Wednesday, August 25, 2010

569: hari ini, aku pergi..

kalau usaha
yang dah dikerjakan
tapi yang ternampak
hanya kesalahan
rasanya..
mungkin aku perlu berehat
mungkin patutnya
dah lama aku berehat

rehat yang panjang
bukan mati
aku nak hidup lagi
tapi rehat
cari salah sendiri
aku sendiri saja yang salah?

aku pergi ya kawan-kawan
tak lama
kalau aku rindu
mungkin esok
aku ada lagi
kalau mampu tahan
mungkin tidak

apa aku taip ni pun
aku dah tak tahu

selamat berbuka, selamat bersahur
maaf andai mengganggu
maaf.
mungkin tak layak dimaafkan
walaupun hati sendiri tak siapa yang pandang
tak siapa yang berfikir

aku pergi, ya kawan-kawan
nanti dah tenang
aku datang semula..

568: selamat bersahur, selamat berbuka puasa..


Gadis Semasa - Yuna

Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat apa yang ada
Di depanmu

Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkanmu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkanmu

Oh aku memang begitu
tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

Tuesday, August 24, 2010

567: Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.

cilok kat tumblr. setuju?

Seseorang yang menjadikan hidup kamu neraka, atau melayan kamu seperti najis. Hahaha comel plak bila didairek-transletkan. Hehe.

Ada tak manusia yang melayan aku seperti najis? To be honest, aku pun tak surelah. Ada kot. Itu pun kalau begitulah cara mereka melayan najis. Kerana bagi aku, aku tak pernah pulak pikir macamana nak melayan najis. Perlu ke dilayan? Kot najis kanak-kanak mungkin laa terpaksa gak layan. Kot tak sampai ke sudah kanak-kanak tersebut (dalam hal ni biasanya anak-anak buah aku laa) akan membising soh dicebokkan!

Adakah melayan najis itu bermaksud ko sebenarnya tak teringin nak layan tapi akhirnya terpaksa gak layan sebab tak kuasa? Ataupun maksudnya tidak memberi layanan langsung? Isk isk.. mana boleh weh.. najis pun, kene layan gak. Kalau buat tak tau je nanti busuk laa dunia ni.

Bayangkan kalau Indah Water buat tak tau je dengan najis-najis ni sume, macamana nasib kita sebagai pengguna? Mampukah kita melayan karenah najis tersebut walhal yang menghasilkannye tu memang bukan orang lain melainkan kita jua?


mekasih abang pembentung!

Panjang pulak hujah aku ni.

Secara keseluruhannya. Aku rasa ada kot. Tapi tak perlulah nak difikirkan. Dalam kepala otak aku yang tak berapa bijak ni, ada banyak lagi benda lain yang lebih penting berbanding memikirkan layanan orang terhadap najis.. eh.. maksud aku, layanan seakan najis terhadap aku..

Buat menambahkan low self esteem aku je. Hehehe.

8 dah lepas. 22 more to go. Huhu~

Monday, August 23, 2010

566: ..............

Petang² macam ni, sorilah. Kalau setakat lawak 3 markah, gua tak mampu nak gelak la beb. Lu kene bagi lawak di luar kotak. Think out of box kata orang kampung belah bapak aku. Ekcely, kampung mak dengan bapak aku sebelah² je. So.. apa kata orang kampung bapak aku, kemungkinan besar diperkatakan jua oleh orang kampung mak aku.

Takde mood. Gua sedih. Gua tak suka. Dahi gua kerut-kerut dari tadi. Rosak la dahi gua. Takde la buaya-buaya darat nak mengorat gua lepas ni. Yelah. Dorang kan cari yang dahi licin je.

disclaimer : ini bukan dahi gua

Sebenarnya dalam hati gua. Sakit. Pastu. Ada sikitlah rasa. Macam. Hmm..

Gua cadang nak tutup blog. Ada sape nak klik 'like'?

565: 3 juta je...

cilok kat gugel la, takkan aku nak snap sendiri pic camni kan

Perbualan ni berlaku pada awal tahun aritu. Kisahnya, aku dok berborak dengan housemate aku tu lah. Ye.. walaupun beliau ada masanya annoying, tapi aku takdelah sampai memulaukan dia dari hidup aku. Kalau aku rasa dia annoying, aku ignore jelah. Dengan cara aku. Hehe.

Topik aritu berkisar pasal duit la. Kalau la ade duit banyak tu banyak ni, nak buat ape. Nak beli ape. Dia pun bla bla pasal barang-barang branded idaman dia. Heheh. Biar saja.. Kemdian dia tanya aku.

kalau kak baby dapat duit banyak-banyak, kak baby buat ape?
banyak tu berape banyak? takat 100 je tak dapek nak pikir haha

kata laa 100k. nak buat ape?

apa lagi.. bayar utang la. pitipitien, loan umah, loan kete. yang belen akan dipikirkan kendian hehe


Kebetulan kat tv, ada iklan Super Pawer tu. Tau kan.. mamat yang mintak power kat jin ijau tu, siap up nak power gak untuk bini. Kesian.. punyalah takde energy sampai nak kene tunggu jumpe jin baru ada T____T ape la punye iklan. Hmm.

ni lagi bingai.. ade ke mintak power kat jin. mintak la mende lain isk²
ntah.. kalau kita, mintak duit la kan kak baby?

haa tau takpe!

kalau kak baby jumpa lampu aladin ni kan.. kan dia kata ade 3 permintaan, kak baby nak mintak ape?

kalau ko, ko nak mintak ape?

kalau kita.. 1st nak mintak dia hentikan peperangan kat Gaza bla bla bla kemdian mintak barang branded dengan duit 10 juta ke.. hehe

hehehe.. ni mintak bentikan perang tu bagus dah tu. tapi buat ape pi mintak kat jin. baik ko doa. mende² macam ni mana leh mintak kat jin. Allah kan ada. ni kang jadi syirik plak.


Wah.. sempat lagi aku nak ceramah! Hahahahaha!

haha yelah eh.. abes, kalau kak baby, nak mintak ape? ade 3 permintaan tu
ermm.. banyak nau sampai 3 permintaan. akak mintak satu je kot, yang lain tu pi la bagi orang lain

aikkk... nak mintak duit la tu
dah tu.. mintak duit satu permintaan pun cukup

akak nak mintak berapa?

3 juta sudah..
3 juta je??? ape sikit sangat

akak tak abes cakap lagi laa.. 3 juta tiap-tiap bulan sampai akak mati. HAHAHAHAHA


Kompem jin tu pencen terus!

Friday, August 20, 2010

564: TAIF! (Thanks Allah It's Friday)

Jumaat sudah!

