Tuesday, June 29, 2010

540: Selamat Pengantin Baru Encik Kezen

seksa ko dah sudah. tinggal aku la plak

Tahun ni jugak tau

Kata salah sorang sedara aku, ntah sape tah. Aku yang telah mengopek bawang rasa macam nak terkopek tangan sendiri je. Huhu. Ingat senang camtu ka.. Kalau laa senang, aku rasa jangankan tahun ni, 5 tahun lepas pun aku dah selamat agaknye hukhuk.

Kau la ni
Ape aku plak
Yelah kau dah kawen, pasni aku sorang jelah kene serang. Huhu bodo tau
Hahahaha

Ye. Ingat sepupu aku si Aren? Ya. Dia laaa.. Dah selamat pun jadi laki orang. Demm. Tinggal aku sorang je weh. Dah takde side kick nak kaver aku bila aku diasak dengan soklan 'bila nak kawen'. Raya tahun ni aku kena siap bertapa kasik tubuh + telinga kebal bagaikan seekor tenggiling sakti.

itam putih tu tak sama dengan 'cream' ye sedara :p haha

Syita
ha
kaler tema - rahsia hahahahahah
dah la rahsia, salah plak tu. bangangggg hahahahahaha
aku kompius ah kaler ape, tapi betul per kaler khemah kan kaler cream
aku tanye kaler tema bukan kaler khemah. pastu heboh nak berahsia² poyo je
mana aku tau tu kau, ubuh nama tahpape tah. aku ingatkan sape la tanye, nak tiru tema aku
ehh kuaserr
tu yang aku jawab 'rahsia' tu hahahaha
pastu salah!

Bangang ok!

Apepon, oleh kerana aku pemegang amanah di rumah pengantin, maka pengantin dengan berbaik hati telah melayan aku dengan wajar dan berhemah sekali. Mekasih mekasih haha. Kalau ade ubuh laptop aritu lagi cantek, boleh aku update jumlah kutipan setiap sejam dalam fb. Tapi walaupun keje aku nampak mudah sebab duduk-duduk je, aku laa orang yang last makan masa kenduri tu sebab dok kira duit T____T Sibbaik tak berapa lapar. Hmmmm.

Untuk beliau aku ucapkan selamat pengantin baru dan terima kasih la sebab sebelum kawen, pun susah payah carikan jodoh untuk aku hahahaha. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang berperangai elok dan sume doa yang baik-baiklah untuk korang berdua.

Mokde, dah lama umah mokde tak buat kenduri kawen kan? Last bila? 97 eh? kata abang ipar dak Aren. Dem dem dem. Hahahahahahah.

Ya. Diri aku. Bersedialah untuk jadi lauk raya tahun ni T____T

bishing ah!!!!! - Alfi

Friday, June 25, 2010

539: Not satisfied kata orang Sg Udang

Tak puas hati.

Dah beberapa tahun aku mengidam nak pergi. Tapi tiap kali tu jugaklah akan bercanggah dengan jadual semasa. MENGAPAKAH!!?????!!! *sambil berlari² lalu terjelepuk di perdu pokok lantas mendudu-dudu menangisi nasib diri yang malang*

walaupon *tersedu* saye *tersedu* main *tersedu* untuk *tersedu* Portugal, tapi saye *tersedu* sokong *tersedu* France jugek! nape dorang *tersedu* kalah dengan Afrika, pakcik*tersedu*??? tell *tersedu* me why??!! HUWAAAAAAA *tersedu* AAAAAAAAAAAAA!!!! *tersedu-sedu*

(tetibe lari topik. well.. biasalah)

Aritu dah terlepas nak tengok hot air balloon sebab pegi umrah (ok yang ni takleh lebih² nak rasa tak puas hati. sila lebihkan aktiviti ke'akhirat'an memandangkan terlalu banyak aktiviti keduniaan lately. hehe balance balance).

Sekarang. Urbanscapes pulak!!! MENGAPAKAAAHHHH DI SAAT INI!! T_____T *menyeka airmata di tubir mata nan bundar* Aku dah lama menyimpan hasrat untuk pergi Urbanscapes ni ok. Tapi...

♪♫

apakan daya
masa tak akan kembali
hancur musnahlah semuanya

impian yang murni
tinggal menjadi kenang-kenanganku
hanya rangkaian kata dan lagu
dendang perantau

♪♫


Kalau korang pergi, plis plis plisss kamu jangan ceritaaa.

♪♫

I don't wanna know
If your playin me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

♪♫

Tapi yelah. Beruang di minda (bear in mind), bahawasanya tak semua benda yang kita nak, kita dapat. Dan tak semua benda yang kita dapat, kita nak. Makanya redha dan pasrahlah anda - termasuk aku - dengan ketentuan Ilahi. Kerana setiap satu perkara yang terjadi ada hikmahnya.

Cuma aku belum nampak apa hikmahnya Perancis kalah T___T Ada cadangan pasukan lain untuk aku sokong? Portugal, Argentina? Mak aku sokong Brazil. Aku takmo sama dengan dia. Hehehe. Eh aku rasa mak aku tak tau kot yang Ronaldinho takde dalam WC kali ni. Nak bagitau dia laa nanti hahahaha.

(piccas credit to Google, tapi gua combine sendiri ye)
aku tengok live ok masa insiden ni. nyaris tak tersedak air milo T____T siapalah Perancis tanpa Abang Nudinku yang berkepala besi ini T__T huhuh



Ok. Arinie aku halfday. Isnin aku cuti. Nak bercinta. Jangan kacau. Hahaha.

