Wednesday, February 24, 2010

492: kau cinta kosmikku, bersatu dalam ritma atmosferaku

kita mulakan dengan..

mari menggomol budak tecit yang tembam ni! dah laaa asek senyuuum je, tak banyak pangai plak tu. senang nak jaga ni. tetibe je ade rasa mau beranak jugak. jom beranak secara berjemaah! hahaahah


Cadangan untuk berjumpe dengan sengkawan zaman sebelum akhil baligh (bukan Akhil Hayy) tetibe je timbul bila dak Sara balik bercuti ke Mesia. Hmm.. kebetulan ramai gak sengkawan yang dah berjaya dikumpulkan kat fesbuk. Tapi biasalah, plan last menet. Haruslah compang camping.

Akhirnya kita wat yang mini dululah. Jumaat malam. Jumaat keliwon. Hoho. Yang betul-betul boleh datang pon just aku, Sara dengan Teddy je. Si Teddy ni dah 18 tahun aku tak jumpe ok. Giler lama. Mujurlah jarak dan waktu yang memisahkan ni taklah pulak mengakibatkan kitorang tersipah-sipah malu ke hape. Lagi haruk adelah.

Dah besau dah budak neh. Tinggi menggalah, aku saspek dia menjadikan buluh sebagai makanan ruji. Tapi kalau makan buluh, bukan ke patutnye jadi panda? Pape jelah.

Bila tengok perbezaan fizikal antara kitorang, terimbas plak kenangan zaman kekanak dulu. Dia ni cry baby dulu woo. Dah laa kedekut bekal, penakot tak hagak. Aku ingat dulu kalau dia gaduh, awal² je macam kuat, lepas kene lempang dengan aku sekali terus meraung hahahah. Semedang je kalah kalau bergaduh pun, buat perabih duit bapak dia je anto belajau taekwondo. Eh ke free je eh anak askar ni blajau? Ntah..

Dan sebab kesian kat dia laa aku, Rembo dengan Kapai gi pancitkan tayar beskal dak Zul dulu (ni aku penah cite dulu). Bukan ape, Zul tu pon satu hal suke carik gaduh. Tak makan lempang tu, keje asik nak mengadu je, menyampah aku! Tengok, kitorang ni walaupun nakal cam penyamun tapi baik hati tu. Kamilah hero yang membela nasib insan yang lemah - tak kira la ko laki ke pompan. Hahahahahahaah semangat pahlawan betoi time tu.

So malam tu bila dia nak kenekan aku je, aku kuar jelah modal menangis tu. Terus member siap tarikkan kusi nak bagi aku duduk. Makan pon share. Hahahahaa. Lawak la.

Lepas makan, dorang pakat ajak gi karaoke plak. Aduih... Masa tu dah pukul 12 malam. Ikut jelah. Hmm..

Pendekkan cite, karaokelah kat area Ampang Park sane. Jangan la tanye aku ape nama tempat tu, dah tentulah aku tak concern. Biasalah aku tempat pelik² ni tak kosek aku nak perati² sangat. Yang aku tau, dorang... errr.. kitorang berkaraoke sampai pukul 3 pagi. Giler.. Aku pon dipaksa la gak nyanyi, so aku berduet dua lagu je eh. Sekian. Takde nak nyanyi banyak². Nanti ade orang marah. Hee...~

Lepas karaoke, lepak minum plak. Ape eh nama tempat tu. Dah dekat Maju Junction tu kot. Ah lantak lah. Kepala aku dah meong dah. Gerak balik Shah Alam menjelang 4.45 pagi. Sampai umah setengah jam kendian. Lebih kurang 4 jam kemdian tersedor dari tidor dan terperasan bahawa diri sendiri sudah terlepas solat subuh T_______T (tiru yonna stail hehe).

Gambau takdek sebab Sara malas nak donlod lagi. huhu~

tamat episod pertama. aku terus ke episod kedua sebab malas nak drag queen cite ni hehe.

Episod kedua berlaku pada hari ahad berikutnya. Kali ni ade 5 orang yang hadir. Patutnye ade 7 orang tapi just 5 je dapat datang - 2 lelaki, 3 pompan. Aku tak dapat nak ajak ramai sebab short notice, pastu matiklah aku takleh recall sape yang ade kat KL, sape yang ade kat Melaka. Hadoih.. jari aku mengalami renjatan elektrik lantas keras kekejangan akibat bersms dengan dorang ni sume selama beberapa jam. Meletop-letop Samsengku itu. Hmm.

Daripada rancangan nak mandi manda, bertukar ke cycling. Bila kat tempat kejadian terus tukar jadi rancangan nak naik trem je since Rembo bawak anak yang berat cam guni beras (tapi comel nak mampossss) dan bini si Pian pon tengah sarat merandong.

