Thursday, July 29, 2010

552: Tag Berantai

Ada dua.

Yang Ke 1

Saya telah ditag oleh Kak Mya. Sebelum ditag, diberinya dulu ubat penenang berbentuk Cute Blogger Award. Eceh.. beli jiwa nampak? Hahaha.

cenggini la rupa paras award tersebut. susah sket la nak junjung atas kepala

Dah happy? Ape lagi, jawablah soklan - ingat free² je ke award tu? ;)

Apa nama blog?

Dalam ic, blogku bernama Kotakhujan dengan tagline 'Rhapsody Hujan Siang'
Jangan la tanye kenapa aku bubuh nama cenggitu. Mak malas nak explain (tetibe mengaitkan mak dengan pangai pemalas).

Bila start buat blog?
2005. 22 Ogos 2005 to be exact. Aku tak hapal pon date ni, korek jelah entry lama kan. Hehe. Semuanya di bawah kelolaan Kak Mayameera yang dah pun berhenti berblog. Tapi kitorang tak berhenti berkawan - masih lagi kawan baik sampai sekarang, alhamdulillah :)

Eh lama dah eh. Sibbaik aku tak start tulis blog tahun 2004. Hmm...~

Sape 1st follower?
Serius aku tak amek tau. Tapi selepas mengkaji senarai ahlil kotak waljamaah, si Kapten Luffy la yang mula² angkat tangan nak jadi follower.

Ucapan khas untuk pemberi Award?
Mekasih Kak Mya sebab bagi award ni. Baru saye tau yang saye ni cute, saye ingatkan saye cantek *efek airmata bercucuran dari pipi ke dagu* Hahahaha. Tak tak. Mekasih². Kita semua cute. Walaupun pada dasarnya taklah cute mana, tak dosa pun anggap diri cute. Jangan sampai riak sudah. Hehehe~

Lastly, 9 org cute yang saya nak tag?

anul (ko mesti rasa ko cute kan.. tau dah :P)
caki (aritu soh forwardkan interview tu, akak forward tag ni kira ok la eh)
mizzy (takde sebab. hehe)
kapten (sebab ko adelah 1st follower, aku terharu)
deanz (sebab dah lama tak tag. hehehe)
penyubiru (aku tak kompiden je ko nak jawab ke tak. kalau tak jawab.. hmm..)
zona (saje je. hahahaha)

Eh. Tatau nak tag sape dah. Sape nak jawab, jawablah. Jangan malu-malu kucing batu.


Yang Ke 2


Yang ini datang daripada Maksu. Mudah banget je tag ni. Semudah alif ba ta A B C 1 2 3 do re mi. 2 soklan je pun. Kacang nganyin je.

sekali tengok macam ABC Fradoo. hehehe~

1. Kena buat ayat puji kepada pemberi award

Ler.. tag mintak puji rupanya.

Maksu, saye ni tak pandai bermadah pujangga seperti serangga di taman belantara. Apatah lagi untuk mengait kata-kata indah bersulam awan dania, ditaburi bintang-bintang idola kecil nan berkerdipan. Saye juga tidak bijak mengarang bait-bait puitis untuk menggabungkan segala jenis pujian yang wujud di alam mayapada ini khusus untuk tatapan dan santapan pancaindera maksu. Memang saye tiada bakat untuk itu, maksu. Siapalah saye ini untuk memintal buih.. yang memutiiiihhh... menjadii permaidani.. sepertimanaaaa yang tertulis dalam novel cintaaaa..

Namun begitu. Hanya satu jelah yang mampu saye perkatakan, dan ini adalah khas untuk maksu sorang. Mekasih la sebab tag saye. Hehehehe~

Eh. Terima kasih tu bole kira puji ke? Boleh laa eh (blur)

2. Kena pass pada 10 lagi penerima seterusnya:

Oh ye. Orang² yang sama jugak seperti di atas. Malas nak pikir dah. Hehe.

3. Bagaimana blog anda boleh digelar blog yang best and great?

Sebab Maksu tag. Kalau tak, memang takde la. Hehehe. Best ke? Great ke? Bole laa.. :) Jadi best dan great pun sebab yang datang membacanye laa yang best dan great - korang la tu ;) ai ni.. kalau nak diharapkan, takde mende pun...

********

And so, my boss asked me, "Masy, can you keep a secret? Can I put my trust on you?". I nodded my head once. "Promise me, that you'll never discuss this with anybody". "Insyaallah. I have kept a lot of secrets all this while. You can trust me".

The moment of silence filled the air. After a slow exhaling, he started. Word by word. Phrase by phrase. And I sat quietly beside him, tried to absorb every single things he said. It's not about him, totally neither about me. And nothing to do with our office's financial too. But still, I can saw - and felt - the burden he carried on his shoulder.

Hmm.. I hope I can do something other than just lending my ears. Maybe a hand and time from me can make a little difference, and can do a big favor for him. And of course I will. Don't worry, Mr Sivaji. This matter would be passing soon. Insyaallah.

"Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

Oh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way"

Inshaallah - Maher Zain

Tuesday, July 27, 2010

551: Jurnal Minda Atas Pagar

so damn true! [pic credit to tumblr]

Dalam beberapa hari ni, aku menganalisis tindakan dan kata-kata aku - yang menyebabkan aku terperangkap dalam keadaan yang mengelirukan ni. Ada masa aku rasakan mungkin aku keterlaluan, ada masanya juga aku berasakan aku di pihak yang benar.

