Friday, March 19, 2010

502: gemuk-kurus, dan pengumuman penting

Mesti ramai yang menyangka, hanya orang gemuk je yang tertekan sebab orang dok kutuk² kami (kami????????) opss salah, dorang gemuk. Trivia hari ini - tahukah anda bahawasanya orang kurus juga turun tertekan kerana dikutuk akibat kekurusan mereka?

Sebagai objek bernyawa yang berpengaman luas dan pernah merasai bagaimana rasanya menjadi kurus dan dicerca (tipu la sampai kena cerca), sajelah aku nak bercerita.

Kalau orang gemuk tertekan dikeji kerana menyimpan koleksi babat dan tisu adipos sebanyak 15 layer di tubuh mereka, malah diberi gelaran yang memalukan seperti:

- badak
- gajah
- paus biru
- tong dram
- lori simen
- model obesiti terlampau,

ha lagi satu, JUMBO JET.

sedarlah bahawa si kurus yang tidak mempunyai simpanan tetap berbentuk lemak di badan mereka jua amat malu pabila kondisi badan mereka disamakan dengan :

- gitar kapuk
- jerangkung dalam lemari
- model rangka kat lab
- anorexia nervosa
- ranting kayu
- rakyat Afrika yang kebuluran

kerangka ayam kat pasar malam pon ade gak orang sebut

dan lain-lain lagi.

Zaman berat badan aku 41kg dengan ketinggian 157cm dulu, penat gak la telinga aku ni mendengar orang kutuk pasal aku kurus nau katanya. Dah tu, pernah terjadi ke sprinter skolah kat mana-mana bawak berat badan 80kg?? Kira normal la tu berat tubuh atlet. Huh. Dari aku sekolah rendah sampai la masuk UiTM (hoh nampak sangat lepas tu aku membesar bagai Johannesburg), macam-macam orang cakap. Tapi ntah la, aku tak kisah pun. Dengki la tu.

Masa aku darjah 5. Kebetulan masa tu musim angin bertiup dengan kelajuannya yang boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara. Blok baru ni plak dekat dengan padang, lagi laaa feel tercampak rasanya. Tetibe je cikgu English kitorang yang serius 6 jam sehari (jam lain aku tak tengok sebab dah balik umah :p) memandang aku dengan serius seraya berkata :
Masy, pegang kerusi tu kuat²

Muka dia serius ok. Serius giler. Oleh kerana sebelum tu dia telah melempang aku (beberapa hari selepas kot, lupe dah), aku pun pegang le kepala kerusi yang aku duduk masa tu. Dah tu, takkan nak pergi pegang kepala kerusi cikgu tu plak kan?

Kendian cikgu tu sambung :

takut awak terbang keluar ikut tingkap, angin kuat ni.

Pastu dia gelakkan aku. Siot je kan dia? Siot sangat sampai aku rasa nak biarkan diri aku terbang ditiup angin, dan aku akan terbang ke arah dia lantas menggoncang kepalanya kuat². Hahaha.

Tu satu hal.

Masuk skolah menengah. Form 5. Sebelum kejadian hina-hina ni, Kapai pernah bagitau pasal classmate kitorang yang sorang ni. Bukan apa, rupanya dia ni dalam diam sangatlah adore pada aku. Aku yang tengeng camni pon ade orang adore rupenye, sadis. Dia respek la katanya, sebab tengok aku cam tak study pon tapi bila exam, result lagi power daripada orang yang pulun. Dia kata la. I tak agree pun. Pastu katanya lagi, selama 2 tahun dia kenal aku, tak pernah sekali dia kecik ati dengan aku. Siyes meh???? Tak cukup jahat rupanya aku ni. HAHAHAAHAHAH.

Tak lama lepas tu, akhirnya aku berjaya (berjaya??) membuat dia kecik ati. Heh.

Ni sume pasal gemuk-kurus la ni! Dia ni... Senang aku cakaplah, dak Kok Long ni (Kak Long senornya, saje aku suke panggil dia Kok Long) badan cam cabi cabi la. Cabi tau bukan Babi. Chubby la. Punya la determine nak kurus, dia siap amek sumting like Herbalife (tapi bukan Herbalife laaa) untuk kurus. Ratus² tu mende tu. Kagum aku camne la dia ade duit nak beli mende ni sume. Lantak dia la kan.

Then satu tengahari tu masa lunch kat asrama, ntah apsal keluar cite pasal gemuk-kurus ni. Tak kisahlah. Sekonyong² je dia keluar kenyataan seperti berikut :

ala.. kurus-kurus sangat pun nak buat ape, bukannya cantek pun. badan cam Along ni la baru sedap (ntah ape yang sedap tah :p)

Perghhh sentap ok. Sebab dalam ramai-ramai kat situ, aku laa yang terpaling kurus. Mengata aku la tu. Brengsek loh. Takpe takpe.. menten cool. Sambil menyuap nasik ke mulut mongelku ini, aku menjawab dengan tenang :

kalau gemuk tapi asik saket je baik tak payah. kurus tak cantek pun takpe, janji sihat. makan banyak pon orang tak sindir.. (sambil mengunyah 40 kali)

Hah. Member terus sentap. Makan laju-laju pastu terus blah. HAHAHAHAHAHA. 2 tahun tak kecik ati dengan aku eh? Sekarang sudah kecik ati bukan? Gud.

******************
Ok la kekawan. Nak bagitau. Pengumuman pengumuman siapa yang mau bantu tolong aku kasihani aku tolong carikan diriku kekasih hatiku siapa yang mau .

