Monday, May 31, 2010

528: "Menari dulu baru kuar air"

Salam sume...

Masa kat Sanwei Legun aritu. Kami dalam perjalanan menuju ke area yang ala² pantai tu. Sebelum nak menyampai ke situ. Kan ada satu laluan shower untuk pengunjung membersihkan badan secara lite-lite, siap ada muzik lagi. Sape yang penah pergi tu taulah ye.

Maka, lalulah kami di laluan shower itu. Aku macam biasalah menggedik lebih, mestilah jadi kepala ruan - masuk dulu. Sambil nari-nari. Aku pun berkata,

kat sini kene menari dulu baru kuar air ni ha

Melangkah ke dalam laluan tu dan terus menari. Dan kebetulan air shower tu pon memancut deras. Brrrrrrrrrrrrrrrrrrr gituuu.. Dan aku terus jelah nari-nari lite². Tetibe terdengar Esah bersuara,

betul ke kat sini kene menari?

Aku pandang belakang. Huk aloh. Dia menari betul-betul! HAHAHAHAHAHHA!!

ko tak baik ah Ctah.. dari dulu asik nak kenakan orang je, sian Esah
(tapi gelak jugak)
ape pulak. biasanye kalau aku cakap ngarut² camni kan korang bukannya percaya. hahaha. takpe Esah, laluan ni pendek je so tak payah nari lama-lama hehehehee

Selepas selesai bermandi manda, kami lalu lagi kat laluan shower tu.

Ctah, jom menari!
Hahahahahahahhaahah



# ade sorang 'padi' aku kata = memang susah kalau terlalu rapat dengan sapa-sapa. jangan susah hati, kau ade banyak 'padi' lain. aku kan ada.

hati pun terharu-haru. huhuhuh~

Tuesday, May 25, 2010

527: Afi nak cakap ni..


EH!!! ni sume-sume ni kekawan Busu kite eh? Aunty dengan uncle ni sume nak cakap dengan Busu kite ke? Busu kite takde arr.. Dia kata dia nak cuti, kite tengok dia macam susah hati je tapi dia gelak-gelak je jugek.

Kite suke laaa bila Busu kite hepi, suke bila dia layan kita main menan² tu sume, besh tau! Kalau dapat ajak dia mandi kat swimming pool lagi besh! Busu kite tak reti berenang tau aunty, uncle. Mama kite nak ajau dia pun, dia takmo - takot masuk kepala dalam pool kate Busu kite. Hekhekhek kelakau je *opsss tercakap macam abah kite plak*


Busu kite pesan kan, tengok-tengok jelah blog dia ni.. Komen-komen laa bagi dia hepi tau! Pastu kite nak pesan gak, doakan yang elok² untuk Busu kite tau! Kite sayaaaaaaaaaang Busu kite, walaupun nak jumpe dia sebulan sekali pun susah!

Babai aunty, babai uncle! Oh lupe nak bagitau. Nama kita Alfi. Hehehe.


# Jumpa lagi minggu depan, insyaallah.

Monday, May 24, 2010

526: sabtu yang best

oleh kerana paha sendiri giler hot, terus beliau terbakar walaupun dikelilingi air. demm~

Dalam sebulan dua ni kot, aku rasa cam betul-betul lone ranger. Haha (gelak tanpa sebab yang kukuh). Bila aku rasa jumlah kawan dah merosot tanpa sebab – terutamanya.. aaa.. malas la nak elaborate lelebih nanti kang tercakap pulak benda yang tak sepatutnya – agak janggal dan canggung jugaklah pada awalnya. Tapi selalulah aku mengambil pendekatan mudah untuk memujuk hati sendiri iaitu apa diharap padi seberang. Padi di Kedah kan masih ada lagi, tak begitu? Kalau tak cukup padi di Kedah, kuda padi juga masih berguna. Ingatlah, sebijik beras seumpama setitik peluh petani.

Skiplah portion ni. Tak menarik untuk dibincangkan.

Sabtu lepas, pelan untuk berkuyupan secara berjemaah sejak 4 tahun lepas akhirnya terlaksana jua. Walaupun ahli korum mengalami pengurangan dan penambahan, namun ia sedikitpun tidak menjejaskan kelancaran program. Alhamdulillah, semuanya meledak-ledak kegembiraan bagaikan pertama kali bercinta.


Ini kali ketiga aku ke Sanwei Legun, tapi yang kali ini adalah yang paling happening dan memengsankan. Aku suka. Hahahaha (kali ni gelak bersebab – happy la ape lagi). Sape ntah antara 4 orang kekawan skolah aku ni yang kata ‘muka ko kanmain eksaited lagi mengalahkan tak penah masuk’. Hehe. Ntah lah. Mungkin sebab aku cepat teruja, ataupun aku macam nyaris dah terlupa macamana nak happy so bila ade peluang ni, terus ala-ala hilang pedoman T__T Minggu ni tak ramai orang, yelah belum gaji kan. Tetibe feel kaya sebab boleh bergirang walaupun belum gaji *astaghfirullahalazim* Pastu nampak ada Family Day RTM, tapi tak nampak Jard pun? :D


Ade 8 jenis permainan yang kitorang hentam main, ade satu tu siap repeat lagi. Giler.. tapi memang seronok bukan main-main ni. Orang ajak naik kapal pairet tu, aku layankan je walaupun dalam dada tu berdagdigdug. Eh bukan dagdigdug dah, dungdungdungdung. Apepun, aku tetap rasa cool jugak berbanding kapel kat sebelah Rozan tu yang mengucap sepanjang kapal tu berhayun HAHAHAHAHAH seronok plak aku gelakkan mamat tu.



Lagi. Ade la permainan yang kuda warna warni tu.. korang pasan kot (sape yang penah masuk la). Untuk budak-budak je tu tapi kitorang nak try gak hahahaha gelak lagi. Saje la tanye kot boleh kan. Lantaklah kalau takat duduk bodoh je pun, dah bayar per. Ingat sikit ke RM60 di saat duit claim tak masuk lagi hah? Eh emo sendiri.

