Friday, April 30, 2010

515: sekarang aku nak diam je. malas nak cakap dah. huh.

Kalau orang marah, ke merajuk ke - dah tentu mintak dipujuk, ye tak? Takkan nak mintak dilempang pulak eh. Melainkan memang patut dilempang, atau memang orang yang merajuk tu akan bertambah merajuknye kalau tak dilempang - tu lain la kisahnye.

Tapi kan.

Best la jadi orang merajuk ataupun orang marah yang dipujuk. Cumanya penah tak terfikir, kot orang yang memujuk tu sebenarnya dia pun tengah merajuk? Tapi terpaksa telan dalam-dalam perasaan merajuk tu sebab nak memujuk orang lain yang tengah merajuk. (eh merajuk ke marah? ah mana²lah)

Bukankah perasaan itu layak dikategorikan sebagai satu perasaan yang macam jahanam.

Ha. Ada sape-sape yang marah kat aku sekarang, merajuk ke? Meh la aku pujuk. Ungkit la semua benda-benda lepas tu, meh la aku tadah telinga tadah mata tadah tangan terima je semua. Takpe takpe. Apelah sangat semua - hati aku yang dah koyak rabak ni kalau dibandingkan dengan hati uols yang terluka dek perangai aku ni kan.

Dah tu aku punye merajuk nak lempar kat mana? Ijok? Marah aku ni nak tanam kat mana? Bukit Merah? Aku punye tak puas ati nak letak mana, bawah kaki kot.

Eh tak payah susah² fikir. Hal fikir² ni biar Ahli Fiqir je yang tolong setelkan. Aku pun dah rasa betul-betul malas, letih, penat (akibat keja 24 hours tak tido malam). Tekak dah sakit dok telan air liur yang rasa pahit payau ni.

Ada rasa tak puas ati, simpan. Ada rasa marah, pun kene simpan. Bukan aku takmo nak cakap. Tapi tu lah. Aku cakap kang aku plak yang kena marah.

Eiiiiiiiiiiiiiiiiyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.


Dahlah. Malas nak taip panjang² lagi. Yang kena marah satgi ni kang aku jugak, bukan korang.

Sape pegi konsert DT2 esok? Jangan lupe tegur aku sambil hulur air sirap kalau ternampak. Sekian terima kasihhhhh~

Wednesday, April 28, 2010

514: Why the grass is ALWAYS greener on the other side. i wonder.

bukan tak bersyukur. tapi orang cuma nampak yang senang. yang susah aku je yang nampak T___T

Salam semua..

Weekend aritu, Angah sms. Pasal iklan untuk buat degree secara full time / part time. Aku gelak je. Sungguh-sungguh nampaknya abang aku ni nak aku sambung degree.

Jujurnya, sapelah yang takmo sambung belajar? (angkat tangan. eh, aku je rupenye hahaha). Mesti ramai yang nak, apetah lagi bila keje ko rasa stress, time-time tu lagi laaaa rasa membuak² je nak sambung belajar.

Well, tu korang la kot. Tapi bukan aku. HAHAHAHA giler tak bercita² tinggi langsung aku ni.

Sebenarnya, selain daripada malas sebagai tunggak utama segala alasan aku, ada jugak sebab² lain. Ingat jadi adik bongsu yang ada masanya abang² dok suap itu ini ni best 24-7 ke. Eh, tipulah jugak kalau kata tak best. Tapi kesan di kemudian hari tu, aku tak rasa ramai yang sanggup nak pikul.

Terbeban. Rasa berhutang. Tapi takleh nak buat apa. Sebab aku ni.. macamana eh? Aku tak reti nak cakap TAKMO pada benda yang memang aku nak.

Contoh la. Rumah aku ni ha. Sebelum Angah bukak mulut nak belikan, aku dah penah amek borang untuk beli umah low-cost, kalau tak silap aku 3 tahun sebelum Angah betul² merealisasikan impian aku. Eh tapi mak aku tak bagi plak aku beli time tu. Bila dah abang aku nak belikan, elok plak dia setuju. Aku ni bukan ape... Aku susah hati sebenarnya bila dia tolong aku banyak sangat. Tapi bila dia tak tolong pon aku susah hati gak ahahhaha.

Masa mula-mula kuar cite pasal rumah ni, aku tanye gak mak aku - dia ke yang suruh Angah belikan? Sebab aku takmo laa dilahirkan dalam dunia ni semata² untuk susahkan orang T___T Mak kata dia nak belikan sebab risau tengok aku dok pindah² umah. Bila aku tanya Angah plak, dia kata mak yang risau tengok aku pindah randah. Aku = tak paham amendenya.

Kereta tu pon jugek. Ok la yang tu aku paham, wasiat. Alahai abah.. kalaulah abah ada lagi, ntah² aku dah tarik muka agaknya - walaupun memang aku gedik² nak pakai kete.

Aku sebut dua benda tu jelah.

Nampak macam happy kan? Bila apa yang terlintas dalam hati tu, eh ade plak abang yang nak tunaikan. Memang la happy, giler hape tak happy.

Cumanya rasa terbeban tu tak hilang. Camne aku nak cakap................


Lamanya aku pause kat ayat atas tu, punyalah tatau macamana nak cakap.

Tu sebab bila korang ke, kawan-kawan aku ke, atau sape-sape jelah kata 'bagusnya muda-muda dah ade rumah, ada kete bla bla bla', aku sikit pun tak rasa apa. Nak bangga apa? Orang lain pun ada gak beli rumah, malah lagi besau daripada rumah aku. Ada yang beli bukan satu, tapi dah dua bijit dah. Beli dengan duit sendiri ok. Aku ni?

Heh. Tak payah la nak rasa apa. Memang takde ape pun.

kalau boleh, aku nak lari jejauh - jauh sampai Korea

Takat pertambahan material ni, memanglah aku takde apa yang nak dibanggakan. Cuma satu jelah benda yang aku berjaya tambah tanpa campur tangan orang lain.

Berat badan aku. Heheheheeh.

Monday, April 26, 2010

513: entry kedua arinie sebab aku benci entry tadi.

Malas nak cakap banyak-banyak dah lepas ni. Nah, tengok gambar je. Pastu komen elok-elok ye.

Cincin yang aku pakai tu hah. Mana pegi tah. Cincin berlian yang satu tu dah jumpe dah. Cincin mutiara ni plak lesap, dah berbulan² dah ni. Mak aku kalau tau ni mampos aku. Aku tatau lah nak terajang sape skang ni. Korang kalau ada musuh, meh la bagi kat aku. Aku terajangkan bagi pihak korang.