Insyaallah jika Allah panjangkan umur, isnin depan (22hb Mac 2010), aku dan rakan seopis beserta Mr Sivaji sebagai penaja utama akan pergi mengerjakan / menunaikan ibadah Umrah hingga 3 April 2010. Flite ari isnin tu pukul 10.25 pagi, aku akan ade kat KLIA insyaallah 3 jam sebelum. Kiralah sendiri. Hehe. Kot kalau ade sape nak jumpa aku pada hari kejadian, marilah. Kalau tak sempat kat KLIA, bolehlah kejar aku kat Singapura. Dari Singapura kami akan berlepas pukul 12.45 tengahari. Hohohoh. Macam artis pulak pesanan ni.

Sape² nak kirim barang, tak dapek la den nak nulong, takat kirim salam kaaa kirim doa kaaa insyaallah aku usahakan. Hehe.

Makanya blog ini akan tershadap hingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Aku tak akan menggunakan pembantu-pembantu untuk mengapdet blog ni sebab macam tak best plak. Dan aku pun tak buat sebarang scheduled entries sebab tak sempat tu satu hal, lagi satu sebab tak bestlah. Aku rasa tak syok.

Aku tak siap ape lagi ni T_____________________T

1. blom packing lagi
2. blom convert duit lagi sebab takde duit opsss
3. checklist barang ntah mana pegi tah, nak kene tulis balik
4. buku umrah pon tak abes baca lagi T__________________________________T

Huhuhuuuhu. Maafkan aku andai ada yang terasa, sama ada aku sengaja atau tidak. Doakan aku. Selamat pergi dan balik. Take care everybody!

Love me when I'm gone..


# ada orang pesan doa : doakan bukak hati awak utk kawin dgn saya..dua kali pesan plak tu. Hm~

Thursday, March 18, 2010

501: Sajak Memuja Diri. Hahahaha



Kliklah kalau nak baca. Aku tak kopipes sebab nanti kang korang ingatkan aku tulis sendiri plak. Ni poem (poem ke ni? semacam je aku tengok) kiriman seorang blogger. Iaitu Encik Grunge yang poyo <--- ni ayat dia ni aku paste je.

Tujuan aku upload mende ni adalah:

1. Dia yang mintak aku uploadkan kat sini. Pelik plak. Apsal tak letak kat blog ko? Takot awek lari la tu (ok tadi aku tengok dia dah letak. hahahahahaha)

2. Dia kata bolehlah aku menaikkan trafik darjah kejelesan skandal² aku. Katanya. Padahal, ade ke skandal aku ni? Kekasih gelap ade lah. Kan sayang kan? ;) u jangan sentap plak dengan entry ni, takde niat pun nak buat u jeles. ailebiuuuuu muah².

3. Aku nak korang jadi saksi. Sila tumpukan kepada ayat berikut :

Kalau diikutkan, aku tak nampak dah 'wa dah kaya nanti', 'kalau ade rezeki'. Aku tak nampak. Kalau nampak pun nak buat² tak nampak gak. Aku hanya mahu tumpukan pada kata-kata terkemudian tu.

Akan ku tuntut satu hari nanti walaupun aku dah kawen. HAHAHAHAAHHAAHAHA. Apepon, thanks beb untuk ini. Aku malu ni tapi buat tak tahu jelah. Hehehehe.


# malas nak taip panjang², kita kasik rehat jemariku ini :)

Tuesday, March 16, 2010

500: Kisah Anggota Badan Yang Terletak di Atas Kepala

Ya, Wikipedia menamakan rambut sebagai anggota badan. Klik sini kalau rasa aku kelentong korang - Rambut itu Hair.

(eh kalau camtu, orang botak boleh guna tak parking OKU?)

sebelum :)

Sepertimana yang aku dah ceritakan dalam entry mana tah, aku baru je potong rambut. So far, hanya Wafa dan Adrian sahaja rakan blogger yang dah tengok camne keadaannya bila aku berambut pendek (Anne dengan Kak Ila tu tak payah masuk list la :p). Dan dua-dua terkejut macaca nemestrina bila aku dah potong neh. Yelah daripada panjang nyaris menyampai ke pinggang (nyaris ye.. tak sampai pun), sekarang ni cecah bahu je.

Aku kalau nak potong, memang takde istilah 'trim sket je kak', 'potong suku inci je kak'. Takde maknenye. Sama je kena charge RM18 walau ko potong 1 cm, baik potong pendek terus.

Masa kekecik dulu, aku tak pernah merasa pun nak simpan rambut panjang. Mak aku tak suka la. Pantang tengok rambut aku memanjang sket, mesti miang je tangan beliau capai gunting huhu. Kalau tak pun, dia bagi RM5 soh aku pegi kedai gunting rambut. Yang heran tu, kalau anak orang lain rambut panjang, suke plak dia nak belek². Hangin betul aku. Rasa nak cabut² je rambut budak-budak tu.

Dah besar. Dah masuk asrama.

Serah je kepala pada Kapai. Makcik tu suka la main eksperimen ketung rambut orang. Aku pun jadi biasa, setahun 2 kali aku ngulur kepala kat dia. Mudah, pantas dan tuntas.

Teringat pulak masa nak dekat² SPM. Petang, nak dekat maghrib dah. Aku berjalan ke surau, nak siap-siap cop tempat mandi pastu nak sedia untuk solat maghrib. Ternampak Kapai tengah mengerjakan rambut Aline. Aku raba rambut sendiri, hmmm... macam dah sampai tempoh matang untuk dipotong je ni cik hadek rambut.

