Friday, January 29, 2010

483: di suatu senja, di musim yang lalu..

Salam semua..

Hari Rabu baru ni, aku dapat panggilan telefon daripada wakil organizer Chocolate Fair – alaaa yang aku pegi dengan Yonna Wahidung aritu. Aku ada isi borang masa kat sana, saje-saje. Sebab katanya ada cabutan bertuah dan hadiah utamanya ialah penginapan kat Minister Suite di Palace of Golden Horses.

aku yang gigih mengisi borang

Minister Suite ok. Di alam nyata ni, ntah kehidupan ke berapa laa baru boleh bayar sendiri nak stay kat situ. Hehe.

Oh ye. Panggilan tu. Aku takde la menang hadiah utama, tapi dorang ade laa nak bagi something. Voucher macam-macam ntah ape aku tak ingat sangat sebab masa tu tengah ngadap mende lain. Yang fenting, aku kene la pegi amek sendirik kat PGH tu. Aku ni dah laa fail jalan-jalan KL ni. Tapi berkat bantuan rerakan kat fesbuk dan kehadiran Anne di sisi sebagai mak guard, maka tiba jualah ke sanun tanpa sesat walaupun satu simpang, alhamdulillah..*sengih kembang paru-paru* Mekasih la sume ye, ailebiu ols. Terutama sekali abang Fahrin oppsss.

Parking. Calling-calling dengan Mr Richard, cari En Sham (padahal dah lalu depan dia 2 kali haha), isi borang depan unicorn, pastu gi cari surau. Comel je time cari surau tu. Ekcely kitorang kene lalu depan ballroom untuk sampai ke surau, tapi tempat tu gila tricky. Dah laaa ramai budak-budak yang hensem bertaburan kat depan ballroom tu. Nebes mak. Punya la rambang mata aku tatau nak pilih sape untuk aku tanye direction.

Akhirnya berjaya gak ku pilih sorang. Ape yang comel? Aku tanye sorang, tapi semua budak-budak kacak tu pon jawab skali. Ade lah dalam 10 orang kot. Pastu bila kitorang blah, bole tak salah sorang budak kacak tu cakap kekuat :

Alhamdulillaaaahhh.... yang macam ni laaa yang nenek aku suruh cari tu

Hahahahaahah. Sibbaik aku tak tanye balik, cari nak watpe eh? Jadi orang gaji ka? :p

Ok pendek cite. Memandangkan aku bergaji rendah dan dah kompem la aku tak layak untuk melanggan mende-mende mahal kat sana, so budak Fiza yang kene entertained aku tu senang jelah kan keje dia. Dia bawak aku buat health check up – check mata dengan glukos.


Check mata aku ok je. Bila tang nak check glukos, baru la aku tersedar satu perkara. Iaitu perkara ini melibatkan pengambilan darah secara kecil. Ah kecik pon! Tetap akan cederakan jari aku kan????? Aku tak berani nak pandang dowh.... Aku penakot ok bab-bab cucuk ni sume. Andai ku tahu....... ntah-ntah aku tak datang kot :((


Abes dah seksa aku. so penyerahan voucher pon berlaku. Inilah ape yang aku dapat :

1. Complimentary health check-up (Cardiac Risk Assessment). Ade tiga benda : Full Lipid Profil, Diabetes Screening dengan General Inspection. Tak paham sangat. Nanti la gua tanya Zonaku. Pastu tatau la kene pilih ke ataupun sume skali pon boleh. Ni valid 2 bulan.

2. Complimentary stay sama ada 2 hari 1 malam kat Perdana Beach Resort Langkawi (max 4 orang), 3 hari 2 malam kat Country Villas, Kajang (max 6 orang) ataupun 2 hari 1 malam kat Palm Springs Resort, PD (max 6 orang). Ni pon valid 2 bulan.

3. Voucher diskaun makan-makan kat PGH. Aku dah ternampak dah sape yang aku boleh ajak. Tapi tataulah tu. Susah-susah sangat, aku bagi je sape-sape. Hmmm.. Oh ye, yang ni valid sampai ujung tahun.


Apsal laaa yang complimentary stay tu valid 2 bulan je?? Tensi plak aku. Macam tak ekhlas je nak bagi huhuh. Ade jugek yang aku stay kat Kajang je kang hahhahahahahaa. Sape nak folo pegi Kajang? Aku rasa tak sempat kalau nak pegi Langkawi. Bulan 3 dah ade program. Means ade bulan depan je. Jom ah! Kajang pon Kajang arrr.. 6 orang boleh ku ajak termasuk diri aku sendiri. Ha, diri aku kata ok je. 5 orang lagi, sape mau? Nak pilih masa nak wat health check tu lagi. Ke nak gi PD?

Hmm.... kelapa dan orked... baik untuk rambut..


# ko suke pegi Palace of Golden Horses tu? Aku takutlah. Banyak nau patung. Yang kat depan tu lagi la. Aku terbayang tetibe je patung tu sume hidup. Seram ok *gigit kuku laju2 sambil bersimpuh ketakutan*

Wednesday, January 27, 2010

482: dia bukan superman, tapi dialah super duper man. ini adalah entry memuji Fahrin. bersedialah~

Salam sume..

Patutnya aku upload satu entry yang berunsur jiwa kacau tahap sangkakala meniup di cerobong hati. Tapi rasanya malam tadi pun aku dah cuba-cuba bertenang, walaupun jiwa tetap kacau giler melihat Jim dah mati (ni sape tengok Ghost Whisperer tau la). Gile ah bole mati plak! *sesungguhnya yang hidup pasti akan mati : ustaz aku jaman skolah dulu* Bertambah-tambah kacau bila aku nonton kekasih gelapku Fahrin Ahmad menangis kat dalam fb dia. Apsal stail menangis kita cam same je bang? I mean sama bila ko rasa heartbreak giler-giler la.. Aku ni kalau bukan waktu puncak, airmata meleleh je takde nye teresak² cam sesak. Mesti comel kan kalau kita dok serumah pastu menangis berjemaah camtu. Huhuhu~


Ha, jangan nak kutuk Fahrin nanges eh. Yaaa.. mesti ramai orang kata watdehel laa lelaki nak menangis. Aik biarlah, dia ensem per. Nanges ka, senggugut ka, migrain ka, aku yakin dia tetap ensem dan beriman (ok tang iman aku tatau). Dia pun manusia gak, ada jiwa yang bisa dikacau oleh perempuan-perempuan tak chantek tu. Jadi biarlah dia menangis, kerana itu petanda dia ada perasaan yang comel dan kacak - seperti dirinya jua.

ko giler buat orang ensem macam ni nanges??? nak kene lempang?? *emo tetibe*

Ok mari berangan.

Aku berangan la malam tadi demi nak meredakan jiwa kacau. Konon² la Fahrin ni tumpas di tanganku yang tak berapa nak lembut ni. Aku rasa mesti akan ada wartawan tanya, tak takut ke Fahrin pukul? *amacam, kelas tak imajinasi aku? siap ade wartawan lagi*

Aku rasa aku akan jawab dengan muka manis sambil betulkan kelepet tudung, "kalau dia pukul saye, saye pukul la dia balik. ape susah. ingat saye mentally challenge ka takleh nak bertindak balas secara refleks? tapi saye tau dia takkan tergamak (baca: berani) pukul saye, kan sayang?" kata aku sambil memandang Fahrin dengan senyuman ada makna. Mata bertentang, ni mata garang ni. Hahahaahah.

Pastu Fahrin pun senyum² pengakap seraya membalas, "mesti la.. takkan i nak pukul u.. kan ailebiu.. ermm.. ni off record ye.. sebenarnya takkan la saya nak wat camtu, dia ade 5 orang abang. satu tangan lawan 5 tangan, agak-agak sape yang cedera parah? lu pikir laa sendiri" kata Fahrin lagi sambil menunjal kepala wartawan yang sedang bertanya.