+ shut down+

512: Konsert DT2 punye problemo : aku yang prob, bukan dorang

Salam isnin peeps!!

Lagi berapa hari lagi nak pi layan konserto DT2. Mekasih laa kat Kak Sempoii yang dengan pantas dan tuntas merespon pada status fbku yang berunsur rayuan aritu. Terus call ok. Terkejut giler sampai aku tatau nak cakap ape masa tu haha. So.. isu tiket dah setel setelah diselesaikan oleh beliau (yang pada mulanya dia soh aku selesaikan hihi).


Beberapa hari kemdian, Kak Sempoii call lagi. Kali ni beliau tanye, member aku yang kata nak pegi tu - kompemkah nak pegi? Aku iyekan je. Rupenye ade lagi satu belen tiket ni hah. Tak ku sangka lepas aku iyekan tu, datang plak problem lain. Kici saja dey, tapi...

Member aku, ok senang cakap - budak opis aku - memang la nak pegi. Tapi tetibe tak jadi plak (yang pompan ni la). Aku offer kat budak laki ni pulak sebab dia pon beriya benau nak pegi. Sekali terlupa daaaa.. dia kan ade awek, mustilah awek dia mau folo. Tiket ade satu je ni. Ah, korang pi la beli sendiri. Aku cari orang lain plak.

Ok, kemdian aku buat kesilapan yang agak.. err.. besar ke? Kecik je kot? Er.. silap ke?

Sebelum aku sambung cite ni, kene la aku cite satu kisah lain supaya hujungnya korang nampak connection di antara kedua cite ini lantas memahami kenapa aku kata ia satu kesilapan.

Beberapa minggu sebelum aku gi umrah aritu, aku ada berbual dengan sorang ex schoolmate aku. Schoolmate ye bukan classmate. Mamat ni dah kawen dengan junior aku dan wife dia still dalam pantang lagi. Borak punye borak tetibe je dia kuarkan stetment berbunyi "sebenarnya, masa skolah dulu aku betul² suke kat ko tapi aku segan nak cakap". Yang lain tu tak payah cite la.

Personally err.. mamat ni takde dalam senarai 'instinct' aku - not because he's not my type or what - tapi tatau ah. Dia ni ensem sangat kot (ensem ke? kene check balik ni). Senang cakap, stok lelaki jambu la. Tak terlintas sama ada secara langsung atau secara rakaman dia boleh nak terfeeling hot² dengan aku.

Since then, memang dia rajin ler bermesej-mesejan kat fb dengan aku. Dan oleh kerana dah terpahat dalam kepala otak aku yang dia ni member, takkan aku nak ignore je ye tak? Lagipun kalau dia cakap miang-miang tu aku kona la tempat lain. Kona punya kona aku terbukak cerita pasal DT2 pulak. Menyesal tak sudah pulak bila dikenangkan.


Tetiba je dia volunteer nak datang temankan aku gi konsert tu. Dia ade kat Melaka ok skarang ni. Bini tengah pantang ok! Bila aku tanye nak bagitau ape kat bini eh nanti, dia kata 'cakap ler nak gi konsert dengan member'. Hmm. Betul la tu. Tapi lepas aku dah ala² kompem je nak pass tiket tu kat dia, aku rasa....

...



..


.... tak sedap atilah. Tataulah apsal. Ok. Aku listkan apa yang aku rasa tak sedap ati.

1. Datang dari Melaka semata-mata nak temankan aku gi konsert. Tak best betul bunyiknye. Kalau bujangan ok la sket. Ataupun kalau nak kata dia datang semata-mata nak gi konsert, ok la gak. Masalahnya bukan. Sebab dia tatau pon pasal DT2 tu sebelum aku bagitau dia T___T (brape lama tak baca paper tu tatau la tu) kesal kesal sebab bagitau.

2. Sebab alasannye pada bini dia tu aku rasa tak sedap didengar. Nape tak sebut je nama aku kan. Bukan bininye tu tak kenal aku. Lebih dari kenal pun. Satu asrama, dorm je lelain. Kelas seblah-seblah, satu aliran satu pegangan. Nape sebut 'member' instead of 'Kakak Masy yang cantek menawan-bukan u tak kenal'? Hmmmm~

3. Masa sesi luahan rasa aritu, banyak kali dia sebut 'kalau aku berani cakap dengan kau dulu, mesti kau yang jadi isteri aku sekarang'. Aku rasa tak sedap atilah kalau dia yang folo aku gi konsert. Macam ade benda yang tak kena je.

Jumaat - Sabtu - Ahad aku pikir camne nak kensel. Macamana nak cakap yang aku nak cari orang lain? Ade ke orang lain aku nak ajak ni? Try usha Kak Ila, dia da cakap takmo aritu. Anne plak ade kenduri. Aku pikir-pikir lagi, sape laaa aku nak ajak ni T_____T apsal tetibe rasa macam takde member yang layan konsert rock ni? Hadoih..~

Mujur. Semalam masa kuar dating dengan Zonaku, camne tah aku mendapat kekuatan nak tanye dia. Tu pun 50-50 je sebab aku tak rasa dia nak. Eh... sekali Zona kata ok!

Aku isytiharkan, you are my savior!!!!

Ok. Nak pi mesej beliau la japgi, nak kensel. Tapi kalau dia nak gi gak, biarlah. At least aku ade member lain nak ngendeng. Heh.

Friday, April 23, 2010

511: bukan cerita hindustan je boleh buat ko (bukan aku) nanges ok

@ i-city. u, jom dating kat sini! ;)

Tak jadi nak buat entry jiwa kacau *senyum lebau² sampai nak rabak molot dah ni* Ok. Cite lain ah eh.

Biasanya ramai antara kita yang boleh mengalirkan airmata, or even worse - nanges teresak² atau dalam bahasa saintifik orang Sg Udang : menangis mendudu² gara-gara nonton filim ataupun cerekarama yang sadis-sadis la. Ala.. biasa la kan. Kata penuh emosi, haruslah bereaksi dan respon pada persekitaran.

Aritu aku ada terbaca kat blog sape eh.. Wafa ke? Sape tah. Pasal dia nanges tengok Doraemon. Hahahaha jangan nak gelak. Sebab aku pon penah gak T_____T

Selain daripada tu, ada beberapa rancangan yang kalau aku tengok, kompem ujung-ujung tu kang aku pon nanges. Bengong~ Antaranya..