Dah lebih seminggu berpuasa ni, aku langsung tak stori mori pasal makanan ke pasar ramadhan ke eh? Ajaib ni. Di luar kebiasaan hidup seorang blogger yang merendah diri dan low profile nih.

Aku rasa puasa tahun ni.. aaa.... ala biasa je kot. Tapi ada sikit la persamaan macam tahun-tahun lepas. Aku terpaksa tawaf pasar ramadhan dua kali setiap kali ke sana, baru la boleh decide nak makan apa. Kalau tak sebab nak berbuka, entah-entah balik tangan kosong kot T___T Tahun ni tekak tak berapa terliur tengok makanan tu sume.
ini tidak bermaksud korang boleh makan selain daripada burger dan air dalam cawan cenggitu ye anak-anak~


Dah biasa kot.

Tak macam bulan sebelum puasa aritu. Kan ade beberapa kali yang aku puasa stret seminggu tu(sebab asik makaaan je). Haa masa tu tekak bukan main melala je nak makan itu ini. Masuk bulan puasa, eh.. biasa-biasa je. Hari-hari pun pening nak pikir berbuka apa. Tak makan kang, lapau lak.

Bila pegi pasar ramadhan, aku dah set paling banyak aku boleh spend pun kat situ adalah RM5. Ala.. RM4 pun bole dapat dua jenis makanan kan. Air tak payah beli. Ada sekali je kot aku beli soya bean (dah beli air, tak beli makanan. cerdik siot. ko ada? haha). Yang lain, tiada air sampingan.

save save.. comel giler tabung ni. mana nak cari??


Semalam first time berbuka kat luar untuk sesi puasa tahun ni. Itu pun sebab aku stayback. RM8 terbang huhuhuh. Dah lebih bajet tu. So arinie kene bajet RM3 je. Tak mustahil tu. Murtabak baru RM2. Belen singgit leh kerifowed ke hari esoknya. Hohoho. Jimat jimat.

Arinie mintak-mintak jangan la kene stayback lagi. Tapi rasa macam kena je T____T

Thursday, August 19, 2010

563: Day 07 → Someone who has made your life worth living for.

Salam sume..

Seseorang yang menjadikan hidupku berbaloi². Betul ke direct translation aku tu hehe?

Eh sebelum aku sambung, saje nak iklan. Sekarang Mr. Sivaji ade dalam bilik beliau (aku taip ni pukul 8.01 pagi) dan tetibe opismate aku sume datang lambat plak arinie. Padahal biasanya time ni ade sorang dua dah sampai. Sorilah bebsss.. aku nak kaver pun tak dapek. Sekian terima kasih.

Ok. Sambung.

Siapa ye. Selain diri sendiri. Aku rasa mak aku la kot. Kang sebut orang lain kang cam derhaka plak hahaha. Bila dah sebut mak, perlu ke aku elaborate panjang²?


7 dah lepas. 23 more to go. Lepas ni tajuk berat plak. Hmmmmm~

Tuesday, August 17, 2010

562: Day 06 → Something you hope you never have to do.

Sesuatu yang aku harap aku tak payah buat. Hahaha!!!!!!!!! Gelak dulu.

Aku sebenarnya berharap yang aku takkan berhadapan dengan kesakitan masa bersalin. Bersalin anak laaa... bukan bersalin kulit ke baju ke. Eh tapi kalau bersalin kulit tu sakit gak kot? Takmo laaa huhuhuh. Sangat menakutkan dan menggerunkan. Tapi aku nak anak sendiri. Tapi takut nak beranak. Tapi nak anak ramai. Tapi takut nak beranak. Camne tu? T____T Tsskkk~

Takleh laa nak bayang macamana aku nak berhadapan dengan ketakutanku yang lagi satu ni ha kan. Bila pregnant sok, dah tentu² laa nak kene mangadap jarum-jarum ni sume. Tu pregnant. Beranak sok? Gabungan dua perkara yang menggerunkan dalam satu masa laa tu nanti HUWAAAAAAAAAAAAAAA~

menggunakan perut Qas sebagai model dan modal entry kali ni

aku nak tapi aku takut, tu je T____T

Mintak-mintak laaa bila kena beranak (guna term KENA BERANAK macam kena paksa laa plak) nanti, takde la seksa nau sakitnye ye? Pehtu bila doktel cucuk tang sini, tang sini, tang sini - saye takde la menggelupur kepucatan lantas menangis hingga mengakibatkan suami saye menangis bersama kerana bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan terasa. Huhu~

Itu satu.

Aku harap aku tak payah susah-susah nak pakai girdle mahal ni untuk betulkan tulang belakang yang kebengkokan ini. Masuk hari kedua semalam, terasa tulang rangka berselisih. Sakit gak la. Tapi boleh tahan lagi. Kalaulah tak perlu buat ni sume kan bagus. Tapi kesian la kat badan aku. Makin lama makin pendek sebab tulang tu makin bengkok. Huhu. Huhu lagi. Mekasih mak *tetibe* haha.

Lagi satu.

Aku harap aku tak payah bayar utang PiTiPiTiEn. Bole? Anggap je sedekah sedara-sedara, takleh ke? Ataupun aku bayar guna hutang tag ni ke. Takleh ke? Hahahahaha. Hadoih.

Enam dah lepas. 24 more to go. Alamak. Lepas ni soklan ape eh? Matikkkkkkk~

Monday, August 16, 2010

561: Day 05 → Something you hope to do in your life.

Sesuatu yang aku harap untuk lakukan dalam hidupku yang fana ini. Ape ye.

Suatu masa dulu. Dan sebenarnya sampai sekarang pun aku macam masih berharap lagi untuk buat perkara ni. Tapi mungkin susah nak direalisasikan atas beberapa sebab yang tak dapat dikompromikan.


Aku teringin nak tinggalkan Malaysia.


Pergi ke negara lain. Sambung belajar (errr dulu laa) ataupun bekerja di sana. Di mana? Di mana-mana pun boleh. Asalkan ada line internet HAHAHAHAHA.

Rasanya dari zaman aku lepas SPM dulu aku dah berniat nak buat macam tu. Tapi masa tu just teringin nak sambung belajar kat obersi. Dah siap isi borang, cadang nak amek TESL dan aku pilih UK untuk tujuan tu. Memula mak aku macam membantah, tapi bila dia tau yang TESL means TEACHING bla bla bla, terus dia suka.

Aku plak yang tak suka. Doa macam nak rak, mintak-mintaklah tak dapat hahaha. Aku memang la nak pegi obersi, tapi aku takmo balik nanti jadi cikgu. Takmo jadi cikgu! Takmo!