"apa?? tak paham?? aku tolak ko teruslah" kata abang Fahrin sambil ketawa manja

Pastu wartawan tanya lagi, "tak kisah ke kawen dengan artis? dorang kan bz kene shooting sana sini bla bla bla bla". Maka aku sekali lagi akan ketawa kecil seraya membalas, " haa.. saye tak kisah pun, mak saye jelah yang kisah. tapi rasanya dia rela kot kalau dapat menantu kachak camni. tak segan nak bawak mejlis kata orang tetua. lagipun let say laa kawen, saye nak tuntut la janji dia yang pernah dilafazkan beberapa tahun nan lalu.."

"Janji apa?" wartawan bertanya semula dengan nada murni sambil menggaru kepalanya yang berkelemumur.

"laa.. awak kan wartawan, tak ingat ke? dulu kan dia penah cakap, lepas kawen dia nak stop berlakon - nak bukak bisnes. paling² pun dia jadi pengacara je tapi takkan berlakon lagi. saye nak tuntut janji yang tu la.. lagipun saye ni jeles orangnye, nanti kang ramai plak pelakon pompan yang saye utuskan sms ugutan supaya jangan rapat-rapat dengan asben saye yang rupawan ni" kata aku dengan tenang tetapi sedikit berkerut di dahi.

Fahrin pun tertawa kecil lantas membalas "of course i akan tunaikan janji tu.. i pun nak spend time dengan u.. u pegi outstation, i nak ikot. u pegi opis trip pun i folo u. u suke tak?" tanya beliau kepada aku yang sedang kelip² mata tanda caring.

ello syg, minggu ni u gi outstation mana? i nak ikot!! bawak Merc i eh?


"mesti laa suke.. hikhikhik" dengan tak sengaja aku terketawa gatal. Opssss..

Rupa-rupanya aku tengah ketawa betul-betul depan tv. Sibbaik Anne kat dalam bilik. Hikhikhik~

Monday, January 25, 2010

481: gua mebi tak pandai, tapi gua tak bodoh beb. so pls don't treat me like a fool.

Dalam masa beberapa minggu ni, aku perhatikan saja apa yang berlaku di sekeliling. Agaknya disangkakan aku tak perasan, tapi sebenarnya aku sangat memahami.

Aku memandang dengan perasaan. Aku memandang dengan seluruh apa yang ada padaku. Cuba tak menghakimi keadaan, tapi hati tetap gagal. Dan seterusnya apa yang tak patut dan tak perlu dirasai pun terasa juga.

Aku cuba mencari tempat. Aku teringin untuk berkongsi. Nampaknya tiada satu pun yang ada untukku. Lalu aku pun mula berbicara dalam hati. Berkata-kata sendiri dalam kesenyapan yang sebenarnya cuba juga aku elakkan.

Mungkin aku hanya sesuai dijadikan punca untuk tersenyum. Itupun jika mahu. Bila tiba aku pula yang mahukan kegembiraan, pandai-pandailah bawa diri. Aku kelihatannya sangat bahagia, sedangkan hakikatnya satu pun tiada.

Kemesraan itu ada depan mata, dekat dengan hati. Sayangnya aku bagaikan terhalang untuk merasai. Buat aku sedar di mana letaknya aku. Terima kasih. Kerana sekurang-kurangnya aku dibenarkan mendengar gelak ketawa itu di sebalik pintu walaupun tiada suara menjemput aku menikmatinya bersama.

Agaknya aku terlalu bergantung dan berharapkan kebahagiaan yang ada pada manusia. Sedangkan yang digantung dan diharapkan sedikitpun tak terlintaskan perkara yang sama.

Aku memandang dan hati pun berkecai. Dan bila mata terbuka dalam kegelapan malam, semakin aku rasa bersalah dengan diri sendiri. Yang terus-terusan membiarkan diri berkeadaan begini. Lalu dihadapanNya aku bersujud malam itu, segalanya aku ceritakan dalam derai airmata.

Ya Allah.. Ampunkan aku. Yang sentiasa mencari bahagia di tangan dan hati manusia yang tak teringinpun perkara yang sama. Maafkanlah aku yang jarang bertemuMu. Kerana aku malu meminta. Aku sangat-sangat malu menangis di hadapanMu, ya Allah. Aku selalu sedar dengan diri sendiri. Yang enggan mengaku betapa aku sangat perlukan rahmatMu tiap kali aku dalam kesedihan. Serasa aku tak layak untuk kasih sayangMu.

Hanya Kau sahaja yang tahu mengapa.

Selalu aku zahirkan perasaan dengan caraku. Sarkastik ataupun sindiran, atau berterus terang. Tapi kali ini aku pilih. Biarlah aku diamkan sahaja. Apapun, aku tidak akan berubah atau menjauh. Kerana hati ini sentiasa ada untuk yang tidak butuhkannya. Tapi biarlah..

Andai itu yang dimahukan. Andai mahu aku menjauh, itulah aku berikan. Jika ada yang bertanya, aku hanya mampu tersenyum. Kerana aku pun tak mampu berkata lagi, sedangkan jawapannya ada pada yang bertanya.

Salam sejahtera, semuanya.

Friday, January 22, 2010

480: Prebet Sapu

Aku yakin dan percaya, hampir setiap satu dari kita di dalam populasi manusia ini pernah mendapatkan perkhidmatan prebet sapu. Prebet sapu, ada yang sebut teksi sapu. Mana-manalah. Yang penting mereka tiada kaitan dengan aktiviti tukang sapu, apatah lagi penyapu dan Azian Mazuan Sapuan.

Pertama kali aku diberi informasi tentang khidmat prebet sapu ini adalah semasa aku menetap di asrama la.. Biasalah, pengaruh rakan sebaya. Pun begitu, macam biasa - kalau aku bukak cerita, mestilah ada penyebabnya - ye tak?

Alkisah pada suatu petang yang damai. Kalau tak silap di ingatanku yang agak tajam ini, kejadian berlaku sekitar tahun 1996. Tingkatan 4. Berapa umur korang masa tu? Ha? Dah kawen????!!! Aku masa tu tak kawen lagi errrr sekarang pun belum :p Tapi tahun tu digelar honeymoon year. Sebab dah lepas PMR, dan tahun depan baru la nak SPM. Walau bagaimanapun, itu semua tiada kaitan dengan kisah prebet sapu. Saje je aku panjang-panjangkan cerita.

Di Stesen Bas Masjid Tanah. Aku, Suria dan beberapa orang rakan sedang menunggu bas Patt Hup untuk pulang ke Sg Udang tanah tumpahnya daaarahkuuu. Hanya bas ini sahaja yang menuju ke Bandar Melaka, sekaligus merentasi lokasi permastautinan ibu bapa kami. Kiranya masa tu kalau kau tak lalu Sg Udang untuk ke bandar, ko memang la hutan!

lokasi kejadian :)

Tunggu punya tunggu, bas tak timbul-timbul (ni tunggu bas ke tunggu kapal selam?). Aku yang mempunyai saki baki kesabaran masih lagi menunggu. Suria pulak dah menggelinjang nak balik sangat gayanya. Nak katakan sakit perut, tak juga. Rindu tv kot. Akhirnya puncak kesabaran Suria pun runtuh menyembah bumi.

Aku nak naek prebet sapulah. Ko nak?
Tak berani ah.
Itu pun nak takut. Kalau ko nak tunggu, tunggu ah. Aku gi cari prebet sapu jap.