1. Nanny 911

Penah tengok tak? Ni macam program realiti la.. Rancangan untuk membantu parents di US sanun yang tak reti nak kontrol anak² eh. Anak ramai berdedai², pastu anak kuang hajau tak reti nak manage. Kalau dapat kat mak aku, masa umor ko 6 tahun tu dah merasa la kene lempang sampai mulut berdarah (pengakuan mangsa). So.. nanti akan ade Nanny yang datang memberi bantuan untuk betulkan bukan saje budak-budak yang berproblem ni, tapi dengan mak apak dia sekali dalam masa seminggu. Yelah... agak² budak tu jadi camtu pasal ape kalau tak pasal mak apak dia kan kan?

ni kalau tak betulkan cepat², ada potensi jadi penjenayah bersiri dah besau sok

Yang boleh buat aku eheeee... teremosi tu sebab ade antara budak-budak ni yang buat pangai semata² nak tarik perhatian mak apak je T___T emosi ok. Lagi emosi bila dak Nanny pujuk itu budak supaya bercakap dengan mak / apak dorang tentang perasaan dorang. Lagi aku emosi bila mak /apak dorang dengan kudusnye mintak maaf kat anak² tu sebab tak sengaja mengabaikan dorang. Ok. Time ni aku dah nanges dah T_________________T

Bila anak² yang nakal cam syaitan kecik tu sume mula berubah - dah rajin tolong mak apak, dah pandai tone down suara bila bercakap, dan reti jaga perangai - sape yang tak terharu? Aku yang takde anak ni pon terharu-haru sampai tersebik² la jugak hahahaha. Bingai. Bila Nanny dah tamat perkhidmatan, budak² ni pakat nanges plak pe sume. Siot arr diorang ni. Ok tu je. Kang aku nanges plak ni kang HAHAHAAHA


2. Overhauled

Rancangan ni pon ko nak nanges baby??? *pengsan 3 minggu* Alaa.. ni takde laa aku nanges time dorang tukau enjin kete ke, cat body kete tu ke, pasang ekzos ke - apekesejadahnye. Kalau nak nanges pun, tengok keadaan la. Tengok sebesau mana value kete tu pada tuan punye. Contoh satu kes ni. Seorang wife yang baik ati dan cantek menarek tertarik kau memang da bomb ni nak mengsepraiskan laki dia. Alkisah, laki dia ni baru je kehilangan apak tersayang. So... kete yang cik wife nak overhauled ni kete arwah apak eh (arwah katanye ye). Kire kete kesayangan yang tiada tolok bandingnya dan tiada galang gantilah.


Bila sang kereta dah modified lawa², of cos laa laki dia nanges terharu. Dan macam biasa - aku pon terlarut di dalam perasaan terharu itu. Lebih-lebih lagi bila wife dia kata, walaupun dia takleh nak kembalikan arwah pak mertuanye ke alam nyata ni, at least dia leh tolong preserved kete arwah pak mertuanye tu untuk suaminya.

Lalu aku pon nanges laa seperti ini T____________T bengonggggg~


3. Oprah's Big Give

Yang ni macam dah takde je sekarang kat tv? Yang ni relevan laa jugak nak nanges ye tak. Rancangan realiti berunsur derma-dermaan ni. Itu takde la ape sangat. Hehehehehe. Biasalah aku. Orang susah yang dapat derma, aku plak yang teremosi skali. Huishhhh camne nak keje kat JKM ni??


4. American Idol


Ok. Ni kompem cam bangang. Takmolah ulas lebih lanjut. Pendek kata, asalkan ko nanges kat dalam tv tu, aku pon sebok tumpang sekaki ah. Tapi takde la sume. Just.. insan terpilih jelah. Kalau dah sore ko tak sedap pastu nak nanges bila orang reject, meh sini aku letupkan je paler ko.

Sebenarnye la kan. Aku cam kesian bila tengok lelaki nanges. Cam.......... ntah arr. Kesiannye. Macam ilanglah kejantanan tu dan luruhlah segala ego bila nanges tapi aku jadi kesian. Tatau nak cakap ah. Sape jadi laki aku sok, tolong laa jangan nak nanges depan aku time nak mintak aku masak pape. Alamat kang makan 2 jam kemdian laa baru ko dapat sebab nanti kang aku pon nanges skali, pastu ko kene pujuk aku sebab kalau ko tak pujuk lagi aku sedih, tapi aku ni bila orang pujuk time nanges kang lagi teruk nanges bla bla bla. Matiklahh ntah bila baru ko dapat makan hahhahaha.

Satu lagi pasal mak apak ke ape ke. Lagi la cepat menangkap ke lubuk hati (inilah dia hati si anak durhaka dan durjana, cepat jelah terasa huhuh). Pasal boipren tu, elehhh... takde la ape sangat. Sebab boipren² ni sume sesuai jika kita gandingkan dengan peribahasa 'patah tumbuh hilang berganti' (eceh.. cakap macam best. walhal................... :p). Tak macam mak apak yang kalau dah patah, takde tumbuh² derr.

So, kesimpulannye..

HAPPY BELATED BIRTHDAY BUNDA ! (tetibe). Birthday mak aku laa semalam. Moga beliau sihat sejahtera dan riang gumbira selalu. Aaa... nak menantu lelaki? Aaaaa.. ada ada.. dah order dah, lama dah tapi tak sampai² lagi hah. Dorang tak tampal setem kot :p (ke overweight??)

laaa... sibuk pimpin anak orang rupenye.. patut laa tak sampai² lagi.. dah dah, ni anak kita ni - pimpin cepat!~

Wednesday, April 21, 2010

510: hmmm~


Bila dok sorang, aku rasa macam banyaaaaaaaaaaaaaaaak je benda nak tulis kat sini.


Sekarang aku ade depan PC, takde satu pun daripada banyak-banyak benda yang aku dah fikirkan tu yang aku teringin nak tulis.


Ada satu dua perkara yang merisaukan aku. Sangat-sangat merisaukan. Betul-betul buat aku susah hati :( Dan menyedihkan bilamana aku rasa aku mahu bercakap mengenainya, akhirnya aku terpaksa akur - bahawa kalau aku ulang cakap benda ni pun sebenarnya tak membantu apa-apa.

Sikit pun tak.


So.. itu jelah. Bye~

Monday, April 19, 2010

509: What do you want from me?


