Wednesday, November 24, 2010

600: Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu


Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Sesekali, aku mahu terasing.
Menyisihkan diri.
Aku tak mahu sendirian.
Tapi aku pun tak mahu bersibuk dalam keramaian.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Sesekali, aku hentikan putaran lagu dalam senarai.
Aku dengar sunyi.
Aku dengar suara mereka.
Aku tak mahu mencelah.
Tapi aku pun tak mahu ketinggalan.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Sesekali, aku alihkan letak duduk headphone.
Aku dengar suara hati.
Aku dengar ia berperi.
Aku tak mahu mendengar.
Tapi aku pun tak mahu ia berhenti.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Aku cuma mahu duniaku.
Aku mahu seperti sepatutnya ia di situ.
Aku mahu dia di sisi.
Mungkin menakali, cuba menarik perhatian.
Menarik headphone dari kepalaku.
Dan sedayanya memaksa aku menatap wujudnya dia.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Aku cuma mahu berkhayal.
Aku mahu bermimpi di siang hari.
Aku mahu apa yang aku mahu.
Yang mungkin tak berhak untuk aku.
Dan melupakan sesuatu yang pernah ada dalam diari.
Yang suatu masa dulu semuanya aku miliki.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Aku cuma tak mahu mendengar apa-apa..

-Masy-
241110, 1520 time

# breakaway..
blogger-emoticon.blogspot.com

22 comments:

zonaku said...

menyisih dalam keramaian...

ada macam tiada
macam tiada tapi ada..

zonaku said...

tapi, sakit la telinga klau pakai lama2, esp kalau pakai earphone.



merah jer telinga aku kalau pakai

Benedict Bernard said...

nanti kol aku lar kat tepon, aku pun suka nyanyi..

Masy said...

zona,
mmg dah sakit pon tinger aku ni ha.. tp klu x pakai, x larat plk aku nk dgr bunyi2 kt keliling aku ni ha T__T

ben,
pergghhhh klu dok sini bole la nk call. tp aku x rajin la call2 org. hehe~

achik said...

*like*

NONIE ABDUL AZIZ said...

HAHAHA...kamu memang budak yang bijak..bijak mempelbagaikan headphone ;p

Masy said...

achik,
klik klik hahaha

kak nonie,
well well well.. ;) hihi~

Zareda Norman said...

staf kak zar yg hensem tu suka beno pakai headphone, bila kita panggil tak dengar ke saja wat wat tak dengar.. hehehhe hangen kak zar dibuatnya

semut api said...

not bad... ori?

Masy said...

kak zar,
to b truth, kadang2 sy pun buat x dgr jgk wpon dgr. hehehe

semut api,
yup..

Super Nia Hana said...

ok fahrin ahmad,
khidmat anda diperlukan sekarang

*jgn cedih2

kakLuna said...

cuba pakai helmet takde awning sambil selitkan mp4. kreatif kan?

❀aRaBeLLa❀ said...

samalah kite kak baby..hmm

Masy said...

hana,
yaaaa mana diaaaaaaaa huhuuh

kakluna,
takkan nk pki helmet dlm opis kot? hihihih

arabella,
kita serupaaa~ hmmm

Mr PenyuBiru said...

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu tapi sebab sebab nak tunjuk aku beli headphone baru. :D

Masy said...

penyu ana raffali,
oo ko ni niat nk riak rupenye.. sibbaik aku pinjam je bdk opis pnye hahaha

oNi said...

kotak hujan mintak emel boleh?

:0

Masy said...

oni,
cube tgk kat profile sy, ade email add kat situ..

lindosh said...

aku pahammm perasaann ko! hihi

Masy said...

dosh,
baguihhh hang memang memahami :) hehheeheh

yonna said...

akak,semua point memang sama dengan akak! selalu sgt pasang earphone tapi bukan dengar lagu pun ha.

Masy said...

yonna,
kan.. saje je takmo org kacau. hehehe