Maka bertanyalah kami dengan konfiden penuh di dada dan merebak ke seluruh wajah.
Untuk 10 tahun ke bawah je kak

Malu pun merebak ke seluruh wajah, menggantikan muka konfiden tadi T___T
Kalau akak datang 10 tahun lepas, boleh la naik

Konfiden kembali menakluki wajah kitorang. Hahahaha. Tapi kan, aku dengar budak tu kata ’lagi 15 tahun’, member aku kata ’lagi 10 tahun’. Ok la. Kurangkan perasaan riak dan lupa diri tu, kita amek jelah 10 tahun tu eh :p Yee.. kitorang dah 30 tahun ni, single lagi – dengki ke? Eh emo lagi. Haha.
liana, esah, che', rozan, aku. thanks sebab dalam tak sedar, korang ingatkan aku yang aku masih ade kawan-kawan lagi :)

Dari pukul 11.30 pagi kot kitorang kat dalam tu, dan keluar menjelang pukul 5 petang. Penat giler tubuh.. Mengantuk, lapau, haus semua lengkap (eh aku seludup air mineral tapi tak bawak jenjalan plak, dok biarkan dia temankan selipar). So lepas Liana beli selipar, barulah kitorang serbu Pijahat. Nikmatnye makan di kala kebuluran hmmmmmmmm~

Keluar dari Sanwei Piramid dah 7.20 malam. Patutnya aku hantar dorang kat stesen komuter terus. Tapi tetibe macam nak bawak dorang jenjalan melawat kota kediaman aku ni ehem. Sibbaik la takde sape yang kata ‘ala nak balik tengok AF Final’ :p So.. aku pun bawaklah dorang gi kat i-city tu :) Bagus jugak dorang tak penah pegi, so.. terkagum-kagumlah mereka semua dan berposing-posinglah mereka sehingga terlupa daratan sebentar akan kepenatan bersuka ria di SL tadi.

ni jelah pic kat i-city yang dapat aku snap guna kamera sendiri sebab bateri dah kong. Sape punye keje tu :p


Malas nak cerita pasal aktiviti hari ahad, nanti entry ni panjang berjela. Sadakallahul’azim.

Friday, May 21, 2010

525: Double Confession


Rasa bersalah menerjang mindaku bila membaca entry Anul ni tadi. Sorry laaa Nunul sebab secara tak langsung, ko diberi amaran sebab kegagalan aku menghadiri tayangan The Descent 2 kat Cineplex tu. Sorry haaaa.. Aku sangat kesal gak sebenarnya sebab rasanya ini pertama kali aku reject selepas aku setuju nak pegi T_____T Walaupun sebenarnya aku dah dapat geng untuk temankan aku, serius masa tu mood nak tengok wayang jatuh merundum sampai ke tapak kaki.

Lain kali kalau dapat tiket free, jangan serik eh ajak aku T_____T demmm rasa bersalah dengan ko, dengan member aku yang dah setuju tu pon. Hadoihhhh~

Kena la belanja ABC Fradoo kalau gini eh? Hahahaha.

********

Dalam beberapa minggu ni, aku selalu pulak mimpi lepas solat subuh. Ok la terpaksa la mengaku habit aku yang errr bukan suka, tapi dah terbiasa - tidor lepas solat subuh. Hehe. Aku dah biase le masa kecik-kecik kan liat nak bangun solat subuh, mesti mak ataupun abah akan pujuk "bangun semayang kejap je.. 5 minit je, pastu tido la balik". So sampai sekarang la aku macam ni HAHAHAHAH. Dah berlaki sok takleh la nak meneruskan ritual hidup macam ni kan? Huhu.


Ok kembali kepada cerita sebenar.

Ada beberapa perkara yang aku mimpi masa tu, jadi kenyataan pada siang di hari yang sama. Berturut-turut pulak tu. Contohnya, masa aku mimpi ada orang ajak tengok movie dan memang dalam movie tu kitorang pegi kat tempat yang tak dikenali pun.. dah siap beli popcorn per sume pastu ting!!!!! Bunyi alarm T___T. Yang menariknya, tengahari tu aku dapat sms daripada orang yang aku mimpi tu - "jom tgk muvi". Aku terus amek EL halfday. HAHAHAHA.

Lepas tu, aku mimpi orang lama itu datang tumpang tidur kat umah aku. Paginya pulak, tetibe dia YM aku. Hehe. Lagi. Aku mimpi kawanku yang keja kat Riyadh tu datang dan bawak aku jalan-jalan. Guess what, siangnya aku dapat mesej kat FB daripada dia - dia ajak aku pegi Pulau Redang next week!

Coincidence kaaa ataupun sebenarnya aku terlalu fikirkan hal diorang ni, tatau la. Takde la fikir sangat pun. Atau adekah kemungkinan pemikiran kita sesama manusia boleh berhubung di dalam minda di bawah sedar. Perghh ape aku cakap ni pon aku macam tak berapa faham. Heh. Ada orang kata, kalau kita mimpikan orang tu - maksudnya yang di sana tengah rindukan kita. Tapi secara logiknya, kalau dia yang rindu, apsal kita plak yang mimpi???? Patutnya dia laa mimpi, kan kan kan.

Tapi.

Dua hari lepas, aku mimpi pergi konsert Saleem Iklim tu. Malangnya sampai hari ni, takde plak sape-sape wakil Saleem yang call aku dan kata nak bagi tiket konsert beliau kat aku. Eh, Saleem ade nak buat konsert ke?

Huh.

Wednesday, May 19, 2010

524: Memang tak tau nak tanye ape eh?

Macam ni lah..

Aku sebenarnya tak kisah pun kalau orang dok tanye - bila nak kawen? bila nak kawen? bila nak kawen? bila nak kawen? (ulang lapan belas ratos juta liyon kali ye hadek² dan habang² dan hakak² sekalian yang ada). Sebab, seperti mana banyaknya soklan tu diajukan, begitu jualah jumlah jawapan yang aku boleh bagi. Haha.

bila nak kawen?
cadangnye arinie tapi ni kena teman mak gi kenduri ni ha, postpone la kejap (jawapan pada jiran yang dah lama gak aku tak jumpa)

bila nak kawen?
*tengok jam* aaaa.. pukul 3 satgi... datang la ye (jawapan pada kawan mak aku merangkap ustaz hahahaha)

bila nak kawen?
nape, nak sponsor ke? (jawapan pada sepupu² aku yang tak letih bertanya)

bila nak kawen?
bila ada masa lapang - cehhhh macam la bz sangat HAHAHAHAHAHA

bila nak kawen?
bila ada orang datang minang, kawen ler lepas tu hehe (jawapan pada kekawan fesbuk)

bila nak kawen?
haa.. sebut je bila nak. sekarang bole?

bila nak kawen?
bila ko dapat kad, masa tu laa aku akan kawen

bila nak kawen?

sibuk tanye ni pehal, ko tu dah kawen ke dok tanye² ni

Ok yang last tu macam dah nak marah la tu. Hahahaha.