Hasil temubual (tak bertemu pun, berbual je) dengan beberapa orang responden telah meyakinkan aku bahawa aku berada di landasan yang betul. Ya, mungkin pilihan aku salah. Mungkin saja mereka itu benar. Tapi cara dan gaya untuk menonjolkan apa yang dikatakan kebenaran itu langsung tak menyentuh hati aku. Langsung tak berjaya memenangi undian aku walau separuh pun.

Langsung tak.

Tak bererti aku bias. Pilih kasih. Aku, dalam hal yang sebegini memang jarang memilih (bukan langsung tak). Cuma bila wujudnya keadaan semacam ini, perlukah aku memilih lagi? Kalau benarlah yang salah itu salah, ada beribu-ribu cara lagi untuk menyuluhnya. Tapi bukan dengan cara ini.

Yang terlihat hanyalah kebusukan hati manusia. Yang terpampang sekarang hanya cemburu buta insan yang enggan meraikan warna-warni. Dan jujurnya aku benci tingkahlaku sebegini.

Biarlah.

Jika aku diasingkan kerana akalku menghasilkan jawapan yang tidak memihak kamu, biarlah. Jika hasil jawapan itu mengakibatkan aku kehilangan, biarlah. Dan jika aku kehilangan kerana percaya dengan apa yang aku fikirkan betul, biarlah.

Kerana redha manusia - kecuali ibuku dan suamiku nanti - tidak akan membawa aku ke mana-mana.

Moga aku dijauhkan oleh Allah S.W.T daripada sifat-sifat semacam ini. Dan anda semua juga, kawan-kawan. Janganlah begini.

Sayang aku tak? *tetibe* hueheheheheh~

Friday, July 23, 2010

550: Online Interview


Semalam, aku yang sedang bergedik santai telah menerima sepucuk email - eh - empat pucuk email (email pun pakai pucuk eh, boleh mati tak agaknye pucuk tersebut? ok main² je hehe) daripada en_me.

2 email pertama (tapi aku baca kemdian) : email mintak kebenaran untuk menemuduga - ingatkan nak mintak kerja hehehe
2 email kedua (yang ni aku baca dulu sebab email² ni atas email² tadi) : soklan-soklan temuduga.

Terduga jugaklah nak jawab. Tapi takde laa termasuk dalam kategori dugaan besau. Biasa je. Cuma rasanya ini temuduga online pertama yang aku lalui sepanjang ada blog ni. Eh. Ke sepanjang hayat ni? Eh taklah kot.

Ada 20 soklan semuanya. Tapi aku jawab pendek² je. Bukan apa. Walaupun soklan tu ada yang panjang, tapi jawapannya hanya memerlukan 'ya' atau 'tidak'. So.. saye menjawab soklan ye en_me, takde elaborate panjang-panjang. Hahaha.

Jadi anda semua. Silalah. Baca. Nak komen kat sana boleh, nak komen kat sini pon takde hal.

Persoalannya sekarang. Kenapa beliau mengirim email secara double? Maksud ai, dua email untuk setiap satu subjek. Tak sengaja atau interview itu terlalu penting? Tolong jawab.


#ni jawab² interview ni takde hadiah kaa en_me? :p

Wednesday, July 21, 2010

549: 10/10/10

Mak aku dengan selamba memberitahu siapa tah :

dak Masy nyer kenduri 10/10/10

Ewah. Main kasar nampaknya T____T Huhuhu~

credit to tumblr. malas nak link lagi. gi gugel sendirik ah

Monday, July 19, 2010

548: Tulisan ko cantek tak?

'kemudian kita rundingkan, ok?' ayat mak aku pun dah ala² ayat aku gak. huehehehe

Ye..

Mak aku memang pesen yang suka tulis surat. Aku pun dah biasa dapat surat daripada dia sejak aku duduk asrama. Kadang-kadang tu bukanlah surat bebetul. Lebih pada nota gitu. Bila dia pos apa-apa untuk aku, memang akan terselitlah nota barang seperenggan dua.

Tulisan mak aku memang lawa. Sape tak setuju, ada aku kisah haha. Yelah. Tulisan cikgu-cikgu camtu la. Bapak aku pun sebenarnya pemunya tulisan tangan yang cantik. Aku jarang dapat tengok tulisan abah sebab.. dia lagi suka mak aku yang tulis. Orang dulu-dulu kan tulisannya bersambung, cantik je tinggi rendah dan intonasinya (pandai² la kan cakap intonasi hehe). Macam tu la tulisan bapak aku.

Berbalik pada mak aku.

Oleh kerana tulisan dia cantik, aku selalu mengelak daripada menulis apa-apa depan dia. Kompem kene kutuk punya. Demmm~ Apatah lagi zaman sekarang ni yang dah terbiasa dengan sms dan kibod. Lagilah ke laut dalam tulisan aku. Mak aku pulak pesen rajin godeh-godeh buku sekolah aku (jangan tatau.. aku simpan lagi buku sekolah aku dari sekolah rendah. tapi dah jual kot aritu. bikin semak rumah je hehe). Komen mak aku - 'ko ni kejap kang lawa tulisan ko, kejap kang cam keling mabok je. ntah ape-ape tah'. Demikianlah komen ikhlas daripada mak aku T____T Ikhlas giler, kalah Takaful Ikhlas.