Wednesday, June 23, 2010

538: Sesekali je..


sesekali jika teringat
tubuh kaku
bibir bisu

mata menumpu

mencari
sesekali jika rindu
tubuh diam

mata pejam
tarik nafas dalam-dalam
mencari
sesekali jika mahu
wajah kaku di mukabuku

atau mungkin di laman yahudi itu
diselak satu persatu
mencari

sesekali jika
teringat

rindu
mahu
mencari..

3.23 pm, 22nd June.

Gua macam ade point untuk bercerita, tapi nafsu untuk menggaul tiap patah perkataan menjadi lauk hidangan karangan sebagai santapan mata langsung takdek. Itu kira mujur laa benda di atas tu tetibe je datang menari shuffle dalam otak gua. Saling bertolak-tolak dengan slide show gambar makanan yang silih berganti menggoda selera. Gangren otak gua kejap.

Dugaan. Gua nak gugel kat mana pasar malam arinie kat Shah Alam jap. Kemudian (later).

# bila puasa ni macam terer plak nak tulis sajak puisi mantera semerah padi bagai. tatau la nak jatuh hukum kagum ke atau keji. hmmmm~

Monday, June 21, 2010

537: Bersyukurlah kalau kau masih punya bapak

* sempena Hari Bapa semalam. Selamat Hari Bapa untuk uols.
Salam sume..

Dah 10 tahun. Dah 10 tahun, setiap kali aku balik ke rumah mak, setiap kali itu jugaklah aku akan lalu di 'lot banglo' abah. Lalu je, dan masih lagi tak menyinggah sepanjang 10 tahun ni. Patuh dengan tegahan mak yang melarang aku singgah. Dan sebenarnya aku amat berharap, suatu hari nanti mak akan benarkan aku ke situ. Berjumpa abah, mungkin setelah mak dah dapat menantu lelaki.

Sayangnya aku belum kahwin sebelum abah pergi. Sayang, kerana bakal suami tak sempat berjumpa abah, tak berkesempatan mengenali lelaki yang paling aku sayang sepanjang 20 tahun aku hidup bersamanya. Tak berpeluang menikmati gelak tawa abah, jenaka dan ilmunya, ketegasan dan kasih sayang, dan menyaksikan sendiri kemuliaannya walaupun difitnah dan diasingkan rakan yang teracun dengan momokan kata-kata orang lain.

Aku masih rindu. Sangat-sangat. Aku rindu kelibat abah di muka pintu sambil melayan rokok. Aku rindu permintaannya setiap petang - "Ti, buatkan abah teh susu eh". Aku rindu melayan karenah abah yang suka menyergah mak. Aku rindukan abah. Rindu menepuk bahunya tatkala dia asyik melayan teh susu hasil air tanganku.

tepuk-tepuk abah ni mesti nak pape
isk mana ade..
dah laa Ti... macam la abah tak kenal kau.. nak ape?

takde ape laa.. saje je..
nak air?
abah menghulur baki teh susunya. Aku geleng.

Sebagai anak bongsu, selalu mak gunakan aku untuk menegur sikap abah -mana yang tak berkenan di hatinya. Selalu juga mak menyuruh aku memujuk abah berhenti merokok, sebab mak tahu - dengan aku, abah tak akan melenting.

Ok sampai sini. Aku tak boleh sambung lagi. Airmata dah turun.

T__________________________________________T

Back when I was a child
Before life removed all the innocence
My father would lift me high
And dance with my mother and me and then
Spend me around till I fell asleep
Then up the stairs he would carry me
And I knew for sure I was loved

If I could get another chance
Another walk, another dance with him

I'd play a song that would never ever end

How I'd love love love to dance with my father again


When I and my mother would disagree
To get my way I would run from her to him
He'd make me laugh just to comfort me(yeah, yeah)
Then finally make me do just what my momma said
Later that night, when I was asleep
He left a dollar under my sheet
Never dreamed that he would be gone from me

If I could steal
One final glance
One final step
One final dance with him
I'd play a song that would never ever end
Cause I'd love love love to dance with my father again

Sometimes I'd listen outside her door
I'd hear how my mother cried for him
I'd pray for her even more than me

I know I'm praying for much too much
But could you send back the only man she loved
I know you don't do it usually
But dear Lord she' s dying to dance with my father again

Every night I fall asleep
And this is all I ever dream

Dance With My Father - Luther Vandross

Friday, June 18, 2010

536: Niat Kena Baik, Barulah Jadi Barang Baik

@ my brother's house last Saturday. baru lepas buat cabutan bertuah ni. ke.. sebelum? ntah, lupe dah hehehehe. semua ada. nampak tak? hehehe


Pagi tadi aku singgah di stesen minyak. Nak isi minyak ketelah, takkan nak mandi minyak pulak ye tak. Dah lama gak rasanya aku tak ke situ memandangkan kat area rumah aku pun ade stesen minyak yang sama. Pagi ni aku pilih stesen minyak itu berdasarkan kedekatan lokasinya dengan opis aku so... jomlah kita jengah port lama. Heh.

Elok masa aku nak gi bayar, tetiba terserempak mamat pekerja situ yang dah lama jugak la aku tak nampak. Errr.. dia ni dulu penah usha-usha aku gak tapi aku biar jelah. Walaupun badan dia lagi besau daripada badan aku, tapi aku yakin yang umur aku lagi banyak daripada umur dia. Tak banyak sangat laa kot. Paling-paling pun beza 3-5 tahun.