Suria pun melangkah pergi. Daripada duduk di bangku tengah-tengah stesen, dia beralih ke bangku paling hujung. Port tu memang secara tak rasmi dijadikan tempat letak-dan-ambil orang. Dan itu juga port untuk penumpang-penumpang yang mahu ke KL menunggu bas ekspres. Aku hanya memerhati dari kejauhan.

Selang beberapa minit, sebuah kereta berhenti betul-betul di depan Suria. Wah, cepatlah pulak diorang ni sampai, gumam hatiku. Menyesal pulak tak ikut, kalau tak boleh aku tong-tong je dengan dia. Hmm.. Makcik yang duduk di sebelah Suria membuka pintu depan kereta tersebut, dan Suria dah tentu duduk di belakang. Oklah, dah selamat dah dia. Mataku kembali meliar memerhati bas yang tak kunjung tiba.

Tiba-tiba.

Aku terperasan ada orang duduk di sebelah aku. Laa.. ada lagi budak Suria ni?

apsal, tak jadi ke?
syhhhhh...


Suria suruh aku diam. Apsal ni? Aku dah mula cuak.
nape weh? abang tu takmo antau ko ke?
bukan
dah tu? dia tekan mahal?

bukan laaaaaaaaaaa

dahtu????


Suria terus merangkul tangan aku sambil menahan gelak. Kulit muka yang cerah dah bertukar kemerah-merahan. Apsal ni?

aku cite ni ko jangan gelak tau
laa.... tengok cite gak la, kalau kelakau takkan takmo gelak
ko jangan gelak la!!!
ishh.. tengoklah. ha, kenapa?

Selepas gelak-gelak sambil mencarut barang sebakul dua, dia menarik nafas -bercerita.

tadi kan kete tu benti depan aku. pastu makcik tu kan masuk kete tu kan? so aku kompiden laa itu prebet sapu. elok je aku tutup pintu kete tu, abang driver tu pandang aku. ko tau dia cakap ape kat aku?

Aku angkat kening. Ape?

dia cakap... 'dik, ini mak saye'.

Sorilah. Kan aku dah cakap tadi, kalau cite kelakau takkan aku takmo gelak? Maka bergemalah suara aku berdekah-dekah menggelakkan Suria. HAHAHAHAHHAHAHAHAHHA!!!!!!! Walaupun badan aku dipukul bertubi-tubi oleh Suria yang kemaluan angkara kesilapan sendiri, namun ia tetap tidak mampu meredakan ledakan lucu di perutku. Sori, aku nak gelak lagi.

HAHAHAHAHAHAHAH!!!

malu aku s*al! kata Suria sambil memukul-mukul bahu aku tanda malu. HAHAHAHAHHAHA!!

Wednesday, January 20, 2010

479: Nasik Tambah

Salam..

Aku dan seadik-beradikku yang seramai 6 orang ini sebenarnya telah diasuh (mungkin secara tak sengaja la kot) dengan jiwa tidak biasa. Tak biasa makan nasik bertambah. Bukan sebab kedekut ke hape, tapi memang masa kitorang kecit-kecit dulu, mak biasanya akan masak cukup-cukup je. Lauk kalau dah ade 3 jenis tu dah kira ok dah, kalau lebih mesti rasa tak biasa. Kalau lauk ayam, semua dah biasa akan ambik seketul je sorang walaupun takde sape pun nak tegah kalau ko amek dua ketul.

Oleh kerana dah terdidik macam tu, sampai ku masuk asrama pun tetaplah begitu. Untung woo asrama dapat penduduk macam aku ni. Nasik tak banyak, lauk pun tak komplen nak mintak banyak² - tapi kalau dapat lebih takde hal la. Hehehe.

Tahun kelima di asrama. Maksudnya aku dah tingkatan 5 la.

Di suatu petang yang hening. Masing-masing sedang berusaha pasti jaya menghabiskan hidangan makan malam dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Aku pun terbabit sama dalam aktiviti ini secara langsung. Lauk hari tu - daging masak kicap dengan sambal apetah. Takde la hebat mana pun menu, tapi gabungan keduanya ditambah pula dengan ruang legar perut yang lapang - kira sedaplah tu.

Lagi sikit nak habis. Sebenarnya nasik aku dah habis, tapi lauk ade lagi sikit. Kerling tray Kapai, dia dah siapkan portion nasik tambah. Bolehlah aku mintak sket, sebab nak abiskan lauk ni.

Kapai, bak sket nasik ko bole tak

Kapai angkat kepala. Dan lagi 4 kepala di meja yang sama serentak memutar dan mata masing-masing memandang aku penuh takjub.

Ko nak nasik? Pehal?
Ler.. nak makan la, takkan nak buat kapur kasut plak. Boleh tak?


5 pasang bijik mata yang semeja dengan aku tadi sekonyong-konyong mencerlang. Bagaikan ada cahaya yang menyinar di belakang masing-masing tanda kagum tahap teragung. Rozan pun berfatwa.

Ctah, sepanjang aku kenal ko 5 tahun ni, ini la first time aku dengau ko nak tambah nasik. Mirekel ni.

Biar betul budak-budak ni. Ye ke? Aku pun tak perasan huhu.

So bolehlah korang jadikan hari ni hari dalam sejarah hehe. Kapai, bole tak??
Ah takbleh! Nak nasik, pegi depan sane.

Alaaaa.. aku nak sikit je laaa
Ko pegi laa depan - amek la kat sane. Aku nak makan laa nasik ni

Aku malas arrr.. Nak sikit je.. bole eh eh eh

Ah takde-takde. Gi depan syuh syuh. Cepat arr aku nak tengok ko amek nasik tambah ni.
Muka sangat² eksaited ok minah ni.

Huk aloh.. Terpaksa gak laa aku bangun dan bergerak ke depan - tempat di mana terdapatnya kawah nasik khusus untuk penggemar nasik tambah macam dorang tu la. Masa tengah cedok nasik, ada budak-budak junior yang makan berdekatan dengan tempat tu tegur.

Kak Ctah, akak ke yang nak makan nasik tu?
Dah tu.. takkan nak amekkan untuk Kak Ogy
(tukang masak) plak. Wekk~
Huyooooooooo ajaibnyeee! Weh korang, Kak Ctah amek nasik tambahlah!

Nauzubillah budak-budak ni. Cepat-cepat aku amek seketol nasik dan pulang ke pangkal jalan. Dari kejauhan aku perasan kekawan semejaku siap sanggup pause makan semata nak tengok aku sambung makan dengan nasik tambah tu.

Sampai kat meja, aku letak nasik tambah tadi dalam tray.

Itu ke nasik tambah ko?
Yelah
Banyak tu je???!!
Yelah! Apsal?

Takat sesudu camtu bukan nasik tambah namanya tengeng. Baik ko amek je nasik aku tadi.

Tu sebab aku mintak tadi tapi ko kedekot nak mampos, nyusahkan aku je jalan jejauh amek nasik seketol ni hah

Buat penat aku tunggu je. Ingatkan banyak mana, bangang nye Ctah
kata Kapai sambil sepak² kaki aku.

Eh budak ni. Aku plak??? :p

Ye.. nasik tambah yang aku amek tu ade laa sebesar nasik sushi tu hah.



# Iklan untuk Lagej. Harga sebuah Lagej adalah RM20 dan kalau untuk dipos, tambahan singgit je. Jika berminat seperti aku minatkan Exists, sila drop email anda kat kutak komen n baby akan mendropkan email tentang cara pembayaran what-so-over nanti ya :) thanks uols!