Ape nak buat. Aku ni kan hampir semuanya depends on mood. Mood selow, tulisan lawa la sket sebab tulis selow-selow. Mood jiwa kelajuan, kekadang tu aku pun tak paham apa aku tulis. Huhu. Tapi ada sorang member aku zaman mahasiswi dulu, cukup suka pinjam buku nota aku. Walau tulisan aku cam harom, tapi beliau berminat sungguh. Dan percaya tak, ada masanya bila aku sendiri tak boleh baca tulisan aku, aku merujuk pada beliau - kerana beliau paham setiap patah perkataan yang aku tulis T____T tatau la ini sejenis penghinaan atau apa. Hahahaha.


ni tulisan aku di kala mood separuh-separuh. so.. ada yang senonoh, ade yang senohong. kira nasib baik la mak aku masih mengaku anak. hukhuk~


Aku suka lelaki yang bertulisan cantek (tetibe). Sebab tulisan aku buruk la, kalau tulisan aku lagi cantek.. hmmmmm. Tatau la apsal. Tapi memang lelaki yang bertulisan cantek akan sentiasa berjaya membuat aku terkagum-kagum sambil terkelip² mata tanda caring. Susah woo nak jumpa lelaki yang bertulisan cantek.

Cakap pasal lelaki bertulisan cantek, teringat kat Rozan. Hahaha. Member aku ni sanggup clash dengan boipren dia sebab tulisan boipren dia buruk! Tegar sungguh perbuatan dia, tapi aku paham la. Apatah lagi dia mengeluarkan kenyataan berbunyi 'kalau tulisan dia buruk, camne nak suruh dia tulis kat buku sekolah anak²? buat malu aku je'.

Hahahaha. Ya. Tegar tapi benar. So. Tulisan korang cantek ke?

Friday, July 16, 2010

547: Kalau berani, bacalah!~

Salam sume..

Zaman sekolah rendah dulu, aku ada satu tabiat yang paling susah betul nak dikikis sedari darjah satu iaitu malas nak buat kerja sekolah. Walaupun bapak aku guru besau, sifat pemalas bukan-memain tu memang takleh nak buat apelah. Ok. Kerja sekolah yang cikgu bagi suruh soh buat kat rumah tu aku buat laa sebab kat rumah ada dua orang lagi cikgu dok memantau.

Tapi tang latihan dalam kertas selai-selai ni cukuplah malas aku nak buat. Bukan ape, nampak jelah selai kan – tapi kang cikgu yang berhormon rajin mesti akan bagi berhelai-helai. Zaman tu kan takde mesin fotostat, guna stensil je. Agaknya cikgu-cikgu sekelian pikir, alang-alang nak gelek – biar sampai ke pangkal lengan. Agaknye la..

So biasanya kertas-kertas ni sume aku akan peruk je bawah meja. Kalau ade 10 helai, 10-10 tu lah aku sumbat. Satu hari ada berapa subjek? Sekali subjek ade berapa helai cikgu bagi? Kalau seminggu? Dua minggu? Ya, korang buatlah matematik tu. Hahaha. Mujur takde lipas teringin nak bikin petempatan dalam meja aku.

Namun begitu, seterer-terer Uruguay main bola, akhirnya kecundang jua di tangan German. Kegiatan menyembunyikan kertas (bukan gula) soalan di bawah meja terkantoi sudah. Cikgu Lee la ni. Suka sangat kantoikan aku. Huhu. Makanya, dalam seminggu tu akan ada masa-masa yang aku habiskan dalam bilik guru besau. Tak kira laa masa tengah ada kelas ka, waktu rehat ka – bila-bila la yang cikgu besau tu suka. Nanti dia akan utuskan siapa-siapa untuk panggil aku melepak dalam bilik dia.

Buat apa? Buat keje sekolah depan dia laa T____T

Ini bukan cerita utama. Sekarang baru nak masuk cerita. Intermission bak kata filim hindustan.

(perkataan INTERMISSION sedang terpapar di layar bersama latar belakang gambar seorang aku berwajah penuh dendam, ada lagu sendu turut mengiringi)

Suatu hari yang bening, tatkala aku dan rakan-rakan darjah 1 Biru sedang khusyuk belajar (ntah ye tidak). Datang seorang pengawas lelaki mengetuk pintu hati.. err.. pintu kelas.

Cikgu, guru besau panggil Masycomel
Sekarang?

Ha’ah


Taukah perasaan aku? Korang ingat lagi apa perasaan kalau kerja sekolah tak siap, tapi ko tetap degil nak tidur jugak pada malam sebelumnya? Rasa sesemut kat punggung, jantung berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang, dan tambahan sikit – ada rasa mau menangis (tapi nak tido gak! haha).

Dalam perjalanan, aku bertanya pada abang pengawas yang lebih tinggi daripada aku pada ketika itu. Ketika sekarang tatau lagi la kan.

Abang tau ke kenapa abah panggil? (ok aku tak reti panggil bapak aku ‘cikgu’)
Tatau.. nanti adik pegi dekat kelas 6 Kuning eh
Errr.. abang temankan bole tak? Masa ni aku serius rasa nak nangis, takutlah ngok.
Eh mana bole.. ada kelas sekarang ni
Ala bole laa
.. (muka sipi lagi nak luruh airmata). Kelas 6 Kuning tu katne? Huhu

Last-last abang tu temankan la sampai depan pintu darjah 6 tu. Nun di hujung sana, bapaku pulang dari kotaaaa bapaku belikan kereta. Ok ok serius. Nun di hujung sana, bapaku sedang duduk di kerusi cikgu sambil membelek buku teks. Murid-murid di dalam kelas berbisik-berbisik. Pintu diketuk. Abah menggamit, memanggil aku masuk ke dalam kelas. Masa ni rasanya jantung aku dah bertukar jadi cecair.. melimpah ke ladang gandum lalu pooffffff!! Jadilah coco crunch.

nak ape, abah? Aku bertanya, takut-takut. Harap-harap bukan pasal kerja sekolah.