Naik trem.. sampaaaii ujung skalik kat Empangan Air Kuning ke ape tah. Tapi ku tengok ijau je airnye. Nape dinamakan kuning, wallahualam. Pastu gi masuk kat Rumah 4 Musim tu. Ah korang layan jelah gambau, malas nak bebel banyak. Hehe.

Rembo yang penah beriktikad nak tukau jantina satu ketika dulu dah ade anak pon! Tapi antara dia dan M-16 memang takleh dipisahkan. Gua saspek lu beb!

Salah sorang memberku dalam ni, si Afat (aku tak biasa panggil dia gini tapi dalam ni malas nak letak nama betul) yang pon dah besau gak daripada aku seiring dengan perkembangan semasa. Masa darjah 6 dulu dia penah cakap dia suka kat aku tapi kata-kata itu ditarik semula setelah aku mengancam untuk menumbuk muka beliau. Hahahahaah. Tapi sampai sekarang kekadang dia tersasul panggil aku 'sayang'. Memang nak kene tumbuk kot budak ni :p

Sekarang musim winter sonata sebening salju. Tapi tak berasa sangat la walaupun dalam tu -2. Kat luar panas woo.. tak puas aku menyejukkan badan dalam rumah sejuk tu. Nampaknya aku agak layak untuk hidup kekal kat Korea. AGAK tu sebab aku dok pikir camne la nak idop dikelilingi babi guling (ni pengalaman Cik Bawang dulu la dia cite). Huhuh~

Last but not least :

tak tarik handbreak sampai abes kot? mengidap la budak² tu nak tunggu tuan Waja tu sampai. aduihh...

Monday, February 22, 2010

491: aku selepas cuti nan panjang..

Salam sume..

Kalau ade yang nak tau amende aktiviti aku seminggu ni, aku ringkaskan seperti berikut dan elaborate mengikut kerajinan aku sebentar lagi - ikot flow. Hehe.

1. cuba bangun tido selambat mungkin tapi tak berjaya.
2. layan DVD Criminal Minds Season 4 secara marathon. kejang otak aku.
3. layan DVD CSI secara marathon gak tapi tak abes lagi. kejang kejang.
4. makan seminima mungkin namun kurang berjaya. KURANG ye bukan TAK.
5. dating. dan dating. ade orang percaya ke? :D
6. bersosial.
7. malam tadi baru start kemas umah sket². giler malas.
8. kete buat hal.

Cakap pasal kete dulu lah. Ada sape yang boleh menjawab kemusykilan aku neh. Ada dua benda berkenaan Fahrin kecintaanku ini.

Ketama : aritu enjin kete aku takleh start secara tetibe. dah laa gi kedai sesorang T___T pehtu ade orang gila plak tu kat situ T_________________________T bila aku sms abang aku bole plak dia wat lawak comel 'ko tukau je alza'. grrrrr. tapi akhirnya berjaya gaklah start. menurut pengalaman aku bila kete mengalami kegagalan fungsi ginjal camni, means bateri dia la dah weak kan. tapi aku try dua ari kemdian ok je la plak. sampai Bukit Bintang - Ampang gak dia bole lari. nak kene babap Fahrin ni! persoalannya di sini - apsal ah sebenarnya??

Kedua : lepas kes di atas - i mean beberapa hari kemdian la - aku gi isi minyak, full. pastu bila start enjin je, satu kete bau petrol. bau petrol tu masuk daripada ekon ok. ku boleh rasa bau petrol tu menyerbu ke muka seiring dengan serbuan angin ahmar ekon tu. sampai high la kejap aku dek overdose bau petrol. dua kali berenti tengok kot la ade bocor mana² ke. dah la malam :( dah la nak jalan gi KL :( huwaaaaaa~ persoalan sekali lagi - apsal eh?

So far aku tak buat apa² tindakan susulan. Teruk la aku ni kan? Bukan nak gi bengkel terus ka apa ka. Hahaha.

Aku nak cite pasal mini gath rerakan skulah rendah aku neh, tapi cam penat plak. Nantilah.

Little Ammar termenung seketika memikirkan masa depannya sambil memeluk tangan mulus Auntie Masy selepas digomol secara rakus oleh Auntie Masy yang menawan. ailebiu muaaahh!!~

Monday, February 15, 2010

490: aku harap aku punya kekuatan untuk berani berdoa dan berharap,



Dosakah aku mencintaimu...
Mendampingimu...menginginkanmu...

Aku menjadi...diri sendiri...

Tak peduli...apa kata dunia...


Ku nanti hari ketika...

Cinta datang...cinta menang...

Jadi sayangku...bertahanlah...
Bila terkadang mulutnya kejam...


Peluklah aku...jangan menyerah...
Mereka bukan hakim kita...


Bintang yang mempertemukan kita...

Cinta yang mempertahankan kita...

Ooh...Tuhan dengarkan doa...

Dari cinta yang terlarang...


Rasa yang mempersatukan kita...
Cinta yang mempertahan kita...

Ooh...Tuhan dengarkan doa...

dari cinta yang terlarang...