Encik feslev dulu cam tak berapa suka aku mintak jejauh. Eh eh, sape dah jadi ex tu dok dendiam eh (cakap dalam ati je hoho). Bila dia tanya kenapa aku mintak further study jauh sangat, jawapan ikhlas yang datang dari lubuk hati aku masa tu - 'saje, nak membawa hati yang lara'. Huahaha. Teruslah dia tershadap di sana.

Apsal eh aku nak tinggalkan Malaysia?

Bukan nak tinggalkan terus la. Kita buatlah cam Kak Nita tu. Pegi seploh tahun, pastu balik la for good. Saje nak tukar angin, kot-kot dok obersi boleh jadi putih kaa :)) Bila dah putih sket, baru la abang-abang aku takleh menyakat aku lagi. Dorang dok kata aku anak angkat, siot sangat kan?

Kenapa nak pegi jejauh tu baby..

Ntah la. Kadang-kadang aku rasa takde ape dah untuk aku kat sini. Satu-satunya sebab kenapa aku tak pergi adalah sebab mak aku ler. Dulu aku acah-acah nak sambung belajar kat Sarawak pun dia tak bagi, lagi nak pegi tempat lain eh? Eh tapi kan. Ada sekali tu mak aku macam redha je bila aku tanye, dia restu tak kalau aku keje jejauh - Terengganu ka... Perlis kaa..

Nak tau bilanya yang mak aku restu? Tu zaman aku baru putus chenta T__T Adekah aku kelihatan sangat kesian masa tu, tak surelah pulak. Emmmm...

So sekarang ni. Kalau takleh sangat, jadi cam Chika pun ok gak. Dapat asben keje obersi, pehtu aku folo la. Hehehe angan-angan tinggi tu. Cumanya tatau la kalau betul-betul jadi, aku bersedia ke? Haaa.. itu kita tatau ye. Namun begitu, berdasarkan susunan bintang-bintang di langit, rasanya takde la kot. Macam hidup dan mati di Malaysia je. Macam la.

Tatau la kot tetibe jadi kenyataan plak. Who knows. Heh.

Lima dah lepas. 25 more to go. Mak letih nyah! Makin lama makin nebes aku nak jawab soklan-soklan ni sume huuhuhuhuhuuhu T________________T

Friday, August 13, 2010

560: Mimpi Sedih?

via google

Mimpi malam tadi.

Aku bersiap-siap. Barang pun semua dah siap. Abang-abang dan kakak ipar semua hadir. Mak, abah, nenek pun ada. Semua sama-sama hadir untuk menghantar aku. Nak sambung belajar, kata aku.

Cari wajah-wajah yang mungkin aku kenal dalam ramai-ramai ni. Tak ada. Cari lagi. Ah.. ada seorang. Lelaki. Ok part ni aku lupa dia siapa. Berjaya kejar dan menegur, dan kemudian dia pun hilang dalam ramai (aikk.. macam biasa dengar je hihi).

Jalan lagi, kali ini aku nampak kawan aku, Wan. Mamat ni pun di alam realiti, dah 4 tahun aku tak jumpa. Aku tegur dia penuh teruja, tapi nampaknya dia seolah tidak senang dengan kehadiran aku. Ok fine. Aku blah la macam ni.

Manusia semakin ramai. Aku pun risau kalau-kalau terlepas waktu pendaftaran. Kalau diikutkan, lepas pendaftaran - kami akan bersolat jemaah di masjid universiti. Takut terlambat. Terus aku menghadap keluarga yang menunggu dari tadi. Abang Nan yang dari tadi mengekori aku ke sana sini tiba-tiba memelukku. Aku salam tangan dia, cium tangan. Dia terus mencium kedua-dua belah pipi dan dahi. Sambil berjalan ke arah mak dan abah, tak lepas langsung tangannya daripada memeluk bahuku.

Di hadapan mereka semua, seorang demi seorang aku salami, peluk dan cium. Nenek ku dakap erat, mak seperti biasa - ku cium pipi dan dahi. Dengan abah, aku buat seperti biasa dan sama seperti apa yang aku lakukan terhadap mak. Baru bercadang hendak meleraikan salam, abah seolah enggan - dan tetap menggenggam tanganku. Meh sini, katanya. Aku termangu. Abah nak cium dahi. Aku pun tunduk, dan dahiku disinggahi kucupan mesra dari dia T____T

Seorang demi seorang abang dan kakak ipar ku salam dan cium. Ada antara mereka yang aku salam je, nampak sangat tak mesra hehe. Kemudian terus bergegas untuk pendaftaran, kali ini aku sendiri.

Habis daftar, bergegas ke masjid. Ramainya manusia. Dan aku terdengar suara-suara yang ku kenali. Suara kawan-kawan zaman sekolahku. Mata meliar mencari, dan akhirnya mataku tertangkap sesusuk tubuh milik sahabatku. Dada berdebar kencang, bimbang tak berkesempatan menegur dan bimbang dia hilang dalam lautan manusia.

Dada berdebar sangat-sangat. Dan terus.

Aku terjaga. Pukul 5 pagi. Sahur time. Kemudian mengaji, solat subuh dan sambung tidur. Percaya atau tidak, mimpi pun bersambung.

Kali ini tanpa mereka semua, hanya aku dan Abang Chik.

Mungkin aku rindu kat diorang kot. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~ Sebenarnya dah lama aku tak mimpi abah. Aku beranggapan ada perangai aku yang abah tak berkenan, membuatkan dia tak mahu bertemu, walau dalam mimpi. Dan aku dah redha kalau betul la keadaan ini berlaku sebab tu. Tapi malam tadi abah datang :)

Alfatihah untuk bapak aku, dan semua umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita selamanya. Salam Jumaat semua.

(mimpi abah terus entry cam baik, apedaa aku huhuhu)

Wednesday, August 11, 2010

559: Terawih Pertama

Salam sume.. (mode Ramadhan. hehe)

Alhamdulillah, dah selamat berpuasa pun kita sume ye. Yang berpuasa la, yang tak dapat tu takpe.. period bukan sampai sebulan pun kan. Kecuali la ade plak yang saje-saje memeriodkan diri sampai sebulan tu... Hmmm.. itu urusan anda dan Pencipta ya *cas² penceramah plak*

Malam tadi, aku pilih surau dalam kawasan apartment aku ni jugaklah - macam tahun lepas. Tapi tahun ni bagus la, sebab diorang buat 8 rakaat je (ooooo itu yang ko kata bagus ehhhh Masy). Haha. Yelah bagus untuk aku. Sebab kalau dorang buat 20 rakaat pun, kompem aku buat 8 je jugak. Ye ye.. aku jahat. Huhu~

Tahun ni, errr maksud aku - malam tadi, ramai la jugak berbanding hari pertama tahun lepas. Dah start penuh la kot apartment ni sume. Sementara nak tunggu azan isyak, buatlah ape yang patut. Dah penat, aku renung surau ni. Tingkapnya mengingatkan aku kepada tingkap surau kat kawasan rumah aku di Sungai Udang itu. Aku rasa memang dah standard kot tingkap surau macam tu.