Hey, slow it down whataya want from me
Whataya want from me
Yeah I’m afraid whataya want from me
Whataya want from me

There might have been a time
And I would give myself away
Oooh once upon a time I didn’t give a damn
But now, here we are so whataya want from me
Whataya want from me

Just don’t give up I’m workin it out
Please don’t give in, I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me
Whataya want from me

Yeah, it’s plain to see (plain to see)
that baby you’re beautiful
And it’s nothing wrong with you
(nothing wrong with you)
It’s me, I’m a freak (yeah)
but thanks for lovin’ me
Cause you’re doing it perfectly
(it perfectly)

There might have been a time
When I would let you step away
I wouldn’t even try
But I think you could save my life

Just don’t give up I’m workin’ it out
Please don’t give in, I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep comin around
Hey, whataya want from me (Whataya want from me)
Whataya want from me (Whataya want from me)

Just don’t give up on me
(uuuuuuh) I won’t let you down
No, I won’t let you down

(So I) just don’t give up
I’m workin it out
Please don’t give in, I won’t let you down
It messed me up (It messed me up)
Need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me

Just don’t give up I’m workin’ it out
Please don’t give in, i won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me

-Adam Lambert-


p/s : Yonna, akak nak lagu ni - sila jalankan tugas sekarang (heheh) ok dah dapat dah

Friday, April 16, 2010

508: Continual Pressure

Ni mesej via FB yang abang aku hantar aritu. Terkedu sambil rasa nak terkecik ati plak sket. Amende yang aku tulis dan suarakan kat FB tu sampai macam ni katanya dia eh. Aku sampaikan scroll balik previous achieve (bole kira achieve ka??) semata-mata nak tengok amendakah status aku yang teruk sangat tu.

Takde pun. Ke aku je yang rasa takde tapi sebenarnya ada? Ke aku tak paham ape dia cakap? Hmmmm..

Kemdian aku tinggalkan status yang menyatakan aku takmo apdet sehari. Eh abang aku komen.

Hehehe. Ok la tak jadi nak merajuk. Hihihi~

Semalam aku tak apdet status walau sebaris pun bukanlah sebab aku merajuk ke hape (tapi ade la sket² hehe). Aku tak apdet sebab aku takde blekberi, blek mejik mahupun blekdokbon nak apdet status aku katne.

Semalam aku gi Sg Petani ler, ade presentation. Kali ni aku pon kene present gak T____T ingatkan berjaya melepaskan diri, namun gagal.Kalau nak diikutkan, takde la nebes sesangat sebab encik yang chairkan meeting tu ok je. Dah kenal beliau since awal² buat projek kat Perlis, skarang dia jaga projek Penang ni plak. So... ok la. Ntah ape aku cakap aku pon tatau. Tapi ujung² tu aku cam gila kuasa plak, tetibe je rajin nak jawab time Q&A. HAHAHAHAHHAHAHAHA bengong. Opismate aku yang dah standby nak back up aku pun akhirnya tershadap sebab aku jawab semua.

Kawan², sila tepuk tangan atas keberanian aku untuk pertama kalinya ini. Bukan senang aku nak bukak mulut time meeting. Kalau ade pun, biasenye takde mic kat tangan.

Tapi takmo laa lagi present. Aku tak suke la. Aku nebes. Semalam sampaikan aku ilang selera makan, sakit perot terberi² siap angin dok buat pusingan round about sebanyak berpuluh² kali tawaf. Aku ingatkan sebab minum kopi time brekpes. Bila pikir balik, takkan nebes kot? Teruk sangat je kondisinya.

Aku takmo dah. Takmooooooooooooooooooooooooooooooooooooo~

Selain itu, aku jugek tetibe je dapat jumpe encik 13may. Seprais gak la aku bila tetibe dia tanye bole ke nak jumpe aku? Hahaha. Kalau tak sebab terjumpe ni, sampai ke sudah laa aku ingatkan dia orang Penang. Sumpah aku tatau dia orang Kedah ok. Korang tau ke?

kamera trick je ni. tu sebab muka aku nampak bulat cam stereng lori T____T ha pastu nampak cam rapat sangat tu, takde la berlanggar pon. ni sume gara² takot muka tak masuk frame. guna timer la katakan. huhuhu~

Awek-awek sekelian jangan makan atilah. Nak pi jumpa dia (itu pon kalau dia nak la, dia kan kerek :p), bawak²lah berjalan ke Kedah. Kot terbuka hati dia nak jumpe korang, bole la jumpe. Hehehe. Apepon thanks sebab sudi datang and belanje minum. Lenkali bole belanja makan kat Penang plak na?

Esok nak balik kampung. Banyak benda nak meluah-luah pada mak aku neh.

Wednesday, April 14, 2010

507: Hikayat di Mekah

Aku cerita ikut suke je ni. Takde flow. Layan jelah eh?

Depan Masjidil Haram, dah feel-feel London dah ni. Hahaha. Tapi spot ni memang akan kotor menjelang petang. Orang Arab suka makan merata-rata, dan tinggalkan sampah merata-rata jua. Rugi aku tak snap pic sampah sarap yang dorang letak selambe abah dorang masa kat airport Jeddah. Giler ah ding dong.


Macam aku pernah umpatkan dalam entry-entry sebelum ni tentang perangai Arab yang menyakitkan hati. Aku terpaksa mengaku la.. bukan senang nak tahan diri daripada marah - errr aku la. Aku kan pantang kalau orang kuang hajau ni. Nak je aku heret dorang yang kuang hajau ni pastu benam-benam dalam padang pasir. Heyyyy.. tapi bak kata Mr Sivaji, nasib baik laa ni Tanah Haram, kalau ni Tanah Halal dah ramai jadi arwah. Huhu~Takpe. Ni satgi lah aku cite.

Aku tunjuk pic la eh.
Dua-dua pic di tempat yang sama - Jabal Rahmah. Ala.. tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa lepas dorang diusir dari syurga. Ni spot orang berdoa mintak jodoh. Aaa.. ok laa aku pon doa menda yang sama. Aku tak sebut nama sape-sape pun. Cuma aku doa, kalaulah apa yang aku suka sekarang sebenarnya tak elok untuk aku, buangkanlah je perasaan tu daripada hati kami yang berkenaan ni - dan tenangkan hati kitorang nanti.

Huhuhuhu~

Ladang Unta. Ingat senang aku nak posing senyum lebau dengan bau yang menosok ke lobang yidong time tu. Fuh.. mencabar minda namun alhamdulillah aku berjaya! Aaa.. takde derr aksi lumpat-lumpat kerana aku mengontrol hensem sepanjang berada di sana. Hohoh.