Monday, January 18, 2010

478: Teruja itu satu perkataan seribu warna

Tontonlah cerita ini. Bestnye Ya Allah. Hahaha. Ok laa.. cite ni memang lawak. Walaupun aku rasa taklah diwar-warkan macam nak rak, tapi sume time tayangan untuk cite ni kat JJ Bukit Raja fullhouse ok. Aku pun dah lama tak dengar orang tepuk tangan lepas abes tengok wayang, but it happens last Saturday.

Sam, kakak sukalah awak kelip² mata tanda caring tu. Hahahaha~

Satu lagi cite yang aku tonton sebelum Adnan Sempit ini adalah The Imaginarium of Doctor Parnassus. Motif utama kenapa aku teruja bebenau nak tengok cite ini adalah ..

kerna diaa..
kerana diaaa..
kerna diaa..
semuanya hanyalah kerna diaaaaa...
*ok abang Yassin boleh turun stage skarang

Arwah Heath Ledger ni hah. I tot cite Dark Knight tu filim terakhir lakonan dia (tapi cite tu aku tak tengok lagi. DVD free dah ade tu hah. tunggu datang seru la eh). Agaknya ni cite kedua terakhir ke pulak? Ntah arr. I don't count. Lagi sebab kenapa aku krujaan nak nonton ini filim adalah...

Johnny Depp, Jude Law dan jugek Colin Farrell. Dak Jude Law ni dah macam Aamir Khan je ku tengok. Sedara jauh kot.
*mencairrrkaann..... kahakk... yeaaahuuu*


Cite ni ko kene tonton dengan khusyuk. Kalau korang dapat jiran sebelah yang asik nak bercakaaaaaapp je macam jakun mana tak penah tengok wayang, memang susah la nak kosentret. Ni aku nak cakap ni. Sape-sape laah. Kalau ko ade kawan yang suka nak bercakap setiap kali babak bertukar kat wayang, aku nasihatkan ko belikan jelah DVD untuk dia. Buat saket ati aku je ok. Ingat aku bayau RM10 tu nak dengar review ko ke syaiton? *sambil curah popcorn atas kepala sang syaiton*

Huh.

Untuk menenangkan keadaan. Aku nak umumkan.
Yaa.. dah keluar donk! Aku hanya berani amek 10 ketoi je sebagai permulaan untuk aku sold-outkan kat sini. Kalau ade sape lagi yang mau, aku amek lagi. Kali ni 6 entry aku terpilih untuk dimuatkan dalam Lagej (oww patutnya 10 tapi yang 4 tu bersiri la plak, so 'sempit' la lagek tu hehe).

So untuk serious buyer, boleh la menyatakan keseriusan anda kelak. Tunggu Lagej berada di tanganku, akan ku war-warkan cara pembayarannya ya!

Mari hepi!~ ;)

Friday, January 15, 2010

476: feslev

(aku rasa aku stress kot. sebab tu entry aku minggu ni panjang semacam je. ces)

Fesbuk. Bukan takat mendekatkan kita dengan kawan-kawan dan family. Malah jika ko 'bernasib baik', ada peluang pula mendekatkan diri dengan bos (err aku tak add bos aku) dan jugek ex(s) boipren. Haha. Takde la bermaksud mendekatkan tu sampai merapatkan hubungan, tapi sekadar ko bole tengok macamana life dorang skang.

Hepi kaa.. Gundah kaa.. Sakit kaa... Hidup ka.. Meninggal ka.. opppss..

Aritu masa berpoya-poya dengan Yonna, minah ni ade cakap pasal kekurangan pengetahuan beliau tentang love life aku sebab jarang diperkatakan. What can I say - I don't have one (stetmen 10% tipu). Sebenarnya ade la siket² dek non, cuma kakak tidaklah menulis secara terang² seperti contoh :

sayang, yu tau tak ai rasa nak marah ni kat yu? takmo la tengok yu arinie syuh syuh

ataupun

kanda! rindunye hingga terasa mau lompat tinggi² sampai cucur atap

Takde laa camtu. Kenapa la agaknya takleh nak tulis terang-terang? Itu susah mau explain la. Anggap je daku tengah nak market diri kat sini. Lelong lelong.. budak cantek untuk dinikah sepanjang hayat.. 3 juta dirhaaammmmmm *goyang² loceng* Ok serius. Sebenarnya sebab takde. Tu je.

Cakap pasal ex boipren kat fesbuk. Hahahaha jap nak cangkung jap sambil bergelak ketawa.

Ekcely, aku ada add laa ex boipren jaman skulah dulu (Bear jangan gelak). Aku memula serun gak masa nak add, ntah kenal ke tak mamat ni kat aku - eh berani dia tak kenal aku, kata aku 1st love dia?? Hehehe. Seminggu gak laa baru dia approved. Bizi kot.

Seriously takde pon perasaan dah kat dia. Totally nehi. Nil. Zero. Kosong. Tapi bila aku terperasan kawan-kawan dia upload gambau² zaman skulah dulu, sekonyong-konyong terimbaulah kenangan chenta macaca fasciculari primat simian zaman baru-baru akil baligh. Hehe.

To be truth (sekali lagi - Bear, jangan cite kat dia hoh) - aku la yang usha dia dulu HAHAHA. Our first met was on 1992, wakil skolah gi MSSM. Dia skolah lain la, tapi khemah seblah menyeblah. 3 hari kat skolah tu, 3 hari tu laa aku dok perati je dia. Tinggi, kurus (masa tu la) n pakai spek. Dan aku yang berjiwa penyiasat ni dengan mudah je mendapatkan maklumat tentang dia tanpa bertanya pada sesiapa pun - nama, sekolah mana.. sibbaik zaman tu takde MyKid, kalau tak dengan besday dia pon aku tau. Heh.


1992 tu aku darjah nam. Cam gatal plak bunyiknye? Masya Allah... *semayang sunat tobat*

Tapi tahun 1992 tu, banyak kali gak aku terjumpa dia. Tahun terakhir aku kat skulah rendah tu memang aku bizi semacam. Tetibe je kan jadi cam top student - opss.. ANTARA top student la.. Abes segala maknika kuiz, sukan sume la aku terbabit. Dan agaknye dia pon top la kot, sebab asik jumpe dia je kat mana-mana. Sampaikan jadi habit plak bila pegi wakil skolah mana-mana, kan ko kene daftar sesampai je kat tempat kejadian kan? Lepas aku sign kat nama aku, mesti aku sibuk² cari nama skolah dia HAHAHAH ya Allah... Kalau takde nama dia kang mula la semangat merundum.

Tak pasal-pasal mamat yang syok kat aku tu pon kene carikan jugak supaya aku tak moncong. Hahaahah.

2 tahun kendian (dah masuk skulah menengah la kan), baru la aku dapat tau yang dia sebenarnya satu skolah dengan mamat di atas tu - siap sekelas lagi. Ditambah pulak ade junior kat asrama ni jiran dia pulak tu selang satu rumah je. Merasa la korang jadi telangkai. Girangnye masih ku terasa hoho.

Dikontotkan cite, berkenal-kenalanlah akan kami berdua. Zaman tu main surat menyurat laa kan. Dan dia yang mulakan langkah untuk call aku dulu. Tapi masa 1st time dia call tu aku kat asrama :( Mana aku tau? Sebab esoknya aku tergerak nak tipon umah, abah yang jawab. Abah dengan suara dua sen setengah selambe je cakap : semalam pakwe ko telepon. Terpingalah aku. Bila aku tanye sape, abah bagi jawapan doploh lima sen : mana abah tau sape pakwe ko. Apa ini semua??! Hahaha.