Cinta dan rasa bersatu di doa...

Berharap cinta kita yang terlarang...

Berharap cinta kita yang kan menang...


Nidji - Dosakah Aku


.. tapi aku masih tiada kekuatan itu.

Friday, February 12, 2010

489: Kenangan Chatting Paling Jahanam


Aku tak berapa pasti sejak bila industri perchattingan mula berkembang pesat di seluruh dunia. Kalau cerita pasal komputer, aku tau la jugek. Chatting.. Kalau tak silap aku, mula² aku berchatting adalah masa kat lab komputer fakulti, tahun 1998. Sejam gua chatting tu.. tak madan dengan first timer. Hehe.

Mesti la ade macam-macam kenangan masa berchatting ye tak? Untuk aku, ada beberapa kejadian yang aku masih ingat sampai sekarang. Tapi untuk memastikan cerita aku selaras dengan tajuk di atas, maka aku memilih untuk mempersembahkan cerita yang agak-agak jahanam gak - khas buat tatapan korang. Heh.

Tahun 2001, tahun dan semester terakhir aku di UiTM. Dah tentu tak duduk dalam kolej lagi. Berdikari sepenuhnya, menyewa di tingkat 3 rumah kedai di Seksyen 7 bersama-sama 4 orang clasmet dan 2 orang budak course lain (fakulti lain jugek). Sape tau Restoran Khalifah Sek 7 lama tu? Aku dok atas tu laa dulu. Cool dowh. Asal teringat sirap je, turun bawah. Abang aku cakap, dah serupa Bangsar dah port tu masa tu. Punya la maju kawasan yang aku pilih. Hahaha.

Area itu menjadi pilihan sebab semuanya ada. Nak plot plan, ade kedai kat bawah. Fotostat, kedai makan, klinik, paling penting bus stop depan mata je. Senang nak kejau bas UiTM pagi-pagi heh. Owh.. lagi satu.. Cyber Cafe la. Budak-budak UiTM biase lepak kat CC Seksyen 2, tapi kat Seksyen 7 ni aku rasa lebih selesa, murah, banyak choice, high class bla bla bla hahah.

Ok terus kepada kisah sebenar.

Suatu hari tatkala malam bulan mengambang. Aku dan kawan-kawan pegi ke CC. Yang ujung sket, sebab CC kegemaran dah penuh :( Lepas buat perkara-perkara yang patut, chatting la pulak kan. Oleh kerana aku tak berapa reti sangat sistem kat CC tu - alkisah sebab tak biasa dan tak tahu, maka aku tak tukarlah nick name kat IRC tu. Kalau tak silap, masa tu nama yang sedia ada tu ialah Izan kot. Unisex, so takpelah.

Tak berapa lama tu, aku ditegur oleh seseorang. Pompuan. Memula malas nak layan (sebab pompuan), tapi lelama tu layanlah jugak, kesian (sebab pompuan :p).

Borak punya borak. Tetibe je dia kata.

jom main dgn i. i dah 2 hari x dapat ni.

Fuh. Automatik sejuk tangan badan aku semua. Aku baca berkali-kali demi memastikan aku tak salah baca. Giler pompuan ni. Cilakeeee *&^^**(&*#&&@^@&!$@!*#(*#$(@&#*^!@^)$@)! Ku memaki hamun dalam hati. Menggeletar siot tangan nak menaip. Pastu banyak lagi la dia merepek-repek, suma ayat horny² belaka.

Memula aku ingat nak maki je sebijik, tapi tetibe akal kancilku memberi idea lain pulak. Ko nak eh? Meh aku bagi.

bole gak. bile?

Hahahahahahaha. Kali ni aku menggigil tangan nak taip sebab takut. Takut ape tah, tapi cam takut la. Huhu. Owh. Dia balas.

pkl 10.30. i dtg amek u. u kat sek 7 kan? i tggu kat bus stop tu.

Oh Allah. Dia macam tau je aku katne. Ku pandang keliling, takde siapa yang nampak mencurigakan. Bukan apa, aku ade pengalaman chatting dengan orang yang berdekatan dengan aku. Nantilah aku cerita lenkali. Sekarang ni fokus!~

Fikir lagi. Apa nak jawab ni? Nekad.

ok. tp mcmana nak cam? u dtg dgn ape?
i bwk GTi, silver. kat bus stop eh
k. i nk u pki skirt putih. pendek. bole?
k syg. bye -log out-

Mak aih lajunye log out. Desperate betoi pompuan ni! Tak sempat aku nak soh dia braless ke ape ke HAHAHAHAAHA. Oit aku stret eh. Cuma aku nak tengok sejauh mana desperatenye minah ni. Memang dah lama tak dapat ke ape ni. Isk. Rosak mindaku yang suci.

Pukul 10 aku dah ade kat rumah. Termenung kejap depan tv, memikirkan sama ada aku nak turun ke tak. Aku cerita kat Odah. Aku rasa macam nak turun dan tengok rupabentuk minah tu. Saje je. Kemudian setelah berjaya memujuk Odah untuk temankan aku, kitorang pun turun.