Di Masjid Hudaibiyah untuk miqat Umrah yang terakhir. Yang kat belakang tu masjid asalnye lah. Kat seblah kaler putih (if korang notice), itulah yang baru.

Ingat aritu aku ade sebut pasal orang Arab melarikan orang kita? Salah sorang yang kena itu adelah kawan makcik yang tudung cekelat tu. Kawan dia asalnya nak duduk berehat je dalam Masjidil Haram tu - dan dia terus hilang sampai sekarang tak ketemu lagi. Dah lebih 20 tahun kejadian tu berlaku walaupun dah diripot pada pihak pulis Arab dan dorang pun tolong carikan jugek. Imagine kawan dia tu ilang masa umurnye lebih muda daripada aku, sekarang dah tua tapi tak jumpe jugek T____T

Satu lagi. Ni pesanan daripada Tabung Haji juga pasal keselamatan diri. Even pegi kedai pun silalah jaga diri dan kawan anda jua. Sebab kedai-kedai dorang ni ade bilik rahsia ok. Kalau dia berkenan kat ko, alamat disambaunye masuk bilik resia tu. Dem dem dem. Masa kat Mekah kitorang skodeng gak nak tau mana bilik resianya. Apa yang kitorang dapat tengok pon, bilik simpanan barang-barang dorang yang letaknya kat atas siling kedai. Tu kalau korang kene heret naik atas pastu jerit, tatau arr ade orang dengar ke tak. Jadi kekawan yang bakal mengerjakan Umrah. Plis plis plis do take care of yourself. Serius ni. Nampak, aku tak senyum ni? :D Eh tersengih plak.

Oh ye. Kat Mekah juge ade Arab yang usha. Kali ni anak pemilik hotel yang aku duduk tu la. Ekcely aku pon tatau ntah yang mana satu tah. Aku tengok sume cam bangla je.. takkan pemilik hotel tu bangla kot? Al kisah satu hari tu masa aku turun nak gi jalan-jalan kot, tetibe je pakcik sorang ni tegur.

haaa yang ni la
haa? tercengang bangang la kejap aku ni
nak, ni pakcik nak bagitau ni..

Bla bla bla. Ok Arab berkenaan mintak tolong pakcik tu kawtim dengan aku voleh? T___T Tiap-tiap hari pulak tu dok tanye. Kuase tau. Aku dah geleng sejak hari pertama pakcik tu bagitau, pon mau tanye lagi ke? Huhu. Kot laaa encik haji yang sorang tu ke yang tanya, boleh laa aku lari jap pi Masjidil Haram buat solat istikharah.

tak pun macam ni la.. pakcik cuba letak hantaran 30k, kalau dia ok korang bincang la. amacam?
aikkkkkkkk.. bincang mendenya. Saye takmo laaaa pakcikkkk

T___T

Mekah under construction. Kalau kat sini, kompem bunyik haruk kan? Kat sana takde pun. Pelik gak tuh camne dorang buat tah. Tapi bukanlah sampai senyap sunyi.. cumanya pencemaran bunyi tu kuranglah.

Pencemaran bunyi paling banyak yang diorang buat ialah... bunyik hon. Berenti kete nak hon, nak gerak pon hon, nampak orang nak hon, tak gerak-gerak pun hon - sume benda guna hon la pendek kata. Signal tu takmo plak dorang guna. Hon bertubi-tubi tu boleh bikin sakit jiwa sebenarnya. Tapi kan.. ala... buat tatau jelah huhu.
Kedai kat bawah hotel. Ha satu lagi, dorang memang akan menggunakan perkataan 'biji' ke atas semua barang. Walaupun baju kaa kain kaa, semuanya dibantai 'sebijik'. Sebijik kain. Sebijik tudung. Sebijik kupiah. Sebijik sejadah. Sebijik selipar. Sebijik aiskrim. Sebijik teh susu. Sebijik kurma. Ok yang ni betul.

Masa kat Muzium. Err ni muzium kat Mekah pulak tau. Kat belakang baby tu adelah pintu Masjid Nabawi. Besar bukan. Yaa... memang besarr.. Besarrr punya.

Aku tatau dah nak cite ape ni. Tadi rasa macam ade banyak je, sekarang dah lupe plak. So... sampai sini jelah pengalaman aku mengerjakan umrah ye rerakan. Kalau ade soklan, silekan tanye jangan shame-shame. Kalau aku leh jawab, aku jawablah. Kalau tatau, aku jawab gak. Hehehe.

:)

Monday, April 12, 2010

506: Hikayat dari Madinah ke Mekah

Secara jujurnya, aku lebih sesuai dan selesa dengan cuaca di Madinah berbanding Mekah errrr maksud aku, masa aku pergi tu lah. Madinah ialah tempat yang bercuaca ekstrim. Takde cuaca sepoi-sepoi kat situ. When it's hot, it's sizzling, damn hot. And when it doesn't, it'll be.. icy cold la kot. Untuk orang berkulit Korea cam aku neh, aku prefer sejuk daripada panas. Gedik ah eh. Ape nak buat, kulit orang romantik memang camtu. Hohehohehohe.

Malam terakhir di Madinah ekcely menerbitkan jugek rasa sedih di sudut kamar hatiku *tu dia Jamal Abdillah dah mai dah*. Serasa pilu sket. Tak dapat dah nak bersesak-sesak masuk mesjid, langkah kaki badan kepala Arab ni sume nak cari saf depan, tak dapat dah nak jalan-jalan shopping pastu ada orang kejar semata-mata nak tanye aku dah abes shopping ke blom, dan tak dengar dah la suara pakcik yang mengazankan tiap-tiap waktu. Sebab tu laa walaupun aku ekstrim punye penat, tapi demi laa nak jengah Raudhah untuk kali kedua dan terakhir tu, aku gagahkan jua.

Penat, ngantuk, marah (dengan polis Arab yang diskriminasi giler tu) dan pressure sket, tapi aku redah demi nak mengucapkan salam babai pada Rasulullah T__T

selamat jalan, kasih
sampai jumpa lagi

biar kisah ini kan ku kenang slalu

- Mamat -



Jumaat, 26 Mac 2010. Lepas solat Jumaat, bersiap² untuk gerak-gerakhas dengan menaiki bas ke Mekah. Perjalanan yang panjangggggg... teramatttt... tapi sebelum tu, singgah di Bir Ali untuk miqat Umrah.