Kontotkan cite lagi. 2 tahun kendian baru la kitorang kapel. Ehek ehek. Kenal 2 tahun, kapel 5 bulan je. Siot sangat kan? Dia laaaaa punye pasal. Dah laaa tak gentleman, clash pakai surat, soh orang lain tulis pulak tu. Tengok cam aku, aku terus je call dia. Hah takot plak tu nak cakap. Ade ke dia soh aku call ko, Bear? Ko ke boipren aku masa tu? Hahaha. Aku dengan Bear dah laa mempunyai tali persahabatan yang kritikal gara-gara campurtangan orang tua masing-masing masa tu. Apedaaaa..~

Dah tu bila aku clash dengan dia, tak pasal-pasal aku pon terglamer skali. Alkisah gf baru dia tu budak skolah bandar yang... yelah glemer la kalau nak banding dengan skulah aku yang sekadar berdepan je dengan skolah Remy Ishak tu. Glemer tak pasal-pasal sebab budak² skolah gf baru dia siap kenal aku lagi okeh. Tatau la ape dia cite pasal aku. Hmm.

Aneh bila ko glemer tanpa sebab. Lepas cerai pulak tu. Motif sangat.

Walaupun diperlakukan dengan jahanam, tapi aku kawan dia lagi. Ntah la aku ni. Suke sangat kawan dengan ex boipren, hobi kot.

Kendian masa bday aku yang ke 17, dia call. Suara semacam je ni mesti baru pas gaduh dengan gepren la tu. Actually even worst. Dorang clash on my bday ok. Pandai ko pilih tarikh eh. Then our friendship went on and off. On bila dia solo takde gepren, nanti pandai la dia cari aku nak manje-manje. Bila dia senyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap je tu, ko paham-paham jelah. Ade gepren la tu. Heh. Dasar.

Situasi tu berlangsunglah sampai aku masuk ITM, kuar ITM, dan dapat keje. Begitulah. Last aku dapat bercakap dengan dia bila eh..

Bila ntah dia kawen. 2007 kot? 2006? Ntah. Dah nak kawen tu tetibe je eksen plak dengan aku, takot tergoda la tu. Hihi. Jemput aku pon pakai sms je. Takpelah, aku pon takmo pegi.

Senyap.. sampai tahun lepas, tetibe aku dapat sms. Dia inform nombor baru. Oh.. simpan lagi rupanya no aku.. Ingatkan dah buang ke laut. Hmm. Dan bila aku ternampak nama dia mengomen kat status Bear, aku pon try la add. Nak tau kot la aku senasib dengan Anne. Hehe.

Aritu dia ade komen kat status aku. Hehe. Ayat macam biasa dengar la dulu. Takpe².

Yang membuatkan aku tertulis entry ni adalah.. sebab aku tengok gambar-gambar dia jaman skulah dulu. Dan aku dapati yang ramai gak rupenye kawan-kawan dia yang aku kenal in person. Means.. penah laa jumpe dulu. Hehe. Of course kebanyakannya berperanan dalam kesah perchentaan macaca fasciculari primat simian kitorang dulu.

Difikirkan secara logik, aku pun tataulah amende yang aku suke sangat kat mamat tu. Suka? Sayang? Ntah. It takes 7 years for me to give up on him - sampailah aku jumpa 'dahan' baru.

Wednesday, January 13, 2010

475: Ekstraordinari Luarbiasa

Entry ini digubah dan digubal (sukati aku je) semata untuk muhasabah sikap. Memandang niatnya untuk sikap aku, so aku tukar kepada MUHAMELAKA. Ok?

Aku memang perasan sendirik yang sikap aku sentiasa extra. Over. Ada masa over confident, over calm, over the edge hehe dan segala macam over la. Terlebih sabar, terlebih emo - ala.. agaknye orang lain pon sama kot?

Contoh terlebih sabar adalah di mana tahun lepas, aku call Mekdi dan encik Mekdi datang delivered kat umah aku 5 jam kendian. Diulangi - 5 JAM KENDIAN. Tiap-tiap sejam aku call dan tanya status order aku ni, tapi aku takde la marah-marah plak. Walaupun sebenarnya dalam jiwa aku dah mula temper tapi ntah apsal aku tak maki pulak budak-budak mekdi yang jawab call aku tu. Sedangkan secara logiknya - apabila kelaparan yang awalnya hanya level Awal Ashaari je tetapi 5 jam kendian mendadak naik ke tahap Ashaari Muhamad Al Arqam tu, patutnya aku dah bahasakan je mekdi tu. Takpon ku kensel je, ye tak?


Giler punye tabah.

Paling bangsat pun aku mampu cakap kat mamat yang hantar tu ialah "ni kene bayar ke ni? lewat 5 jam dah ni". Itu je. Pastu budak tu kata kena bayau gak dan aku bayau je takde merungut seposen pon. Watdehel betul bila ku kenang².

Contoh terlebih marah? Hahahahaah. Gelak dulu sebelum menyerap emosi kemarahan.

Aku tak surelah aku penah cite ke tak. It happens masa tahun.. alamak lupe sudah. 2001 kot? Sehari sebelum raya (tak madan tengah pose nak marah² isk isk isk).

So pada hari berkenaan.. Mak ajak aku temankan dia pi bli cangkuk langsir tu hah. Last menet soping kekdahnye gitu la. Aku malas senornye mau keluar time pose ni tapi takpelah, mak yang drive. Lagipun dekat je supermarket tu hah. Layan je.

Kata pun nak raya kan. Sesak giler laa depan supermarket tu dengan kereta, motor, lori sume lengkap melintang pukang atas jalan kecik tu. Nak dijadikan story, kitorang ni udahlah terperangkap sebab ade lori nak kuar - yang kitorang ni nak masuk. Oh ye, mak aku bawak van ye - aku takde Fahrin lagi jaman tu. Kereta banyak lagi berdedai-dedai belakang lori dan belakang van kitorang neh. Macamana la mau keluar, sebab ade laa sebijik kete bodoh yang tak reti parking ni telah menyentilkan bontotnye yang panjang tu.

Tapi gua rilek lagi.

Kebetulan kat belakang kete tu, ade la sorang pakcik ni tengah dokong budak - pastu gayanya mengarah-arah la mak aku soh ke kiri la kanan la. Bila mak aku tak folo, nak tau ape dia cakap?

ni la org pompuan. bawak kete cam hape. ntah ade lesen ke tak.

Ok. Kau telah menyalakan bara di hati aku pakcik. Aku rilek dulu. Pastu aku dengar lagi dia merungut-rungut mengata mak aku lagi. Tangan aku dah start menggigil ni. Petanda aku nak meletop satgi. Rilek rilek.. mak aku ade kat seblah ni. Pastu pakcik bangsat ni cakap lagi.

bodoh betul. turun jelah biar aku bawak. kalau kene kete aku ni, aku saman, aku ni polis tau

Ok that's it.

Mak, mak turun mak. aku cakap selow je dengan mak aku
Ko nak bawak ke?
Ha.. takpe mak turun je, tau la Ta buat ape..

Ok.. Mak aku pun turun tanpa mengetahui bencana ape yang bakal berlaku.

Elok mak aku tutup je pintu van, aku pun turunkan cermin.

HA! KATA TADI NAK BAWAK KAN? MEH LA BAWAK! Aku jerit no mercy. Terpinga-pinga orang tua kutuk tu.

Macamana nak bawak, aku pegang budak ni, kata dia tapi tak pandang muka aku. Malu kot. Sebab aku perasan tetibe suasana agak senyap, ditambah plak askar-askar yang beratur nak cocok duit kat ATM tu sume pon dah pandang kitorang.

Laaaa.. tadi cakap macam terer. Bawak je budak tu meh aku pegang. Tak pun campak je dalam longkang tu, peduli ape aku! CEPAT ARR BAWAK. KATA TERER SANGAT KAN? MAK AKU BODOH KAN? CEPAT AH!!

