Monday, December 20, 2010

608: Aku ok je..


Salam semua..

4 hari aku mengeluarkan diri daripada opis adalah kerana tuntutan kerja semata (eceh). Ke Kuala Kangsar laa kite.. Cuaca unpredictable. Tapi secara keseluruhannya, sejuk-sejuk pengakap di sana. Dengan kabusnya yang meliputi gunung (err gunung ke bukit? ah lantaklah). Terasa macam kat obersi pon hado uols.

Sebenarnya.

Sehari sebelum ke sana, dah tentulah ada briefing kan. Sambil kakak tu bercakap-cakap pasal pembahagian tugas, aku pun jeling menjeling manja kat kertas di tangan beliau. Errkk~ Ada segugus nama yang macam aku kenaaaaaaaaaaaaaaaaaal je ni. Biar betul?

Mas, ni Mr. X pun ada nanti tau

Sah. Hahahaha. Haihh.. aku ingatkan takde laa terjumpa dengan mamat ni lagi. Tapi yelah kan. Keje aku ni. Pusing-pusing tang tu jugaklah, nak lari ke mana pun.

Ko nak satu grup dengan dia? Akak boleh ejas ni
Eh.. takpe takpe. Tak jadi keje lak kang

Di sana. Malam sebelum hari kejadian yang penting tu. Maka bertemulah dia yang aku rasa dah berapa tahun hah tak ketemu? 2 tahun kot? Macam tu jelah beliau. Aku pun, macam ni jelah aku. Hahaha.

Nebes tak baby? Pegang tangan sendiri. Hmmm tak sejuk pun. Jantung pun berdetak secara normal, takde gandaan sepunya langsung. Ok.. means aku tak nebes la ni. Aku ok la ni.

Dulu.

Masa pertama kali berjumpa Mr. X ni tahun 2007, masa tu time meeting gak. Kebetulan dia ni classmate dengan kakak opis aku. So.. kakak ni pun ajaklah beliau makan semeja dengan kami. Aku masa tu dah tentu la khusyuk mengadap makanan, tak perasan dia dah duduk depan aku. Sekali aku angkat muka..... *tercekik*~

He reminds me of HIM. A lot.

Keserupaan yang jelas. Ada banyak persamaan. Rupa, cara cakap, cara makan, suara pun ada sikit lebih kurang. Buat selera makan aku terjejas je pagi tu (sebab kebetulan malam sebelumnya, HIM tu datang jumpa aku kat hotel. forget it). Risik-risik, bujang lagi - sebaya aku plak tu (nyam nyam). Tapi tu lah. Sampai situ, dan yang lainnya menjadi sejarah la ye.

Dah jadi bapak orang pun sekarang.

Dalam perjalanan, teruk gak aku dibebel-bebel dek budak-budak ni. Bla bla bla. Leceh laaa.

lain kali, kalau suka bagitau laa.. takdenye hilang maruah kalau mengaku pun kak

Deeemmm.

ntahnya.. kadang-kadang kan baby, mana la tau.. ntah² orang tu pun suka kat kita, kan dah rugi

DEEEMMMMMMMM!!!!
blogger-emoticon.blogspot.com


Barang yang lepas jangan dikenang. Sekian.

30 comments:

Zareda Norman said...

iye tu, barang yang lepas jangan dikenang sudah menjadi hak orang lain.. lagipun kalau dia pun suka kat kita tentu dia pun akan mulakan langkah operasi kan kan kan..

cari aje barang baru, brg seken hand pun ok asalkan berkualiti dari barang baru kuar dari kilang tapi hampehhh..

wink wink

Lelaki Ini said...

setuju saja apa yg dikata
sebab semua benar2 belaka

Masy said...

kak zar,
haaa itu laa yg sy ckp kat dorg.. klu dia pun suke, musti laa dia buat samting. ini stone je. hahahahah

lelaki ini,
maka dgn itu sy pun setuju la jgk huhuhuh

NONIE ROSSI AZIZ said...

betui tu barang yang lepas jgn dikenang...betui jugak kata2 kak zar tu cari aje barang baru, brg seken hand pun ok asalkan berkualiti dari barang baru kuar dari kilang tapi hampehhh..

semoga ko akan ketemui barang baru yang lebih bernilai..InsyaAllah..ahkak mendoakan dari jauh (walaupun dekat benornye) :D

zonaku said...

barang y lepas hai jangan di kenang
kalau dikenang meracun diri



... barang apa y terlepas????

