Wednesday, December 01, 2010

603: Anak Berbuah

4-years-old Adah wore the dress that my mom told her I'd bought for her but actually she was the one who paid for it.


Soklan paling power si Adah pernah tanya mak aku.

nenek sokong Liverpool ke MU?

Matiklaah mak aku nak jawab. HAHAHAHAHA.

*******

Jujurnya aku tak pernah berasa diri aku dah tua. Bukan sebab perasan muda, tapi aku selalu merasakan hanya masa yang berlalu pergi - tapi aku masih lagi di sini. Tiada perubahan. Aku masih aku yang nakal seperti zaman sekolah rendahku, aku masih lagi aku yang malas belajar tapi tetap tak keluar senarai top 5 masa zaman sekolah menengah, aku masih aku yang tidur lambat-bangun awal seperti zaman mahasiswiku.

Aku selalu terlupa yang aku dah 30. Bukanlah maksudnya bila orang tanya umur aku berapa, aku jadi lupa. Bukan. Aku cuma berasakan aku masih kekal dalam dunia remaja. Hanya masa yang bergerak, tapi bukan aku.

Yang mengingatkan aku betapa sebenarnya aku ni dah .. errr.. nak sebut tua, takde laa tua pun 30 tu. BARU 30 weh! Yang mengingatkan aku sebenarnya aku tak berapa muda (tak sedap jugaklah term ni) atau senang cakap.. masa memang dah berlari laju giler selama ini adalah.... anak-anak buah aku la.

Ada yang dah kawen.
Ada yang dah nak amek SPM.
Ada yang dah ada lesen kereta.
Ada yang dah grad (sijil la tapi).
Ada yang dah datang bulan.
Ada yang dah pandai bercinta.
Ada yang dah boleh pakai baju aku.
Ada yang aku tak boleh pakai kasut dorang (sebab tak sama saiz)
Ada yang tinggi daripada aku.
Ada yang dah berjerawat.

Dan aku rasa terkejut dengan apa yang waktu dah buat dengan kehidupan aku (ayat cam kelly!).

Kalau dulu, sikit-sikit kang.. BUSUUUU!!

Dulu budak-budak ni laa yang bergayut kat kaki masa aku sibuk memasak.
Dulu budak-budak ni laa yang mengacau aku masa aku berborak kat telepon.
Dulu budak-budak ni laa yang datang dengan muka biru tak bernapas - ni kes tercekik gula-gula.
Dulu budak-budak ni laa yang aku parr satu kali bila melawan cakap aku.
Dulu budak-budak ni laa yang birak dalam pampers pastu mengendeng kat aku soh basuh.
Dulu budak-budak ni laa yang sakit perut pastu datang mengadu (nak dukung je lebih).
Dulu budak-budak ni laa yang nak itu nak ini bla bla bla

Sekarang.

Sekarang, sikit-sikit.. ANAK-ANAK BUAH SEKELIAN!!! hahaha

Bila aku malas nak gi kedai, boleh suruh je sape yang ade lesen pegi kedai.
Bila aku penat nak basuh kete, boleh suruh je sape-sape yang ada (tapi ni kena kuar modal sket la.. hehe)
Bila aku nak pegi masjid solat raya, boleh suruh je dorang drive.
Bila aku malas nak basuh pinggan, boleh hulur je kat dorang (yang besau la) soh basuh.
Bila aku nak lintas lopak air, anak buah siap offer nak dukungkan lagi!
Bila aku rasa nak diet, ada pulak yang rajin buatkan milo ais dan goreng nugget untuk aku T__T
Bila aku pakai sempoi sket, ada plak anak buah yang berani sound "Busu ni apsal selekeh ni??"

Deemmmmmm~

Dan tiba-tiba aku risau. Bila nak ade anak ni??
blogger-emoticon.blogspot.com (tetibe je risau. bingai sangat. hohehohe)

24 comments:

ber_u_wang said...

haaa mcm tu kena cari cepat siapa empunya tulang rusuk tu.. baru boleh ada anak....



30 blom tua lagi.. kalau kena gaya mcm budak lepas diploma je ..

Masy said...

angkel,
tolong carikan. hehehehe

tu laa.. rasa mcm lepas SPM pun ade gak ni hahaha

gadisBunga said...

cesh! antiklimax tul part yg bawah tu...

Masy said...

gadisBunga,
itulah perasaan kakak. mmg anti climax hahahahaha

zonaku said...

hehehee....

ko ni kannnn...... jangan la rasa camtu. kalau ko rasa camtu, aku lak rasa gak tekanannya...

Masy said...

zona,
tekanan yg kita buat2 x feel. hehehehhe

achik said...

rasa yg sama.. saya pun rasa masa je bergerak tapi bukan saya.. rasa cam saya masih sama dgn saya ketika 18 thn.. xde apa yg berubah.. cuma orang2 sekeliling saya je yg berubah secara drastik.. dan cam yg akak kata, anak2 buah terutamanya..

hari tu anak buah sulung duk tanya pasal baju nak gi interview.. perghhhh.. dulu duk ajar abc, skang?? huhuhu..

sekejapan sungguh masa berlalu!

Masy said...

achik,
kan?

rasa mcm lajuuuuu sgt putaran masa.. haihh...

Aujinz said...

saya masih rasa saya masih muda..

arghhhhhhhhh...

Masy said...

aujinz,
sy pun. hehehehe

en_me said...

me pown rasa muda.. kehh

Masy said...

en_me,
iyolah en me hehehehe

me3n said...

saya pun pernah rasa yg sama sebelom kahwin dulu, justeru lepas kahwin, perasaan cenggitu sikit2 hilang kerana perubahan gaya hidup.

untuk menjawab soalan kak nih, jawapan yang jelas ialah kahwin. alaah, kak kan banyak pilihan! ;p.

Masy said...

me3n,
biasalah ek.. da kawen sok reda la sket. aaaaaa carikanlah. akak mana ade pilihan huhuh T___T

Erina Asmawani said...

kakak..saya volunteer nak jadik anak kakak boleh? hai mommy! ;p

kak, kite kenen kat sepupu kita ok. Hensem woo..cam hans isac.

Masy said...

ena,
wawawawa mommy katanya! hahahahah

utk akak ke?auummm bole2 hihihi ;))

mya said...

hamboiii budak 4 tahun dah pandai tanya soklan gitu..
canggih sungguh..

Masy said...

kak mya,
pengaruh adik beradik dia la tu hehehe

kakLuna said...

pastu, rasa malu lak dgn anak sedara sbb dorg dh pandai skrg..ckp psl isu semasa pun pandai..dulu, maklang ni lah yg basuhkan berak.huhu

Masy said...

kakluna,
betuuuuul... hahahah segan sndiri huhu

Mohd Shahrul Hafizi said...

Jom Erina, kita jadi anak Mommy Masy la. Tapi saya nak panggil Umi.

"Umi, nak menan."

Hehehe.

*apa kata ambil anak angkat. sekadar pandangan. tapi bukan saya la. hehehe. :)

Masy said...

shahrul,
pendapatan x bole nk tampung anak angkat la.. lgpon xde rasa nk bela anak skrg. hahaha

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ceh! Kahwin nak tetapi taknak anak ya. Bahaya ni. Hehehe.

Masy said...

nak laaa tp takut. tu je. hehehehe