Tapi orang tua kutuk tu tak berani doh. Cakap macam besau, haram tak gerak. Last-last ade la sorang India mana tah yang masuk van dan mintak kebenaran aku untuk alihkan van. Aku tak puas ati lagi neh.

Aku taknak ko bawak, paham? Aku nak orang tua tu bawak. OI! CEPATLAH!

India tu tak tunggu lama, takut malu gak kot. Terus dia drive je van tu ke depan. Sakit betul ati aku. Bila van kitorang lalu depan pakcik tu, aku cakap je.

Cakap tadi kanmain berdegar-degar, suruh bawak takmo plak. Polis hape parking kete cam bodoh tu hah. Ntah-ntah ko yang takde lesen. Bangang.

Lepas parking, serius aku cadang nak serang je pakcik tu depan-depan. Ingat dia polis aku takot ke? Cilakak punye worang. Tapi baru je aku nak pegi kat dia, mak aku terus ajak masuk supermarket. Aku rasa mak aku ade mintak maap laa kat pakcik kutuk tu. Siot je. Huh!

Mak aku pun diam je masa kat supermarket. Err.. aku rasa ini first time la kot dia tengok aku terbabow cenggitu. Tau ape mak aku cakap lepas tu?

Mulut ko ni bole tahan jugak eh

Adeh.. bukan takat boleh tahan je mak, memang tak bleh tahan! Hahahahahahhah~ Aku sebenarnya lagi cepat meletop kalau orang mengata mak aku depan-depan gitu. Nasib laa ko tua ke, muda apetah lagi - aku tak pedulik dah. Rasanya, orang lain pun akan respon macam aku kot kalau kena kat diri sendiri. Cumanya mungkin tak se-extreme aku la. Kot? Ke lagi teruk? Heeee..

Pasni kene belajau sabau lagi.. banyak-banyak.. huhuhuh~

Monday, January 11, 2010

474: Marbanya Entry Ini huuu~

Malam tadi aku masih lagi berfikir-fikir nak letak nama baru untuk blog aku ni - merangkap url baru la. Dah dapat pun, tapi tetibe terkenang Nuffnang. Macam akan mengganggu aliran tunai je kalau aku tukar url, betul ka Penyu? Ini soklan serius ni. Huuu~

Hingga itu, biarlah sesi tukar nama dan pecah tanah ni pending sat. Banyak menda aku kene ambik kira ni padahal kalau nak diikutkan, takyah kira laaa tukau je. Tapi takleh.

Cite lain.

Sabtu dimulakan dengan sesungut jurus ke 2 dalam makrifat dunia. Aku memang jarang kene sesungut ni, so sabtu nan lalu kejarangan berlaku lagi. Kebetulan plak malam tu aku tidur umah Kak Ila, so berguling-guling jelah aku kat hall beliau. Walaupun disarankan oleh mereka untuk menelan obat Penedol, tapi takpe la. Aku tak biasa dan kalau boleh taknak biasakan - walaupun sesungut sudah mencapai tahap sejuk tubuh, berpeluh serta pusing kapla tatkala bangkit dari pembaringan. Huu...

Dan cadangnya petang tu mau gi nonton sendirian. Dah siap lawa-lawa dah ni (lawa la sangat :p) tapi kensel last menet. TERbeli VCD workout ape tah, balik tu terus pasang. Ler.. takde la best sangat pon dicompare dengan CD workout yang aku beli tahun 2004 dulu. Tensi guwa. Sape pinjam tak pulangkan balik tu? Hahahaah grrrrr... Aku tak berpeluh mende pon tau-tau dah abes dah. Buang duit je. Tu kalau layan panggung tu dapat dua round gaknye huh!

Malam, sesi dating dengan Wafa, Zonaku, Jard, Erina dan Keri. Ku ingatkan dating biasa sajork, rupanya ade plak nak sambut² besday segala. Aku dan Jard la punye sebeday kan. Hehe. Mekasih la uols untuk kek ittew.

geli la plak frame bunga², hentam sajelah

bukan takat kek je bertema besday, malah ABC Fradoo turut terbabit sama. thanks Erina :) benda cocot tu masih ade dalam purse mahal kakak itu hihih


Mujurlah malam tu hujan, so takde orgil (orang gila) eh.. pemintak sedekah (sure meh? cam orgil je?? huhuh) berkeliaran. Kalau tak, haruslah Erina kene kutip aku dari kete.


edited: lagi entry pasal malam kejadian :

erina
keria
wafa (dipercayai ada sambungan hehe)

Ahad. Bangun seawal pagi untuk melunaskan aktiviti dating dengan Yonna pulak. Alkisah makcik ni nak balik Penang for good. Makanya baik la jumpe sekarang, nak tunggu aku gi Penang tatau la lagi jadualnye. Bergegas la aku laksana seorang jurugegas ke Midvel.

Jumpe. Makan-borak-gelak-jalan. Last² dia ajak tengok exhibition. Eh aku suke je mende-mende ni. Exhibition pasal coklat lak tu. Harus juga meroyan berganda. Si Yonna plak dah macam paparazzi, tiap kali aku makan sample tu abes sume dia snap boleh? Hehe. Cadangnya nak merasa sample je, tapi ade la satu kiosk ni kan, ko beli kek seketoi rege RM3.90 pon bole dapat paper bag beso. Ape lagi, beli ar.

kalau tak sebab paper bag, takde nye aku nak beli ket tu


Balik dari Midvel, terus amek Kak Ila kat kedai beliau dan bawak beliau makan. Aku dah kenyang so minum jelah. Oleh kerana aku tak puas ati dengan DVD workout semalam, aku cari lagi arinie dan beli lagi satu - dengan harapan kali ni janganlaaaaaah menghampakan aku lagi.

Balik umah Kak Ila, terus pasang DVD. Yeaaahhh baru laaaaa best. Sampaikan ujung-ujung aku yang givap sendirik sebab penat. Ko gila nari hip hop, pop, latin & house dairek terus menerus? Itu pon ade lagi satu jenis tu aku lupe plak ape ke namanya. Sampai kat house je separuh terus aku givap padahal itu yang last hahahahaa. Esok la aku sambung lagi.

Malam tadi AJL, satu je tekaan aku bertepatan dengan pilihan juri iaitu Persembahan Terbaek la. Tak terpikir plak Aizat leh menang AJL. Keseluruhan, aku paling suka arrangement lagu Aku Scandal. The way they 'jumped' from 60's to rock memang mek suke gilers walhal aku takde la minat banget pon kat Hujan. Ingatkan dorang nak stay kat 60's tu lama sket, tapi yelah.. kang terlebih kang orang dah tak feel bila tuned balik. So ok la untuk aku.

Faizal Tahir.. gua takde masalah dengan beliau. Cumanya ni jujurlah ku katakan (yang minat fanatik tu jangan la hentam guwa plak), aku tak berapa berkenan la lagu Bencinta tu. Serabut je hihihih. Nak nyanyi pon tatau camne. Takpelah. Lagu dia yang lelain tu aku suke je. Hehe.

Sekian. Takleh sambung lagi. Ekon kat opis aku ni dah bertukau jadi heater. Nak gi anginkan ketir jap.

Friday, January 08, 2010

473: Red Riding Hood

Tahun 1987.

Beberapa hari sebelum tibanya jam ke 96 dalam bulan pertama, aku disepraiskan dengan kehadiran beskal BMX yang aku dok impikan sejak aku pandai bermimpi. Tatau laa abah la kot, letak dalam bilik bujang abang-abang aku tu.

lebih kurang camni la, tapi ku punye lawa lagi hoho.. kaler pon sama, cuma beskal aku ade ekstra tayar kecik kaler kuning. kata pon tak penah nonggang beskal kan..