Ntah la. Aku tatau nak cakap ape tah. Aku takde la sedih pun kalau orang tanye. Tapi kadang-kadang tu rasa cam nak mencar pun ade (Yonna, ape dia perkataan penuh bagi mencar tu? hahah). Yang paling aku rasa cam nak lepuk bila ada sorang kawan aku yang baru jelah kawen 2 bulan lepas boleh menjadikan soklan kawen ni sebagai soklan pertama masa call aku aritu. Nak je laaa aku remindkan dia - supaya ingatlah balik zaman sebelum dia kawen dulu tu. Adekah dia ingat lagi perasaan dia masa orang dok tanye² dia soklan yang sama. Best ke? Dah lupa ke bila orang tanye² camtu dulu, nantik kendian dia bantai nanges?

Sape plak yang cakap kat dia soh sabau je kalau bukan aku? Sekarang ni bole plak tanye cenggitu ye *nada kesal*

Ok kembali kepada topik utama.

Aku siyes ni tak kisah sangat orang bertanya. Concern la tu. Tapi there's a fine line between concern and busy body. Aku taklah kata orang bizi body. Cumanya kedengaran tu macam tu lah. Kalau tak bizi body, macam nak show off plak. Apsal, ingat idop aku miserable sangat ke eh? Ok fine. Memang tak best mana pun tapi...

alahai.. ntah ar. Mak letih uols.

Pakcik kat opis aku ni lagi laa satu hal. Asek cite kawen je. Jengkel betul aku dibuatnya. Asalkan nampak je muka dia, itu jelah topik borak eh. Sampai aku dah tak kuaser nak layan (eh penah ke aku layan? HAHAHAHA). Semalam lagi sedap. Aku terdengar dia sebut kat opismate aku (single gak minah ni) pasal hantaran. Selamba abah tokey kedai sebelah je dia kata, "alaa.. seribu dah laa buat ape mahal²". Terus rasa cam nak tampau je, aku pun tolong jawabkan.

seribu tu nak beli lembu pon tak lepas, pakcik.. kawen dengan lembu je la, itu pon kalau lembu tu sudi terima seribu tu


say whatttt???? seribu je? boleh blaaahhhhhh

Ngeeeeh kurang ajau plak jawapan aku ni. Tapi aku rasa ayat pakcik tu pon kurang ajau gak. Ape kao pikir dah 30 ni takde market ka? Nak kena lempang? Opsss maaf ye pakcik, nak salam cium tangan takleh laa plak - dosa. Hmmmm. Kadang-kadang bukan niat kita nak jadi kurang ajau, tapi keadaan yang menjadikan kita macam tu. Adekah ayat aku ni tak mendapat sokongan? Huhu.

Daripada korang dok tanye² aku camtu, baik la korang carikan aku calon yang mantap². Pastu boleh laaa korang jawabkan bagi pihak aku kalau ade orang tanye:

Masy, bila nak kawen?
aku : errr...
korang : aaaa... dia ni kawen lagi dua minggu

inilah bakal kemantin lelakinye kalau uols kiries nak tau ler..daripada last week dia dok pakai baju nikah tu ha, tak sesabau la tu

Kan best tu? Hahaha.

Monday, May 17, 2010

523: Bronkitis? Biar betuk?

Sabtu lepas sebelum menemankan mak aku pergi mesyuarat, terlebih dahulu mak aku kena temankan aku pergi klinik hehe. Oleh kerana desakan rerakan dan kakak ipau serta mak aku sendiri supaya aku pegi klinik dan buat fully check-up, ok laa ok laaaa.. aku pegi laa. Tu pun lepas mak call dan bagitau aku yang dia dah buat appointment dengan doktor. Mekasih la bunda, susah² je heheh.

Lepas X-ray, katanya ok. Sume clear. Tapi doktor keep on mentioning about bronkitis yang membuatkan aku tertanya dalam hati 'takkan la aku ade bronkitis kot??'. Kalau betul, nape dia tak sajeskan aku pi spital ke ape kan kan kan. Yang pasti, katanya aku belum menyampai ke asthma lagi la. Jauuuh lagi bak kata beliau. Gud². Tak teringin pun nak ade penyakit sesak² camni. Huhuh.

hmm.. ok je ni, takde ape pon - Doktor Mika *tetibe

So untuk menclearkan minda tentang bronkitis ni, aku gugel la kejap ni ha.

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

  • Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)

  • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

  • Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.


Apakah yang menyebabkan Bronkitis?

Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.


Gejala yang perlu diberi perhatian

Bronkitis Akut

Bronkitis kronik

  • Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada
  • Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F)
  • Sakit tekak
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Penyebab utamanya ialah merokok
  • Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
  • Sukar bernafas dan terasa sesak dada
  • Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)


Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis?

  • Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.

  • Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.

  • Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.

  • Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.


Pengurusan sendiri

Penjagaan sendiri untuk penyakit Bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.

  • Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.

  • Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.

  • Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa


Ubat Untuk Merawat Bronkitis

Doktor anda mungkin:

  • Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
  • Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
  • Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota)


Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:

  • Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).

  • Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.

  • Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.

sumber : http://www.infosihat.gov.my

Tatau la tu aku dalam kategori mana. Kalau ikutkan simptom, hanya dua simptom pertama dalam senarai Bronkitis Akut tu je yang aku ada. Sakit tekak tu akan rasa kalau aku makan makanan berminyak dalam keadaan sekarang ni. Yang lain tu takde pun.

So... sekarang yang aku nak tau. Ada ke aku kena berpantang makan makanan tertentu? Kalau ikutkan logik, rasanya apa je makanan yang boleh menambahkan batuk tu yang aku tak boleh nak sentuh. Yang lain tu tataulah. Hmm...