Kapai! pasni aku eh
oi oi lepas ni aku, kata Liana
ooo.. ok lah. after* eh.
orait

*zaman asrama dulu memang slalu guna 'after' ni. kira macam cop la. ia mewakili kata² "lepas ko, aku". pendekkan jadi 'after' je. amacam, urban tak asrama kitorang? hahahahaha

Lepas solat maghrib, aku tengok proses pemendekan rambut Liana pun hampir tamat. Oh ye. Kali ni Kapai bereksperimen untuk mengGQkan rambut.

selepas :D hahahah

Dua orang sebelum tu kira trial la, huduh! Nasib dorang la kan. Hahaha. Tapi bila sampai turn aku, Kapai semakin menjiwai skill lantas berjaya menghasilkan potongan yang mantap. Sibbaik. Kalau tak, malam tu jugak aku ketung rambut dia masa dia tidur kasik jahanam. Tak kira la member ke tak member. Hutang rambut dibayar rambut jua. Qisas kalau ikut hukum Islam. Eh tetibe rindu nak belajar Syariah macam dulu² :(

Balik umah ujung minggu, aku cuak² jugak kot la mak abah aku marah ke. Namun seperti biasa la, sangkaan mesti melecet punye. Dorang sikit punye happy la tengok penampilan rambut aku. Berbeza pulak dengan Abang Nan - yang kebetulan balik kampung T_____T Dia memang anti gila kalau aku potong rambut. So.. masa aku berselisih dengan dia kat hall, dia bertanya dengan tambahan ekspresi muka berkerutan,

ni apehal potong rambut camni? nak jadik jantan?

Tu dia. Langsung takde bagi salam. Cubalah dakap sket bahu aku ka, usap rambut ka - ini main terjah je. Haha. Err.. aku nampak la dia tak suka. Apa nak jawab ni? Takkan nak kata 'aaa ternampak member orang buat kekah potong rambut, tu yang join tu'. Apa kau gila??

Makanya aku bagi jawapan selamat.

rimaslah rambut panjang, orang nak SPM ni takmo pikir pasal rambut

Tu dia lagi. Macamlah selama ni ko ade pikir pasal rambut ko kan Baby Olivia Mira Edora? :p Kuaser sangat! Dah bagi jawapan macam tu, beliau pun berlalu. Namun begitu, sempat pula memberikan amaran berbunyi,

lepas ni jangan nak ngada² potong rambut camni. ko buat lagi, siap la ko

Hamboih. Kasih sayang terhadap rambut adik lebih tinggikah daripada kasih sayang terhadap adik itu sendiri? Keji keji. Hehe. Aku diam jelah, walaupun biasenya aku akan menjawab gurau². Agaknya kalau aku jawab 'siap nak gi mana?' masa tu, apelah natijahnya ye?

current haircut. lebih kuranglah. takde la macam jantan kot?

Sunday, March 14, 2010

499: Gua story pasal jiwa²

amek feel kat rel ketapi dulu la baru rock beb!


Gua paling tak reti kalau orang tanya, apsal gua tangkap cintan kat mamat tu, mamat ni, mamat dulu, mamat sekarang. Eh, apsal macam banyak je mamats dalam hidup gua ni? Hahaha.

Beb, all I can say is - gua pon tatau apsal gua boleh suka dorang. Eh. Yelah gua sebut 'dorang' tu merangkumi mereka yang gua penah cintan la ngok. Bukan gua cintan kat dorang sekali harung. Lu jangan bikin panas line gua beb. Kang gua starlite paler lu kang.

Ada la dua tiga kali kot gua tangkap cintan. Awal-awal gua memang takde sebab beb. Asal keturunan kita sebut ape - dari mata turun ke hati? Ntah ar. Gua ikut instinct gua je. Maksud gua, kekadang tu semuanya bermula bila gua pandang skali je. Gua tengok dan jantung gua buat bunyik dupdap tah pehal tah jantung gua tu. Ada masanya plak, gua dah jumpe pastu otak gua takmo. Tapi hati gua kata gua menipu. Dem giler.

Gua slalu suka orang takde sebab beb. Macamlah jugak ada masanya gua benci orang takde sebab. Yang benci tu gua mintak maaplah. Salah gua kot. Gua kan tak pandai nak ngendeng². Eh ye ke. Hahaha. Gua tertawa rockers dengan perangai gua.

Lu tau tak beb. Ada kawan-kawan gua kata gua ni muka je ganas, tapi dalam hati ada taman. Weh. Taman gua bukan sebarang taman. Taman gua taman tema ok. Tema dah tentu la bergantung kepada mood gua. Time mood dipuput bayu, taman tema gua bertemakan 'yang muda disayangi, yang tua dilindungi'. Time mood gua berapi² mungkin temanya bertukar ke black metal gabungan Negeri-negeri Selat. Begitu jugaklah bila mood cintan gua datang. Hati gua terus bertukar kaler pink, beb. Pink. Shocking Pink.

Macam-macam mamat gua dah jumpa. Yang baik, yang jahat. Yang awal-awal baik pastu kendian jahat, yang awal-awal jahat kendian baik. Yang jahat tak baik-baik, yang baik tak jahat-jahat. Sume gua penah jumpe beb! Gua prefer (opss gua terspeaking pulak) melihat mamat ni sume dengan mata hati gua walaupun gua tak pastilah sama ada mata hati ni boleh gua dermakan bila gua mati nanti. Gua lagi suke tengok benda baik - bukan barang baik la woi - pada dorang ni sume. Cuma gua tengok ada gak antara dorang yang suke nau nonjolkan barang eh benda jahat pada gua. Rebel la tu.


Gua tak kisah beb. Jangan kacau mak gua sudah.

Hah. Berbalik pasal soklan kawan-kawan gua tentang alasan gua tangkap lentok eh cintan kat dorang neh. Mana gua tau beb! Kalau lu tanye jenis jantan yang gua suka, gua jawab inesen je - gua nak yang tulen je beb. Yang olok², imitation, pirate, lokel, download tak abes ni sume gua takmo. Yang itu sume gua boleh kawan, kawen je gua takmo. Eh jangan la kata gua jahat ka memilih ka. Lu tak baik ah buruk sangke siot. Ni gua bengang ni.