Masa beskal tu masih ada tayar kuning, selambe pak mat tempe jelah ride ke hulu hilir. Tapi sampai satu tahap tu, abah kata nak buang tayar kuning - soh aku blajau bawak beskal dua tayar je. Dah tentu la sebagai seorang yang tak berapa nak berani, aku membangkang keras cadangan dak abah yang kurang bijak pada anggapanku ketika itu. Namun titah perintah Haji Dolah beranikah kao sangkal, apatah lagi beskal tu dia yang beli? Kao ada beli? Tau nak mintak je ade la. Huhu~

Nehi... kabhi nehi.. Akhirnya terjelepuklah aku di sudut rumah seraya membelek tayar kecik kuning yang dilucutkan dari beskal merahku itu dengan hati yang rawan. Huuuuu~

Sekarang ni. Sape nak ajau aku nek beskal takde tayar tecit tu? Tak lain tak bukan, mesti laa Abang Nan ku itu. Masaelahnye, dia dah kat MRSM masa tu. Eh ye ke, jap aku kira ................... ha betullah. Kene laa aku tunggu dia balik ujung bulan - kata seorang adik pompan yang baik dan naif.

Akhirnya hari yang ditunggu pon tiba.

Keriangan yang biasa ditanggung oleh si comel tatkala melihat abangnya balik ke rumah dengan uniform yang kebasahan dek peluh kali ini menjadi ganda 23. Ikutkan hati nan girang tu, mau laa aku tarik terus tangan beliau untuk ajau bawak beskal jam tu gak.

Tapi kan kesian. Takpelah..

Petangnya, bermulalah sesi pembelajaran. Kalau nak diikutkan sebenarnya Bancik pon penah gak cuba ajau aku bawak beskal roda dua tu. Tapi kerana kemistri antara aku dan Bancik tak sekuat kemistri aku dengan Abg Nan, makanya gagal la dia menyekolahkan aku. Hahaha. Sebab tu laaa aku selalu tertipu dengan dak Nan cissssssskek betul.

Lalu di hening petang yang damai dan nyaman, disaksikan angin sepoi-sepoi tak reti bahse dan kicauan burung-burung, serta ditemani oleh suasana nyaman kerana tiada gangguan daripada biawak-biawak yang biasanya melintas - kami pon memulakan misi. Berkali-kali aku ingatkan dia:

jangan lepas tangan tau!!!!
yelah..

Aku pon memulakan kayuhan. Kayuh kayuh dan sesekali memandang belakang demi memastikan abangku itu kejap memegang carrier kat belakang - sepertimana harapanku agar dia kejap memegang janjinya yang tidak akan melepaskan beskal merah itu - selagi aku blom sedia laaa... Bila aku pandang belakang je, nanti dia jerit :

pandang laa depan, kang masok longkang kang!

Huhuhu yelah². Aku rasa nak dekat sejam gak laa dia bertahan kat belakang tu sebab aku takot gak nak bagi dia lepaskan aku. Huwaaa takot.. Ni sume gara-gara aku penah jatuh beskal la ni. Masa tu aku jatuh dari beskal, dan perot aku betul-betul landing atas handle beskal tu ok. Kira cam handle tu 'tikam' perot aku la. Senak sampai tak keluar suara nak jerit. Huwaaaa fobia.

Sambil kayuh, macam-macam la aku berangan. Nanti dah pandai bawak beskal roda dua camni, nak try la mintak beskal besau sket. Tapi tunggu laa dah besau.. darjah pat ke, lima ke. Leh laa bawak beskal turun bukit lepas handle, takpon paling cikai pun aksi turun bukit kangkang kaki. Fuh.... cool tu.. Kat area umah aku dah la bukit ade dua tiga layer. Siap ade lap lagi. Fuh, asyik!

Pastu nanti bole arrr gi mengaji nek beskal. Tak payah arr takot lagi kene kejau anjing buduh kat depan tu. Cilakak nyer anjing. Memang dasar anjing. Pasni kalau dia kejau aku, leh arr aku kayuh laju-laju sampai depan kedai Makcik Siti. Order roti canai sekeping pastu makan kat umah. Roti canai Makcik Siti tu kira cam pizza hat laa dalam pemikiran aku zaman tu.

Nanti bila abah ajak gi surau, bole la aku cakap 'abah gi arr, nanti orang gi bawak beskal'. Bole la konvoi reramai dengan budak taman depan sane yang aku asek miss je nak berkenalan sebab umah jauh. Balik-balik dengan sepupu aku je kat umah belakang sane. Dah ade beskal nanti bole la meluaskan aktiviti sosial. Rasanya kat sana ade taman menan. Kat area umah aku takde taman menan, boring. Hutan ade lah. Dengar cite ade sungai dalam utan tu, ntah la aku tak penah tengok. Best gak, tapi takde sape nak ajak aku masuk utan tu. Nyampah. Ingat orang pompan takleh masuk utan ke? :p

Eh. Jap. Abang aku dah lepaskan tangan ke? Eh... aku dah leh kayuh beskal roda dua??? Tapi mana abang aku, senyap je? Ah lantaklah. Mesti senyap-senyap dia lepaskan tangan ni, aku je tak pasan kot.

Yeaayyyy dah bole bawak beskal dua roda!!!

..



..


Banyaklah kau punye bole. Orang pegang lagi ni laaaa...

Aku toleh belakang. Laaa.. Ade lagi ke? Huhuhuuh~


edited : aku rasa mungkin masanya dah sampai untuk aku privatekan blog ni. sori guys. aku terperasan ade di kalangan kawan-kawan blogku ini yang add budak opis aku gak, dan kawan blogku ade letak link blognye kat fesbuk. aku takleh nak halang orang untuk add sape-sape dalam fesbuk, dan aku takleh nak halang orang untuk masuk ke blog kawan-kawan blog sekelian. all i can do is - privatekan je blog aku neh. apa saje ruang dan peluang untuk menghalang bagi pihak aku, aku terpaksa buat.

so sekarang, sila tinggalkan email korang kat sini. oh ye. kalau tak privatekan pun, aku tukar url ke ape ke. tengoklah keadaan. klu aku tukar url, aku dairek bgtau kat blog korang jelah. just in case aku privatekan, sile la letak email ok. thanks.

Wednesday, January 06, 2010

472: Sonata Jiwa Penjual Ikan

Hari kedua di lingkungan 30-an semalam.

Tiba-tiba si kawan itu (aku rasa senang macam tu lah eh) menegur di YM. Biasa je. Mulanya memang biasa. Dan hujung-hujung jadi tak berapa nak biasa. Dah boleh agak, cumanya..

Hmmmmmmmmmmmm....

Bila difikir-fikir balik, mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah tak jodohkan aku dengan dia kot. Kawen sebab nak anak je? Bukan sebab ade perasaan terhadap isterikah? Err aku tak mempersoalkan perasaan dia pada isteri dia laa.... Walaupun dulu alasan dia memilih isterinye itu instead of me adalah kerana dah janji (pelik eh, kenapa tak cakap je sebab sayang? stage tu rasanya dah tak perlu la nak pikir pasal jaga hati aku ka apa ka ye tak?).

Kata laa tetibe aku tersihir dengan hujah-hujah dia ni dan aku terkata - ok kawen yok! Pastu kawen la kitorang.. Kata la lepas 3 - 4 tahun, aku tak dapat gak bagi dia anak, apa akan jadi pada aku - pada kitorang? Memandangkan niat utama dia berkawen dengan aku tu sebab nak anak, so.. bayangkan jika aku gagal. Apa agaknya jadi kat aku masa tu eh? *gigit kulit tepi kuku laju²*


Aku pun tak kata niat dia salah. Betul la tu, nak meramaikan umat Islam kat muka bumi ni. Masalahnya..