So tadi masa bertembung tu, dia senyum - aku balaslah. Ada potensi dia tak ingat aku kot. Bagus jugak. Lepas bayar, aku tuang punya tuang - nasib baiklah dia tak datang. Kalau tak, kompem dia datang ajak borak sambil aku menuang tu dan aku pun akan ada rasa menyesal sebab isi penuh T____T Cuma bila aku dah masuk kereta, baru dia datang. Senyum senyum. Eh budak ni. Ok la senyum tu sedekah. Sedekah laa minyak kete barang setangki dua baru la dapat pahala berganda.

Budak rumah aku dulu pun selalu cakap, layan jelah. Ntah-ntah dia anak tokey stesen minyak ni ke, boleh dapat minyak free. Eh kuaser la aku.

Bila aku tengok orang zaman sekarang ni, ramai yang macam tu la eh. Macam.. yelah. Berkawan dengan orang siap berniat tu. Dan pasang niat nak paw sekian-sekian. Nak mintak itu ini. Nak tumpang senang. Nak ada kabel. Nak macam-macamlah. Takleh ke kalau berkawan tu sebab nak kawan je. Tak rasa bersalah ke eh. Pelik pelik.

Pastu kang dah la paw orang, bangga plak tu cerita kat orang sana sini, siap tunjuk resit lagi (ok ini kisah sebenar). Macam laa orang nak tau sangat pun.

Dah la. Panjang lagi aku cite ni kang, jadi mengumpat pulak.

Ada sape-sape berniat terpesong ke nak berkawan dengan aku? Aku miskin hinaaa berselubung dosaaaaa *lagu ape ni eh*

# Zona ajak derma darah besok tapi aku takot jarom laaaaaaaaa T_________T nanti aku pikir lagi

kalau aktiviti macam ni, suke la aku hihihih~ takde ke sesi menderma kegembiraan? huhu

Wednesday, June 16, 2010

535: Yang Terlarang Itu Godaan (Syaiton)

adunan serbuk hitam dan air putih
dan kepulan yang menyatukan rasa
keduanya dan taburan butir manis
mengusik deria bau dan rongga deria


sang aku terkalap sendiri
memandang ceritera yang ditulis
atas lembaran berwarni
di tangan tergenggam pena
yang satu masa dulu rancak berpencak
kini bagaikan pahat menanti dihentak

beras lembut dan rencah bersatu
mungkin carikan daging ayam dara turut berpadu
daun sup dan bawang ditabur-tabur
menerbitkan aroma yang bukan main lazatnya

sape plak yang buat kopi lawan bubur petang² ni. aku dah la puasa T_________T


# ratapan pilu seorang aku : selasa, 3.19 petang depan pc.

Huhu. Tak daya nak letak gambau bubur, segala maknika gambau bubur sume kuau masa aku gugel tadi- bukan takat bubur nasik je; bubur jagung, bubur kacang durian, bubur lambuk. Tu belum aku gugel pengat lagi.

Matiklah nak berperang dengan sang syaiton bubur.

Monday, June 14, 2010

534: takde pasal cari pasal

berlima, sorang tukang amek pic. baru halfway dah nak putus nyawa. hadoihh. tu pon sibbaik ade orang bagi kayu buat tongkat, kalau tak.. menongkat guna paruh la aku.


Wiken kali ni macam-macam aktiviti. Sebenarnya start daripada rabu lepas dah penuh aktiviti dah (tetibe aktif semacam). Aku nak cite detail pun malas. Heh.

Sabtu.

Setelah perbincangan melalui email bulat (ganti meja bulat) mencapai kata putus, maka terjadilah gathering family aku dengan jayanya, alhamdulillah.. :) Yeayy sume orang ada, termasuk la aku. Nak cite panjang, maleh. Biasalah makan², BBQ, terjun kolam, tahlil arwah abah. Nak cite takde pic ni tak feel la. Aku tak berapa nak mengamera masa tu, bizi bizi. Tunggu anak buah aku upload, baru la aku cite detail kot.

Kot laa.

Ahad.
Konon nak bangun awal pagi tengok sunrise kat Bukit Brog@. Konon. Aku sebagai orang ketama yang bangun pun masa tu dah 6.20 pagi. Tengok sunrise daripada tingkap toilet jelah. Haha.

Start manjat bukit pukul 9.00 pagi. Ntah ye sharp 9 tu tatau la, aku bukannye pakai jam pun, henpon pun bateri kong. Lebih setengah kendian baru sampai ke 3rd peak. Peak terakhir tu tak kosek ok aku nak naik. Nak naik tu dah laa satu hal, sepanjang jalan tu aku dok pikir cemana laa aku nak turun nanti huhuh. Aku gayat time turun, ade paham? Tu sebab zaman dolu² aku laju je panjat bumbung umah nak betulkan arial tapi berkurun time nak turun huhu.

Berenti tah brape kali eh? Lupe dah. Tapi ade satu point tu terpaksa berenti lama sket sebab tetibe je ade rasa mau pitam T_____________T nampak sangat laaa takde stamina kuikuikui. Apepon tahniah laa kat kami berempat (sorang tercicir kat 2nd peak hehe) yang berjaya tiba jua kat 3rd peak tu dengan segala susah payah. Oh ye Che', aku tak rasa menyesal lagi sebab tak pegi sampai 4th peak tu. Badanku penat, mindaku cerdas.

Hanya ABC saje yang menjadi motivasi untuk aku menuruni bukit secara pantas walaupun lutut dah menggigil² dah ni ha. Masa nak panjat, matiklah ko sebut ade Fahrin kat atas pun aku tak peduli. Kalau betul dia ada kat atas, aku sanggup berenti dan tunggu dia turun untuk bertemu. Mata bertentang mata. Hahaha.