Abah hulur buku teks, tawarikh tak silap aku.

Baca dari sini (tunjuk kolum kedua dalam muka surat belah kiri) sampai sini (hujung kolum pertama dalam muka surat belah kanan). Baca kuat-kuat.

Oo.. nak suruh baca ke? Ingatkan nak suruh buat kerja sekolah kat sini. Fuuhh~ Aku capai buku teks, dan mula menarik nafas untuk membaca sambil mengadap beliau.

Jangan pandang sini, pusing sana. Hadap abang-abang dengan kakak-kakak ni sume.

takde la plak aku berdiri camni.. nak kena lempang dengan bapak aku?? haha

Errkk?? Apa-apa jelah. Jangan tanya pasal kerja sekolah sudeh ye bapakku yang kacak bergaya. Aku pun mula membaca. Sampai ke satu perkataan yang pelik. Aku berhenti. Cuba baca sendiri tapi tak yakin.

Ni ape ni bah?

Satu kelas ketawa.

DIAM!!!! Apsal ko gelak? Ha? Ko nak baca??!!

Semua menikus. Tau takut. Lempang kang baru tau. Kata aku dalam hati sekarang ni la bila kenangkan balik. Haha.

Ada sape nak baca??!! Pandai gelakkan orang, bila suruh baca taknak!!

Sunyi. Semua menunduk. Macam la kat meja memasing ada line internet nak layan fesbuk. Lepas diberitahu, aku sambung membaca. Sampai habis.

Ok dah. Gi balik kelas.

Ler.. itu je? Penat jantung aku mengepam darah secara berganda dari kebiasaan. Tapi ok la. Tak tanya langsung pasal kertas-kertas bawah meja aku yang mula nak menimbun balik tu. Sampai kat kelas, cepat-cepat aku tarik satu persatu kertas tu, dan siapkan sikit-sikit. Huhu. Fobia fobia.

Oh kisahnya. Bapak aku suruh sape-sape volunteer baca teks tu, tapi sampai ke sudah takde pun yang angkat tangan. Tindakan dia memanggil aku tu kiranya macam nak buat serangan psikologi la. Dah tu.. kalau ko takde rasa malu bila budak darjah 1 baca buku teks darjah 6 kat depan muka ko yang darjah 6 tu, tatau la kan. Kira kebal la kulit muka. Hehe.

Eh, zaman korang ada belajau Tawarikh ke? Zaman aku tak sempat nak merasa (tetibe je kan soklan ni).

Wednesday, July 14, 2010

546: Semalam

pic kredit to Anul. aku suke pic ni jugek! hehe


Semalam di Perlis. Ada quotes menarik untuk aku kongsikan dengan hadirin pembaca sekelian (intonasi Siti Hawa Majid - bukan Sheila Majid ya..)

1. Dalam kereta semalam masa otw balik. Berborak. Kebetulan kami pelawa sorang encik sub con untuk join balik sekali. Dah tu.. Flight dia pukul 10 malam, meeting abes pukul 12 tengahari. Berjambang tu kalau nak tunggu, sorang-sorang lak tu kan.

Masa berborak, terkeluar cerita pasal kawen-kawen ni sume. Rupanya dia pun kawen lambat, 35 tahun baru kawen. Tapi dia ni dalam kategori boleh tahan la rupa paras, baik pun ye. Maka dia pun perturunkan quote ini untuk renungan kami yang bujang - dan selamat beramal kekdahnya.

you kalau nak kawen nanti, make sure pasangan you tu betul-betul tergila-gilakan you

Ok. Patutlah aku tak kawen lagi T______________T


2. Dalam meeting. Encik yang mempengerusikan majlis bercakap. Ada masanya dia akan sebut 'commercial break' bila dia nak melencong cerita benda lain hehe. Tapi ade satu yang dia sebut.

nanti nak cakap pasal pusat petempatan desa ada yang tak tau kat mana, kata 'pusat bini aku taulah kat mana'

Ok. Perut keras tahan gelak. Tapi gelak, sikit-sikit. Aku nak gelak sekarang bole? Ngahahahaahhahahah~

Sekarang aku mengantok. Memula ingat nak sms Mr. Sivaji, nak masuk lambat sket. Tapi takpelah... aku datang jelah macam biasa. Huhu~

Anybody miss me? (soklan test market)

Monday, July 12, 2010

545: Kegirangan

pic kredit to Anul ak.a Biskot Jekeb tapi yang ni aku cilok dari Wafa, malas nak edit sendiri hihi~

1. Perjumpaan Geng Memuah!

Sorilah, rasanya aku yang paling lambat bukak cerita gathering geng memuah ni hahaha. Ke... si Keri pon tak buat lagi? Ah.. biarin!

Aku rasa so far ini antara gath geng memuah yang paling berjaya kot. Berjaya untuk aku sebab bila aku sms dan ajak, takde sorang pun yang kata 'alaaaa takleh arrr.. nak balik kampung belek bini (opss haha)' ataupun 'ade kursus seni persembahan silat pulut kat kampung sedara angkat' dan bermacam-macam lagi alasan di luar logika. Best!