Terimbau kenangan masa kanak-kanak, mak abah selalu angkut kitorang gi surau. Kalau diikutkan, bukan masa terawih je - ada dah jadualnya. Yang aku ingat.. Hari isnin dan khamis memang ke surau waktu malam.. Hujung minggu plak waktu subuh dah tentu kena heret skali. Mengantuk weh! Biasanya kalau time subuh tu, lepas je solat jemaah - aku terus tidur je kat belakang. Mak aku tak marah pun hehe.

pakcik gugel kata ameklah pic ni

Pernah gak aku liat takmo bangun ikut dorang, aku siap sanggup dok umah sorang-sorang tu. Bingai haha. Tapi takde maknenye, kalau rasa nak kena sesah dengan bapak aku pepagi buta tu, ha buatlah perangai T___T

Masa terawih, aku tak berapa suka bila bapak aku jadi imam. Sebab dia baca tertib, makanya lambat la terawih tu abes. Hahaha bertuah punya anak! Aku lagi suka kalau arwah Ustaz Hamid tu yang jadi imam. Ko baru nak rukuk, dia dah bangun. Baru bangun dari rukuk, dia dah sujud. Giler laju! HAHAHAHAHA. Tapi kalau markah dikira dari segi kesedapan suara, aku tetap vote bapak aku la. Itu dah mesti. Ngehehe.

Berbalik pada story berterawih kat Shah Alam.

pic tetaplah ehsan pakcik gugel

Ramai jugak budak-budak yang datang. Tapi paling takleh blah bila budak-budak lelaki ni pakat baca Al Fatihah kuat-kuat. Tak khusyuk laaa aku dibuatnya hahahaha. Tau-tau jelah budak² skolah, baca kuat satu hal - siap beralun lagu macam baca depan cikgu. I wonder dalam kepala otak imam, adekah dia pun terikut-ikut bacaan budak-budak tu. Bukan takat Al Fatihah je, bacaan dalam rukuk dan sujud pun diorang pakat baca kekuat T____T Kesian imam. Hahahaha.

Nak buat macamana kan, kata nak mendidik. Saboo jelah. Mendidik maksud aku.. bila bawak budak-budak pegi surau, mendidik dorang supaya tak rasa liat nak pegi surau bila dah besau sok. Ada ibu bapa yang tak suka bawak anak-anak gi surau, alasannya mengganggu jemaah. Dan ade gak ahli surau / masjid yang tak suka jugak mak bapak bawak budak-budak gi surau. Aku tak nampak apa relevannya. Kalau dari kecik tak diajau, agak-agak dah besau sok dorang nak ke gi surau?

Berangan la weh.

Budak-budak memang la ada masanya mengganggu. Kena ajau la. Kalau gi kat Mekah dan Madinah, jangan kata budak - baby dalam pantang pun dorang angkut gi masjid. Tapi yelah eh.. Environment kat sana lain, sini lain. Aku sok kalau ade anak pun, rasanya bila dia dah mengerti sikit kot baru aku angkut gi surau. Kot tak, ade plak yang kena lepuk depan-depan jemaah kalau buat perangai sok T___T Sape yang malu? Bapak eh jugak. Aku tak malu der. Hahahaha.

Terawih kat mana korang semalam? Atau dalam ayat yang lebih proper, korang terawih kat mana malam tadi?

Tuesday, August 10, 2010

558: Day 04 → Something you have to forgive someone for.

cam biasa, cilok kat stor pakcik gugel


Hmmmmm.. Topik ni pun berat gak. Oleh kerana dia berat, dia akan menjadi entry yang panjang. Huhu. Sebenarnya entry ini saling berkait dengan soklan Day 08.

dia cikgu feveret aku, tapi kenapa dia buat aku macam tu??

Benda ni dah terlalu lama, kalau nak diikutkan - terlalu tak masuk akal untuk aku kenang dan dendam sampai sekarang. Tapi aku tetap berasakan aku ada point yang jelas, mengapa aku masih lagi ingat dan berperasaan yang tak elok macam tu. Hmmm.

Masa aku darjah 4, ade sorang cikgu yang aku sangat sayang dan suka bila dia masuk mengajar. Cikgu tu perempuan la.. takde nye nak feel-feel mengurat pun. Aku bukan miang macam budak-budak zaman sekarang (eh tetibe). Dia mengajar subjek yang best - dan aku pun akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat perhatian dia. Biase la tu.. haha. Buku latihan untuk subjek dia memang aku jaga betul-betul (yang lain pun sama, cuma subjek yang ni extra perhatian). Dan memang atas kesungguhan tu, aku memang jadi antara feveret student dia la. Yeahhhh~

Tapi semuanya berubah bila aku jadi pengawas pada tahun berikutnya. Masa dah tengah tahun tu, dah ade khabar angin yang mengatakan aku akan dilantik menjadi penolong ketua pengawas untuk tahun depan. Kiranya masa aku darjah 5, cikgu-cikgu dah aim aku untuk jawatan masa darjah 6 nanti. Err.. sebenarnya aku tataulah adekah ini saling berkait dengan apa yang dia buat kat aku nanti.

So suatu pagi, lepas abis tugas aku jadi guard kat pagar sekolah - aku pun balik la kat kelas. Masa tu aku tengok ade laa 4-5 orang je dalam kelas, yang lain tah mana lesap. Tengah aku dok kehairanan sorang-sorang, tetibe aku ternampak ketua darjah kitorang - Zul - turun dari tingkat dua. Aku pun tanyelah dia, mana budak-budak lain.

dorang kat atas, kat kelas 6K
ade ape?
Cikgu N panggil
apsal?
ntah dia kata ade kuiz ke ape tah
sape yang dia panggil?
sape-sape laa dalam kelas kita
oooo kalau aku pegi bole ke?
pegilah

Eksaited aku. Aku pun ajak sorang member aku - tak sure laaa Rembo ke Anji ke - pi naik kelas atas. Tapi bila cikgu tu nampak je aku, terus dia kata 'awak tak payah, yang lain-lain je'. Oh. Pelik di situ. Takpelah. Aku pun blah.