@ Bir Ali, Madinah. oh ye, jarak antara Madinah - Mekah ialah 500km. sekian adanya


Ya di sinilah. Aku tengah tunggu kekawan yang dah terbatal air sembahyang - dorang nak gi amek wuduk la. Fuh mujur aku masih bertahan, kot tak kuaser aku nak beratur masuk toilet. Macam la dorang tu beratur kan kan kan. Masa aku snap pic ni, sebenarnya baru je terlepas adegan bertumbuk antara jemaah perempuan. Giler hape tah dorang ni, nak amek air semayang pun sampai bertumbuk². Aku tumbuk sesekor kang baru tau T______T

Nak kuar dari mesjid ni pon nyaris bertumbuk. Nyaris plak tu aku pon kene skali. Puah-puah-puah datok aiiii (ni orang Melaka nyer kata² kalau tengok orang dah melampau neh). Aku rasa keadaan masa aku gi open konsert kat KLCC zaman aku student dulu pon tak macam ni punye haruk. Huhuhuhuhuhu. Sian aku tengok orang-orang tua yang terhimpit cam nasik impit time tu. Aku kesian kat orang kita je laa, orang dia.. ermm tua ke muda ke sama je perangai.

Eh dok mengumpat orang Arab je dah makan dua perenggan. Grrrr...~

Kemdian perjalanan ke Madinah diteruskan. Aku cuba-cuba gak takmo tidur, tapi gagal. Jauh tu 500km! Aku rasa ntah la berapa lama atau berapa kali aku bangun-tido-bangun-tido, dipendekkan stori - kitorang sampai di hotel dah tengah malam. Dan start buat umrah menjelang 12.30 malam. Kalau ikutkan penat, boleh je nak tangguh buat esok. Tapi rukun umrah tu nak kena jaga, bukan senang tuh. Makanya kita buat jelah. Lagipun perasaan membuak² nak tengok Kaabah mana la dapat nak ditahan². Alhamdulillah umrah pertama selamat dilaksanakan menjelang 2.30 pagi.

Masjidil Haram at noon. shining~

Abes umrah Mr Sivaji ajak layan teh pulak. Aku bukan suka sangat pun, tapi dah orang belanja - bedal jelah huhu.

Hari-hari seterusnya diteruskan seperti biasa. Ada hari diisi dengan aktiviti ziarah - sama ada ke tempat yang dah siap diplan oleh pihak agen ataupun aktiviti ziarah ke kedai-kedai berhampiran dan berjauhan. Hahaha. Kalau diikutkan, kebanyakan barang di Mekah jauh lebih mahal berbanding di Madinah. Contoh satu la eh, Al Quran yang dijual untuk wakaf - harga di Madinah ialah 20 riyal berbanding di Mekah 40 riyal dengan saiz yang sama. Hmmm..~

Tapi kalau nak barang murah, ade je. Kene rajin jalan laa (macam kitorang). Ada je kedai satu riyal, kedai 10 riyal. Barang sama je. Tapi dah tentu la yang seriyal punya kedai tu jauhnye puluh-puluh riyal. Haha.

Sepanjang seminggu di Mekah, alhamdulillah aku dapat mengerjakan 3 kali umrah untuk diri sendiri dan sekali untuk abah. Dalam group kitorang, hanya 2-3 orang je yang buat umrah sampai 4 kali. Yang lain semua 3 kali je sebab tak larat. Aku paksa diri untuk buat 3 kali untuk diri sendiri sebab pahalanya menyamai pahala orang yang mengerjakan haji. Biasalah... dulukan diri sendiri baru buat umrah untuk orang lain hehe.

Ok panjang dah ni. Entry last pasal Umrah akan diupload lagi 2 hari. Hehe.

Friday, April 09, 2010

505: Hikayat di Madinah II

Beza waktu antara Arab Saudi dan Malaysia adalah 5 jam ye rerakan. Malaysia 5 jam cepat daripada sana. Contoh kalau kat Malaysia pukul 8 pagi, kat sana pukul 3 pagi. So kalau anda sms saye kat sane pukul 8.30 pagi waktu Mesia, saye tengah tidur nyenyak masa tu (pandang yang berkenaan sambil gigit bibir tande ape pon tatau hehe).

Tapi takpe. Kat sana waktu subuhnya awal sejam daripada waktu kita di tanahair. Biasanya kami sebilik bangun pagi pukul 4.00 pagi, siap² dan pukul 4.30 pagi dah gerak ke masjid. Boleh cari saf depan sikit, buat solat sunat apa yang patut. Nak mengaji pun boleh kalau rajin. Cuma nak berfesbuk je takleh hahaha.

door no 25, women's area, Masjid Nabawi

Seingat aku, seawal hari kedua/ ketiga, hidung aku dah start berdarah. Takde la sampai keluar melimpah ruah atau memancut² macam pili bomba pecah ke ape, cumanya bila aku rasa idung tak selesa - pastu jemari mula mengurek, ade la darah. Aku tak korek ganas² ok, manje je aku korek. Waktu pagi dengan malam memang agak seksa sebab rasa perit sangat. Kalau tak korek, darah tu akan berkumpul beramai² dan mengeras, terus la rasa idong cam keras jugek. So.. nak tak nak, kena buat operasi bersihkan longkang jugek setiap saat. Huhu.

Cite pasal masalah komunikasi pulak.

Masalah bahasa hanya akan anda alami tatkala nak berborak dengan orang sebelah kat masjidlah (itu pun kalau orang sebelah ko bukan orang Melayu ler). Cam aku aritu, rugilah tak dapat nak borak. Guna bahasa isyarat jelah cam orang bisu huhuh. Tu laaah dulu time ustaz ajau bahse arab, kuar kelas kata gi toilet tapi sebenarnye gi bli stok goreng pisang untuk member². Hehehe.

Masalah bahasa kalau setakat dengan peniaga insyaallah takde. Hampir semua kedai yang aku pergi semasa kat sini, tuannya pandai cakap bahasa melayu. Tak la sampai fasih, tapi berguna laa untuk ko yang nak bargain ka apa. Yang terer english susah sket la nak jumpa. Bole sket² tu kira dah ok la tu. Hah teringat plak masa temankan Kak Bebola Ikan survey kamus untuk anak dia. Ada satu kedai ni, penjualnye memang tak reti bahasa inggeris. Sebut 'dictionary' dia ingatkan kitorang cari Al-Quran tafsir T______________T punyelah takde kene mengena. Puas aku pikir apelaaaa kamus dalam bahse arab. Akhirnya.