Aktiviti berjalan dengan lancar walaupun sangkut-sangkut sket pada awalnya. Ke OU untuk menonton Eclipse. Jangan tanye aku best ke tak cite ni sebab aku tak follow pon cite puntianak chenta ni ha. Sampai sekarang pun aku tak nampak ntah celah mana hensemnye mamat pucat tu. Jekeb tu so-so jelah. Tetap annoying untuk aku. Pesen yang tak reti nak let go, camtulah tu. Bella toksah cakap la gedik cam hape. Asik ajak 'main' je. Mujur iman mamat pucat tu tebal di dada. Aku rasa dia tengah pikir nak convert masuk Islam kot.

Ok. Sambung cite gath.

Lepas nonton, lepak sebentar di OU untuk sesi bergambar. Salah satu picnya adalah di atas sekali itu ya. Hebat bukan? Kemdian nak cari tempat makan sebab aku dengan Zona puasa aritu dan berbuka makan ape eh... Aku makan dorayaki seketul, popcorn dengan cekelat apetah Zona bagi. Heheh. Sebab tatau jalan nak gi William, kitorang pegi jelah ke Uptown Damansara.



Makan. Borak. Gossip. Bongkar. Gelak. Sumelah. Hehehee. Ailebiu ols~ Pastu sambung amek-amak pic dengan betik yang didatangkan khas dari ladang cik Wafa kita. Ai laikee!! Keri juga yang bagus. Orang berebut amek betik, dia berebut nak kotak. Pasni kita sedekah kotak jelah kat dia. Nampak macam ade hobi mengumpul kotak je gayanye tu.

Aku happy. Tak retilah nak tulis ayat syahdu. Sebab sume orang dah tulis ayat syahdu kat blog. Hehehehe (ai maluwwwwww). Nantikan gathering seterusnya selepas ini ya~

2. Jalan-jalan Cari Pasal at Taiping.

Wafa ajak gi Taiping, temankan dia ke kenduri akikah anak member dia. Aku memula on, tapi petang jumaat lepas tetibe kene gastrik amaran kuning (belum merah lagi). Dan pagi tu pon aku macam dah kensel. Pastu tah la apsal, rasa rugi plak. So aku follow jelah. Aku, Jard dan Zona jadi peneman Wafa :)

Gerak lambat. Sampai pun ala-ala. Thanks untuk Kak Mya yang direct jalan via sms hehe. Kitorang merayau² satu Taiping cari hotel (sebab tak booking, hebat kan). Rata-rata penuh lak tu. Yang best. Ada satu hotel lama yang dah abandon laa kitorang gi skodeng. Gila creepy weh. Apsal Majlis Perbandaran Tepeng tak cabot je papan tanda hotel tu? Giler giler. Korang layanlah sekeping gambor yang sempat aku snap dengan jiwa yang kacau.

siap dengan latar langit tu ha.. demmmmmm~

Tapi akhirnya dapat laa jugak hotelnya. Syukur. Lepas rehat-rehat barang sejam dua, kitorang gerak cari makan. Lapau. Gi Doli makan kuey tiaw goreng. Biasa je.. takde la sedap gila-gila tapi takde la tak sedap langsung. Hehe orang Doli jangan mareee.. :)

Kemdian, ke Night Safari ler kite sume. Ok la. Tapi golap bona. Mana yang aku nampak, nampaklah. Tapi sangat kesian kat kucing batu yang share banglo dengan musang pulut. Keciknye la hai habitat korang ni. Muka kucing batu tu pun macam memendam perasaan je. I feel you, adik kucing :(

Pagi, layan bola dalam bilik sambil apdet status kat fb. Hehehe.

Esoknye. Lepas sarapan, siap-siap gi jenjalan. Pi Taman Tasik Tepeng yang hangat diperkatakan untuk sesi posing-posing. Sayangnya tak dapat nak pegi lagi petang tu sebab Tepeng ujan T___T Lepas tu, sambung membuat lawatan War Cemetery, Burmese Pool (sedih woo dapat tengok je tak dapat mandi) dan akhir sekali - Muzium Perak. Hehehe. Sebijik feel-feel tourist ni. Eh silap. Akhir sekali, TESCO Tepeng. Hahahaa.


Kemdian shoot gi kenduri yang tamat acara kemuncak. Layan lauk kambing dengan ayam. Kemdian layan durian plak tepi jalan. Pastu hantar Zonaku ke stesen bas, terus balik. Sampai ke rumah sebelum pukul 8.30 malam. Thankss Wafa yee :)

Arinie aku half day, nak pegi Perlis lak. Hmmm~

semalam encik² kereta leper buat gath kat hotel yang kitorang stay. amek gambau jelah noks. sibbaik bukan selera aku. hmmm~

Friday, July 09, 2010

544: Aku, Si Anak Keladi

Oh disclaimer siap-siap sebelum menaip. Ini semua pandangan peribadi aku, takde campur aduk pendapat orang lain melainkan di bahagian-bahagian tertentu (jika ada). Apa yang aku nak taip lepas ayat ni, sesucinya lahir dari hati aku sorang - bukan orang lain.

Tu dia, artis sangat haha.

Kebelakangan ni, aku tersensor unsur-unsur berbaur pertelingkahan dalam dunia internet ni. Malas nak sebut blog ke fesbuk ke twitter ke ape ke, aku sebut internet jelah ye. Dan dah tentulah ini bukan pertama kali aku mensensor benda ini. Hehehe. Tapi tidaklah aku menjoyah pegi korek sana sini. Aku kalau nak tau, aku tanye terus tuan punya badan - watdehal ni? Kalau nak jawab, boleh la aku memahami. Andai tiada jawapan, fahamlah aku yang barang kes tidak mahu disiasat. Betul jugak.. takkan nak cite semua kat orang yang kita barely known gitu (eceh!)

