ni, yelah adik pompuan sorang. Sama pulak tarikh lahir. Lagi la berganda-ganda sayang dia kat kau. Macam-macam dah dia buat, kau nanti jangan lupa plak..

Aku tak suka bila mak cakap macam ni. Sebab ia membuatkan aku terasa macam aku ni manusia lupa daratan pulak. Hmm~

Ok habis kat sini dulu. Takde nafsu nak update panjang-panjang. Tumpul.

18 comments:

en_me said...

siann adik kanns.. ehehe

Masy said...

en me,
sian bebangat. hahahahaha

achik said...

saya nampak akak.. tudung kaler peach kan? ;p

HEMY said...

oo...mak dh cakap camtu baru gheti nk 'landing' (baca:ingat daratan)

Masy said...

achik,
yeaahhhhh.. ekcely tudung pink :)

anul,
aku dah lama landing, kadang2 landing bawah tanah lg T____T

didi said...

sy pun nampak gak! ada hadiah ke ni?? nak! hihihi =)

wakil ude (*tetibe)..sape x syang adik ooiii..

untung jadi adik..huhu..jd akak kene mengalah je ;p

Mak Su said...

ude, jaga diri bebaik ek

Masy said...

didi,
hadiah? belanje akak tgk wayang pastu mkn senwic belang eh? hahaha

untung ke? ade untung ade rugi. macam pasaran saham gak la..

maksu,
:) baeekkk (wakilkan haha)

gadisBunga said...

aizat!!!

frwls said...

mak takde niat lain tu. sekadar mengingatkan.

biasalah seorang mak

Masy said...

gadisBunga,
yihaa!! tp dia x nyanyi laa masa tu T__T

caki,
hope so. ai ni sensitip sket. hehehe

arianna adrizal said...

ha.. jgn lupa daratan. rotan karang. huhu.

btw, aizat tu xde suar lain ke. sepesennn jek.

me3n said...

kak yang tengah menjengok Aizat kat belakang tuh kan? kan? ;p.

Masy said...

anne,
lupa daratan, ingt lautan. hahaha

tau takpe. mmg dia suka kot skinny2 ni ;))

me3n,
bukaaaaann.. akak di barisan ketiga tuuu~

hafidz said...

berdiri untuk aizad ke masy? huhu

Super Nia Hana said...

"makcik ada pesan kt ude minta doakan jodoh akak masy cam fahrin tak?"

fndrocka said...

Sejak bila aizat kerja bagi speech..dia ada nyanyi je idak?

Masy said...

hafidz,
aik.. kan sy dah tulis bwh pic tu bkn berdiri utk dia.. hehehe

hana,
doa jodoh tu ade kot, tp cam Fahrin tu tak brape pasti plk heheheh

fndrocka,
bak kata dak aizat, itu 1st time dia bg speech. hehehe. mmg xde nyanyi, penat aku hapal lirik lagu T____T