Ok. Pasni sila jangan ajak aku panjat bukit lagi ok (camne nak panjat Gunung Kinabalu ni, hadoih laa baby). Tapi kenapa laa terasa-rasa macam next event ade panjat bukit lagi ni? Ha? Ha?

orang lain hepi sampai ke puncak, aku hepi giler sampai kat bawah. ingatkan kena solat zohor kat atas tu. huhuhuh


Sampai tanah rata (eceh) pukul 11++. Brape plus tu tak surelah sebab on the way nak cari ABC, dah 11.30 pagi. Heh.

Sekian sajelah kisah pengembaraan kami secara ringkas. Penat nak taip. Penat badan. Penat mata, nak tidooo tapi kene keje T____________T

Tata.

Friday, June 11, 2010

533: Malap

Salam sume..

Takde internet. Giler beku otak. Mebi sebab keje aku ada masanya bergantung dengan gugel. Boleh bayangkan aku ni sambil buat keje tetibe ade tanda tanya atas kepala otak menyala². Bila nak bukak tenet, takleh.

Aku kagum dengan diri aku yang 10 tahun lepas. Tak kisah pun takde gugel. Ade aku kesah???
Inilah hasil kebosanan aku semalam. Budak opis suruh lukis logo, aku lukis mende di atas sebagai logo. Nasiblah. Haha.

Kalau gambar Abdul Janab Zulkarnain Mansor (nama mamat kat atas ni) yang buruk ni pun ade orang curik buat gambar profile, memang saje la tu. Hah. Riki di atas aku tandakan sebagai harta intelek aku. Sape curik, mak dia kel*ng (budak-budak kan suke cakap macam ni dulu).

Takot tak?

Wednesday, June 09, 2010

532: Cemas Sangat Ke?

Salam..

Ekcely benda ni selalu la bermain di kotakhujan minda aku ni. Especially bila dalam keadaan hujan (see the connection? kotak - hujan. ah tak paham sudah). Dan bila hati aku merungut-rungut, selalulah jugak terpaksa mengingatkan diri sendiri bahawasanya manusia bukan semuanya sama. Dan tentu lain. Walaupun wajah kita ada benda-benda yang sama - mata, hidung, mulut - tapi cara susunatur yang berbeza atas kuasa Allah membuktikan ketidaksamaan itu.

Ni takde kena mengena dengan muka ya. Ni nak cita pasal lampu hazard.

Ada yang tak tau ke? Meh tampal gambarajah yang akan berfungsi sebagai alat bantuan mengajar bagi memudahkan pembelajaran kita pada hari ini.

Gambarajah 1

ini adalah butang bagi lampu hazard yang sedang diperkatakan ye..

Gambarajah 2

.. jika anda menekan butang berkenaan, maka akan menghasilkan tindakbalas seperti berikut pula (sila rujuk Gambarajah 3)

Gambarajah 3

.. kedua-dua lampu signal (kiri dan kanan - in case ade sape² tatau) akan menyala dengan serentak, berkelip² juga secara serentak. setakat ni belum ade lagi lampu hazard berkelip kiri-kanan-kiri-kanan.


Dah kenal? Dah mesra? Ok sambung cerita.

Aku dengan penuh rasa jengkelnya nak menyatakan, bahawa lampu hazard atau dalam bahasa Melayunya lampu kecemasan berfungsi ketika berlakunya kecemasan. Dan HUJAN BUKANLAH SATU KEJADIAN YANG CUKUP MENCEMASKAN WALAU MACAMANA LEBAT SEKALIPUN. Haa kan dah tercaps lock. Aku tak tau laa bingai mana yang mula-mula mencetuskan idea untuk menyalakan lampu hazard tatkala hujan lebat ni.

Jengkel la bongok~

Tau tak bila anda nyalakan lampu hazard tu, secara tak langsung anda telah menyebabkan trafik flow menjadi slow, sebab orang lain yang bijak pandai (yang tak nyalakan lampu hazard) akan slow secara otomatik sebab dorang sangkakan kereta anda bermasalah / berhenti / apa-apa jelah yang termaktub dalam syarat-syarat kecemasan. Tapi rupanya tak pun.

Menyalakan lampu hazzard ketika mengemudi di tengah hujan : Menurut peraturan internasional, menyalakan lampu hazard ketika mobil sedang bergerak di saat hujan adalah PELANGGARAN BERAT ATAS ATURAN LALU LINTAS DARAT, karena lampu sein menjadi tidak berfungsi. Akibatnya akan membahayakan pengemudi yang lain yang ada di belakang kendaraan. Ketika hujan, pengemudi cukup menyalakan lampu kecil (senja) dan foglamp (kalau ada). Apabila hujan semakin besar, boleh saja menyalakan lampu besar. Penggunaan warna merah pada lampu belakang mobil adalah hasil riset pabrikan otomotif selama bertahun-tahun karena dapat menembus gelombang cuaca hujan hingga kabut. Nyala lampu belakang itu telah cukup menerangi sekitar mobil. Oleh sebab itu produsen otomotif di seluruh dunia selalu menggunakan warna merah utk lampu belakangnya.
  • Menyalakan lampu hazard ketika hendak berjalan lurus di perempatan.
  • Menyalakan lampu hazard ketika melakukan convoy.