PnConfused said...

aku ske pes komen tuh.. kalo kat pesbuk dh lama aku tekan butang like....

Masy said...

kak nonie,
di samping mendoakan tu, xde ke rikikan sape2 utk org ni kak? muehehehhehehhe

zona,
barang baekkkkk punye

pnConfused,
ko like je.. rait kat skrim monitor tu. hahahaha

Erina Asmawani said...

nyam nyam..haha

ayat2 kat poster kat atas tu sangatla betul kak..100% correct!

takpe kak, dalam dunia ni kan ada 7 org yg sama, kalo jumpe yang kali 3 ni (kalo dia still single..nyam nyam..haha), akak terus ckp isi hati akak ok ;P

kak, jangan risau..setiap orang dah tertulis jodohnya..kalau tak berjodoh ngan orang tu, maksudnya jodoh kita nanti lebih baik dari orang tu ;)

Masy said...

erina nyam nyam,
tu laaa kan. kot laa klu single. klu double, kene laa cari lg. ahhhh nk cari pesen lain laaa pulak, ape kes dok cari yg sama je hahahahha

yeaaahh betul tu :) hehehe

Sierrauniform said...

kalau..aku depan kau aku cakap per tauuu..lemss..hahaha

Masy said...

rembo,
hahahahahah aku pasrah

ber_u_wang said...

yang dah jadi bapak orang jangan usik.. carik datuk X plak .. mana tau rezeki badan

d' azali said...

btol la tu ape membe2 kata.. demn!

Masy said...

ber_u_wang,
mmg x usik pun.. aihh takmo laa datuk, musti tua. kot anak datuk ok la kot hahaha

d'azali,
demmmm!!!

hafidz said...

nak cakap jugak lah.
damn~
:P

Masy said...

hafidz,
hahahahahah sabo jelah

yonna said...

sejuk2 pengakap tu apa kakak? T___________T

Mohd Shahrul Hafizi said...

Bapak orang apa salahnya kak. Kalau yg pertama bagi green ligh, on je. Hahaha.

:P

me3n said...

Setuju dengan Shahrul hehehehe ;p.

Mr PenyuBiru said...

ala..mr x tu baru kahwin satu. ade 3 lagi kosong tu. so, ko masih ada peluang ape? hihi..

Masy said...

yonna,
ia seperti memasukkan seorang pengakap ke dalam peti ais.. mcm tu la sejuk2 pengakap..

shahrul,
toksah nk ngade2! eh tp bole gak kan? hahahahahhahahaha

me3n,
ko mmg suke je kan mende2 ni :p

penyu,
ni lagi sorang!

lilacfla said...

pic tu nya wordies sgt bernas lol. ^_^

girls: breakup when they dont feel love from their man

guys: breakup when they feel love from another girl.

Masy said...

lilacfla,
kan? huhuhuuuhu

Mohd Shahrul Hafizi said...

Tak kisah siapa pun jodoh Kak Masy, saya tumpang gembira. :)

Masy said...

shahrul,
akak pun tumpang gembira jgk dgn jodoh akak nanti. eh? hahahaahh

thanks :)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Takut-takut kena kahwin paksa je nanti.

Muahahaha. XD

Masy said...

takde sape pon bole paksa akak. melainkan mak je T___T huhuh

NONIE ROSSI AZIZ said...

Dik ko nak yang kwos ke yang temok? yang tinggi ke yang rendah? yang pendiam ke ke yang mulot bising? ko list kan dulu citarasa ko mana tau ada kawan2 ahkak yang tak kawin2 lagi....kannnn :)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Kalau camtu, nak suruh mak akak paksa la. Hehehe.

Masy said...

kak nonie,
nak kurus tinggi.. ramah tp jgn laaa bising sgt kang org menyampah hehehehe nak nak nak nak

shahrul,
hep! hehe