Ni soal idup mati beb, mana bole main tangkap je. Alangkan nak makan pon kene pilih halal haram, takkan bab pilih rakan sebilik lu nak sauk je mana ada? Kamon la beb.

Tapi selalunya sapa la kita nak berlawan dengan jiwa kita nan rebel ni ye tak? Kalau lu senaraikan ciri-ciri orang yang lu suke pastu yang lu dapat plak ada ciri-ciri yang lu tak suke, abeh lu nak kata apa? Lu tanye gua? Gua jawab senang je, lu tak payah cakap pape la.

Macam sekarang ni. Gua takmo cakap pape. Gua gigil.

Friday, March 12, 2010

498: Musykilah Kabiroh. padahal kecik je. tak tau 'kecik' dalam bahse Arab. Soghiroh eh?

peribahasa terbaru : alangkan makanan pun berpasang-pasangan, inikan pula manusia biasa.

atau


andai dipisah makanan nan sepasang, apakah selera masih menggelojak?

atau

sedangkan makanan sepasang lagi tergigit, apa pula suami isteri (?)

atau

ah. korang pikir la sendirik.


Bila kepala dah high dengan ubat batuk dan selsema ni, jadi aku nak tanya. Dan juga bercakap sedikit sebanyak.

1. Ape maksud .com itu? aku tau kalau .com.my, .my means Malaysia. tapi .com tu ape? adekah computer? communication? commonwealth? combat?

2. Balakong tu nama tempat yang diambil daripada nama pokok eh? Benci giler aku nama Balakong tu. Tatau la apsal. Nak kata ade sejarah hitam kat situ, takde la plak. Ha satu lagi. Seri Kembangan. Tak berkenan betul. Tak tau la ape dosa kawasan² tu sume pada aku. Hu..~

3. Mendalah '²' ni orang sebut ape eh? Kuasa dua? Betul ke kuasa dua?

4. Rupanya aku memang rajin baca sarikata. Kalau cerita omputeh, aku baca subtitle melayu. Kalau cite melayu, aku baca subtitle omputeh. Tapi selalu jugak cerita omputeh, aku baca subtitle omputeh. Baru-baru ni, cerita melayu yang ade subtitle bahasa melayu pun aku baca gak T___________T Can't help. Aku takleh kosentret kalau ade tulisan dalam cerita² tu sume. Abes sume aku nak baca. Dem.

macamana huru hara pon aku baca gak. giler tabah aku ni


5. Ko minat Bunkface? Aku tak. Baru start petik setali gitar, gua dah tukar channel radio.

6. Sekarang ni kan ade ulangan cite Sindarella. Ko tengok? Dulu aku tak dapat nak layan. Sekarang ni aku try la. Soklannya, sape nama mamat kacak yang jadi Tengku jahat tu? Ala.. dia tu aku rasa baya² Faizal Hussein la. Roman pon dah ade dah tu.

7. Ada sape tau pasal Bront Palarae? Dia Islam ke ape eh? Malas ler nak gugel. Aku nak tanye je.

8. Tetibe teringat zaman belajar muzik dulu. Klef trebel yang bentuk macam '&' tu kan? Yang selalu orang buat bentuk melodi tu ape namanye eh?

9. Sape ade lagu Buih by Wah Idris, tolong email. Lagu ni dah lama dah.. zaman aku skolah errr menengah kot.

dalam dunia kini macam-macam
bangun musnah bangun musnah, peperangan

siapa kuat lebih kuat, ketawa

siapa lemah lebih lemah, pendek nyawa


anak kecil anak kecil, terbiar (dia sebut terbio)
mak bapak tak berapa nak hirau
hantar sana hantar sini, orang jaga

kena tumbuk kena cucuh kena laga


Penah dengar tak? Tu laaaa.. asik layan lagu asmara chenta je :p

10. Korang tengok Na-O-Mei? Suke yee... Lepas ni aku sarankan korang tunggu sampai habis betul². Peratikan senarai nama pelakon. Korang akan jumpe nama pelakon - RAJA RAFAH. U tell me who she is. Nak gelak sat! Hahahaha. Sape² yang kenal orang² dalam produksi tu, bagitau dorang. Kalau tak, kita tengoklah nama Raja Rafah tu sampai abes cite Na-O-Mei.

11. Aku mimpi bercinta dengan Fahrin aritu. Eh tapi kenapa aku ade pegang baby ni? Takkan kami bersekedudukan sampai melahirkan anak kot? Owh. Mungkin dah kawen kot masa tu *blush* Ler... comelnye budak ni.. Apak dia pon comel gak.. Mak dia pon comel gak. One comel family. I lurve it.

Hadoih.. aku rasa terapung je ni.

Wednesday, March 10, 2010

497: aku tunggu bunga 'get well soon'. sape nak bagi? :p

hazelnut white coffee dan ubat batuk sebagai sarapan gua semalam. sikit pon tak memberi kesan. sama ada terhadap kesihatan mahupun pada ritma tidur gua.


Aku dah lama menyedari tentang perangai aku yang tak berapa gemar nak pegi klinik. Bukan sebab fobia ke ape ke. Err ok la, sket fobia takot kene cucuk T___T tapi secara generalnya, bukan sebab tu.

Biasanya, aku cuma akan pegi ke klinik bila bekalan ubat yang aku ade dah abes tapi sakit tak elok² gak. Contohnya sekarang ni la. Ubat selsema abes sudah, ubat demam pun abes sudah, ubat batuk lagi dua teguk pun akan abes - tapi semuanya tak memberi impak yang sewajarnya terhadap kesihatan baby.