Untuk memastikan tak terlepas pandang, kitorang lepak kat longkang bus stop tu, tapi badan membelakangkan jalan dan mengadap ke kedai mamak. Sambil tunggu, boleh la layan estro hehehe. Kejap-kejap aku tengok jam, sambil perati bus stop. Neves ok. Terasa macam Call Girl tengah tunggu client. Huhuhu~

10.30 malam. Sebenarnya dah terlepas beberapa minit. Aku terleka menonton bola kat estro, baru terperasan. Ku pandang bus stop. Cuma ada beberapa orang budak perempuan bertudung tengah tunggu teksi. Hmmm... Baru je aku nak alihkan pandangan, tiba-tiba sebuah kereta meluncur dengan tenang menuju ke bus stop.

Aku pandang, sambil periksa checklist dalam otak.

Kereta : Satria GTi -- check.
Kaler : silver -- check.
Lokasi : bus stop -- check.
Pemandu : perempuan skirt pendek -- tak tau sebab tak turun lagi.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki berperut boroi turun daripada kereta tersebut. Huh... lelaki la plak. Aku sambung tengok tv.

5 minit...







10 minit....







15 minit....



Aku pandang ke arah bus stop. Eh abang tadi tu ade lagi. Nampak macam menunggu, kejap-kejap pandang jam di tangan dan mata meliar memandang keliling.

Owh.. ok. Aku rasa lain macam. Aku pandang dia. Pandang ke kawasan pinggang dan ke bawah. Sambil tu, aku periksa balik checklist dalam kepala.

Outfit cadangan : skirt pendek putih (pandang abang tu) suar pendek putih. pendek yang pendek. pendek giler.


-- check! T______________________T

Wednesday, February 10, 2010

488: Blog : Antara Side Income dan Privasi

siyes siot tajuk entry gua arinie. ape senyum²? (hahahahaha)

Salam sume..

Eh sebelum aku start ape², harap sape-sape yang ade akaun Nuffnang tak tergigit lidah dengan entry aku ni. Alaa.. kalau korang tergigit, nescaya aku pun secara tak pasal-pasal akan turut terbabit. Dah aku pon Nuffnanger jugek, takkan nak bising lebih ye tak? Hihi.

Kebelakangan ni, ade beberapa blog yang dok cite pasal pendapatan Nuffnang dorang. Banyak plak tu wooo jeles plak aku secara rawak. Ni bukan jeles yang menjatuhkan ye, ni jeles yang ko rasa mau paw dorang ni sume - cam rogol bergilir-gilir la lebih kurang (ok tetibe aku tatau ape kene mengena antara paw dengan rogol. forget it). Banyak jugak tips yang mereka bagi untuk naikkan trafik (yaa manusia paling benci trafik jem kat luar tapi untuk blogger, kebanjiran trafik tahap 'hang' kat blog dorang adelah laksana kedatangan Malam Lailatul Qadar sepanjang hayat) , tips nak tingkatkan buffered earning yang sampai sekarang aku tak paham ape kesejadahnya buffered earning tu dan mungkin ini laaa sebabnye duit aku susah nau nak naik dan sebagainya.

Secara jujur, of course aku teringin nau nak buat segala maknika cara yang disarankan oleh dorang. Sape takmo duit oi! Ko giler kaa takmo dapat cek ratos² tetiap bulan cam Penyu tu ha, ataupun ribu² macam blogger-blogger glemer yang len. Mauuuuu saye mesti mauuuuu. Cuma masalahnya satu jelah.

Dalam tak sedar, kita terpaksa menggadaikan privasi. Itu jelah. Itu pon kalau ko kesah. Kebanyakan bloggers yang dapat income daripada Nuffnang ni aku tengok, blog dorang lebih pada hal-hal ringan (betul ke lelaki ni ajak ko ringan²? hahaha tetibe teringat cite Beego berlakon tu). Ringan maksud aku.. hal yang berkisar aktiviti keluarga, atau isu semasa yang biasa ataupun promo-promo barang baek kaa..

Macam blog aku ni susah sket la kot. Terlajak entry gelak² boleh diundur, terlajak entry jiwang buruk padahnya. Asal usul blog ni pon sepertimana yang korang tau (yang tak tau sile buat² tau), niat aku lebih untuk menjadikan blog aku ni sebagai kolam kumbahan kreativiti aku. Err kalau kreatiflah. Lebih kepada nak meluah perasaan, nak menulis. Dan kebanyakan benda yang aku cerita adalah tentang aku. Jarang sangatlah aku bercerita tentang hal-hal yang takde kait-mait dengan derap komando aku ni.