Ok la. Mau sarapan sekarang.


# ekcely ni kali kedua doktor sebut perkataan bronkitis pada aku. 1st masa 1998, sekarang ni sebut lagi. apekaahh....~

Friday, May 14, 2010

522: Kalau aku bukan anak mak aku, adekah kau akan layan aku dengan baik?

Salam semua.. sari berita penting.

Terbaca blog Reen pasal pengalaman ngeri dia praktikal di sektor kerajaan. Aku teringat pulak zaman aku praktikal di sektor kerajaan masa student dulu. Hahaha. Tapi tataulah. Rasanya mungkin pengalaman Reen lagi ngeri kot memandangkan cerita dia siap ade episod tu ha.


Aku praktikal tak lama pun, tak sampai sebulan rasanya. Sebab praktikal masa orang cuti semester. AiTiEm cuti semester takde la sebulan pun. Sadis ah. Orang cuti, ko praktikal plak. Motif sangat. Ikutkan skedul, minggu pertama aku dengan Peah (ye saje je kitorang pilih tempat praktikal same-same, barulah mesraaaa) stay kat bahagian admin. Dua minggu yang belen tu dok kat teknikal. Cabaran kecelakaannye masa dok kat bahagian admin la kot. Takde la celaka sangat tapi..

Alkisah. Ade la sorang makcik ni, aku pon tatau la ape isunye dia dengan kitorang ni ha. Dia tak suka tengok aku dengan Peah berhu-ha-hu-ha dengan staff² lain. Pelik aku. Dah ko tak suke, dok jelah dendiam kat situ. Nasik tak dingin, pinggan takde corak kotak, kalau tak hingin, jangan la kutuk² plak. Kitorang pun takde laa huha daripada pukul 8 pagi membawak ke 5 petang tu. Giler hape. Tapi senang cakap, dia nak kitorang mencontohi laa budak-budak praktikal dari YuTiEm tu ha. Yang doplohpatjam dok dalam lab tak bercampur gaul dengan orang.

Sekius me, it's so not me ok. Dia nak menyumbangkan kera, itu dia punye pasal. Lagipun bak kata makcik.. err ape eh nama dia lupe dah, dia kata "nanti kalau jadi pegawai, jangan pulak nak menyombong macam tu. bagus laa korang bercampur macam ni. dia tu yang nak panas apehal tah". Haaaa oleh kerana makcik yang tawaduk pun dah cakap macam tu, kita ignore jelah eh.

So.. biar jelah. Lagipun.. bukan dia yang buat penilaian pada aku nanti. Makanya tak berkudis hatta sekuping sekalipun lah kiranya. Cuma tak sedaplah bila pegi ke bahagian teknikal, ada orang yang bercerita kat aku pasal ape yang makcik tu cakap. Eh makcik ni.. dia marah kot sebab aku ajar staff² admin tu guna internet (masa tu kan bukan sume orang terer - ingat tu), pastu ajar dorang camne nak tengok CD filim kat PC dengan selesa. Hahahahaha. Ok per. Berkongsi ilmu, ape salahnya. Kalau dia teringin nak tau pun, aku boleh tunjukkan ler.. T____T

Bila aku perati² makcik ni, aku heran gak. Apesal tah. Aku tegur dia macam aku tegur orang lain. Oihh.. berlagak plak tu macam pegawai besau padahal kerani - bukan ketua kerani pon. Ha jangan kata aku pandang rendah plak kat kerani-kerani sekelian ye.... Aku cite pasal makcik ni je. Agaknya dia nak aku salam cium tangan dia tiap kali punch kad pagi-pagi kot?

Ah lantaklah. Hubungan kitorang (aku dan Peah) dengan staff lain ok je. Keluar makan same-same. Buat keje, kuar gi site. Gi shopping. Ape lagi? Ada yang tak faham, tanye je. Tapi takde la aku berani nak tanye kat makcik kepohci tu. Dengan muka yang takde sense of welcoming tu, lupekan jelah.

Ade gak aku cite dengan mak pasal makcik ni. Mak aku kata biarin aja. Bukan aku keje kat situ pun. Abes praktikal dah tak jumpe lagi dah. Buat baik jelah kata beliau. Yelah tu mak. Hmmmmm~

Lalu semua pun berjalan seperti biasa...... sehingga....

Hari terakhir aku berpraktikal. Kebetulan ada pulak orang datang kat opis menjual cekelat-cekelat ni sume. Tengok harga, bole la - murah jugak. Pastu kakak-kakak dan makcik-makcik admin sepakat membawa berkat nak belikan untuk kitorang cekelat tersebut sebagai hadiah laa.. kata last day kan. Masa aku tengah memilih-milih tu, makcik kepohci pun join sekaki. Fuh... berderau darah aku hahahahaha.

Tetibe kejadian mirekel berlaku. Ya, dia tegur aku. Ayat pun mirikel giler.

dik, akak nak tanye sikit la.. (akak?? *meninggal*)
nak tanye ape?
muka adik ni kan.. macam akak biasa tengok

hehehe ramai orang cakap macam tu, saye ni memang muka artis hahahaha

umah kat mana eh?

Sg Udang...
ooooo.. akak ade sorang cikgu tau kat Sg Udang tu. adik kenal tak Cikgu Maznah? adik dia nama Cikgu Nafsiah

oooooo... Cikgu Maznah.. kenal. kenal sangat.. (sambil belek-belek cekelat lagi)
iye?? jiran ke? ke satu kampung?
bukan takat sekampung, kitorang dok serumah.. itu mak saye..


Lerrrr.... Anak murid mak aku rupenye!!!!!! Siotttt. Ni macamana mak aku mengajau murid ni. Apsal murid dia yang lain sume ok tetibe tersentil sorang sengal camni. Hadoihhhh malang betul.