Maka pagi tadi, setelah 5 hari bergelutan dengan kondisi kesihatan yang tak best ni, dan berusaha memulihkan diri dengan cara sendiri - akhirnya aku pasrah membawa diri ke klinik. Oh ye. Ni doktel yang pernah aku jumpe dulu. Hehe.

Tapi. Isk. Ni yang aku tak suka ni! *sambil tengok bil*

Ok cite lain.

Pasal Kajang.

Apa aku nak cite? Oh. Sori sebab sampai saat akhir aku macam tak sure je nak ajak sape. Mana yang aku ajak, tu jelah. Biasanya aku akan buat back up - ajak ramai² ke ape ke - tapi kali ni takde. Sebab Mr Sivaji sudah merajuk sama aku pasal percutian seminggu aku masa CNY aritu. Terus dia bekukan cuti aku sampai akhir tahun. Dia kata la. Masa tu la.

But as for me yang dah kenal dan keje dengan Mr Sivaji hampir 7 tahun ni, aku rasa dia takde la setengeng tu. Tapi takut jugeklah nak apply. Cuti ni aku apply hari Khamis lepas. Dan aku nekad giler ni, dengan cangkuk atau dengan penjahat (by hook or by crook) - aku nak jugek cuti. Siap dah ade skrip ni kalau Mr Sivaji cadang-cadang nak rijek application gua nih. Sengal.

Tapi apa yang aku bayangkan sumenye salah. Dia merajuk ko. Takmo sign borang cuti aku. Dia suruh kakak opismate aku ni hah signkan. Pergh.... giler terguris perasaan aku ni hah. Mana taknye.. Dah laa aritu ade surat pasal projek yang aku & minah cina opis aku ni handle dia tak mention nama aku sebagai person in charge. Biasanya kalau ade apa-apa surat yang berkait dengan projek tu, bawah tu nanti musti Mr Sivaji tulis - Mas/**, please take note - kali ni dia tulis nama minah tu je tapi surat tu letak atas meja aku, tak tulis nama aku pon - ade ke patut tindakan beliau itu T____________________________T

Nak nyanyi serangkap lagu jap.

Tergamaknya dirimu menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu punya perasaan
Sampainya hatimu meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia


Kecik ati aku tau! Tapi sebenarnya lagi banyak rasa takut daripada kecik ati tu.

Tadi lepas aku gi klinik, terus laaa gerakhas de movie ke opis walaupun awal lagi (aku kan half day arinie). Terserempak plak dengan Mr Sivaji yang muka je habang² tapi hati pink tu. Eh elok plak dia bertegur sapa dengan aku sambil bergurau senda bagaikan tiada apa yang terjadi. Tak lupa pula dia soh aku gi amek injection flu T___T dem!!~

Ha. Pasal Kajang.
Bestlah tempat tu. Best sangat tu tak pastilah, tapi aku bayangkan kalaulah rumah tu jadi rumah aku...................~ berangan berangan berangan~ Cerita pasal tu nantilah. Jumaat ni ke, minggu depan ke. Tengoklah camne. Hehe.

Nak makan ubat sat.

Monday, March 08, 2010

496: kondisi agak buruk sekarang

pic top-up to : kapten luffy (takde dlm pic :p)

Kondisi aku yang tidak sihat sebenarnya bukan bermula daripada aktiviti loba² dengan mereka di atas sampai pukul 12 malam. Serius bukan. Siangnya pun aku dah mula rasa tak sedap badan, tapi demi kekasih gelapku yang bakal diclashkan tak lama lagi, aku gagahi jua tubuhku yang beratnya dah melepasi tahap BMI yang sepatutnya untuk hadir pada malam tersebut.

Maaflah kalau malam tu aku tak se-hyper biasa. Ke macam biasa je? Aku ni kadang-kadang berlakon agak terbaik jugek. Hehe.

Esoknya. Dah demam sikit. Petang, gastrik pun tiba. Malam. Semuanya datang. Demam, selsema, batuk, gastrik, cery-verry. Semualah. Mujur gastrik kelas B je. Kalau kelas A, siap laa dengan muntah² kang. Grrrr ape ni tubuh! Tetibe je memberontak secara muafakat dengan penyakit² ni sume? Kompius sungguh kakak dibuatnya.

Sabtu. Pagi-pagi masih demam. Pun terpaksa gagahkan diri untuk pergi kursus. 3 jam je, no harm insyaallah. Makan roti je pagi tu sebab nak cepat dan sebab nak makan ubat jugek. Abes kursus, ajak Kak Ila gi lunch. Pastu melaratlah ke tempat lain. Oh ye. Zonaku. Sori sebab tak dapat nak bersama ko pegi piknik dengan Kak Ungku. Selsema, aku tak berani nak main air sangat T______T



Melaksanakan misi yang tertangguh lebih setahun - gunting rambut. Pendek sudah rambutku. Gud².

Ahad. Aku masih tak sihat tapi taklah kronik sangat. Entahlah. Kejap ok (bila makan ubat), kejap kang tak ok (bila.. err... tak makan ubat?). Tengok DVD semalam, tetibe mengantuk. Terus pause, tutup tv dan tidur terus. Mak aku kalau nampak ni, kompem dah disuruh bangun dan tidur atas katil. Masalahnya kalau aku bangun ni kang, kompemlah tak ngantuk lagi. Makanya tidur jelah aku atas tikar nipis depan tv.

Rasa sangat kesian, tapi comel juga pada masa yang sama.

Hari ini. Batuk, selsema. Demam.. mungkin petang karang kot?