Aku hormati semuanya. Dan aku tak kisah pun (nak cakap tak peduli kang macam membohong plak, peduli la sket-sket hehe). Adatlah di dunia. Tua muda miskin kaya semuanya akan ada masanya bercakaran, bertamparan, berterajangan mahupun bersepak-sepakan (bola sepak misalnya).

Aku pun dah berpengalaman berada dalam situasi di mana kawan-kawan aku bergaduh sesama mereka. Aku rasa korang pun ade pengalaman macam tu. Di mana ada masanya keadaan seperti memaksa kau memilih salah seorang (kalau sorang, kalau lima orang - salah lima). Bila aku dalam keadaan macam ni, aku lebih suka memilih untuk bersifat berkecuali. Bukan sebab takde pendirian.

Tapi itulah pendirian aku (ayat ni aku penah tulis dalam entry tahun bila tah).

Aku lebih suka bertindak mendengar daripada pihak-pihak terbabit. Dengar je, bukan menghakimi. Aku takkan sesekali menghakimi, sebab yang bergaduh tu mereka. Dan hati manusia yang tengah panas dan marah akan sentiasa merasa mereka betul. Jadi kalau aku memilih untuk memihak sesiapa, bimbang implikasi lain pulak. Contohnya.. aku berpihak pada yang salah, atau dalam tak sengaja mengapi-apikan benda yang kecil. Kang tak pasal-pasal ilang kawan. Contoh la..

nak gaduh, gaduh la.. ajak aku ape kes?? (kata kakak kat belakang tu hehe)

Macam kes Suria dengan Kapai dulu. Aku takkan dapat memilih untuk berkawan dengan siapa pun, sebab dua-dua aku kenal sejak kecil sampailah sekolah menengah - kami berkawan sama-sama. Bila kedua mereka mula bergaduh secara serius, aku cuma duduk atas pagar (metafora lagi ni) dan mendengar. Paling kuat pun pendapat aku - sebenarnya ada salah faham yang tak terungkai.

Dan perkara paling taboo dalam hal macam ini adalah kau menyampaikan apa yang pihak lain perkatakan tentang pihak satu lagi. Let say Suria cakap something pasal Kapai, aku takkan sesekali bercerita pada Kapai dan begitulah sebaliknya. Malah selama ini sebelum dorang berbaik semula, bila ada antara diorang bertanya 'eh dak dia tu tak cakap pape ke pasal aku?'. Serius aku jawab takde. Tak payah la nak mengapi-apikan lagi, betul tak? Dan aku bernasib baik jugak masa tu sebab diorang tahu aku tak berpihak pada siapa-siapa dan redha aku berkawan sesama diorang tu.

pssttt.. abang anj, dengar laa adik kuch nak cakap ni..
hmmmmmm.. pe diaa..

Pandangan peribadi aku mudah je. Kalau betul kawan aku yang sorang ni jahat (dalam contoh aku ni sama ada Kapai atau Suria la), biarlah. Asalkan dia tak buat jahat dengan aku, sudah. Selagi dia tak menodai kepercayaan aku ka, dan baik je dengan aku - aku rasa takde sebab untuk aku menolak dia sebagai kawan. Dan orang lain tak perlu ajar atau bagitau aku tentang tu. Lain laa kalau dalam diam rupanya dia perogol kanak-kanak dan dewasa kaa, atau melakukan jenayah pemerdagangan orang kaa.. mungkin la kot.

Kalau betul dia jahat, jangan bimbang - satu hari nanti aku sendiri akan terajang dia hidup-hidup dari kehidupan aku. Tak perlu susah-susah tunjukkan jalan. Tu dia. Drama sangat ayat ni haha.

Dan seingat aku laa bila aku bergaduh dengan orang, tak pernah pulak aku ajak kawan-kawan aku supaya jangan pedulikan orang yang bergaduh dengan aku tu. Rasanya la. Selalunya aku kalau bergaduh, memang aku sorang jelah yang gaduh dengan pihak tertuduh tu. Pesen ajak member-member ni aku rasa hanya diamalkan zaman aku sekolah tadika dulu. Oh, sekolah rendah pun ade. Hahaha.

Aku tak kata aku mulia, polos, gebu (tetibe) ataupun baik nau. Taklah. Aku pun pernah gak bergaduh. Tapi aku serius tak ingat ade ke tidak aku menghalang kawan-kawan aku yang lain daripada terus berkawan dengan si mangsa tu. Bila tak ingat tu, kira takde la kot? Paling jahat pun dulu masa aku bergaduh dengan boipren Umi (classmate YuAiTiEm), aku cakap kat Umi 'apsal laa ko kapel dengan mamat sengal ni? heran aku. ko clash jelah dengan dia'. Hahahaha. Aku cakap je weh, takde la aku betul-betul nak dorang clash.

Dengan member blog pon macam tu. Aku dah 'potong kek' dengan sorang member blog, rasanya tak ramai yang tau. Siapa ke dia. Kenapa ke. Ape ke. Yang tau, tau lah. Dan kalau nak terus berkawan dengan pemangsa itu, silekan. Takdenye aku putus kawan dengan uols kalau uols memilih untuk terus berkawan dengan dia.