Dia dengar je aku anak cikgu kesayangan dia, terus bertukarrr bertukarrrr. Abes dia angkut cekelat-cekelat tu dia belanje aku. Pastu siap panggil aku gi kat meja dia. Aku pon pegilah. Tengok dia tengah tulis nota apetah. Lepas dah tulis, dia lipat elok² siap stapler lagi, dan keluarkan ntah ape ntah daripada laci meja dia.

ni.. nanti bagi kat mak eh.. akak.. eh.. acik baru balik gi Indon aritu, kebetulan ade subinier lebih ni.. memang rejeki cikgulah ni..
oooo... ye ke.. ok ok nanti saye bagi..

kemsalam kat dia eh.. cakap F-----H kemsalam.. anak murid dia masa kat bla bla bla bla tahun bla bla bla.. cikgu tu baikkkkkk sangat.. memang sayang sangat kat dia..

(yeah wuteva) hehehehe.. oklah nanti saye bagitau... mekasih ye..
sesama.. mak sihat? ni anak dia yang bongsu eh? patut laa rupa sama betul dengan mak masa muda dulu bla bla bla

Eh pandai bercakap jugek rupanya makcik ini ye. Ingatkan reti mengumpat aku je. Hmm. Staff lain bila dapat tau, tak cukup perut dorang gelakkan aku. Apsal tah gelakkan aku, siot betoi hahahahahaa.

kalau dia tau dari awal ko anak cikgu dia, mesti ko dah jadi anak angkat dia kot ahahhaha
eyyyy tak kuaserrrr ok :p hahahahahha


Balik umah. Cite kat mak dan bagi subinier tu.

mak ingat ke dia?
F-----H tu? ingat. dia tu bukan cerdik pun masa skolah dulu. lembab gak ler..

Patut laaa T________T

Wednesday, May 12, 2010

521: Ikhlas Tapi Tak Dekat

Apabila yang paling dekat itulah yang paling jauh. Bukankah itu satu keadaan yang agak meruntun perasaan dan menyedihkan. Menyedihkan bukan kerana jarak. Menyedihkan kerana terjarak. Yang jauh pula serasa bagaikan di sisi. Pun menyedihkan. Pun bukan menyedihkan kerana jarak, tetapi terjarak. Membuatkan aku tercari juga, apa agaknya cela yang dibuat dek aku ini sampai begini jadinya?

Hey kepiluan, boleh tak blah jauh-jauh? Aku dah laa tak sihat ni T___T


Banyak perkara yang dikesalkan. Tapi sebagai manusia biasa, aku pun tak boleh nak mengelak untuk berbuat perkara yang aku paling kesal dan cuba elakkan, walaupun sedaya upaya telah aku cuba untuk menolaknya. Apa yang termampu, aku berdoa moga Allah senantiasa mengampunkan. Dan menunjukkan jalan. Dan sentiasa memandang aku dengan kasih sayangNya.

Kerana dah tentu tanpa itu semua, aku kini entah ke mana-mana halanya :(

Tenangkanlah hatiku ya Allah. Moga tanpa keredhaan manusia pun aku mampu terus bernafas tenang. Tidur dengan lena. Dan bangun dengan ceria. Moga tanpa pandangan mata mereka itu pun aku tetap menjadi aku yang dulu. Dan semoga apa yang baik padaku dikekalkan dalam keadaan begitu.

Berkatkanlah apa yang ada padaku, jauhkan segala yang tidak daripadaku. Ditambah yang elok, dijauhkan yang buruk. Dan semoga umurku sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayatmu, sentiasa. Kurniakanlah aku hati yang besar dan bersih, yang sentiasa mampu menerima ujian dan rahmatmu dengan sabar. InsyaAllah..

Aku doakan juga perkara yang sama untuk kamu, semua :)


#alfatihah untuk abang opismate aku yang kembali ke rahmatullah petang semalam kerana kanser darah. arwah pernah tolong belikan dan pasangkan juge bateri kete aku yang penah out dulu, dan antar kitorang ke airport. moga rohnya dicucuri rahmat, insyaAllah...~

Monday, May 10, 2010

520: Tag Nan Gumbira

Apdet status kesihatan : aku masih tak sihat. tapi memandangkan doktel bagi MC sehari je pon khamis lepas, here I am.. keje T__T sabtu ritu aku batuk sampai termuntah. ngahahahaha. eh gelak plak. ok ok. nyaris laa sebab sebelum muntah, aku sempat tahan ok. tapi agak kronikel gak demam kali ni, asik terjaga dari tido sebab dengar suara sendiri. demm. so dua hari ni, dok membosan kat umah jelah. paling kuat pon gi kedai. tu jelah. sekian.

Erina telah mengetag aku. Dah lama tak kena tag² ni, ingatkan dah pupus permainan tag di kalangan blogger sepertimana permainan konda kondi mulai pupus di kalangan masyarakat kita akibat kebanjiran PSP dan fesbuk, rupanya telahanku salah belaka.

Memandangkan nama aku tersenarai - bukan setakat tersenarai je ye, nama aku adalah yang pertama dalam senarai orang-orang yang ditag - menggambarkan betapa Erina mau tahu apekah 10 perkara yang menggumbirakan aku, maka..

Tadaa.... inilah dia. Penat pikir ni. Ni pun sambil taip sambil pikir lagi. Huhu.

1. Dapat jumpa. Jumpa orang yang terkenan di hati. Bak kata Erina, 10 menet pun jadilah. Eh same plak ye. Hohehohe.

2. Dapat setelkan semua benda yang terkumpul dalam kepala dalam satu masa. Let say aku dah plan - hari ni nak pi bayar duit kete, nak bayar bil, kemas umah, beli paper, isi minyak, pam tayar. Dan aku dapat buat semua tanpa sebarang masalah. Best giler tahap terajang dinding ah. Kompem balik tu sambil tengok tv, aku leh tersenyum sensorang tanda hepi tak hengat.

3. Dapat puaskan ati mak. Especially kalau dia suka dengan apa yang aku belikan untuk dia. Priceless. Sebab mak aku kalau tak suka, dia akan cakap depan muka aku. Giler down aku nanti weh.