Kekeliruan juga boleh menyebabkan kemalangan, tau? Kalau anda yang menjadi mangsa tu takpe laa jugak (dah memang nasib kau laa sape soh nyalakan lampu hazard tak tentu pasal), tapi bila kena kat orang lain yang tak terbabit, ehhhhh geram pulak aku. Kok ye pun anda memang cemas ketika hujan turun, tak perlulah nyalakan lampu hazard. Tak perlu. Sebab takde sape pun peduli anda cemas ke tak. Simpan jelah dalam hati.

Beberapa bulan lepas, terjadi pada aku. Maksudnya, kawan aku sendiri yang buat macam tu. Aku pun tanye la.

apsal pasang lampu hazard ni?
sebab hujan

Der. Sejak bila ada undang-undang 'kalau hujan, sila pasang lampu hazard supaya tidak disaman?'. Huh. Aku tanye lagi.

yelah tapi kenapa?
ni macam nak bagi amaran la..

Motippp? Apsal, kete ko je kene ujan kete orang lain tak kena? Amaran ape? 'Amaran : Hujan di depan'?? *sigh*.

tak payah la pasang. ni kan lampu kecemasan. kang orang len ingat kete ni rosak plak.
orang lain buat, orang ikut je..
dah tu.. kalau orang lain bukak tingkap time ujan, nak folo gak ke?

Terus member tutup lampu hazard. Heh.

Monday, June 07, 2010

531: Kantuk

Salam..

Tak tau kenapa aku takleh tido malam tadi. Padahal report yang patut aku siapkan, dah almost done dah petang semalam. Patut takde stress. Sebab sikit sangat je pun yang tinggal, 5 m/s je kot - tu pun sebab nak check je. Aku minum kopi? Masa sarapan pagi semalam yelah.

Pukul 2 pagi aku bangkit dari katil, pi cuci rambut. Hahaha. Dengan harapan boleh tido. Ntah la pukul brape aku tido pon tatau T_________________T

Sekarang kepala otak seperti kapas putih yang ringan. Melayang manja dipuput sang bayu, menuju ke selatan tanahair. Mencari cinta yang lama hilang, lalu akan ku pujuk ia kembali untuk terbang bersamaku.. Oh... aku dah mula merepek...~

jangan kejar saye encik katen kendi....~

Laparlah. Jom belanja aku ayam penyet. Oh ye. I've lost another 'kg' dis week. Yeahuuu!! Chaiyookk babyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy~

Friday, June 04, 2010

530: Nostalgia lagi. heh.

Salam jumaat sume..

Malam tadi masa kepala dok berdenyut dek mengadap kerja yang berunsur matematik, aku pun godeh2 folder gambar dalam laptop aku – saje nak merehatkan minda. Hehe. Sambil belek-belek gambar anak-anak buah aku masa baby dulu, entah macam mana (poyolah ayat), aku terstumble down satu gambar. Iaitu seperti yang tertera di bawah perenggan ini.


Serius bila pandang, aku rasa macam keletihan zaman belajau tu tak penah habis walaupun dah nak dekat 10 tahun aku grade. Haha. Sebenarnya pelan tu pun ade kisahnya. Aku ingat lagi. Heh.

Malam tu, kami dah bercadang nak berkampung di studio memandangkan esoknya ade kelas studio dan memang ada submittion. Dan macam biasa, aku antara yang terawal – dalam pukul 8 malam gitu dah sampai dah. Terus bentang pelan, dan mula mewarna. Seorang demi seorang kawan-kawan sampai, dan membentang pelan masing-masing. Biasanya diorang datang menjelang pukul 9 malam macam tu lah.

Buat kerja, ketawa-ketawa. Jalan-jalan tengok kerja orang lain – compare sape kaler cantek, kadang tu mintak kaler dorang yang dah siap. Masa tu bajet woo.. Satu botol kaler ecoline (eh betul ke aku eja, lupe dah) tu nak dekat puluh-puluh ringgit gak. Puluh ke belas tah, tapi mahal la. So kitorang (mana yang click rapat la) biasanya bancuh sejenis kaler sorang satu. Contoh.. kalau aku dah bancuh kaler kuning, aku bancuhkan sekali la untuk sume – jadinya standardizelah satu kelas satu tone. Heheh. Macam tu lah orang lain, tu namanya kerjasama ye rakan-rakan.

Satu perkara tentang kaler ecoline ni, sifatnya sangatlah cair laksana air mineral gitu. Tu blom bancuh lagi, dah bubuh air lagi laa cair mencahau (kata orang Melaka). Takleh salah bancuh, nanti kesal sepanjang semester sebab mahal T___T Tapi yang bagusnya kaler ni, kalau kita tersalah kaler kat pelan, boleh padam balik. Caranya ialah.. tekap-tekap dengan tisu basah ataupun guna berus yang dah celup air, pastu tekap lagi skali dengan tisu kering – sampai la kaler itu ilang ye. Mudah bukan?

Eh aku ni buat penerangan pasal kaler je dah dua perenggan. Hmmmm. Ok sambung cite.

Jadinya masa aku dok khusyuk giler nak abeskan mengaler tu memandangkan lagi 3% nak siap, tetibe berlakulah satu tragedi oktober. Kaler aku tumpah atas pelan!!!!!! T____________________________T Kalau tak silap aku, kaler biru kaa ijau tah. Tapi yang pasti tumpahlah. Dan aku terkaku di hadapan pelan tu tak bernapas beberapa saat. Tau-tau je kawan-kawan aku yang perempuan dah tarik aku ke tepi, pastu aku nampak member-member lelaki aku dah berkerumun dekat pelan.

Oiiii cepat tolong weh!!! Kaler tumpah!!