Bila banyak cerita tentang aku, dah tentu aku menganggap blog ni sebagai salah satu privasi aku. Satu tempat yang ko bole tengok, kalau nak gelak saing-saing dan sedih saing-saing tu bole - tapi kalau nak buat onar nanti aku hagolkan paler kat dinding. Dan dah tentu bila namanya privasi, aku anggap ia hanya untuk aku, dan mengkawan² yang aku mahu saja. Bukanlah bermaksud aku pilih kawan. Maksud aku..

Semakin aku hadkan tentang blog ni daripada orang-orang yang aku kenal, semakin luas ruang privasi untuk aku. Begitulah sebaliknya. Apa je yang aku boleh luahkan (terutamanya bila rasa tak puas ati, marah etc) kalau semua orang pun tahu blog aku? Lama-lama semua yang aku nak cerita jadi draft jelah dalam hati.

Apalah erti blog ni kalau nak tulis pun aku kene pikir pasal orang lain. Takut-takut, padahal ini kan blog aku? Patutnya bila aku nak bercakap kat sini, aku cuma kena pikir - yang tulisan aku tak boleh terlalu open memandangkan blog sekarang dah terikat dengan Akta yang pelbagai, dan yang selebihnya tu terpulang pada kepala hotakku yang besau sket je dari saiz tembikai susu.

Jap, amende aku merepek ni?

Ok la.. terpaksa gak memetik kekata Jard kat entry beliau. Jard, akak kopi sket ni, kopi susu. Hahaha.

1. Kalau duit da sampai tahap boleh 'cashout', jangan tunggu lama-lama. Cashout je la! - kata aku : ok done! Ala aku nyer tak banyak ler, RM100 je. Tu pon sangkut lagi. Lepas dah beremail dengan pihak Nuffnang, hope dah otw laa cek tu. apa?? apa??? belanja? ha?? tak dengarlah :p

2. Selalu update korang punya Blogger Profile Survey - kata aku : ok simple dimple kapadia

3. Sebelum dapat buffered earnings, pastikan korang dapat trafik dulu. Nak kena minimum 100 unique views per day. Tak kisah la trafik tuh dari Zimbabwe ke.. afrika ke.. US ke.. janji ada orang masuk blog kamu. Nak naikkan trafik sila ping blog korang kat website-website yang ramai pengunjung.. errrr.. ku pun masih belajar.. ehehe.. contoh paling bagus gengblogger.com ar.. =) -- kata aku : tang ni gua berat hati sket. berat, seberat tubuh badanku.

Tak jumpa kat mana titik temu kata-kata aku dengan kata-kata Jard eh? Jap aku pikir balik.

Yang aku faham. Semakin ramai orang masuk blog ko, makin besaulah peluang nak menaikkan ringgit-ringgit kat Nuffnang - betoi? Percayakah korang, bahawasanya aku selalu terpikir. Akan ade kemungkinan dalam beribu-ribu manusia yang berbelog itu adalah kawan kepada kengkawan aku, atau mungkin sedara kepada kekawan atau mungkin opismate kepada abang-abang aku atau jiran kepada kawan-kawan dan abang-abang aku arggghhhhhhh~

Ntahlah kenapa. Perasaan aku je kot. Aku rasa kalau aku buat semua tips yang diberikan oleh blogger-blogger sekelian, macam ade kemungkinan besau je kesejahteraan hidup aku dalam blog ni akan tergugat.

Paranoidkah aku?

Aku rasa aku ada sebab yang kukuh dan jelas, kenapa aku tak nak rerakan - tak kira laa sekolah kaa, member U kaa... apatah lagi opismet - tau pasal blog ni. Dan aku rasa Jard dah paham kenapa ;) hihih. Sangat tak seronok bila satu-satunya tempat ko berjimba secara virtual ini dikontrol oleh mata-mata mereka. Bukan aku tak percayakan kawan-kawan aku, tapi kadang-kadang di celahan insan yang ku percaya ini, pasti akan ade sekelumit dua makhluk yang memang takleh ko jadikan tempat simpan rahsia.

Aku dah pernah kene. Aku TAKNAK terkena lagi *sambil pegang poster TAKNAK*

eh aku nak kapel. poster ni tak mencerminkan sepenuhnya jiwa aku. sekian. hahaha


Secara kesimpulannya. Aku masih belum lagi mahu memperjudikan privasi blog terbuka aku ni demi mendapatkan trafik untuk menjana pendapatan sampingan gua ni. Buat masa ni laa..

Akan datang tatau lagi. Hehe. Mana la tau tetibe ade blog khas untuk Nuffnang je. Hahaha.

# sebenarnya aku syak Angah aku tau la blog ni. tapi dia tak cakap papepon. then takpelah. tapi tetap rasa tak best. korang paham tak ape aku rasa ni? isk~

Monday, February 08, 2010

487: Entry Kacuk Yang Saling Tidak Berkaitan

(orang len update kisah dating-dating kat Pegaga aritu, aku je wat entry lain. hehehe)

Dua minggu lepas, aku temankan mak aku ke Maktab Perguruan, tempat dia belajau dulu. Ade sambutan Jubli Intan - so mak aku memanglah bergantung harap kat aku untuk bawak dia ke sana. Demimu mother, baby amek cuti sehari untuk memastikan mother mengenjoy sepuas ati selagi terdaya.