Sama laaa. Kamus jugek. Cuma bahasa arab ejaannye Qamus. Hadoih.

Masjid Qiblatain. one of my favourite pic. sizzling hot! (both weather and pic. hehe)

Ermm.. satu lagi nak ingatkan. Ni bukan je apply masa gi wat umrah tapi dah tentulah bila kita pergi travel mana-mana. Jangan laaa pegi sorang even kedai tu dekat je - melainkan kalau ko rasa berani sangat. Aku rasa better janganlah walaupun ko berani. Di Arab Saudi ni walaupun dorang Islam macam kita², jangan sangka air yang tenang tiada buaya ganas. Heh. Kalau nak naik public transport, make sure lelaki masuk dulu dan lelaki juga keluar kemudian. Pernah jadi dulu la, perempuan masuk dulu - pastu dilarikan dek pak Arab. Kalau rasa nak balik Mesia lagi, hati-hati ye.

bergambar menghadap Jabal Uhud (muka Mr Sivaji aku mekap sket hahaha). kat belakang, makam para syuhada' yang terkorban semasa Perang Uhud. Alfatihah~


Apa lagi nak cerita eh? Oh. Pengalaman nak masuk ke Raudhah. Aku rasa ramai kot dah tau apekah Raudhah atau dalam bahasa melayunya Taman Syurga itu. Kawasan tu ada dalam Masjid Nabawi, salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Kiranya.. kalau berdoa, kompem makbullah. Insyaallah, moga-moga.

Lagi sekali, kalau ko lelaki, amatlah bertuahnya kamu sekelian T__T sebab kawasan tu amatlah terhad untuk perempuan. Kalau orang lelaki boleh masuk area Raudhah tu sesuka hati mak bapak mereka, orang pompuan pulak bergantung pada suka hati mak bapak...opsss bukan. Suka ati cik polis dalam tu lah. Exact time aku pon tak sure bila yang dibuka untuk perempuan. Ala kalau bukak pun, ade laa dalam dua tiang je ruang untuk perempuan berbanding enam tiang untuk lelaki. Errr camne nak explain pasal tiang ni? Ah later lah.

men's area. takde security check pon T__T sebab tu la lapang tenang je. huh.

Untuk aku sendiri, dapat masuk dua kali je, itu pun dah nyaris terbunuh pada percubaan kedua T____T Aku tak paham la ape ke nerakanye (read : what the hell) betoi orang Arab nyer pangai nih (matiklah mencarot lepas balik Umroh huhu). Dorang ni suke bergasak ok, main himpit bertolak² ni sume. Kalau kat konsert ke aku bole la terima, ini dalam masjid pon nak berasak macam hape. Ko tu hari² ada kat sini, bagi can laaa orang yang bayar tiket ribu² sekali seumur idop ni nak masuk Raudhah. Eh hangin lagi bila aku kenangkan. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~

So aku hanya dapat berdoa sambil mengalir airmata pada kali pertama jejak kat Raudhah, kali kedua dah takleh nak feel. Aku tengah nak solat duduk ni baru start pon polis dah cuit² suruh bangun. Biadap sangat! Aku doa ko mati cepat kang baru tau (ok ni kata² bila dah sampai Mesia, kat sane takdelah aku pikir macam tu). Makanya salam anda semua pada junjungan besar, Rasulullah S.A.W sudah aku sampaikan (Raudhah dengan Makam Nabi seblah² je). Dan fahamilah anda kini kenapa aku takleh nak sebut nama uols sorang² T__T

Selain daripada Bukit Magnet (dan tempat-tempat lain yang aku cam malas nak recall - nanti kang panjang plak karangan ni), kitorang dapat rejeki terpijak plak masa kat sana. Ini rancangan yang takde dalam jadual, iaitu pegi melawat muzium. Heh. Aku kan suke muzium! Yeahoo!!

at the muzium. pose tawaduk je. nak pose lelebih kang ustaz cakap ape plak.

Muzium yang aku tatau ape nama beliau ni letaknye betul² kat bawah Masjid Nabawi. Ye.. kene turun lif baru sampai. Dan muzium ni tak dibuka untuk public. Camne kitorang leh dapat masuk? Sebab member Mr Boss yang ikut serta gi umrah ni ada member yang keje kat situ. Makanya lepas solat zohor, yang berminat dah berjanji nak kumpul kat toilet no 1. Macam nak mati aku carik, siap tawaf keliling Masjid Nabawi T____T rupanya dekat je dengan tempat aku mula² keluar tadi. Cis cis cis.

Ekcely ade 3 buah muzium kat dalam tuh. Tapi hanya satu je yang dibenarkan masuk memandangkan kitorang pon last menet notice. Yang lagi dua tu kene ada surat kebenaran segala baru leh masuk. Takpelah. Dapat masuk satu ni pon dah besau rahmat ye. Heh. Dibawa menonton video dan melawat di dalam muzium oleh seorang pelajar kita yang belajar di sana. Satu unibersiti dengan anak Tok Pah :D heheh.

Nanti aku sambung cerita kat Mekah pulak.

Wednesday, April 07, 2010

504: Hikayat di Madinah

air traffic tower @ Abu Dhabi International Airport. view from plane.


Trip kali ni malas la aku nak cerita mengikut hari. Matiklah nak karang 12 entry berturut-turut cite pasal ni je nanti kang korang boring plak. Walaupun blog ni blog aku, dan patutnya ikot sukati aku la nak cite ape, tapi akhirnya aku bimbang - sebelum korang boring, aku plak yang letih nak bercerita hehe.

Perjalanan pergi tu memang la letih bagaikan tiada kesudahan. Lenguh tubuh badan. Turut flite kat Jeddah, terus naik bas ke Madinah. Sampai depan hotel lagi 2 jam nak subuh kot. Oleh kerana gelap, sumpah aku tak perasan pun yang hotel kitorang ni sebenarnya sekangkang unta je dengan Masjid Nabawi T______T Apapun, ketibaan kami ke kota Madinah disambut dengan hujan. Mengingatkan aku pada kali terakhir aku datang ke situ lebih kurang 22 tahun yang lalu, Madinah hujan juga. Ustaz dalam bas kata, dah 2-3 bulan Madinah tak hujan. Entah-entah ade wali Allah dalam bas kitorang ni :) Who knows, mebi ustaz tu sendiri, ye tak?

