Thursday, December 09, 2010

606: Kurnia dalam khayalan


Tenang.

Dalam masa yang singkat, itulah yang aku rasa. Santai. Ini rupanya sesuatu yang aku tinggalkan lama dulu. Ini rupanya perasaan itu.

Dan rasa itu aku simpan, rapat-rapat katupkan dalam hati. Ketenangan itu aku hamparkan, setiap hari aku tatap. Jiwa yang kusut ini, amat benar perlukan ini semua.

Mata pejam. Rasa sejuk yang menyamankan itu pun menyelimuti naluri. Aku sedar dan terlebih faham. Aku tahu ini cuma dalam hati. Dan aku juga tahu, aku cuma ada ini sahaja.

Aku senyum. Menghayati sejarah yang pernah melangkah seiringan dengan usia mudaku dulu. Manisnya semua ini. Patutlah berat benar untuk aku lepaskan dulu. Indahnya semua ini. Beruntunglah dia yang memiliki setiap saat yang ada berbanding aku yang hanya mampu mengingati.

Hela nafas dalam-dalam. Dalam hati masih lagi memanggil dengan manja. Dalam hati masih lagi sibuk mewujudkan kawasan khusus untuk kenangan lalu. Dalam hati masih lagi mengenang hal yang seharusnya telah lama dilupakan.

Maafkan aku. Kerana gagal menjadi aku yang kau mahu. Aku lemah kerana sentiasa gagal menegakkan keinginan sendiri - dalam hal ini. Aku lemah kerana sentiasa berasa dilemahkan dengan perasaan. Aku lemah kerana sentiasa rasa ditawan oleh kisah lalu yang membuat aku teragak-agak untuk melangkah.

Dalam keadaan sekarang, aku sebenarnya bertambah lemah. Konflik yang bermacam jenis datang menyerang dari setiap pelusuk kehidupan. Bertubi-tubi sampai terduduk tersembam aku kerana tak mampu berdiri tiap kali diasak dengan keras. Aku perlu berpergian, aku perlukan semua itu. Tapi entahlah.

Aku. Pun tak tahu nak cakap apa lagi.

18 comments:

zonaku said...

kadangkala asakan sangat melemaskan.. kita perlukan sesuatu untuk rentap kita dari semua itu..


er...pekata weekend ni ko datang sini??????

Masy said...

zona,
wiken ni kan nk gi kenduri aima. jom laaaaaa!

noorafzan said...

MONOLOG SEBUAH HATI..

Masy said...

afzan,
:)

zonaku said...

hehheee.. lupa

mgu depan la gitu... reramai ker join rombongan?

en_me said...

sajer nk tunjuk masjid wilayah kt sinih.. ehehe

http://fotolumayan.wordpress.com/

Masy said...

zona,
next weeknye aku blk melaka. ni pun tgh mikir2 nk gi ke x knduri aima ni.. hmmmmmmmmmmmmmmmmm~

en me,
da tgk dah :)

zino said...

salam maal hijrah..

cikceriacorner said...

salam..masy..salam perkenalan..:)

Mr PenyuBiru said...

tak mampu berdiri? aku rasa sudah tiba masanya ko pakai tongkat atau wheelchair.

Tapi entahlah.

Aku. Pun tak tahu nak komen apa lagi.

HEMY said...

keri peluk kata "it's ok baby" pn masuk tak ok? saja la tu suh aku yg wat

Masy said...

abah zino,
salam maal hijrah gak :)

salam cikceriacorner,
salam salam :)

penyu,
aku nk duduk atas cengkerang ko. hehhee

anul,
bongek. hahahaa

yonna said...

"... takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang.."

Masy said...

yonna,
lala lalaaaaaaaaa *sore Mizz Nina* ehehhee

Mohd Shahrul Hafizi said...

Pabila artis sudah berbicara. Wow!

Masy said...

shahrul,
biarkan bulan bicara sendiri. eceh! hahahaha

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hehehe.

*sedang layan lagu Spring-Bourgenvilla. T_T

Masy said...

eceh!~