Tapi tak lama lepas tu, member-member aku yang turun daripada kelas atas tu bagitau, Cikgu N nak jumpa aku.

dia tanye kitorang pasal ko
pasal ape?
ape-ape jelah, sume pasal ko.. dia tanya ko macamana dalam kelas.. sumelah
aik.. nape plak?
ntah. ko pegilah, dia nak jumpe sekarang
aku sorang?
ha'ah

Apsal plak nih. Hmm. Tapi aku pegi jelah. Cuak cuak. Dahlah dalam kelas 6K tu ade boipren aku HAHAHAHAHAHAAH gelak gelak rasa nak terguling-guling bila teringat. Aku pun pegi mengadap. Muka cikgu tu agak-agak nak muncung gak la. Dah bagi salam, dan berdiri sebelah dia. Cikgu pun tanya, apa tugas pengawas? Err... aku jawab mana yang aku tau la.

Tetiba.

DANGGGG!!!! Dia hentak meja. Kuat-kuat. Lepas tu dia start menjerit. Nyaris nak terkeluar jantung aku. Ok aku malas nak detailkan apa yang dia cakap. Cuma yang aku ingat, dia bebel pasal..

1. dia dapat aduan daripada budak-budak darjah 4 yang katanya aku dok maki dorang masa jaga kelas time cikgu-cikgu meeting. masalahnya, masa bila plak aku jaga kelas ni??? kalau ada pun, aku prefer jaga kelas aku sendiri. kuaser aku nak jaga kelas lain ok.

2. tetibe dia skip - terus cite pasal perangai aku kat rumah. eh eh. sejak bila plak perangai aku kat rumah boleh dibincangkan kat sekolah??

3. oh. dia bukak cite pasal layanan aku masa dia datang kat rumah. what u expect from 11 years old kid? nak aku bukakan kasut ko? nak aku encang ko masuk umah? nak aku suap ko makan? dah tentu la yang buatkan air untuk tetamu tu abang aku, yang menghidangkan pun diorang. aku ni dah la memang jenis kalau dah start baca buku, aku tak kisah alam setikar (bak kata Amani). itu pun nak jadi modal ke? and again, can anybody explain to me - what those points do with my position as prefect?

Dan sebenarnya banyak lagi dia bentak-bentak aku depan orang ramai tu, tak lalu aku nak ingat T___T Malu ok. Dah la sampai ke sudah aku tak nampak apa punca sebenarnya dia marah-marah aku camtu. Oh ye. Bukan takat kat kelas 6K tu je ye, lepas tu dia heret plak aku gi kelas 6B - sambung tengking-tengking aku kat situ plak. Demmm... jatuh airmuka aku dah jadi airmata (dalam hati jelah, ape kelas nangis depan orang). Pehtu ujung-ujung tu dia suruh aku mintak maaf kat dia. WTF?????!! Ape kesalahan aku pun aku tatau, tetibe soh mintak maap?

Tapi nak buat macamana. Dia ibarat gajah, ku hanya semut meraaah. Huhuuuuuhuhu~

Kebetulan pulak masa aku ditocer kat kelas 6K tu, cikgu kelas aku plak lalu. Bila aku masuk kelas, kebetulan lepas tu subjek english - cikgu kelas aku la ajau. Kali ni cikgu kelas plak soal siasat. Sume kawan-kawan aku zip mulut, tapi ade laaa seorang Zul yang memang cilake sudah bukak cerita. Mamat ni bukan takat cerita, siap menambah lagi tu T___T memang cilake habislah!! (so sebagai balasannya, tahun depan tu aku - dengan rakan² - pi pancitkan tayar beskal dia. padan muka ko setan).

Lepas tu yang aku dapat. Ya.. cikgu kelas pulak melempang aku depan orang ramai itu.

Rentetan peristiwa tu. Hmm. Aku dapat berita yang tahun depannya, jawatan sebagai pengawas tu akan dilucutkan tanpa kompromi. Oh aku tak heran pun sebab aku pun tak laparkan sangat jawatan tu. Cuma aku rasa sangat sakit hati bila aku tak diadili dengan sebetul-betulnya. Tak dijelaskan kenapa dan mengapa. Kalau betul aku salah, tunjukkan kat mana yang aku salah. Bukan main petik je benda-benda yang tak berkaitan, lump sum dan jadikan bahan untuk memecat. Ye aku budak, tapi kau tu cikgu - giler childish cara kau tu. Pehtu cikgu kelas aku ntah la rasa bersalah ke ape, dia siap tulis surat pada mak aku - mintak maaf sebab nama aku digugurkan dari senarai. Yeah. Like I care.

Eh cite ni tak abes takat tu je. Tahun depannya, masa aku darjah 6. Pun kena lagi beberapa kali. Aku tataulah dia nak malukan aku sampai tahap ape baru dia puas ati. Sial sangat ok. Eh takmo la mencarut dalam ni. Cukuplah setakat dalam hati je.

Hal ni aku simpan, langsung aku tak cerita pada mak dan abah. Kan dah kata, aku bukan tipikal anak bongsu yang kalau siku kene cuit pon nak nangis² pi cite kat mak bapak. Tak silap aku.. mak dapat tahu pasal ni masa aku form 5, itu pun lepas dia baca karangan dalam buku sekolah Form 3 aku tuh. Dia tanye kenapa aku tak cerita, aku pun tatau la nak cakap ape. Malas. Mak aku mengeluarkan teori, mungkin laa ade kaitan dengan rasa tak puas hati cikgu tu pada bapak aku. Huh.

Apepon. Kita cuba menangani keadaan cilake itu secara dewasa. Bukan macam cikgu tersebut, yang mengamalkan dasar pukul anak sindir menantu. Dia lupa kot. Aku bukan anak dia. Dan bapak aku pun bukan menantu dia jugak.

Senang cite. Aku kalau boleh, berselisih pon aku takmo. Kadang-kadang tu terjumpa gak, dah nasib aku laaa cikgu ni duduk kat area umah aku gak - cuma of course la taman umah aku lagi vogue. Hahaha takmo kalah tu. Baru-baru ni aku ternampak gak dia kat kenduri kawen kezen aku tu. Matik la tak kosek aku nak pi ngadap dia. Huh.

Mak suruh aku buang perasaan dendam tu. Tapi bak kata aku, kalau dulu dia suruh aku mintak maaf untuk sesuatu yang aku tak buat, so fair la kalau aku tak maafkan dia untuk sesuatu yang dia buat. Kecuali kalau dia mintak maaf, mungkin la. Mak aku agak² bengang gak la dengan jawapan aku hahaha.