Menderu yang lain datang, termasuk laaa abang-abang senior kelas sebelah. Oleh kerana hanya partition je yang memisahkan studio kitorang, maka sepantas kilatlah dorang dah sampai kat tempat aku. Kebetulan pulak malam tu aku pilih nak duduk dekat-dekat partition tu. Hadoiihhh. Kepala otak aku betul rasa macam dah bertukar jadi cecair lantas mengalir keluar mengikut lubang telinga, lubang hidung dan yang lainnya sedang mengalami proses pemejalwapan lalu meresap ke udara menerusi liang roma di tubuh.

Rilek Ctah, kitorang tengah ejas ni, insyaallah boleh guna lagi

Aku dengar suara Zack. Aku terus pasang walkman (ehem zaman tu takde ipod laa) dan terus duduk bawah meja sambil melayan lagu Exists. Aku takmo tau, aku takmo tengok T_________________T Kemudian, aku curi pandang. Bertungkus lumus dorang cuba melakukan CPR pada pelan aku. Dua tiga orang dok tenyeh tempat yang terkena tumpahan demi pengalaman tu dengan berus, sementara yang lain dok menekap-nekap dengan tisu.

Tisu lagi weh!!!

Arghhh!!! Teruk kaaa kecederaanmu wahai pelanku? Sial betul laa tangan aku kee yang terlanggar bekas kaler tu?? Serius rasa mau nanges bagaikan bayi yang baru melihat dunia. Tak lama lepas tu, salah sorang daripada mereka menjengah aku di bawah meja.

Kitorang dah setelkan, kau nak tengok?

Ya Allah... macam tak larat nak bangun je. Huhuhuuuh. Tapi ku gagahi jua. Offkan walkman, dan keluar dari bawah meja.

Sorilah Ctah, ni je yang mampu kitorang buat. Nak tenyeh lebih-lebih kang takut koyak

70% kaler yang tertumpah tadi memang dah hilang. Tapi memang agak merosakkanlah jugak pelan tu. Giler. Penat aku tak abes lagi mengaler, dah jadi macam ni huhuh.

Ko ade ekstra tak?
Takde. Aku xerox dua je, ni yang seken.

Ada sape-sape xerox lebih tak?


Semua menggeleng. Dan aku faham, kebanyakan daripada kitorang memang ada ekstra sehelai atau dua, in case jadi macam aku ni lah. Hadoihhh. Dah malam, mana ade kedai bukak lagi. Huhuhuhu. Esok nak submit la woi *dalam hati tengah genggam rambut sendiri sambil mengganyang sepenuh hati*

Ekcely aku ada lebih satu, tapi ini aku punye yang tak jadi tadi. Salah kaler sikit, kalau kau nak, amek jelah. Tak payah bayar.

Sorang member perempuan datang, menghulurkan pelan yang diperkatakan. Hmm. Memang elok je, tapi tang silap kaler tu susah nak betulkan. Buntu aku. Sorang member menghulurkan air, aku teguk sekali dan berfikir lagi. Kebanyakan daripada mereka pun turut berhenti membuat kerja. Dan sama-sama menunggu keputusan aku. Huhu. Macam ape je eh. Hehe.

Macamana Ctah? Ko nak kaler yang baru ni ke atau nak sambung je?
Ntah ler..
Aku rasa better ko kaler yang baru ni, sebab yang kau punya tu dah nak lunyai dah tu
Tapi lagi sikit je tu

Memang.. tapi.. sukati kaulah. Kalau En Napi nak kondem pelan kau, pandai la kitorang backing kau balik. Kita sume bole jadi saksi kan?

Ye betul,
kata semua.
Aku takut tak sempatlah nak mula balik
.. (sebenarnya semangat dah hilang)

Salah sorang membelek jam tangan. Kau mula tadi pukul brape?
Lapan
Sekarang baru pukul 10.30. Kalau kau start sekarang, kurang dua jam lagi dah boleh siap. Kau buat keje kan pantas..
Aku diam.
Jangan risaulah Ctah. Kitorang temankan. Ha sume orang jangan balik, kita temankan Ctah.
Aku diam lagi.
Jangan risau.. nanti kitorang tolong. Baik mula sekarang. Lagi lambat kau start, lagi lambat la balik kolej. Member menghulurkan berus. Aku pandang dia, pandang berus. Lambat-lambat aku menyambut.

Korang tunggu aku eh
Iyeeeee..........

Ok, aku kaler yang barulah.
.
Good! Dah, jangan susah hati! Cepat senyum!

Aku senyum. Thanks korang.


Mak kata, pelan yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci, sukar dicari :)

Wednesday, June 02, 2010

529: Apa Yang Berlaku

adek manes... terkujut kaa dapat gambar abang bila gugel 4th January? hohoho mari menari laaa *bunyi gendang*


Tetibe teragak untuk tahu. Apa istimewanya tarikh lahir aku - siapakah personaliti hebat yang berkongsi harijadi dengan aku. Kot laa tahun depan sok aku ingat, boleh laa sms nak wish kan (macam la ade no phone dorang).

So, inilah mereka yang bertuah sebab dapat sambut birthday dengah aku tetiap tahun - kalau aku nak la kan. So far takde rasa nak. Hahahahhahahhaa.