Cara dia bercakap pada aku tu kelihatan sangatlah selfish. Ape ni jual² ikan.

Teringat raya 2 tahun lepas, masa dok beraya dengan rerakan seperjuangan. Dan cerita mamat ni terkeluar sebab time guwa frust² dengan dia sampai nak gi obersi keje dengan Donald Trump dulu (ade sape-sape ingat lagi entry tu? hahahaha), dengan dorang ni la aku hang out sambil men bowling. Bertuah woo korang yang dapat tengok aku men bowling, once in a blue moon je tuh.

Ada la salah sorg member aku yang selalu beridea bernas (aku cakap gini sebab idea anda selalu seiring dengan aku ye :p) tetibe cakap :

ctah, ko tak terpikir ke kot² dia memang ikhlas? dah banyak kali dia ajak ko kawen neh. macamana kalau dia betul² suka tapi sebab ko dah terlambat time tu so dia xleh nak tukau decision dia?

Apa jawapan aku terhadap idea dia yang tak berapa nak bernas kali ni, tak payahlah aku taip. Letih jari jemariku yang tak berapa nak runcing ni.

Takpelah. Kalau macam ni lah keadaannye, aku patut bersyukur kot atas ketiadajodohan kitorang. Aku tak kata dia jahat, cumanyaa....

................................................................................ (sila sambung sendiri)

Monday, January 04, 2010

471: Hujan Menyambut Jam ke 96 di Bulan Pertama

Januari. Tahun 2000. Millennium bak kata semua orang masa tu. Y2K. Zaman warna silver diperkenalkan. Kenapa eh? Mungkin 'millennium' tu ada persamaan macam aluminium. Jadi warna silverlah yang top dan hot tahun tu.

Malam. Lokasi : studio. Kat FSPU lah. Kalau tak silap aku, masa tu bulan puasa. Kalau aku silap, bagitau ye. Tapi aku yakin masa tu bulan puasa.

Semua pun ada kat studio. Aku dan Sofi tengah mengadap thematic map. Benda-benda ni baru untuk aku, tapi bukan untuk Sofi. Dia kena extend satu sem, so dia kena la jadik classmate kitorang. Bincang. Aku kompius, aku tanye. Dia tahu, dia jawab. Begitulah.

Yang lain pun macam tu jugak. Ada yang mengadap PC dan henpon hasil belanjaan duit PTPTN.

Aku kerling jam tangan. Lagi setengah jam pukul 12 tengah malam. Dan ketika itu tarikh akan bertukar, ke satu tarikh keramat untuk aku la. Hehe. Takpe, aku sambung kerja.

Hiruk pikuk dalam studio. Yang buat kerja, buat kerja. Yang dah pening kepala, keluar layan rokok, layan gitar. Ada jugak yang layan kopi hasil bancuhan aku, rasanya itu jag kedua untuk malam tu. Ye.. kami angkut cerek elektrik, gula, kopi, teh dan segala macam magi dan jajan untuk dibahan di dalam studio. Orang-orang macam kami selalunya terpaksa buat tak tahu bila perut berbunyi dan bila mata mengantuk. Bukan tak nak makan, bukan tak nak tidur. Tapi masa terlalu emas untuk ditinggalkan.

Tapi kalau dah tak tahan sangat, terpaksa la. Hehe.

Sesekali kawasan perbincangan kami disinggahi kawan-kawan lain yang berminat untuk tahu perkara yang sama. Kalau ada ahli grup lain yang cuba bertandang, aku dengan kejamnya akan halau dorang. Hahahaha. Mana leh tiru woi! Tanya takpe, jangan cedok idea ok.

Sambil berbual, tangan melukis dan melakar. Menanda dan mewarna apa yang patut.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan pelukan spontan seseorang dari belakang. Terjerit aku. Lin! Apehal minah ni tetibe peluk aku neh???? Ni apsal kekawan aku (perempuan yang close dengan aku laa) pun berkerumun skalik neh??

CTAAAAAAAAHHH!! EPY BESDAY!!! jeritnya di lubang telinga aku. Adoiii terus lembut taik telinga aku.

opocot abah ko mengandong kembar! *urut dada terperanjat*


Ha?? Dah pukul 12 ke? Aku memandang jam tangan, owh.. dah lepas 5 minit pon. Spontan satu studio perlahan-lahan menghampiri sambil menyanyikan lagu harijadi. Aku yang nebes ni pun turut menyanyi sama, siap gerakkan badan lagi. Hahahaha. Sofi di depan aku melopong sambil menggenggam marker.

weh.. punye la lama kita borak tadi, ko tak bagitau aku pon arinie bday ko?
aaaaa.. aku pon tak perasan laaa sori sori, ku terpaksa menjerit untuk menjawab.

Habis menyanyi, yang perempuan sahaja - seorang demi seorang mendakap dan mengucap selamat. Mendoakan yang baik-baik untuk aku. Yang lelaki pun cuba juga nak mendakap, tapi aku hadiahkan sepakan manja di kaki mereka sambil mengucapkan terima kasih.

Esok siangnya kan, aku dah ready nak balik kampung - nak raya dah. Pastu kan ade laa sorang classmate aku yang 'bunga' ni tegur.

malam tadi bday ko eh
bukan malam tadi je, arinie pon
epy besday Ctah..
thankss.. wish je? nasik nasik takde? hihihi
Senyum. tak bagitau awal.. kalau tak bole aku bagi ko adiah
uishh.. benarkah kata-kata ni atau mainan semata? lepas raya pon bole bagi lagi haha
kalau sekarang, nak?
ade ke?
nak tak?
adiah ape?
Dia diam, buat muka ensem dan memandang lalu berkata tanpa rasa bersalah, nak cium kau
babai~ :P

Sebenarnya, sepanjang hayat aku laa.. sampai tahun 2004 - aku tak pernah pun celebrate bday aku. Celebrate means celebratelah. Ada kek per sume tu. Tak pernah dan tak pernah pulak nak mintak. Mungkin sebab memang tak dibiasakan dari kecik la kot? Masa kekecik dulu kalau besday aku, yang aku boleh ingat la.. abang-abang aku (tak semua pun) akan telefon kat umah dan tanye nak ape.
gua cakap je 'loba-loba' tapi tak penah pon berloba stail gini hohoh

Aku tak retilah mintak-mintak ni. Huhu. Tapi Angah biasanya pandai la meneka hati aku. Hehehe.

1st time besday aku disambut tahun 2004. Disambut oleh budak-budak rumah yang baru sebulan dua aku kenal. Dah tentulah kepalanya Kak Ina dan sepupunya Kak Ida. Memang tahun 2004 tu dimulakan dalam keadaan jiwa yang tak seronok. Dan mungkin ketidakseronokkannya terlalu ketara kot. Ntahlah.

Terharu. Bila diingati dan dihargai oleh orang yang baru kita kenal. Errmmm.. takmolah sambung lagi. Kang tacing plak. Dan sejak aku berblog ni, almost every year bila tiba tarikh itu, aku kena bijak menyusun jadual. Akan ada laa yang ajak lunch, minum petang, dinner. Dan ada masanya bdayku diselebret hingga bulan-bulan seterusnya.

Terima kasih semua. Tahun ni ade laa orang mana tah kata nak belanja dinner kat Tony Romas masa bday aku. Tapi terus kensel bila aku cakap aku on diet. Boley??? :p

Arinie dah 30. Apsal nombor ni nampak macam tak sedap dipandang je? Hmmmm. Sekian terima kasih lagi skali.

wafa buat entry untuk aku! thanksssss muah2 :)