Tapi aku pun rasa yang aku patut dah maafkan. Ntah la T_____T

Yang lain-lain simpan jelah. Penat woo nak taip. Huhuh. Sebelum terlupa, selamat berpuasa untuk semua ye. Ada sape-sape yang rajin nak kejutkan aku sahur kali ni? :) hehehe~

Empat dah lepas. 26 more to go..~

Monday, August 09, 2010

557: Day 03 → Something you have to forgive yourself for.

cilok kat umah uncle google


Sesuatu yang harus aku maafkan diri aku sendiri (?) Cam kel-mab je ayat ni. Hmm.

anak-anak buahku, Busu mintak maap T___T

Aku dapat anak buah seawal umur 7 tahun. So kebanyakannya dah tentu aku layan macam layan adik, bukan layan anak. Takde la beza macam abah aku layan anak dengan layan cucu. Hehe. So ada masanya aku rasa sangat-sangat bengang dengan budak-budak ni sebab ade banyak hal yang bapak aku pun tak buat untuk aku, tapi sanggup buat untuk diorang.

Budak-budak punye perasaan. Aku la tu. Kecik-kecik dah kena berebut perhatian. Bingai sangat.

Bila dah meningkat remaja, memang lagi la semacam perangai. Eh aku takde la kejam pun. Cuma bila datang dorang buat perangai.. Ok. Anak-anak buah aku kalau buat perangai, memang tahap terkeji dan tercabar kesabaran aku. Aku paling pantang kalau budak² ni menjawab bila aku bercakap. Memang saje mintak lempang. Dan aku cakap ni bukan setakat cakap.

Aku memang lempang betul-betul. Lempang sampai tangan aku yang melempang pun sakit.

Memang kalau diikutkan skala kesalahan, patut la dapat sekeping pelempang tu. It just.. aku selalu berharap masa kejadian tu, aku boleh tahan diri daripada berbuat macam tu. Tapi bila difikirkan balik, lebih baik laa aku yang lempang dorang daripada bapak dorang yang belasah. Serius aku pernah merajuk takmo balik Melaka sebab tak sanggup nak tengok anak-anak buah aku kena belasah. Depan abang aku, aku menangis - aku bagitau yang aku tak suka dia buat anak-anak dia macam tu. abah tak penah buat kita macam tu, kata aku.

Selain daripada tu. Ada lagi satu. Tak berkaitan la dengan aktiviti pukul², tapi berkaitan dengan anak² buah aku gak. Takleh nak citelah. Bende kecik je tapi kalau aku kenangkan, menyesal dan rasa sangat bersalah sambil terfikir - ape jenis mak sedara laa kau ni T______T But.. it's ok kot. Sebab aku ade cara lain untuk tebus rasa bersalah tu sume. Memaafkan diri sendiri selepas itu. Hmmmmm..~

huhuhuu..

Aku pernah. Mengepaw orang dengan separuh hati je pun. Bukan separuh hati perasaan pada orang tu (atau mungkin bolehkah aku kata orang²?). Separuh hati je rasa nak mengepaw. Tapi pengepawan aku itu dilayan.

Ada dua benda.

1. Mashimaro beso gabak : Aku tak sure sama ada encik yang bayarkan tu baca ke tak, tapi rasa macam baca je ehehehe. Sebenarnya kan. Aku bukan nak sangat pun mashimaro tu - 50-50 je pun. Alkisahnya macam ni..

Orang yang dipaw oleh aku tu.. Dia mintak aku belikan dia lighter Zippo. Mahal woo lighter tu, dah la masa tu aku baru berenti keje (eh ni bukan merungut eh, cite je). Tapi kebetulan masa tu ade laa less berape persen tah, so murah sket la. Pehtu sementara aku berfikir nak belikan ke tak nak, kitorang jalan-jalan laa kedai lain. Ntah cemana terrrrmasuk ke kedai jual bebear ni sume. So kat dalam tu ade sebijik mashimaro yang gemuk dan besau.

Aku pegi check. Regenye lagi mahal daripada Zippo tu ngahahaha. Ape lagi, aku pun cakaplah kat orang tu, soh dia belikan. Niat aku sebenarnya.. biar dia tengok rege benda tu dan berharap dia akan berkata - mahalnye! baik saye guna duit tu beli Zippo. But it turns out dia sanggup plak nak belikan untuk aku T__________T

2. Kasut Primavera : korang tau kan rege kasut tu kalau takde sale berapa regenye. Ini pun satu benda yang aku macam tak berniat sangat tapi terpawww jugak. Serius ni :| Kesal sampai sekarang sebab.. aku tak berapa pakai pun kasut tu. Terperuk laa dalam lemari kasut dah nak masuk 3 tahun kot? Huhuhu. Terbayang-bayang lagi time orang tu keluarkan duit daripada wallet untuk bayar rege kasut tu. Ok dats it. Aku rasa diri sendiri sangat jahat *sambil tarik² rambut sendirik*

Untuk kedua-dua kes di atas, dengan rendah hati saye mintak maap sebab serius ni takde niat nak korek duit korang. Kalau takde barang-barang tu pon, saye tetap heart jugek (masa tu laaa). Huhuhu.

So. Setiap kali teringat, akan geleng-geleng kepala sambil cuba memaafkan diri sendiri T___T jahat la ko Masy. Huhu~ Aku cerita tu jelah ye. Yang lain-lain.. takpelah. Simpan dalam hati T__T

Tiga dah lepas. 27 more to go.

Friday, August 06, 2010

556: Day 02 → Something you love about yourself.

cilok kat google

Ape yang aku suka pasal aku eh? Ala... tajuk ni macam nak mintak puji diri sendiri je, tak reti betoi le. Huhuh. Aku harap selepas selesai entry yang ni, takde laa wujud perasaan riak dalam diri aku. Korang doa-doakanlah. Huhu.

I think I'm honest enuff

Aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat jarang menipu. Kalau cakap tak pernah kang, nampak nau la menipu kan. Sangat jarang. In fact, ada masanya aku tau kalau aku cakap benar nanti orang marah, tapi aku rela je. Let say mak aku call, pastu tanye 'arinie ko mengaji tak?'. Dan kalau aku tak mengaji, aku cakap je tak. Memang aku tau mak aku akan bebel² tapi biarlah.

Macam tu gak kalau time-time ade boipren, gitu gak la. Kalau kebetulan masa encik bf sms tu aku tengah minum-minum dengan kawan lelaki aku dan dia tanye, aku akan cakap je. Takde selindung, dan tak reti. Daripada aku menipu dia, baik aku cakap je. Ntah la aku tak reti sangat menipu, tapi tak bermakna aku tak buat la kan. Hehe.