4. Bila dapat kumpulkan abang-abang aku n family. Dapat duduk dan berborak pun jadilah. Of course la mak aku kena ada sekali. Bukan senang nak kumpulkan dorang ni T___T Aku pun tak ingat bila last kitorang dapat kumpul reramai tanpa missing sorang pun. Yang last dapat berkumpul pun rasanya sebelum aku pegi Umrah aritu. Itupun tak lengkap sebab Along dengan Ude takde. Frust frust.
MANA YANG NOMO 6???!!
bila sume orang ade, aku plak takde &^%@#*&)$)(*@#&^!%%^!@


5. Holiday!!! Kalau tak holiday, pi outstation pon aku happy gak. Huahahahahaha. Orang lain bencik gi outstation, eh aku suke je. Unless kalau clash dengan point nomo 1 tadi, mebi akan ade kelainan sket la.

6. Kalau hajat sendiri ditunaikan oleh orang lain. Hahaha. Kene bagi contoh ke? Ok.. contoh la. Ko teringin nak makan nasik ayam - ni bisikan dalam hati je, tak cakap kat sape² pon laa konon² tau. Pehtu baru je nak kuar pi beli nasik ayam, tetibe je Mr Sivaji kata 'hey si gadis manis, tolong blikan nasik ayam untuk semua, I belanja'. Auuummmmmmm~

7. Berangan pun boleh buat hepi. Serius ni. Aku ni kadang-kadang bila kemurungan, aku suka berangan (ingat lagi entry ni? hoho). Selalunya pasal nak decorate umah la (sebab mende ni tak se'stress' ko berangan pasal kawen MUAHAHAHAHAHA). Pernah sekali dalam miting aku berangan nak decorate umah, siap lukis pelan lantai tu. Dah buat pelan lantai, lukis 3D nye pulak T__T giler kuat berangan. Tapi mana pegi tah pelan tu. Terpaksa la aku berangan lagi.

imejin simple² sudeh..

8. Aku sangat happy kalau nampak baby, lagi-lagi baby boy. Apsal eh? Gaknye sebab dah biasa tengok baby boy kot. Tapi yang gegirl pun suka jugak. Di mana-manalah. Kalau ada peluang, aku akan cuba sentuh baby itu tak kira laaa pegang pipi kaa, cuit tangan kaa, usap kepala kaaa.. Anne ingat lagi kot masa aku temankan dia pi klinik dulu. Ada sorang baby ni masyaAllah giler montel, lama aku aim budak tu. Akhirnya dapat duduk sebelah mak dia. Silap besau laa mak dia pi tegur aku plak. Aku ape lagi... kasik cium laaa pipi budak tu bertubi² ngahahahaha puas ati aku!!

isn't he cute??! ni anak buah aku. meh sini busu kishh pipi dia manyak²! tapi ini bukan baby.. huhuhuhuh

ini bole kira baby ke? ah tak kisahlah. gambar dua tahun lepas kot? tapi aku masih sangat cinta gambar ini hehehe


9. I looooooooove surprises dan seprais yang menjadik itu akan membuat aku hepi v(^_^)v Tapi bukan seprais yang bongok la. Seprais yang best² laaa. Contoh seprais yang bongok adelah apabila seorang lelaki berbual dengan aku tentang masa depan kami, tetibe sejam kendian beliau bagitau yang beliau mau bertunang dengan orang lain T__T dem. Memang terseprais banget! Ini adalah kejadian sebenar.

10. Bila melalui hari yang stress-free. Sangat hepi!~

Nak tag sape eh? Sila perhatikan senarai KRONI di sebelah kanan blog saye ni ye., bawah chat box tu kalau korang tak pasan laa kan.. dan anda yang bertuah adalah seperti berikut :

1. no 6 dalam senarai nama A
2. satu-satunya yang namanya huruf B
3. no 2 dalam senarai nama D
4. no 5 dalam senarai nama D
5. no 1 dalam senarai nama F
6. no 1 dalam senarai nama K
7. no 18 dalam senarai nama K
8. no 4 dalam senarai nama L
9. satu-satunya yang namanya huruf Q
10. orang terakhir dalam senarai nama kroni

Jawab ye. Kalau tak, putus kawan (takot tak) HUAHAHAHAHA.

Friday, May 07, 2010

518: Imajinasi Kerosotan Tenaga

ok je blood pressure u ni, err u ade blood ke eh?

Aku tak sihat. Selalu sangat tak sihat sejak akhir-akhir ni. Banyak dosa la kot.

Semalam sambil drive ke klinik, aku terbayang doktel akan berkata "Cik Masy, ade jangkitan kuman pada paru-paru awak ni, tu sebab awak selalu batuk. So sekarang saye akan siapkan surat untuk awak admit ke hospital. Ada insurans tak? Ada panel hospital?"

Lalu berfikir. Siapa aku nak call dulu, family atau kakak insurans? Ok, kakak insurans dulu. Hmm hospital mana nak pegi? DEMC ke SMC? Hmmmmm... SMC ok kot. DEMC kang susah nak parking. Lagipun SMC lagi dekat dengan rumah. Nak call abang yang mana eh.. Hmmmmm..

Paling dekat, Abg Chik.. tapi dia keje time ni. Eh sume abang aku pon keje time ni. Sape plak aku nak bagitau ni? Ok laa ok la, aku sms je kat sume orang, untuk inform je. Oh, kecuali Along jelah kot. Kang dia bagitau mak, mula laaa mak aku berkelintau tak tentu arah. Sian plak dia.

Sape lagi? Oh. Ofis. Pagi tadi sms kat Mr Sivaji kata nak MC je. Ni nak bagitau dia yang aku kena admit plak. Hadoih. Takpe².

So macamana ni, nak balik umah amek barang-barang dulu la kot. Pastu gi ATM nak tusuk kad, kasik kuar itu wang. Musti la kene dulukan duit sendiri, ye tak? Ok ok.

Secara keseluruhannya kalau betul aku kena admit, ini senarai perkara-perkara yang harus dilakukan :

1. Call kakak insurans.
2. Balik umah kemas barang.
3. Sambil drive, sms abang² sekelian dan Mr Sivaji jugek
4. Singgah tusuk duit
5. Terus gi spital.

Ok. Sikit je pon kronologinya. Hehe.

Sampai klinik, doktel cek gitu² je. Bagi ubat. Aik, takde perkara serius ka? Saye ni kerap gak batuk sejak akhir² ni doktel. Doktel pandang aku.

ada lelah?
takde
kurangkan makan berminyak. itu je

Itu je? Penat je aku imejin macam-macam dalam perjalanan nak ke klinik ni T___T

Doc, MC saye jangan lupe ok.