  • 1077 – Emperor Zhezong of Song Dynasty in China (d. 1100)
  • 1334 – Amadeus VI of Savoy (d. 1383)
  • 1341 – Wat Tyler leader of the English Peasants' Revolt of 1381 (d. 1381)
  • 1581 – James Ussher, Irish Anglican archbishop (d. 1656)
  • 1643 – Sir Isaac Newton, English mathematician and natural philosopher (d. 1727)
  • 1664 – Lars Roberg, Swedish physician (d. 1742)
  • 1672 – Hugh Boulter, Irish Archbishop of Armagh (d. 1742)
  • 1710 – Giovanni Battista Pergolesi, Italian composer (d. 1736)
  • 1720 – Johann Friedrich Agricola, German composer (d. 1774)
  • 1735 – Claude Martin, French then British General (d. 1800)
  • 1785 – Jacob Grimm, German philologist and folklorist (one of the Brothers Grimm) (d. 1863)
  • 1809 – Louis Braille, French teacher of the blind and inventor of braille (d. 1852)
  • 1813 – Isaac Pitman, English inventor (d. 1897)
  • 1832 – George Tryon, British admiral (d. 1893)
  • 1838 – Charles Sherwood Stratton, American circus performer (d. 1883)
  • 1839 – Carl Humann, German engineer (d. 1896)
  • 1842 – Frederic T. Greenhalge, 38th Governor of Massachusetts (d. 1896)
  • 1848 – Katsura Taro, Prime Minister of Japan (d. 1913)
  • 1869 – Tommy Corcoran, American baseball player (d. 1960)
  • 1870 – Percy Pitt, English organist and conductor (d. 1932)
  • 1874 – Josef Suk, Czech composer (d. 1935)
  • 1878 – A. E. Coppard, English poet and short story writer (d. 1957)
  • 1878 – Augustus John, Welsh painter (d. 1961)
  • 1881 – Wilhelm Lehmbruck, German sculptor (d. 1919)
  • 1882 – Aristarkh Lentulov, Russian artist (d. 1943)
  • 1883 – Max Eastman, American writer (d. 1969)
  • 1891 – Edward Brooker, Premier of Tasmania (d. 1948)
  • 1892 – Maria Diaz Cortes, Spanish supercentarian (d. 2009}
  • 1893 – Yone Minagawa, Japanese supercentarian (d. 2007)
  • 1894 – Manuel de Abreu, Brazilian physician (d. 1962)
  • 1895 – Leroy Grumman, American industrialist (d. 1982)
  • 1896 – Everett Dirksen, American politician (d. 1969)
  • 1896 – André Masson, French artist (d. 1987)
  • 1900 – James Bond, American ornithologist (d. 1989)
  • 1901 – C. L. R. James, Trinidadian writer and journalist (d. 1989)
  • 1902 – John McCone, American CIA Director (d. 1991)
  • 1910 – Arthur Villeneuve, Quebec painter (d. 1990)
  • 1913 – Malietoa Tanumafili II, Sovereign Ruler of Samoa (d. 2007)
  • 1914 – Herman Franks, American baseball player (d. 2009)
  • 1915 – Meg Mundy, American actress
  • 1916 – Lionel Newman, American film music composer (d. 1989)
  • 1916 – Robert Parrish, American film editor and director (d. 1995)
  • 1920 – William Colby, American CIA director (d. 1996)
  • 1922 – Rosalie Crutchley, English actress (d. 1997)
  • 1923 – Don Butterfield, American jazz and classical tuba player (d. 2006)
  • 1924 – Sebastian Kappen, Indian theologian (d. 1993)
  • 1925 – Veikko Hakulinen, Finnish cross-country skier (d. 2003)
  • 1927 – Paul Desmarais, Canadian businessman
  • 1927 – Barbara Rush, American actress
  • 1930 – Sorrell Booke, American actor (d. 1994)
  • 1930 – Don Shula, American football coach
  • 1931 – Sir William Deane, Governor-General of Australia
  • 1931 – Adi Lady Lala Mara, First Lady of Fiji (d. 2004) [sibbaik bukan Lady Gaga]
  • 1932 – Carlos Saura, Spanish director
  • 1932 – Jorge Russek, Mexican actor (d. 1998)
  • 1933 – Ilia II, Catholicos-Patriarch of all Georgia.
  • 1934 – Rudolf Schuster, President of Slovakia
  • 1935 – Floyd Patterson, American boxer (d. 2006)
  • 1937 – Grace Bumbry, American singer
  • 1937 – Dyan Cannon, American actress
  • 1937 – Mick O'Connell, Gaelic footballer
  • 1940 – Helmut Jahn, German architect
  • 1940 – Brian David Josephson, Welsh physicist, Nobel laureate
  • 1940 – Gao Xingjian, Chinese-born novelist and dramatist, Nobel laureate
  • 1941 – Joe Renzetti, American film composer
  • 1941 – George Pan Cosmatos, Greek film director (d. 2005)
  • 1941 – John Bennett Perry, American actor
  • 1941 – Maureen Reagan, American political activist (d. 2001)
  • 1942 – John McLaughlin, English jazz guitarist
  • 1943 – Doris Kearns Goodwin, American writer
  • 1945 – Vesa-Matti Loiri, Finnish entertainer
  • 1945 – Richard R. Schrock, American chemist, Nobel laureate
  • 1946 – Arthur Conley, American singer (d. 2003)
  • 1946 – Susannah McCorkle, American jazz singer (d. 2001)
  • 1946 – Dr.S.Rajasekharan, Indian poet and critic
  • 1947 – Chris Cutler, English musician and composer (Henry Cow, Art Bears)
  • 1947 – Rick Stein, English chef and television presenter
  • 1948 – Eugeniusz Wycisło, Polish politician
  • 1950 – John Louis Evans, American convicted murderer (d. 1983)