Kesimpulannya di sini. Setiap orang ada hak. Memilih untuk memilih, atau memilih untuk tidak. Nak berpihak pada kawan yang kau rasakan salah atau benar. Aku? Aku memilih untuk diam saje. Aku lebih suka kalau aku berkawan dengan semua. Dan unsur provokasi dalam hal pilih memilih ni aku agak kurang gemar. Ye, boleh bagitau aku - tapi tengok keadaan. Rasanya aku takde kepentingan apa-apa ke atas sesiapa pun. I'm not choosy pasal nak berkawan dengan sesiapa - walau sejahat manapun kau, but I only choosy when it comes to hang-out friends. Itu je.

Aku ni pun bukannye elok sangat. Ada gak aib, cuma orang tau dengan tatau jelah. Jadi siapalah aku untuk memilih sangat? Lain laa kalau nak pilih jodoh, ye tak? Hahaha tetibe melencong plak pasal jodoh.

Hidup biar sedap. Sakit jangan sampai mengidap.

# pergh giler panjang entry arinie. hahahaha. entry pasal kuar together² dengan Geng Memuah akan menyusul minggu depan ye :) *

Wednesday, July 07, 2010

543: Genang


SMS yang aku terima pukul 9.33 pagi semalam aku balas. Dengan genangan airmata.

Sumpah, kata-kata di dalamnya bukan menyakitkan hati. Sedikit pun tidak. Sekadar ucapan selamat pagi yang mendamaikan.

Tapi perasaan jadi sebak.
Mengenang dan memikirkan entah berapa lama keadaan ini akan berlanjutan.
Membayangkan ketiadaan.

Dan airmata kekal bergenangan, langsung tidak jatuh.


* gambar sume cilok kat tumblr. takmo link, malas*

Monday, July 05, 2010

542: Seluar Pendek

cilok kat google, tatau sape punye. jangan marah aa..

Salam sume..

Aku ada satu tanggapan dan pandangan yang kurang enak terhadap lelaki yang suka jalan-jalan pakai suar pendek. Takde la tanggapan ko gay ke, otak tak center ke atau apa. Tapi ada satu sisi dalam perasaan aku akan berasa jengkel dan kurang senang. Entah la, aku tak suka. Kalau main bola kaa.. bersukan yang berkaitan dengan pemakaian suar pendek tu, ok la nak tak nak kena la aku terima. Kalau pegi tengok wayang pakai suar pendek, ape cer beb? Tak sejuk ka?

Jom patah balik pergi ke masa silamku. Eceh~

2000, zaman belajar dulu. Masa tu menyewa la, di tempat yang pernah aku perkatakan dulu tapi aku ulanglah sebab takkan sume orang ingat hal ni kan. Menyewa kat rumah kedai. Rumah aku tingkat atas sekali, dan di bawah ada jugak budak² YuAiTiEm menyewa - lelaki semuanya. Nyam nyam. Hahaha.

Kita short formkan cerita, aku akhirnya berkawan la dengan salah sorang jiran di bawah itu. Alone nama dia. Orang Melaka gak, sebaya. Amek mechanical engineering tak silap aku. Kalau nak borak, biasanye dia jengah kepala ikut tingkap umah dia dan panggil je aku. Borak kat situ jelah.

Sampailah suatu malam, tengah aku lipat baju dalam bilik.. tetibe je dengar suara dia memanggil². Dah macam putera panggil Rapunzel plak hah. Aku pun pegi la..

wak, turun minum yok
bila?
sekarang la

Dan aku pun bersiap. Eh.. lupe pulak. Itu merupakan pertama kali aku setuju bila ade lelaki ajak aku kuar minum okeh. Sebelum ni semua aku tolak (cara baik la.. dan bukan sebab aku tak suka kat orang-orang yang ajak tu.. tapi.. err.. takpelah). Dah siap, aku pun turun.. dia pun dah tunggu aku di depan pintu rumahnya.

Eh. Eh. Aku pandang dia atas bawah.

kata tadi nak ajak saya gi minum, tak jadi ke?
jadi la.. saya tengah tunggu awak ni..
dah siap ke?

dah.. jom!

macam ni?
*jari tunjuk atas bawah ke arah suar pendek beliau* macam tak siap je
nape? *pandang suar sendiri* owh.. tak suke eh.. jap jap..

gambarajah yang bersumberkan google di atas menunjukkan contoh kependekan suar yang dipakai oleh kawan saye pada malam kejadian itu ye. sungguh diskasting.

Terus dia masuk. Kurang seminit, dia pun keluar. Ok, seluar dah cukup panjang, tapi berbunga-bunga laa pulak suarnye T____T Haihhh.. takpelah. Daripada pakai suar pendek, kalau dia tukar pakai kain pelikat pun aku tak kisah kot.

Kemudian, sambil minum dia bertanya.

nape awak tak suke saye pakai suar pendek? biaselah lelaki macam ni..
nak pakai, pakai la.. tapi jangan pakai masa kuar dengan saye...

tapi nape eh? nape tak suke suar pendek?
ntah la.. tak berkenan. dok tunjuk bulu kaki merata-rata, ingat lawa nau le tu?