Oh ye petang karang. Hari ni aku halfday, esok pun cuti. I'll be at Kajang - Country Villa. Sape nak join? Datang la malam karang. Menjengah orang tak sihat ni :( Jangan lupe bawak buah tangan (bukan penumbuk ye).

Sekian.

Aku yang berharap,
Na-O-Masy~

Adrian : ni obat akak ke? apsal macam bekas CD je?
aku : T___________________________T

Thursday, March 04, 2010

495: let me fly you up to the sky high, this cosmic love from me won't lie - TFC

kami yang gembira selepas berjaya membuatkan beberapa orang budak² AF berlalu dari bistro dengan penuh dendam. heh.

Ni hanya sekelumit daripada rerakan sekolah rendah baby dulu. Untuk pengetahuan sesiapa yang nak tau la, Teddy adalah saurang Bidayuh. Dalam kelas aku dulu ada India, Bidayuh dengan Iban. Kadazan tak sure pulak ade ke tak. Cina je takde hehe. Biaselah ye, sekolah dalam kem. Haruslah asal keturunan askar sume adalah dari seluruh pelusuk negara. Sebelum PM mewar-warkan konsep 1Malaysia, sekolah aku dah buat dah. Tapi tak berapa lengkaplah.

Aku dengan dak Wan je yang bukan anak askar. Sojar bak kata orang² tua. Haha.

Dulu aku sangatlah teringin dan selalu berangan nak tinggal dalam kem. Dah tu, sume kekawan kelas dok dalam kem. Wajib la teringin jua mau tinggal dalam tu. Kan seronok lepas sekolah agama, terus boleh lepak² (lepak² katanya!) main boyan ka, main beskal ka, main getah, nyuruk² atau paling cikai pon lepak borak² sambil layan air tebu limau rega 20 sen, kalau takde 20 sen beli jelah air tebu seposen. Kalau dengan Rembo & Kapai, kitorang buat Pertandingan Daun Tercantek :)) Ini tak, dorang sume dah salin baju siap pegang beskal memasing nak main ataupun dah terbongkang depan tv nak tengok Maero Attack atau Gaban, aku dengan Kapai dok terhegeh² lagi kayuh beskal nak balik umah T_________T

Paling tak best bila esoknya ko dengau dorang dok cite pasal malam tadi ada artis datang wat show dalam kem laa.. ade funfair dalam kem laa.. ape laa.. Aku sebagai outsider rasa terhina dan terpinggir bila takleh nak masuk campur cite dorang - dah sah² la aku tak pegi!

Kan best tu zaman kekanak tak payah pikir banyak. Paling² kuat pun risau pasal keje skolah tak siap. Tapi takpe. Tak siap kat umah, leh buat kat skolah. Kalau time rajin, buat sesiap kat skolah so balik umah tak payah buat keje skolah. Cuma tak bestnye bila dah siap keje skolah, mak abah soh stadi plak kat umah T_________________T orang nak tengok tv la..!~

Ha cakap pasal kem ni sume. Teringat la plak ade satu kejadian yang diceritakan semula oleh Abg Nan.

Masa tu aku darjah 6, dia tengah cuti sem. Bila ade abang-abang aku kat umah, memang dorang la yang kene bertugas amek aku kat skolah. Kalau orang luar nak masuk kem kan kene daftar kat post guard, tinggal IC, tulis nama bla bla bla, tapi kalau abah yang masuk dan amek aku memang tak kena tahan. Sebab askarians sume dah kenal YB Cikgu Hj. Dollah (mandai² je aku tambah YB).

Tapi satu hari yang malang ni terjadi masa abang aku nak masuk untuk jemput adikcomel dia ni hah. Selalu masuk laju je, aritu plak kene tahan. Askar tu newbie kot. Apapon, abang aku tak cakap pape, terus jelah bentikan van and pegi nak isi borang.

Sekalik ntah camne, pegawainye yang kat dalam sudah nampak. Of course dia kenal itu van bapak aku. Terus dia jerit.

apsal ko suruh dia turun?

Si askar baru ni menjawab, bagitau yang abang aku ni orang luar. Kali ni pegawai tu jerit kekuat :

BUKAK PALANG TU!! itu ANAK GURU BESAU LA BODOH!!

Lintang pukang askar tu bukakan palang dan abangku berjaya masuk dengan gembira. Tapi lepas kejadian tu abang aku kata, tiap kali mamat askar tu nampak je dia, kompem mamat tu soh benti dan isi borang jugak. Melainkan kalau pegawai dia ade la. Dengki la tu tak puas ati. HAHAHAHAHAAH.

Takde ape. Saje letak. Semenjak aku berangan nak memiliki kete ni, tiap² hari aku nampak kete ni melilau depan aku. Dalam sehari paling² bangsat pun aku akan terjumpe 5 bijik. Bukankah kejadian ini sangat siot dan mencabar keimanan?

Yang terlarang itu godaan. T______________________________T

Bertabahlah.

Wednesday, March 03, 2010

494: Instinct itu perasaan, bukan PERASAN

Sejak beberapa bulan ni, popular sungguh kaedah metafizik di kalangan masyarakat kita. Tapi yang aku nak cerita ni bukanlah betul-betul nak cerita pasal metafizik ni. Cuma nak kongsi sikit jelah result selepas tarikh lahir aku dikira menggunakan kaedah ni.

Antara resultnya dikatakan aku ni ade sixth sense. Ko jangan memain. Hoho. Along pun tanye;

ko rasa ko ade sixth sense?
mungkin penah ade tapi ntah
kene berlatih selalu, berguna sixth sense ni tau


Hmm..