  • 1951 – Barbara Cochran, American alpine skier
  • 1953 – Norberto Alonso, Argentine footballer
  • 1953 – James Warren, American journalist
  • 1954 – Eugene Chadbourne, American composer and musician
  • 1954 – Tina Knowles, American fashion designer
  • 1955 – Mark Hollis, English musician and composer (Talk Talk)
  • 1956 – Nels Cline, American guitarist and composer
  • 1956 – Bernard Sumner, English musician (Joy Division, New Order, Electronic)
  • 1957 – Patty Loveless, American singer
  • 1957 – Gurdas Maan, Punjabi singer, actor, lyricist
  • 1958 – Andy Borowitz, American comedian and satirist
  • 1958 – Matt Frewer, American actor
  • 1958 – Gary Jones, Welsh-born actor
  • 1958 – Julian Sands, English actor
  • 1959 – Yoshitomo Nara, Japanese pop artist
  • 1960 – Michael Stipe, American singer (R.E.M.)
  • 1960 – April Winchell, American actress
  • 1961 – Lee Curreri, American actor
  • 1961 – Sidney Green, American basketball player
  • 1962 – Laila Eloui, Egyptian actress
  • 1962 – Robin Guthrie, Scottish guitarist (Cocteau Twins)
  • 1962 – Joe Kleine, American basketball player
  • 1962 – André Rouvoet, Dutch politician
  • 1962 – Peter Steele, American musician (Type O Negative) (d. 2010)
  • 1963 – Dave Foley, Canadian comedian and actor
  • 1963 – Till Lindemann, German singer (Rammstein)
  • 1964 – Nikos Thanopoulos, Greek businessman
  • 1964 – Tom Westman, American reality-show contestant
  • 1965 – Yvan Attal, French actor and director
  • 1965 – Guy Forget, French tennis player
  • 1965 – Beth Gibbons, English singer (Portishead)
  • 1965 – Cait O'Riordan, British musician (The Pogues)
  • 1965 – Julia Ormond, English actress
  • 1966 – Deana Carter, American singer
  • 1967 – David Berman, American poet and singer/songwriter (Silver Jews)
  • 1967 – Johnny Nelson, English boxer
  • 1967 – Marina Orsini, Canadian actress
  • 1967 – David Toms, American golfer
  • 1968 – Mike Wilpolt, American arena football head coach
  • 1969 – Corie Blount, American basketball player
  • 1969 – Kees van Wonderen, Dutch footballer
  • 1970 – Chris Kanyon, American professional wrestler (d. 2010)
  • 1971 – Junichi Kakizaki, Japanese artist, sculptor
  • 1972 – James Longley, American documentary filmmaker
  • 1973 – Greg de Vries, Canadian hockey player
  • 1973 – Frank Høj, Danish cyclist
  • 1973 – Harmony Korine, American film director and artist
  • 1974 – Ian Moor, English singer
  • 1974 – Armin Zöggeler, Italian luger
  • 1975 – Jill Marie Jones, American actress
  • 1976 – Benoît Joachim, Luxembourg cyclist
  • 1976 – Ted Lilly, American baseball player
  • 1977 – Irán Castillo, Mexican actress
  • 1977 – Dan Shanahan, Irish hurler
  • 1977 – Tim Wheeler, Irish singer (Ash)
  • 1978 – Dominik Hrbatý, Slovakian tennis player
  • 1978 – Mai Meneses, Spanish singer
  • 1979 – Tristan Gommendy, French racing driver
  • 1979 – Jeph Howard, American musician (The Used)
  • 1979 – Charity Rahmer, American actress
  • 1980 – Greg Cipes, American actor
  • 1980 – Bobbi Eden, Dutch pornstar
  • 1980 – Miguel Monteiro, Portuguese footballer
  • 1980 – Yaroslav Popovych, Ukrainian cyclist
  • 1981 – Silvy De Bie, Belgian singer
  • 1982 – Paulo Ferrari, Argentinian footballer
  • 1982 – Kang Hye-jeong, South Korean actress
  • 1982 – Richard Logan, English footballer
  • 1983 – Spencer Chamberlain, American musician (Underoath)
  • 1985 – Fernando Rees, Brazilian race car driver
  • 1986 – James Milner, English footballer
  • 1986 – Steve Slaton , American football player
  • 1989 – Graham Rahal Indian writer
  • 1989 – Graham Rahal, American race car driver
  • 1990 – Toni Kroos, German footballer
  • 1990 – Alberto Paloschi, Italian footballer
  • 1991 – Olivia Tennet, New Zealand actress
  • 2000 – Rhiannon Leigh Wryn, American actress
source : Wikipedia

Korang baca ke? Hahaha. Senang cakap. Kebanyakan yang kongsi birthday dengan aku ni tercebur (gituu) ke dalam bidang seni. Pelakon, penyanyi, pornstar (sebaya aku pulak tu HAHAHAHAH), film maker, dairektor Ahmad Nisfu, musician, writer, komposer, guitarist. Ahhh malaslah nak tulis sume. Kira bersenilah jugak kitorang ni. Bagus. Lagi satu, bidang sukan. Yang ni cam tak berapa nak matching dengan diriku - walaupun pernah berada di kelompok itu satu ketika dulu. Politician je tak berapa. Nampak sangat 4th Jan memang takde unsur bodek dan poyo.

Tapi aku kenal Sir Isaac Newton dengan Louise Braille je. Tu pon kepandaian dorang takde plak berkaitan dengan aku. Maths?? Braille? *pengsan*


Weh, James Bond dalam list tu - James Bond yang sama ke dengan dalam filem James Bond? *soklan inesen ni*