Friday, December 24, 2010

610: aku Nikko nak cerita

Salam Jumaat semua :) Arinie kita cite lainlah ye.

Isnin lepas, kitorang seopis beramai-ramai menyerbu Hotel Nikko untuk menghadiri dinner anjuran MIP. Malaslah nak explain amende MIP tu hehe. So... memandangkan cuaca pada hari kejadian agak menggusarkan, kami yang bujangan ni dah decide nak gerak seawal 5.30 petang. Awal sangat eh? Biar awal jangan lambat. Aku dah taknak dah maghrib dalam kereta lagi macam tahun-tahun lepas T____T huhu~

Tapi laaa yang membengiskan aku.

Aku ni walaupun jenis gelak-gelak per sume, tapi cukuplah pantang tok monyet kalau orang tak punctual ni. Rasa nak lempang-lempangggggggg je. Kalau tak kejarkan apa, tak kisah laa sangat kan. Ni haa budak-budak praktikal kat opis aku ni. Daripada kat Kuala Kangsar aritu buat pangai camni. Aku sound skali kangggg ada plak yang takmo tegur aku lepas ni. Aku jadi angin satu badan sebab aku drive macam gila semata-mata nak pastikan dapat sampai kat opis pukul 5.30 tu, alih-alih bebudak ni nak dekat pukul 6 baru sampai. Kalau dapat kat bapak aku ni, pukul 5.31 tu ko dah kene tinggal tau tak!

Hoiiihhhh marahnye akuuuuuuuu!!

Patutnya aku naik kete dengan budak-budak tu skali. Tapi last minit aku tukar plan. Menyelit dalam kereta Khalil dan tunang beliau. Demm!!!~ kan tak pasal-pasal aku jadi duri dalam daging kat situ. Aku dah bising-bising kat Khalil suruh jalan je. Tapi mamat ni penyabar nak mampos, sanggup lagi tunggu. Yelah kesian kat budak-budak tu tatau jalan katanya.

Tapi. Ada aku kesah??

blogger-emoticon.blogspot.com

Aku call. Suruh dorang laju. Pastu sms dengan tegas takde hohehohe. On the wayyy on the way. Way hape yang diorang lalu tah huh!

Akhirnya sampai jugak. Jangan harap laaa aku nak turun pastu pi kat kete dorang. Ada yang kena maki sepanjang perjalanan ni kang. So.. bertabahlah aku dalam kete Khalil. Itu pun marah tak lama laa weh. Aku marah kejap je. Pung pang pung pang last² bila aku nampak budak-budak tu dah pucat muka (sebab Khalil laaa provoke dorang kata aku marah giler), terus gua ok. Ape laa. Nak marah pun tak tegas T___T

blogger-emoticon.blogspot.com

Itu jelah. Opis aku dapat award. Makan kat Hotel Nikko tak seberapa, ni dah kali kedua aku dinner kat situ. Tapi dessert memang meletops laaa aku suka!! Ok nak tempek gambau sekeping dua buat tatapan sahabat handai dan taulan.

yang bebetul opismate aku dalam pic ni ade 4 orang je, 5 orang la termasuk aku. yang lelain tu ada connection yang malas aku nak jelaskan kat sini


3 orang di dalam gambau di atas adalah bekas rakan sejawat. ohh.. seronoknya zaman dulu.. terkenang-kenang la pulak hehehe

20 comments:

baincardin said...

*Jom 'belasah Part 5' plak! ^_^

Mr PenyuBiru said...

sukanya dia dapat pegang frame sijil sambil bergambor.baru tumbuh gigi ke. hik3...

Masy said...

bain,
? mana part 1 - 4?

penyu,
ha'ah.. baru tumbuh gigi dah dpt frame sijil. hehehehhe

Yunus Badawi said...

Marah kerak nasi rupanya ko ni.

Yunus Badawi said...

Dah lama aku tak makan kat Nikko tu. Last sekali masa buka puasa tigasuku dekad yg lalu huhuhu

Yunus Badawi said...

Apasal ko tempek gambar yg ramai org lain menempek?

Enterframe betullah yg 8 org lagi tu.

Yunus Badawi said...

Cukuplah 3 komen. Opps masuk ni 4. Kuota aku kan 4 aje hehehe

Masy said...

YB,
HAHAHAHAHAH oiii tau laa aku komplen td, kot ye pon.. sampai 4 komen hah. hahahahah

malas nk ubuh gambar sorg2, gemuk T__T

ber_u_wang said...

sijil krusus kawen ye...lebar aje senyum nya

Masy said...

ber_u_wang,
ade ke org dpt sijil kawen siap frame? heheheh

kakLuna said...

x nampak yg muka budak praktikal pun. x dpt amik gambar sbb x punctual ek

Zareda Norman said...

framesijil apa tu? ke malas nak story? hehehheh

lindosh said...

pic last nampak ko control je wehh.. ayu laa tu ye baby? hehe

Mohd Shahrul Hafizi said...

Patutlah lambat. Gemuk ya budak-budak praktikal tu. Lain kali cucuk tali kat hidung, heret je. Hahaha.

Saya pun tak suka orang tak punctual.

Masy said...

kakluna,
ade pic dorg.. malas nk tnjuk je sape hahahah

kak zar,
itu sijil skali dgn award yg kitorang dpt.. heheh

lindosh,
aku x kontrol ayu pon, tp klu ko dah kata camtu aku redha je hihihihi

shahrul,
HAHAHAHAHAHHA keji tau! akak pun gemuk per T______T

sama la kita!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Actually saya pun gemuk gak. Sedang menggemukkan diri ni. Hahaha.

Walaupun kita berbeza tetapi kita tetap sama. :)

Masy said...

aik ye ke? mesti mak masak sedap2 ni... nak laksa singapore!!!!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Tu la pasal. Duduk rumah melantak je kerjanya. Hahaha.

Laksa singapore? Jom p singapore. Hehehe.

Masy said...

watpe pi singapore, bkn kat umah awak ade ke? hehehe

Mohd Shahrul Hafizi said...

Kalau nak yg pure, kenalah p Singapore. Barulah kaw-kaw punya. :P