Satu lagi contoh. Kadang-kadang untuk avoid gangguan daripada orang - lelaki la senang cakap - yang kita tak suke, biasenya aku akan mendapat nasihat seperti 'ala ko cakap je ko dah kawen, or dah bertunang, or dah ade boipren'. Serius aku tak pernah lagi menipu orang yang aku tak berkenan. Biasanya aku akan cakap stret je -> aku takmo ko sebab bla bla bla. Memang aku tau kalau aku bercakap benar macam tu, lelaki-lelaki berkenaan akan terus cuba-cuba nak rapat ke ape ke. Tapi memang aku tak reti T_____T

Adakah ini dinamakan jujur tak bertempat?

I'm not that typical 'anak bongsu'

Ada masanya I would say, I'm proud that I'm not that typical. People seems to identify anak bongsu as spoiled, not independent, cry baby and such. Tapi aku rasa aku tak macam tu. In fact masa aku kat asrama dulu, ramai yang tersalah sangka dan menganggap aku anak sulung. Hehe. Kena kenal aku lama sket baru boleh nampak ciri-ciri anak bongsu. Manja anak bongsu, nak buat macamana hahaha.

Daripada pandangan bapak aku, memang la dia kata aku manja dan penuh la dengan sifat anak bongsu. Tapi pendapat mak aku pulak lain. Katanya aku langsung tak macam tu. Aku manja sebab abang-abang aku yang manjakan, bukan sebab aku macam tu. Pastu. Aku paling tak pandai nak meminta-minta dengan mak dan abah. Kalau dorang tanye 'nak ke?', baru la aku cakap nak/taknak. Kot tak.. jangan harap. Mungkin sebab aku takut permintaan aku ditolak sekaligus membuatkan aku kecewa, sebab tu aku tak berani mintak kot. Tapi ada masanya aku try gak la, mana tau ade luck ke kan. Hehe.

Eh teringat plak zaman-zaman mak dengan abah nak gi Melaka amek duit pencen. Selalu tu aku malas nak folo, dok umah bergayut telepon dengan boipren lagi best HAHAHAHA. So masa dorang dah masuk dalam van (umah aku takde kete ye), aku dok la depan pintu sambil lambai-lambai dorang. Pastu berpesan-pesan plak dengan kebenaran kat dorang.

abah, nanti beli laa pape untuk Ta eh
nak beli ape?

Terus aku blur. Ape aku nak mintak ni? Huhuhu.

ape-ape jelah..
kat kedai takde jual barang nama 'ape-ape'. ko nak ape cakap ler

err.. alaa.. ikut abah laa

laa.. ko yang pesan, ikut abah plak. rokok nak? hahaha
lerr.. memain plak. ape-apelah tapi takmo la rokok
yelah amendenye?

ape-ape jelah..


Ok bertengkar ni je pun dah makan 15 minit hahahahaha.

eh cepatlah, abah nak gerak dah ni. ko nak ape? coklat nak?
abah belanje eh?

ye la.. coklat?

ha bolehlah. hehehehe


Orang dah offer pon teragak-agak ok T___T

Tapi bolehlah dikatakan sebenarnya aku banyak belajar jadi tough sebab aku ramai abang kot. Ingat manja sangat ke jadi adik pompan sorang? Teruk jugak aku kene buli dulu weh, paling aku ingat bab abang aku sarungkan sepende dia kat kepala aku T______T siamang gagap betul, suwey jap idup aku 3 jam hahahah~

Dan menjadi anak cikgu pun membuatkan aku taff semacam. Banyak giler cabaran huhu. Agak teruk jugak aku kena dengan orang-orang yang berdendam atau tak puas ati dengan bapak aku. Bangsat sangatlah dorang tu. Kalau berani, buatlah onar time aku dah besau ni - ni lawan dengan budak kecik. Huh. Ok bab ni aku akan cerita dalam entry Day 08. Hehe.

Dua dah siap. 28 more to go.. ~

Thursday, August 05, 2010

555: Day 01 → Something you hate about yourself.


Sesuatu yang aku benci pasal diri aku sendiri. Hmmmm.

Kalau nak diikutkan, bukan sesuatu je. Dua suatu, tiga suatu malah boleh jadi empat dan lima suatu. Macam teruk nau je diri aku ni eh. Heh. Ok la.

not ambitious

Bukan la maksudnya aku langsung takde cita-cita. Tapi kadang-kadang macam tu la. Aku paling takleh blah zaman dulu-dulu kalau orang tanye aku - nak pakai kete ape? Dan diorang expect aku akan sebut nama kete hok canggih-canggih. Aku memang tak penah aim nak beli kete ape, sebab aku tau takat mana kemampuan aku. Tahpapetah aku ni eh, patutnye aim laa kete Ferrari Spider ke ape ke, pehtu usaha laa nak dapat. Namun begitu, dah ditakdirkan aku jenis yang go with the flow. Tak best. Nampak macam malas sangat je. Huhu.

Macam tu jugak dengan kerja. Kalau masa kekecik, ramai kekawan aku yang dah sure nak keje ape bila besau esok. Tapi aku takde pon. Tatau la ape keje yang best nak dikerjakan. Ape kelas nak pikir pasal kerja masa darjah 1, baik aku main teng-teng hahahaha.

soft-hearted

Sebenarnya aku takdelah benci sangat bab ni. Cuma ada masanya aku berlembut hati atas benda-benda yang tak patut dan tak perlu. Member-member aku - mana yang tau la - kalau aku ade cite ape² yang berkaitan, musti akan geleng kepala diikuti dengan ayat 'ko ni lembut ati sangat ler'. Abeh tu nak buat macamana. Walaupun aku garang kaa... suka marah-marah kaa.. ape kaa.. Namun tetap ada ruang di hatiku untuk berlembut-lembutan. Benda ni tak salah, tapi selalu laa orang jadikan point untuk pijak kepala gua.

Kadang-kadang aku benci dengan diri aku sebab ini. Tapi selalunya aku redha je. Percaya yang Allah memberikan aku sifat ni untuk dibalancekan dengan sifat-sifat buruk aku yang lain. Eh tetibe tak benci plak. Hahaha.

low self esteem

Waaaa.. ni sape yang kenal aku in person mesti macam tak percaya je. Tapi percayalah, inilah kebenaran. Aku selalu berasa yang aku ni terkebelakang daripada orang lain, dari segala segi. Segi tiga, segi empat. Hehe. Ok serius.

Contoh la. Untuk sesiapa yang pernah keluar dengan aku, berleisure-leisuran ataupun jalan-jalan kosong je. Perasan tak aku jalan agak laju la gak, pastu tak berapa pandang orang sangat? Tau tak itu adelah signal low self esteem aku? Aku nampak sangat yakin bila berjalan dalam kelompok ramai-ramai sebab aku percaya takde siapa akan tegur atau kacau aku - sebab orang-orang yang berjalan dengan aku lebih berpotensi untuk ditegur atau dikacau. Faham tak?