Wednesday, May 05, 2010

517: Aku Yang Terlambat

Bukan terlambat ape la..

Terlambat mengikut arus modenisasi semasa. Atau senang cakap, kadang-kadang tu langsung tak mengikut sampai ke sudah. Hehe. Mostly pasal gadget la kot. Ataupun fesyen ke... event ke... yang orang dok gila-gilakan, tapi untuk aku, langsung tak mendatangkan adrenalin rush. Antaranya..


i-Phone
tengah godeh i-phone jiran. bukan yang seblah aku tu. itu Teddy the Bear. hahaha

Di kala sume orang berpusu-pusu nak dapatkan i-Phone dulu, aku kat Mesia ni tidak mengertilah ape kejadahnya sume orang tu beratur siap sampai tidur-tidur depan kedai. Best sangat ke? Oh.. ni sume gadget-freak kot. Freaking out aku dibuatnye.

Of courselah orang macam aku ni memang tak boleh langsung nak pakai i-phone. Ok 1st of all, sebab takdok la penduitan yang nak dilaburkan. 2nd, tak minat. 3rd, memang takleh. Sebab henpon yang pakat² touch screen ni memang kompem takleh nak 'adapt' dalam kehidupanku yang penuh mencabar ni. Sepatah mutiara kata daripada Anji :

ko mana leh pakai touch screen beb. ko tu dah la suke sms time drive

Well said. Hehe.

Broadband

erm.. kehendak je ni, bukan keperluan..

Hahahahah percaya tak aku tak berminat nak ada broadband? Sesekali tu ada la. Especially bila aku terpaksa datang opis ujung minggu semata-mata nak email report kat main-con ka apa ka. Masa tu memang rasa nak jadi Jeanie - kelip mata sekali, bukak mata dah ade broadband kat tapak tangan T__T

Pastu bila orang komen ataupun apdet status kat fb yang berbunyik seperti : eh tensionnye selkom nyer brotben cam hanjing, grrrrr syelake meksis ni sewel betul la line dia, bla bla bla lelama aku kompius. Ni kang aku bayau tetiap bulan pastu tetiap hari dok maki broadband ni, baik la aku tak payah ada.

Pakai je apa ada kat opis. Paling-paling kuat pun aku pegi umah Kak Ila - itu pun kalau dia tak bawak pi kedai dia la. Hehehe. Lagipun setakat ni aku rasa, cukup-cukuplah bertenet kat opis, kat umah kita luangkan masa dengan tv, ikan laga, tortoise dan dapur serta bilik la pulak. Kain baju lagi. Eh dah macam mak-mak plak. Hahaha.


Branded item, yang kadang² brandnye aku tak penah dengar

Err.. Ntah la. Aku kurang la, bukan tak minat langsung. Rasanye kekangan ekonomi punya pasal kot. Kalau kaya, tatau la tu. Hahahaha.

dah sale pon harga macam nak meninggal T__T

Bukan apa, aku ni tengok orang keliling aku jelah. Kadang tu bukan berduit sangat pun, tapi bila tang nak bergaya bukan main lagi. Ni bukan stetment jeles ok. Masalahnya, pakai mekap yang mahal-mahal tunggu orang sponsor, pastu kang bila barang dah abes time sponsorship dah tamat, mula la gelabah tak tentu hala. Time tu baru laa... nak jengah ade sale ke tak.. daripada pakai perfume RM500 sebijik, terus patah balik pi masuk Bodyshop. Kalau tidak, beli barang beratus² pastu siap tunjuk resit lagi, padahal duit ko ke yang beli? Opss.. terlebih sudah.

Rileks. Untuk aku, kalau mampu tak salah pun nak pakai. Sume orang pun suka barang baik kan. Kalau ade pilihan, sume orang nak lepak beli sayur kat Pavilion (kalau ade jual sayur la). Hehe.

Kesimpulannya. Aku suka jugak tapi bukanlah tahap yang asalkan ade barang baru, aku sanggup tak bayau duit kete untuk beli bende tu. Tidak tidak. Oh ye satu lagi. Kalau branded item kat warehouse sales, memang kegemaran! *safe budget mode*


Blackberry

HAHAHHAHA. Matilah aku kene carut satgi. Aku tau ramai dah member² aku dah pakai BB. Ok la tu, sukati korang la ye tak.

comey gak eh? sekarang ni takde napsu lagi, esok lusa tatau la tu ye tak hehe

Kebanyakan yang aku kenal, memang perlukan BB ni untuk menjadi seorang manusia yang lebih organize - dah tu.. banyak keje weh. Memang tak dinafikan la fungsi BB tu banyak membantu karier dorang (tengok ayat aku dah macam spokesperson BB je). Dan aku tak berminat untuk memiliki BB ni atas satu dasar jelah : aku tidak memerlukan Beri Hitam itu. Bukan sebab aku ni dah well-organize ke ape. Tapi memang keje aku bukan ye-ye eee sangat sampai nak ade BB. Heheh. Lagipun susah la aku rasa. Betullah kata Anji, aku suka (bukan suka pon selalunya) sms time drive. Kalau pakai BB, leceh la aku nak kene benti tepi jalan semata² nak balas sms. Huhu.

Yang beli sebab memang ade kepentingan dalam hidup, gua tak kacau la. Tapi kalau yang beli sebab terikut-ikut tu, aku kesian sket. Sebab ada sekali tu kan, ade la sorang manusia yang dah beli BB mintak tolong aku callkan Pija Hat tapi takde nombor Pija Hat. Aku cakap laa.. kat BB tu kan ade tenet, pi la gugel.

Jawapan beliau - tak reti gugel guna BB T___T Ape laa gunanya ko ade gadget tapi tak reti guna? Reti fesbuk je, baik beli laptop. Ke... BB memang takde gugel? Ha itu dia soklan naif daripada aku. Jawab jawab sape ade BB tu. Silekan.


sambut new year

Sepanjang hayat aku la, tak pernah sekali pun aku pegi sambut new year hatta masa aku zaman student skalipun. Paling² meriah pun aku pi tengok bunga api time Hari Merdeka. Memang tak pernah dan tak teringin la setakat ni.