Member gelak besar, macam nak rak :p Lepas malam kejadian, aku tak perlu nak ulang cakap lagi. Mesti dah siap-siap pakai suar panjang. Bagus budak ni, tak payah ulang suara hehe. Tapi ada satu malam, aku terserempak dia kat kedai bawah dengan housemate beliau - dah tentu laa dia pakai suar pendek. Nampak je aku, terus dia datang cepat-cepat, dan berdiri betul² depan mata aku.

awak, jangan pandang bawah tau
Aku senyum. apsal?
saya pakai suar pendek ni. jangan pandang kang awak muntah tengok bulu kaki saye
hahahahahaahah

jangan tau! hehe. pandang saya je, ni - pandang mata je
yelah yelah orang tak pandang bawah :p tapi dah nampak dah tadi..

ala.. sori eh wak.. saye kuar kejap je ni ha nak beli barang sket..

ler.. takpe ler.. asalkan jangan pakai camni dengan saye, dah. itu je
hehehe.. ok ok.. tapi sori gak.. eh baru pasan mata awak bulat cam ikan emas


Hampeh! Hahaha.

Itu dulu la. Sekarang ni takde la pulak aku halau kalau korang pakai suar pendek depan aku. Cumanya memang aku akan pandang muka jelah, takdenye nak tengok ke bawah walaupun sekadar mengerling kasut korang.

Kompem tak ah.

Thursday, July 01, 2010

541: Gambar sume aku korek dari Google. sekian.

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku

walau di akhir jalan

ku harus melepaskan dirimu

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yang hebat
hingga ada alasan bagimu
'tuk tinggalkan setiamu

demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

kerna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
kerna cinta yang sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yang hebat


Cinta Tak Bersyarat - Element (thanks Yonna)


Pertama sekali, jangan salah tafsir entry ni. Bukan apa, kadang-kadang bila aku rasa nak bersastera sket nanti orang ingat jiwa aku tengah kacau bilau ka (ok kadang² tu betul la tapi bukan sekarang ni) ataupun teringat kisah lama ka. Terbawa-bawa ka. Takdelah.

Aku tak ingatlah siapa. Tapi perempuanlah kawan aku tu. Dulu. Dia tanya, macamana aku boleh nampak ok je walaupun dah putus cinta, aku cool, rilek je siap selera makan tak terganggu pun (err yang last one tu la.. yg sebelum tu ade gak gangguan hehe). Jawapan separa pendek aku - kalau aku menangis 13 tahun pun, adekah lelaki itu akan berlari-lari datang balik pada aku? Adekah dia akan memujuk aku, memohon maaf kerana buat aku terluka (ok yang ni mungkin ade la) dan adekah dia akan berkata 'janji tak buat lagi, i'll dump her A.S.A.P - jom kita kawen'? Takde. So.. untuk apa buang masa lama-lama sangat. Huhu.

Sebenarnya, time bercakap macam ni senang la, sesenang kau makan kuaci yang dah siap kopek kulit tu. Yang tensen, orang yang mengopek tu lah kan.

Bukan mudah nak meredhai, merelai dan menganggap itu semua dah memang takdir dan nasib yang mestilah kau terima dengan tangan dan hati yang terbuka (kesalahan BM dalam ayat ni : banyak perkataan 'dan' dalam satu ayat *tetibe haha*). Tapi.. mende ni sume kena diikhlaskan dan keikhlasan itu bukan boleh dibuat-buat. Eh aku cakap macam aku baik sangat je eh? Hahaha.

Ikhlas. Jatuh cinta dan perasaan sayang dulu itu datang secara ikhlas dan tiada paksaan mahupun campur tangan dan kaki daripada mana-mana pihak. Oleh kerana ikhlas, makanya jika kebahagiaan dia itu katanya tidak datang daripada aku, takkan masih lagi nak berkeras, bermati-matian menarik tangan dia (sekadar metafora)? Lagipun untuk apa bersusah payah, kalau yang berusaha untuk memperbetulkan keadaan itu hanya aku, sedangkan di pihak dia.. ya berusaha jugak - berusaha nak melepaskan diri.

tengok, takde usaha langsung! ingat tak penat ke orang atas dok menarik tu? huhuhuh

Bila ada rasa nak pertahankan walaupun dah nampak dia tak suka lagi, ni jelah pesan aku. Ingat sebab utama kenapa kita masih bertahan. Bukankah kerana sayang dan cinta tu? Sayang dia? Cinta dia? Lepaskan jelah. Aku fikir. Masa tu. Kebahagiaan aku itu kan asalnya datang setelah kehadiran dia, dan sekarang bila dia tak bahagia lagi bersama aku, untuk apa dipertahankan lagi? Bolehkah aku bahagia bila dia tak lagi merasai macam tu? Macamana aku nak bahagia kalau orang yang aku sayang tak bahagia? Tell me mama, tell me.

Mudahkan kehidupan kita. Lepaskan saja, ikhlaskan.. Memang hati sendiri terluka, tapi percayalah - suatu hari nanti, ia akan sembuh bila kau dapati dia jauh lebih bahagia berbanding ketika dia bersama kita. Itulah satu pengorbanan yang berbaloi-baloi.


"Ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia

Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada

Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya

PadaMu ku pohon sucikan hatiku

Sehingga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu


Amin"


Pergilah Ayu - The Fabulous Cat


Tetibe teringat kata-kata Acaii - kita sedih bukan sebab kita masih cintakan dia, tapi kerana kenangan tu terlalu perit untuk dikenang. Huuuuu.....~


# kenapa tiba² buat entry ni? entahlah. aku tersensor macam ade kawan-kawan aku yang baru putus chenta, or tengah frust. tapi tatau sape. perasaan je rasa macam ni. kalau takde, baguslah. kalau ade, ini jelah yang aku nak cakap.. :)