Di Madinah, stay 5 hari. Sepatutnya 4 hari je. It's good for jejantans dalam trip ni, merasalah nak solat Jumaat di Masjid Nabawi :)

Pengalaman nak masuk ke dalam masjid setiap hari memanglah menekan kepala otak. Berasak-asak dengan Arab ni sume yang takde perkataan 'beratur' atau 'manners' dalam kehidupan dorang. Sepanjang masa kat sana, aku puas menahan diri daripada marah. Kalau ko beratur pon takde maknenye weh. Eh aku kenangkan balik pun dah rasa nak maki hamun ni.

Cool baby cool.

Kawalan ketat hanya dikenakan pada muslimah je pulak tu. Abes la beg kene check tiap kali nak masuk masjid. Makanya tak dapatlah aku nak snap gambar dalam masjid - walaupun aku tau macamana caranya nak seludup kamera ke dalam tu dengan selamat hehehe. Biasalah, ingat ko pandai sangat (ni cakap kat diri sendiri) Allah kang kalau nak tunjuk, sesia je kamera aku kena rampas. Huhu~
ada masanya, keluar dari masjid terus dengar orang dok jerit jual barang. yang sesak bertambah senak T__T tapi memang murah²


Barang makanan terutamanya produk tenusu amatlah murah (tu dia ayat buku teks). Mana tak gemuk aku dibuatnye? Eh gemuk ke? Tak tak. Kalau mau shopping, yaaa Madinah laa tempatnye. Banyak choice aku rasa. Kene berani bargainlah ye. Ko lantakkan je dia nak kata ko bakhil pun, bargain selagi boleh. Lagi satu, bandarnya bersih berbanding Mekah. Even kaki lima pun dorang cuci tiap-tiap hari. Dan udaranya pun nyaman je.. Kebetulan masa kat sana, tak berape panas. Chill.

Nak cerita satu persatu tempat-tempat yang dilawati, aku bukan ingat sangat hahaha. Tapi yang paling menarik aku rasa adalah Bukit Magnet. Masa sampai kat area tu, pakcik driver bas terus matikan enjin bas tapi bas tu bergerak terussss........ laju hingga mencecah 100km/j! Itu pun pakcik driver dah tekan-tekan brek. Giler jimat minyak kalau lalu area Bukit Magnet ni hehehe.

sejujurnya aku pon tak pasti yang mana satu bukitnye. tapi aku anggapkan kawasan ni sume bermagnet la kot. kalau tak, takkan bas tu bole gerak laju? mujur tak ditarik ke bukit T__T

Oh. Pasal Arab yang ajak aku kawen tu. Sorang di Madinah, sorang lagi di Mekah. Errr.. sebenarnya la kan, aku kompiden je yang aku takkan diusik secara begitu kat sana sebab aku tengok minah arab kat sana giler punye cun. Korang kalau tengok baby-baby kat sana.. bole jadi ilang akal sebab comel banget!!!! Kalau dah baby comel, maknye apetah lagi la kan? Patutlah Kak Bebola Ikan tak bagi aku tanggalkan shades yang ku pakai itu. Tapi ape kesejadahnya aku nak pakai shades masuk kedai? Betul tak?

Yang di Madinah, adalah encik pemilik kedai buku. Puncanya sebab Kak Bebola Ikan laaa, dia nak beli kamus pastu bargain. Arab tu plak nak buat perjanjian, dia bole bagi murah dengan syarat, Kak Bebola Ikan tolong ejaskan aku untuk dia. Ashara riyal (sepuluh riyal) je ke rege aku? Nanges.

Aku paling takleh blah bila dia tanya kenapa aku tak kawen lagi. Isk. Aku senyum jelah, malas nak cakap ape.

you like money? gold? i can buy u new car, new building (building ok, bukan 'house'. hahahaha)

Aku biarkan je.

you don't like Arab man? aku senyum
you don't like me? aku geleng-geleng
you don't like man?

Aku rasa mau lempang je Arab ni. Hahahahahahaha.

Di sana juga, tak pasal-pasal aku kena jadi translator untuk kekawan aku yang tak paham sepatah haram ape Arab ni sume cakap. Padahal bahse Arab aku pon fail jugek T___T Cumanya kalau setakat harga barang dengan saiz ke, insyaallah aku paham la kot. So bila pegi mana-mana dengan rerakan sebilik dan terserempak orang dok lelong-lelong, nanti dorang akan tanye aku :

brape tu Mas?

Ah terpaksa la aku dengar bebetul ape yang Arab² tu cakap secara teliti. Ni kalau ustaz bahse arab aku tau ni, tatau la dia nak gelak ke atau nak menanges terharu tengok anak murid dia yang dapat result E ni jadi translator. HAHAHAHAHAHA.

@ Pasar Kurma, Madinah

Monday, April 05, 2010

503: Aku kembali ni..


Terlalu banyak cerita untuk diceritakan. Tapi aku letih. Sangat. Dan masih tak sihat (tapi datang keje gak huhuhuh).

Demam yang on-off (sebab tu aku tak amek MC), selsema dan batuk. Tak campur lagi dengan hidung yang berdarah sepanjang berada di sana sampai sekarang. But still, tak menghalang aku untuk mengenjoy hari-hari di sana :)

Sebenarnya sebelum aku bertolak aritu, ada sorang member. Perempuan. YM aku. Nak kirim doa katanya. Ujung-ujung sempat lagi sindir aku. Senang cite, doanya tu untuk kesejahteraan rumahtangga dia - in case aku nak mengacau suami dia. Suami dia yang bukan orang lain, kawan aku jugak.

aku : nape plak cakap camtu? ade org kaco daun ke?
dia : kalau ko tak kaco, takdelah

Sedih. Sentap.

Kalau aku nak kacau laki dia, bukan sekarang ni aku kacau. Sebelum diorang kawen pun kalau betul aku nak kacau, dah lama aku buat. Memandangkan suami dia tu dengan aku pun.... ermm.. perlu ke aku nak cakap?

Takpelah.

Aku tak mendoakan kebahagiaan diorang pun kat sana, apatah lagi nak mendoakan keberantakan rumahtangga. Kau nak bahagia, kau doalah sendiri.

Aku kan tukang kacau je :(

ha ni tak payah la nak gusip. budak opis aku je, baya anak buah aku plak tu.


Nantilah aku cerita tentang pak-pak arab yang ajak aku kawen kat sana. Kendian ye :)