Tapi.... kalau sok² dah berlaki, mana la nak tau ye tak tetibe berubah citarasa. Kot dapat laki yang suke nak pegi mende² ni sume (aku harap tak dapatlah laki camni). Kalau masa tu aku masih duduk di rumah aku sekarang, aku harap aku dapat memujuk beliau makan popcorn kat umah sambil menonton pertunjukan bunga api dari tingkap umah. Lagi best. Leh pakai baju kelawar, tak payah mekap². Heheheh.


Jom Heboh

Satu-satunya Jom Heboh yang aku penah pegi adalah yang pertama dulu tuuuuuu... Masa tu namanya Sure Heboh. Aku pegi yang kat Bukit Jalil. Perghhh tobat nasuha rasanya nak pegi lagi. Ape taknya, manusia berhimpitan umpama ikan sardin di lautan sejuk yang telah berada di dalam tin. Lepas kejadian tersebut, aku memang tak gi dah. Walaupun yang kat Shah Alam ni hah, padahal sekangkang unta je bukan jauh nau. Ada orang tak percaya yang aku tak pernah pegi JH kat Shah Alam ni ha. Sian kan. Hahahaha.

Malas malas.

Secara amnya.. Aku memang lambat kot nak suka atau terfalling in love pada apa-apa yang orang lain dok gilakan sekarang. Bagus jugak. Bukan ape, tak pasan ke sume benda yang aku listkan tu mahal? Kecuali dua yang terakhir tu jelah :p Kang ade plak tergadai body sebab nak dapatkan benda-benda tu. Tak pun, menggadaikan body orang lain. Hahahahaa.

Best².

# perasan tak aku dah ubuh formspring kat belah kanan? tu khusus untuk anda menyalurkan soalan je ye. sebarang aduan rakyat, sila salurkan ke tempat yang sepatutnya. sekian mekasseeeyyy!!~

Monday, May 03, 2010

516: ada sape-sape perasan Kid Search letak rokok dia kat ujung gitar masa tengah perform? hehehe



amacam, nampak tak aku yang tengah susah ati tu? haa?? tak nampak??! grrr~


Aku tatau la apsal tiap kali nak gi konsert (ceh cakap macam laa dah banyak kali pegi eh), musti aku akan mengabaikan tabiat pemakanan seimbang aku pada hari kejadian. Kalut semacamkah aku? Tak kot. Tapi rasa cam.... ye kot. Tahun lepas masa layan encik Search, aku rasa cam giler lembik badan (tapi buat² perkasa je) sebab aku tak makan satu hari tu, dok telan air je. Bila nak loncat-loncat baru perasan, apsal ringan je neh? Rupanya sebab perut kosong. Demm..

So sejarah berulang pada sabtu aritu. Bezanya kali ni at least aku ade laa makan ruti tulur time lunch. Lunch tu merangkap brekpes punye meal la tu. Itu jelah. Pastu bz bz bz bz. Hadoih..~

Aku, Zona n Kak Sempoii sampai ke tempat kejadian nak dekat² pukul 8 la gak. Jem la ape lagi. Pastu kitorang plak tatau jalan lalalala~ Tu yang ujung² tu Kak Semp ajak naik shuttle je. Lagi senang weh. Dok goyang kaki je tau-tau dah sampai ke tempat kejadian. Dah sampai tu, tak reti-reti nak cari surau? Hehehe. Ha ni nak komplen. Apsal la tempat wudhuk korang tu kat situ T__T dah laa tepi bukit, open plak tu. Grrr.

memula ade kitorang bertiga je tau :p heheh

Eh tapi kan. Lepas kitorang semayang maghrib tu, ditakdirkan bertembung dengan bebudak Wings kat khemah dorang tu hah. Tapi aku takde la siap berenti nak mintak otograp bagai. Not my style ok :)) Pastu eloooook je kitorang dok folo family Amy Search gi naik atas. - tak sengaja ler. Kalau tak sebab si Zona (nak salahkan dia gak), mesti kitorang dah selamat berada dalam bilik kaca atas tu. Hahahahaa.

Camno konserto itu? Ok la. Layan la. Hahaha aku nak komen lelebih pon bukan aku hapal sume lagu dorang. Matiklah menganga separuh masa konsert. Tu laaa Zona, aku dah kata daaahhhh... bawak lirik lagu nanti senang nak nyanyi. Pastu aku rasa tak sampai setengah jam dok kat situ, satu badan dah bermandi peluh dah. Bukan sket-sket punya basah ni, jeans gua pon basah sampai ke betis T___T Harap² kebasahan tu sume purely daripada aku la, bukan daripada peluh orang keliling *sambil buat muka gross*

Kali ini baguslah, takde kejadian black out - tapi ade sket bunyik tak sedap masa Amy nyanyi lagu ape eh.. alaaa lupe plak. Sket jelah. Lagu closing plak ala² tak mesra alam, sian kan kat aku? Hahahahahaa. Air yang dorang dok pancut kat orang ramai ni, setitik pon tak sampai kat aku. Huwaaaaaaaa aku tatau la nape aku berharap sangat air tu sampai kat kitorang. Panas kot. Ke sebab aku haus? Ah... mana-manalah.

Abes konsert. Perghhh berdengung gegendang telinga. Untuk beberapa minit, memang terpaksa menjerit la nak bercakap sebab aku rasa macam tak kuar suara je padahal abang seblah tu siap tutup telinga time aku bercakap kat Zona HAHAHAHAHA bodoh tau.

So.. ade sape yang pegi aritu? Apsal tak nampak korang hah? HAHAHAHAHAH. Aku siap sms² lagi dengan Abg Den yang kepoyoan nak gerak pukul 5.30 petang tapi pukul 8.30 malam pun tak masuk-masuk lagi. Baru nak kongsi lirik. Cessss~

# masa DJ dok ucap tahniah kat rockers² yang datang awal pastu dapat dok depan, ade sorang mamat kat belakang aku jerit - TU SUME TAK SEMAYANG LA TU! hahahaahahah cam siot!!

# jari telunjuk kaki aku (ok aku tatau nak bagi nama ape kat jari tu) kebas sampai sekarang weh. apsal ah? aku risau ade urat putus je ni T____T huhu