Lawak plak bila aku ingat balik. Yelah.. yang lelain tu kan veteran-veteran. Aku je si comel pilihan anak-anak bujang terselit di celah - orang meeting aku folo, orang gi dinner pon aku folo (ujung-ujung ade kenangan tak best tapi takleh cite kat sini la plak.. kang kene tangkap sesia je idop aku) dan segala-galanyalah. Walaupun pergerakan terbatas dek kene enjet sebelum balik Melaka, tapi ok la..

Aku tengok mak bukan main semangat lagi walaupun kaki dah ala-ala. Seronok betul dapat jumpe kekawan yang dah berpuluh-puluh tahun tak ketemuk. Dan aku terperasan, yang beberapa hari tu aku takde langsung nak merungut ke marah² ke. Allah mengurniakan jiwa yang tenang supaya kesian lebih kat mak, dan jugek makcik-makcik tu sume.

Balik umah plak, ku tengok si Saadah kena cacar. Ye ke cacar.. macam bisul je aku tengok. Abes satu muka membiak-biak bisul. Mak aku tak bagi budak tu dekat-dekat dengan aku, sian dia. Hehehe. Tapi takpelah... alangkan abang dia dulu kene kudis satu badan pun aku boleh jaga (sampai aku pon berjangkit sekali huhu), inikan pulak takat kat muka je. Kan kan?

Merasa jadik nurse dua hari tu. Kejap kang tenyeh ubat kat muka Saadah. Kejap kang dok pegang kucing yang cedera parah. Terus tak comel dah kucing kat umah tu hah. Ntah dengan sape laa dia dok bergasak, aku bubuh minyak gamat ok kot? Nak bawak pi jumpe veterinar, macam laa ade ongkos.

**************

On the way balik dari boat cruising malam tu, mak ajak singgah kedai - nak beli roti john. Kalau diikutkan, tenaga aku dah tinggal ujung-ujung je. Kiranya kalau kereta tu, tangki minyak dah tunjuk kaler oren la. Tapi yelah.. takmo merosakkan akhlak baik aku 3 hari tu hahaha. So.. ok jelah..

ko tau kan kedai tu katne?
tak sure sangat..
ala.. ko ingat tak tepak sirih yang besau tepi jalan tu?
ha...
ape namanya, REPTILIA ke ape tu

gugel menyatakan hewan ni reptilia. aku folo je sebab takmo ubuh gambau ulau dan sewaktu dengannye


Sebelum aku berhajat nak betulkan, aku kasik gelak kaw-kaw punye - khusus buat motherku yang tersayang. HAHAHAHAHAHAHHA.

replika... salah sebut plak

Aku masih tak berjaya nak betulkan kata-kata mak aku sebab aku dok gelak lagi. Hahahahaha.

suke ko eh gelakkan mak hehehe

Bukan takat mak je. Orang lain pun. Hehehe. Tapi gelak tu bukan la nak jatuhkan maruah ko. Kalau dah mende tu lawak, ko salah cakap kaa apa kaa, memang la aku gelak. Kalau tak gelak pun orang sakit ati, baik aku gelakkan je ye tak?

Bak kata member aku si Jura masa zaman skulah dulu - ko tu kan... tak payah gelak la, ko senyum je pon dah menyakitkan ati aku tau tak. Itu kata-kata orang yang selalu salah cakap pastu kantoi dengan aku. Hehehe.

Friday, February 05, 2010

486: If you asked me how I'm doin' I'd say just fine..

ini adalah entry tertunggak selepas entry ni, yang pada awalnya aku cadang nak simpan je kat draft sampai meninggal. tapi sayanglah plak nak biarkan entry ni berhabuk. memandangkan aku takde rasa nak menulis lantaran jiwa nan kosong skarang, aku persembahkan entry recycle tapi baru ini untuk tatapan mata ke mata ke hati, hati ke hati - hati² korang. sile baca sambil makan cekopok.


Hmm..

Bila tak cakap, nanti orang kata kita dok pendam perasaan sebab tu mende tak setel.
Bila bercakap, nanti orang kata kita dok mengungkit, takpun salah paham. Even worst - tak paham-paham.

So camne eh?

My pure intention was to kill 2 birds - errr actually 3 birds - with one stone. Nampaknya seekor burung merasakan aku hanya mau attact dia saja which is so damn wrong. Aku buka ruang seluas-luasnya untuk burung itu bertanya. Tapi nampaknya dia terbang terus.

Tak taulah terbang tak balik-balik ke, atau terbang setakat nak jalan-jalan amek angin je. *sigh*

Taknak lah pikir lagi.
Taknak lah cakap pape.
Kamu peluk aku, aku terima.
Malah aku pun akan peluk kamu semula. Seerat-eratnya.