Ok la dalam bahasa ringkas - aku rasa semua orang lebih cantik menarik tertarik da bomb daripada aku. Sebab tu kalau ade orang suka kat aku dan mengeluarkan kenyataan berbaur pujian (kata aku lawa ke ape ke), matiklah rasa mau pengsan. Pengsan tu bukan sebab happy, tapi lebih pada rasa tak percaya. Tatau la kenapa. Aku nampak semua orang lebih daripada aku. Lebih pandai, lebih cantik. Aku lebih gemuk je daripada dorang hahaha.

Dats why bila orang-orang yang aku suka dan sayang step out from my life, aku rasa memang patutlah tu. I have nothing to offer T_____T People always seems better than me, and that's a fact. Sebab tu aku tak menyalahkan sape-sape, kecuali diri sendiri. Oh. Kenapa ayat ni macam sangat kesian. Huhu. Bencilah!~

Satu dah lepas. 29 more to go.

Wednesday, August 04, 2010

554: 30 days of TRUTH. and the rest, still - not a lie :)


Jard bagi tugasan la plak. Untuk 30 hari yang tidak semestinya berturutan, aku akan bertindakbalas dengan tugasan beliau iaitu.. Menghasilkan 30 entry, yang membongkar kebenaran berkaitan err.. aku la.

Kalau nak yang berkaitan korang, sila buat di blog memasing. Hehe.

Aku dah perhatikan satu persatu tajuknya. Ada yang ok-ok. Tapi ada juga yang mensentapkan perasaan *sigh* Mungkin ada satu dua tajuk yang terpaksa aku sorokkan realiti sebenar. Kena la aku akui, walau terbuka macamana pun pemikiran / diri aku, masih banyak lagi perkara yang aku prefer untuk simpan sampai la aku tak larat dah nak simpan. Sampai nyanyuk, atau sampai mati - contohnya.

Tapi insyaallah, aku cuba. Sejujur-jujurnya. Mana yang dapatlah ye. Ni senarai tajuk yang disenarai, menunggu untuk dijadikan karangan. Huhu. Cuak la baby camni. Tapi takpe. Baby taf.

Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.
Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a play list to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself

So mungkin aku akan apdet sesuka ati aku. Mungkin ada masanya, tiap-tiap ari aku update. Tapi tetap akan diselang selikan dengan hal lain jugaklah. Matiklah boring 30 hari nak jawab bende ni je betul tak? Hehe.

Kita BONGKAR! Untuk satu kepastian. Jangan biarkan diri anda diselubungi.. miss you..~

****

Rabu lepas, Mizzy ade tegur kat Twitter - katanya 'nak mintak tolong boleh?'. Aku seperti biasanya seorang yang baik dan caring pun tanyelah nak mintak tolong ape. Dia jawab simple je.

tolong update blog

Tsskkk~ Sabo jelah. Haha. Tapi itu ok la lagi. Sabtu berikutnya. Aku dan Anne ke Stadium Shah Alam, ade warehouse sale daaa. Kat depan stadium, tetibe disapa seorang abang buah - errr abang jual buah-buahan tempatan kat luar stadium. Sambil berhenti menolak troli, dia memandang aku.

awak.. nak mintak tolong sikit boleh tak?
apa dia?
tolong senyum lagi skali macam tadi.. manislah


Dang!!!~ Aku bukan takat senyum je, siap layan ketawa sepam. Hahaha.

aduhhhh.. manisnya. terima kasih ye

Aku ketawa bukan sebab kena puji tu la. Tapi terus teringat pasal permintaan si Mizzy. Sibbaik la abang buah tu tak suruh update blog T______T Nebes ai.

pheewwww~

Monday, August 02, 2010

553: Saman Menyaman

Salam sume..

Dah ujung-ujung bulan 7 ni (aritu la), ramai jugak rupanya yang kena renew roadtax. Termasuklah aku. Dan ini kali pertama aku keluarkan duit sendiri untuk renew roadtax + insurans kete walaupun dah 5 tahun aku pakai si Fahrin yang kacak ini. Haha. Eh tapi tak cukup gak duit aku, kena la abang aku topap - sket je. Ok la tu.

Tetibe kecoh plak sana sini orang dok cek rekod saman. Alkisah sekarang ni kalau nak renew roadtax, kena clearkan saman dulu. Oleh kerana aku tak penah bayau, maka tak penah la aku kisah sama ada aku ade rekod saman ke tak. So kali ini sebab duit sendiri ade keluar, timbullah kesedaran seperti timbulnya ikan-ikan di laut selepas kena bom ikan untuk mengecek rekod sendiri. Kot la ade kan.

Untuk tujuan tersebut, aku pun menelusuri laman sesawang untuk mencari di manakah lubuk yang sesuai untuk mengecek rekod. Mengikut kata survey iaitu budak-budak opis, aku pun menerjah ke rilek.my seperti yang disarankan oleh mereka. Perghh ayat. Dah macam nak tulis surat rayuan je.

nama je RILEK, tapi mampukah kau rilek masa nak cek saman sendiri?


Kasik letak nombor IC, kalau tak, boleh pilih untuk letak nombor plat kete dan nombor IC. Aku rasa pilihan yang itu boleh digunakan kalau kete kau dipakai beramai-ramai. So.. boleh jadi kete kau kena saman, tapi masa orang lain yang drive. Kan?

Dah isi apa yang patut. Klik. Debar-debar sunat je.

Ok. Dah dapat result.

Yeahuuu!!!! Takde saman!!!! *nari shuffle, tango, moonwalk, zapin dan dangdut secara berganti-ganti*

Kejadian ini sangat menghairankan budak-budak opis aku. Sebab dorang dah biasa tengok aku bawak kete camne. Abang-abang n kakak-kakak ipau aku toksah cakaplah. Ape la dorang ni. Ingat aku bawak laju-laju tu tak beringat ke (eceh.. dah kompem takde saman, berani la cakap haha). Ala.. lagipun, laju mana laa encik Fahrinku boleh pegi. Beliau bukannya Ferrari pun. Aku tekan minyak sampai ke lantai pun, kat situ je jugak beliau.

Oleh yang demikian. Ku bersyukur. Kereta kecik berbajet kecik untuk orang yang kecik macam aku. Kecik ye, bukan kurus. Dah tau dah kang adeeee je yang nak mempertikaikan stetmen aku satgi. Hahahaha.

Deymm~