Bila aku imbau balik kehidupan aku, memang ada masanya aku boleh rasa kalau ade sesuatu akan terjadi. Tapi aku tak anggap benda tu sixth sense, aku anggap ia instinct. Gerak hati. Lain kan dengan sixth sense? Ke sama je?

Zaman sekolah or zaman² study kat U dulu, aku selalu ade gerak hati seperti peristiwa² berikut:

1. Dalam kelas masa lecturer / cikgu / ustaz mengajar dan kata nak panggil sape² untuk jawab soklan / present / tulis kat papan hitam / baca buku kekuat / wat promo dalam lab dll, ada masanya terdetik dalam ati aku "macam aku je kene panggil satgi" dan selalunya - 90% nyer memang kompem aku kene panggil. Dan aku belajar dari pengalaman. Setiap kali hati aku terdetik macam tu (err masa kat U la), senyap² aku blah pegi toilet ikot pintu belakang. Balik kelas nanti ade laa sape² yang bagitau "ko gi mana tadi? Pn/En/Prof sebut nama ko tadi". HAHAHAHAHAAH. Tapi aku cuma akan lari kalau aku rasa macam tak mampu nak jawab la. Kalau takat nak soh baca kaa tulis kaa atau jawab soklan yang aku tau, takde hal pon. Silap² kang aku plak angkat tangan sesiap sebelum nama kene sebot :p

ilang plak dak Masy tu. ha, ko jelah baca!

2. Ni masa skulah. aku ni memang takleh la kot senyap sket, nanti ustaz perasan sebab tetibe kelas cam senyap (walhal sore dak Aline tu lagi la kuat cam ade speaker dalam tekak dia). So satu hari tu aku dilanda period pain. Makanya tershadap jelah dalam kelas menahan saket. Memula ustaz tak pasan pun. Dan time tu la ade lintasan dalam hati aku "ustaz ni pasan ke tak aku senyap neh?". Lepas tu terus aku dengar, "eh dak Ctah mana? apsal aku tak dengau sore dia?". Ye ustazku dah berbunyik. sabau jelah :p

3. Ok yang ni sweet. Masa 1st sem kat U la. Dalam bas nak ke Seksyen 2. Lepas berborak dengan sorg mamat err.. ekcely dia classmate aku, bas pon berenti depan kolej dia. Lalu beliau pun turun dan berjalan dengan tenang.. aku pandaaaaaaaaaaaaaaang je dia.. sambil mengira dengan yakin..

satu..

dua..


tiga.. pandang~


ting! dia pun berpaling dan memandang! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA oleh kerana dah bertentang mata, kena laa lambai. Eh sweet plak bila aku cerita balik. hohohoh~

4. Aaa.. yang ni aku penah cite dalam blog cuma tak detail rasanya. Ni 3 tahun lepas punye kes kot. Malam tu aku tengah le sibuk nak buat air teh O satu jag. Comel je aku letak jag kat dapur, pehtu tuang air panas menggelegak - dah tentu la ke dalam jag, takkan ke dalam dapur tu pulak kan. Pehtu hatiku yang gatal telah berbisik "tumpah jugak air ni kang.." dan yesssss.... jag yang berisi air panas menggelegak tu terbalik time tu jugek lalu memuntahkan isinya ke arah perot aku T_____________________________________________T saket tau!!!!!!!!!!!!

5. Baru-baru ni.. ermm.. bulan lepas kot. aku dengan Anne pegi layan muvie kat JJ Bukit Raja. Melangkah masuk ke dalam JJ, instinct aku mengatakan bahawa aku akan terserempak dengan ex opismateku yang pernah menyonglap duit opis kami. Tapi kali ni take time sket. Lepas kitorang layan muvie dan pegi berjalan, aku ternampak asben beliau. Dan dah tentulah beliau pun ade di sebelahnya. Heh.

Aku cerita 5 kisah jelah. Tu pun point yang pertama tu sebenarnya sudah cukup banyak. Aku tataulah instinct aku neh boleh pakai ke tak. Sebab selama ni aku anggap semuanya kebetulan.

macam ade kocen nak tempeleng kepala gua je neh????!

Takkan betul kot?

Instinct semacam ni bukanlah selalu pun. Kadang-kadang je. Kalau benda best, memanglah melonjak bila apa yang kita rasa tu terjadi. Tapi kalau benda tak best, tak ke ko rasa macam nak benamkan kepala dalam lubang jamban?

Korang ade ke kes camni? Meh la cite. Aku plak nak baca.


# kenapa tiba-tiba cite pasal instinct? dua hari lepas sorang classmate aku kat U dulu akhirnya mengaku yang dia penah suka kat aku. to be honest, aku dah penah agak mende ni since kat U dulu tapi memandangkan dia tak cakap apa-apa, aku pun diam jelah. tapi satu benda yang dia tak tau, bahawasanya masa tu sebenarnya aku pon suke kat dia gak. heh. 12 tahun kemdian - selepas dia buat keputusan nak kawen, baru la nak bagitau aku. motif la sangat. hehehe.

instinct ni kalau tak mahir digunakan (bole eh ckp camtu), boleh konfius dengan rasa PERASAN. so.. susah gak nak cakap eh. ade masa instinct memang bole guna, tapi kalau bab jiwa² ni aku prefer keep it low ler. heh.

tapi dia kata 'byk org admire ko ctah'. aku terus teringat instinct aku yang satu lagi. hah. ko pon same ke admire aku? hahahahaha terus mengantuk~

Monday, March 01, 2010

493: Mari Merungut

Salam sume.