Sebab aku sayangkan kamu. Sangat-sangat. Walaupun sampai mati kamu tak akan mengerti apa dan kenapa. Dengan berdiamnya kamu pun aku mampu menangis. Entah sampai bila. Mungkin. Hingga sampai satu masa bila perasaan itu ditarik olehNya dari hati masing-masing.

Until then, please remember.

Apapun terjadi, simpanlah dalam hati. Bahawa suatu masa dulu (sekarang pun masih lagi) - ada seorang Masyita yang pernah sangat-sangat sayangkan kamu. Seadanya kamu, dengan segala kelebihan dan kekurangan. Ada dan tiada.

source : google

Got a picture of you I carry in my heart
Close my eyes to see it when the world gets dark
Got a memory of you I carry in my soul
I wrap it close around me when the nights get cold
If you asked me how I'm doin'
I'd say just fine
But the truth is baby, if you could read my mind

Not a day goes by that I don't think of you
After all this time you're still with me it's true
Somehow you remain locked so deep inside
Baby, baby, oh baby, not a day goes by

I still wait for the phone in the middle of the night
Thinkin' you might call me if your dreams don't turn out right
And it still amazes me that I lie here in the dark
Wishin' you were next to me, with your head against my heart
If you asked me how I'm doing
I'd say just fine
But the truth is baby, if you could read my mind

Not a day goes by that I don't think of you
After all this time you're still with me it's true
Somehow you remain locked so deep inside
Baby, baby, oh baby, not a day goes by

Minutes turn to hours, and the hours to days
Seems it's been forever that I've felt this way

Not a day goes by that I don't think of you
After all this time you're still with me it's true
Somehow you remain locked so deep inside
Baby, baby, oh baby, not a day goes by

Not A Day Goes By - Lonestar (tekan sinih klu nak dgr lagu)

Wednesday, February 03, 2010

485: Why I Like It Longer

(entry ni utk Nuffnang Contest. jangan mare haaa..)

It was early June 2000. I was carying a fist-full of coins towards the public phone downstairs. My hostel a.k.a college is 3-storey building which looks so gloomy from the road outside. I punched my boyfriend's number and his usual funny voice that soothes me everytime I listen to it was on the other end of the line. I talked bout how my days went, my problems, how I missed him so much and inserting piece by piece of my coins till suddenly I was reminded by the beeping sound. I was out of coin. How I wished if I could have it longer, the time to talk with him.

Handphone was a luxury item at that time. When I was in my final semester 2004, I bought my first handphone using my PTPTN for the purpose to ease my daily life because the final semester required so many discussion and most of the time I needed to text my group members on the next one. My phone was a small one which I could fit in my palm. Everyday I texted with my BF. We always used the numbers of words we could type in one message to the max. We would replied to each others with very long messages, pouring all of our feelings and heart content in each messages. I had to push 'down' button many times to finish reading a message. I would like my handphone longer so I can have more text in one message. Less scrolling, less punching the 'down' button. Wouldn't that be nice~~

it's just a button apart :) and all i need is a handphone!

After my graduation day, I was so busy submitting my resume here and there, signing up with every free job-search website to look for a job asap. When I was being interviewed for my very first interview of my life, the interviewer asked so many things about what I've learnt during my 3-year of study. At that moment, I felt the time stopped leaving the interviewer freezed with his mouth opened. I was like flashing back all the time during my college days. How I like it longer..more time with friends, doing lots of great things other than the usual messy studying. I got the job and I was so happy.

At the same time, my relationship with my boyfriend has blossomed beautifully. My boyfriend had been accepted as the junior oil engineer in one of the famous oil and gas company. I was so happy before the news that he needed to travel to Dubai for 5 years. I was shocked. We discussed a lot. I was just graduated. Marriage seems to be so frightening. How I wish I could have longer time to earn my own money, establish myself and spend my salary for my family.

I was so frustrated. I love my bf so much. I was walking alone in a mall one day during my lunch time. Wandering without any intention when I suddenly bumped into this huge advertisement board. It was the new LG phone. Chocolate..a catchy name. It was the longest handphone I've seen so far. It's features are just excellent!! I could imagine how nice to read my messages, to have my BF's pictures in it. Suddenly I felt a jolt of happiness struck me.

I called my BF. He was so happy to hear my gleeful voice. I told him about the LG phone.

"You know that I've always said how I like it longer..the time with you, the time for my career. At least this phone could fulfill my desire"
"If that's all you need to cheer you up, to make you happy during my absence, I would be so happy to buy it for you"
"you are the best"

Why I like it longer?? You know now huh?? It's always a best thing to have it longer. And HOw this LG Chocolate phone would be the only thing I could get longer than those other longer-wishes that would only remain as a wish.

