Thursday, December 23, 2010

609: I think God can explain~


Aku ada banyak benda nak cerita. Rasanyalah.

Tapi bila dibelek-belek, ditapis-tapis, dibaca semula. Rasanya lebih baik disimpan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Mungkin azam baru untuk 2011. Aku nak menulis diari semula. Semalam berjalan dalam kedai buku, banyak jurnal yang cantik-cantik. Buat semangat nak berdiari tu membara je.

Itu aktiviti yang tertinggal lama, lebih kurang 6 tahun sudah.

So.. lepas dah ada diari, cerita gelak-gelak bole la letak kat blog. Cerita sedih-sedih, makan hati, terasa hati, hati rabak semua tu kita simpan dalam peti. Macam pisang emas yang dibawa belayar dan masak sebiji di atas peti tu. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.


Invisible and isolated. Nice...~
blogger-emoticon.blogspot.com

-edited-

Lupe nak cakap. Terima kasih untuk kekawan baby yang call, ym dan sms semata-mata untuk tanye 'kau ok ke?' lepas baca blog aku. Refleksi perasaan membawa ke tulisan aku dalam blog, rupanya ada yang prihatin :) Kawan-kawan yang jauh di mata, tapi rapat ke dalam hati.

Insyaallah aku ok je. Sekurang-kurang pada dasarnya aku begitu. Masih lagi boleh ketawa, senyum-senyum dan buat posing comel-comel depan kamera. Contohnya macam kat bawah ni.


comel kan? ahahahahaha

Mulai hari ini aku berjanji.

Seteruk mana layanan keadaan sekarang ini terhadap aku, aku janji. Aku hanya akan cetuskan cuma dalam hati. Takkan merungut panjang lagi. Aku cuba. Dan kawan-kawan janganlah susah hati. Tapi kalau nak susah hati, boleh jugak. Jangan lama-lama la.. Nanti aku serba salah pulak :)

Adah.
Umi.
Eita.
Didi.

Yang mana aku tercicirkan nama kat sini, jangan marah hehe. Tapi dorang ni yang paling rajin menanya aku kalau tulisan aku agak-agak ke laut mati.

Member-member blog pun ada jugak. Uols know who uols are. Appreciate dat.
blogger-emoticon.blogspot.com korek idong tanda penghargaan.

19 comments:

Aujinz said...

ada benda yang kita boleh cerita..

ada benda yang kita patut simpan jer..

Masy said...

aujinz,
ye betul :)

zonaku said...

kadang perlu luahan yang tanpa perlu ulasan...


comel la sangattttttt

muahahahahaa

Masy said...

zona,
ye betul :)

comel kan? hahahahah nanti kita buat sama2

HEMY said...

kalau luah takpe..jgn sampai terkuar macam muntah

Masy said...

anul,
tu bkn luah dah tu.. dah memang muntah namanya cis cis

O'gosh said...

Salam....

It's sooo true wat u said...

Be strong...

zareda said...

masy
beruntung adakawan kawan yang memahami dan sudi berkongsi...

frwls said...

letak gambar saya kat muka surat 3 diari k. hehee

Masy said...

salam O'gosh,
mekasih2 :)

kak zar,
alhamdulillah... :)

caki,
bak laa sekeping. hahahaa

Sierrauniform said...

tak sompek aku nak menyelami dasar lautan hati ko, pasal tu haa timbunan pampers anak aku tu kadang sebakul mcm laut gakk panoramanya..:D

Masy said...

rembo,
tak payah laa rembo.. ko selami jelah lautan pampers anak ko tu hahaahhaha

Mohd Shahrul Hafizi said...

Kak Masy nak no fon.

Bagus juga menulis diari ni. :)

Masy said...

shahrul,
mintak kat wafa ye.. ade no wafa kan?

mmg bagus. lg byk bole tulis. hihihi

Mohd Shahrul Hafizi said...

Orait. Nanti saya mintak kat Kak Wafa. Nak beli gak la diari eh planner. Hehehe.

Masy said...

blikan satu utk akak! eh x payah la.. nk bli sndiri kat MPH (wah kerek plk hahaha)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Saya dah beli kat Jusco. Murah punya sebab ada diskaun. Yg simple je. Lagipun beli Reader's Digest pun dapat small planner gak.

Masy said...

akak dah bli gak.. tp takde kalender laaa huhuhuh

Mohd Shahrul Hafizi said...

Lorrr. Diari apa yg takde kalendar ni. Takpe, akak boleh bebas menulis seberapa banyak m/s utk catatan nanti.