Sebelum merungut dengan lebih lanjut, nak say thanks kepada PA tak bergajiku iaitu Cik Hadek Yonna dan Cik Hadek Puan Qas yang sudi membuang masa yang lapang dengan free-free untuk menggrooming blog kakak baby agar nampak muda, kelihatan muda dan .. jadi muda seiring dengan sifat demandku yang agak melebih-lebih. Akak saje je bagi korang keje. Selain merapatkan ukhwah, bole gak korang isi masa nan terluang laksana seluang tu. Nanti akak kirim mekanan via fesbuk, untuk membalas jasa uols, k?

(tapi ni nak kene edit lagi sket ni. ehem ehem).

Ok sekarang nak merungut.

ready?

Aku sebenarnya tak berkenan betol kalau orang expect aku akan melayan perangai mereka itu dengan baik secara statik semacam mahu mengambil kesempatan. Camne nak elaborate ni, kang salah cakap korang salah paham plak.

Gini.

Aku ni manusia yang punya mood berubah-ubah. Kalau aku layan ko baik pagi ni, tak semestinya aku akan layan ko baik jua menjelang tengahari. Kerana antara kedua-dua keadaan itu, apa-apa pon boleh jadi, betul? Dan begitu jua sebaliknya. Jika aku malas nak layan ko tengahari, mebi menjelang petang aku sedang bergelak ketawa dengan ko.

Dan itu tak bermakna ko ade buat salah ka apa ka. It's just me.

Tapi yang aku extravaganza punya tahap jengkel ni bila aku dah bagi muka kat ko sekejap, mula la ko nak melebih-lebih. Eh menyampah dowh aku pangai cenggini. Sket² sudeh la. Nabi Muhammad jua menyarankan kita agar bersederhana, tak amek iktibarkah? Wah, meroyan ada unsur Islamik, ini satu kemajuan dalam sahsiah diri aku neh.

Amende yang aku royankan ni musti audiens sume tak paham eh? Meh la aku terus terang je seraya menyalakan lampu spotlite pada diri sendiri, membetulkan mic dan berdehem² sambil membelek teks ucapan.

Macam ni. Ade laa sorang osmet aku neh hah. Budak lagi, budak la kalau compare dengan aku yang dah setapak di ambang wati neh. Childish la sometimes - eh ke all the time? Aku cukup la tak berkenan kalau mende kecik-kecik yang ko bole setel sendiri pon nak soh aku tolong pikir cara nak setelkan.

Mende ape tu?

Mostly pasal perotnye laa yang doplohpatjam asik le lapau je kejenye. Yang peliknya, stok mekanan dia punya la banyak kat dapur tu hah, tapi still menjadikan agenda menyusahkan aku sebagai salah satu hobinya. Asalkan aku kuar sket je nak pesan. Asal nak pesan je time aku nak kuar. Pastu kang nak dekat² abes opis hour, sibuk call aku nak pesan macam-macam. Walhal mende yang dia lorat nak makan sangat tu tempatnye tu dia lalu gak time balik. Apsal tak beli je terus? Saje kan nak mengada lebih. Dah macam nak suruh aku bertanggungjawab sambil memikirkan camne nak selesaikan problem kelaparan dia padahal solutionnye ade depan mata.

Ha yang aku hangenkan semalam. Ok la aku pikir sian plak budak ni kang mati kebulur terbujur kaku kat umah aku tu plak sebab tak makan walaupun makanan banyak sampai peti ais aku tu pon penuh dengan mekanan dia je. So belikanlah jugek untuk dia. Aku beli stok untuk lunch dan dinner ok. Pehtu petang tu bila aku nak cepat gi bank, sibuk nak folo. Pun aku ok laa... kasik can. Dah lama pun aku tak melayan budak ni, semalam ingat nak topap laa kasih sayang kot la tak cukup. Lepas gi bank tu, dia kata nak singgah beli air je. Ok fine.

Lepas gi bank, balik umah mandi-mandi, aku kuar lagi. Dengan Anne plak. Pukul 8 gitu tengah aku dah nak blah dari Sikret Resipi, budak ni sms nak pesan makanan lagi. Bole???? Siang tadi ko dah melantak punye la banyak, petang tu aku dah bawak ko kuar ko beli air je - ni lagi nak pesan?? Makan tak baca bismillah ke ade bela hantu raya neh. Korang tak rasa nak meroyan ke kalau jadi aku? Tadi masa aku bawak ko kuar, takde plak ko nak beli makanan siap².

Aku balas sms dia mudah je - Malas :p

aku : megi belambak tu makan ar
dia : alaa taknak..
aku : gi la order mekdi
dia : alaa.. kita nak makan nasik.. (kadang² tukau jadi steak, sotong kangkong, nasik lemak ayam goreng berempah dll like i care)

lempang gak baru tau. lenkali takmo makan megi jangan beli la dut.

Dalam setahun ni aku perati gak. Budak ni takleh laaa ko nak buat baik sket, mesti lepas tu nak melebih-lebih punya. Aku tak kata dia jahat k, tapi aku meluat neh. Rasa nak hentak² kaki je. Pastu sesedap rasa je soh aku masak untuk dia dengan arahan berbunyi : kakak, cook for me! Sekius me, do I look like your BIBIK or what??

Aku ni memang camnilah weh. Bila aku ada mood rasa nak layan, aku layan la. Tapi bila dah layan tu, jangan lebih-lebih boleh tak? Orang bagi betis, nak peha. Bagi peha, nak abdomen. Bagi abdomen, nak bahu. Tertekan cam paku tekan siot. Aku siku kang. Cercopithecoid betul la.

Eh malaslah aku nak cite lelebih. Kang korang pun meroyan skalik dengan aku. Huh.


# kesimpulan. tak semestinya lepas ko dah bagi aku macam-macam, aku akan ikooooooooooooooooot je cakap ko. kalau ade sekelumit fikiran camtu, amek la balik barang-barang yang ko bagi tu dengan sepantas cahaya. sekian.