Tuesday, February 02, 2010

484: Saye Takot Jarom :(

Aku punya fobia. Yang kedengaran cam ridikiles tapi itulah kenyataan.

sape la yang invent mende yang menakotkan ni?? nak kene lempang agaknye huhu

Serius aku takot kene cocot. Tak kisah laaa cocot nak masuk ubat, apatah lagi nak ambek darah. Aku 2 juta kali lebih rela makan ubat pil or cecair sebanyak satu baldi dan mereng 2 bulan akibat overdose daripada kene cocot. Tak pastilah sama ada aku ade kenangan duka yang berkaitan dengan cocot mencocot ni, tapi memang la aku takot. Yang peliknye, dulu zaman kekanak masa kene cocot kat montot takde plak aku melarikan diri ke ape ke. Dok skodeng montot orang ade la opsss

Tahun 1998, dah lepas SPM. Ntah kenapa tetibe aku terperasan yang badan aku ada lebam sana sini. Nak kata bercekau dengan sape-sape, sape jelah yang ade kat umah tu selain aku, mak, abah dengan nenek. Nak kata terjatuh, aku tak ingat pun. Kalau tanye orang tua-tua, biasalah.. kene gigit pelesit laa.. mat rempit laa.. ape laa..

Jadi, di suatu petang nan permai, mak aku mengambil keputusan mudah untuk membawa aku menghadap tuan doktor. Sebagai mangsa keadaan, aku pun ceritalah apa yang patut. Doktor dengan muka seposen mengeluarkan teori :

awak jatuh katil tak?

Isk. Takkan la aku tak sedau kalau jatuh katil. Alangkan bantal jatuh pun aku boleh terjaga, inikan pulak diri sendiri. Aku geleng kepala tanda tak setuju dengan andaian melulu tuan doktor itu.

Natijahnya.

kalau gitu, kita buat blood testlah. ambik darah antau kat lab. mana tau, kot-kot ade darah tinggi.

Aku angguk-angguk. Tetibe baru terperasan.

errrrrrr.. amek darah means kena la cocot eh doktor?
dah tu, takkan nak tunggu darah tu kuar sendiri..


Eceh doktor buat lawak plak. Kang aku buat lawak balas seperti : bole je tapi darah pirietlah, bole ke doc? baru tau.. Lawak tu kalau aku cakap, dibimbangi aku yang malu lebih-lebih, tak pun ade darah lain terkeluar - contohnya di bahu akibat dicobet secara daring oleh mak aku plak. Hmmmm..

Pastu ku nampak doktor pun mula mengeluarkan perkakas untuk mencocot tangan aku. Serius ke ni huhuhuhu.

ala.. tak saket.. macam kene gigit semut je..
toksah le mohong saye doktel.. mesti saket punye huhuhu

sikit je.. awak tak perasan kang tetibe je dah abes
kata doktor sambil senyum-senyum
ah.. tipu tipu.. huhuhuhuh

Kendian doktor pun sibuk belek-belek tangan kanan aku. Cari uratlah tu. Pastu dia belek tangan kiri plak.

nape doktel, tak jumpe ke uratnye?
ha.. saye cocot belah kirilah

ni kan ade ni.. yang ni bukan urat ke? kata aku sambil mengunjuk tangan kanan
bukan urat yang tu.. nak kene urat yang besau sket..

Tengok. Aku takleh stress. Nanti aku gila kuasa. Gaknye doktor tu ade rasa annoying tak dengan perangai aku yang cuba nak tunjuk pandai kat dia? Hahahahahaha.

ok, dah jumpe. awak tahan sket tau, kejap je
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~


Aku tak berani nak pandang sementelah mak pun tak bagi aku pandang. Terasa je sejuk ubat bius disapu pada tangan kiriku yang pasrah menanti cocokan jarum nan keji itu.


ADOIIIIIIIII!!
Masyita.. saye belum cocot lagi, yang awak jerit apsal tu?

ooo... ye ke? apsal rasa macam dah kene cocot je..

hahahaha
doktor gelakkan aku. Ingat kelakar ke jarum-jarum ni? Tajam tau tak mende tu. Bahaya, boleh memudaratkan. Huh.

ok.. tahan tau..

Sakit la siot! Sape kata tak sakit????? Dah la cocot, dia sedut darah aku penuh satu tabung uji tu. Abes laa darah gua camni. Mati kering laa aku pasni. Ya Allah.. aku nak idup lama lagi ni... banyak tempat tak pegi lagi.. Unibersiti pon tak masuk lagi.. Result SPM pon tatau lagi.. Lesen memandu tak amek lagi.. Huwaaaaaaaaaaa!!!

haa dah sudah dah.. tak sakit kan?
tak sakit mendenye.. sakit la ni huhuhu

alaa sikit je

(meh sini aku cocot tangan ko, tengok sakit ke tak)

sume orang tipu!!!! saket tau taaaaaaaaakk!!!!!!!!

Balik rumah, aku tak buat keje langsung. Paranoid takot darah terpancut daripada tempat kene cocot tadi.