Wednesday, September 29, 2010

578: Assalamualaikum!~

depan istana kat Kuala Kangsar tu.. ape namanya? malas nak taip. nanti kang budak opis aku gugel, sesat plak masuk sini.


Secara keseluruhannya (tetibe je kan, intro takde terus jump into conclusion bak kata omputeh! hahaha), lawatan kali ni memang tersangatlah singkat tahap micro mini skirt. Memang kompem kene datang lagi dan lagi dan lagi untuk menghasilkan report yang mantap! Dan lenkali nak cari hotel lain yang ade tingkap dan jamban elok. Jamban yang berfungsi sepertimana sepatutnya sebijik jamban berfungsi.

(Anul, boleh laa buat karangan bertajuk Aku Sebijik Jamban Tersumbat. amacam?)

Muka dah itam sket. Eleh nak merungut, macam laa selama ni putih pun. Hehe. Jerawat dah surut sket, tapi ada tanda beso la. Kurang comel laa jadiknya. Takpelah. Kalau cantik sangat pun susah, ade je yang nak cari pasal. Itu kalau. Masalahnya sekarang ni muka tak berapa nak ade ni pun ade orang macam nak suruh aku tikam je perut dia tu kan.

Tetibe rasa nak buat ayat meroyan.

Ni aku dah lama perati laaaaaaaaa kan. Dok tengok orang nak mengutuk aku di sebalik tirai kamar. Macam cilake je perangai kau eh. Ingat aku bodoh sangat la tak paham. Sekolah aku 4 tingkat tau tak. Agak-agak dah berani sangat tu, meh la meroyan kat sini hah. Kalau nak diikutkan, boleh je aku nak balas on the spot. Tapi aku bukan macam kau ... nak mengata aku, pi umah orang. Oleh kerana aku pun sekadar tetamu je, rasa tak eloklah nak berbalas depan tuan rumah.

Lagipun tuan rumah cakap, buat tak tau je. Bila aku buat tak tahu, ehhhh... makin mencanak-canak plak kadar kecelakaan kau ni. Hmmmmmmm~

Aku tau, apa yang aku buat sekarang memang salah. Tak payah laa susah-susahkan diri nak menyindir aku ke ape ke. Terima kasih laa sebab sudi siapkan portion dalam kepala hotak kau tu untuk berfikir pasal aku. Terharu aku ni sampai rasa nak menitiskan airmata dan nyaris-nyaris laa nak tulis wasiat supaya kau boleh mewarisi hutang PiTiPiTiEn aku tu.

Tapi boleh tak kalau aku nak cakap, kau back off jelah. Kang aku bukak cerita pasal kau kang, kau yang tersipah-sipah kemaluan. Mengata dulang paku serpih bak kata dayang istana dulu-dulu. Aku jaga hal aku, kau jagalah hal kau yang aku rasa jauuuuuuuuuuuuuuh lagi parah daripada hal aku. Amacam?

Lagi satu. Untuk orang yang menyampaikan cerita kat kau tu. Haa baguslah tu. Padan-padanlah semua tu tak sedar diri. Aku sebut kubur kata mari kang.. macam melampau plak. Takpelah. Buat-buat tak nampak jelah apa aku taip ni eh. Bukan susah pun nak buat-buat tak nampak ni. Aku biasa buat ape..

Senang cerita. Kau tak payah masuk campur hal aku. INI HAL AKU, FAHAM KE TAK FAHAM? HAL KAU TU, INGAT ELOK SANGAT KE?

Nanti kirim salamlah kat kawan kau yang tukang bukak cerita tu. Kata kat dia, tahniah la. Orang nampak dia baik je kan? Aku pun. Sampaikan kalau cakap sikit je, kawan-kawan yang melenting sampai ke langit, melebih-lebih daripada tuan punya badan. Kagum aku melihat tahap kesetiaan yang menyamai kesetiaan Hang Jebat tu. Kagum sampai terkaget ni.

Aku tak kata pun kawan kau tu jahat. Yelah dia baik. Baik la tu. Baik sangat sampai tercerita pasal aku. Aku siap boleh bayangkan ni.. Lepas dia cerita, dia pun cakap.. Oppssss tercerita pulak.. sambil buat muka terkejut dan menekup mulutnya sendiri. Hmmmm~

Takpelah. Kira halal jelah. Aku pun kasik can jelah kau nak kata apa pun. Tapi tu lah. Jangan sampai aku bercakap pulak kat rumah orang tu. Berbalas pantun laa gaya orang Melaka kan.. Tuan rumah, hamba minta ampun beribu-ribu lemon andai suatu masa nanti, hamba TERRRRRkasar bahasa di teratak syurga cinta tuan hamba itu. Hamba pun manusia biasa, ada masanya TERRRRRRRRlepas cakap dan TERRRRgeram lantas mengganyang tetamu tuan rumah.

Ok sekian saje entry separa hepi separa emosi daripada saye, Masy Kacak.

Monday, September 27, 2010

577: Entry Terpaksa-Tamak

Poster design by KRU Studios


1. Nonton Filim

Dah tengok Magika sabtu aritu dengan aunty Fafa. Lepas dah ajak, baru terfikir dan tertanya, adakah beliau menonton cite Melayu? Aisey.. aku ni main ajak je, tak pikir plak. Tapi Wafa siap booking segala, aku anggap dia tengoklah. Rupanya memang tak. Haha. Sorilah ye :)

Overall. Aku suka je cite ni (sape nak baca review yang terbalik leh pi baca kat blog Yonna. haha). Mebi sebab aku pegi dengan zero expectation kot. Aku tau filem muzikal macamana, aku dah tengok lakonan Mawi macamana. Jadi.. takmo berharap lebih². Hehe.

Mujur tak mengecewakan. Bab nyanyi-nyanyi tu biasalah.. ade jugak part yang aku rasa tak perlu pun nak menyanyi (ape kes nak gaduh tapi lawan nyanyi? sibbaik tak buat pertandingan karaoke T__T). Aku rasa watak yang paling lawak dalam ini gambar adalah watak Norman Hakim dengan Nabil. Sampai sekarang ni masih lagi boleh gelak HAHAHAHAHHAHA bongok betoi laa Norman Hakim dalam cerita ni. Pakcik Sabri Yunus apa kurangnya. 5 Hang tu pon. Ape lagi? Hehe.

Oh ye. Memang ramai artis yang terlibat sebab setiap watak cuma ambil portion dua tiga minit je. Akan lama sket kalau watak tu ade menyanyi. Kau akan dapat tengok Diana Danielle dengan Mawi je yang lama pun. Eh.. Lakonan si Diana kali ni aku macam tak berapa berkenan je. Tak berkenan, bukan tak suke ye. Macam over acting plak. Tapi takpelah.. ape-ape pon ko tetap comel dek non.

Sekian part 1.

2. Open-House di Rumah Senior

Semalam. Pegi Putrajaya, open house di rumah salah seorang senior aku masa zaman sekolah dulu. Hoho. Giler.. dah 16 tahun tak jumpe dorang ni weh!
poster design by Masy Studio. hahaha~

Aku dengan Chet (yang sebelah aku tu) satu batch la. Kakak dua orang tu je yang pangkat KAKAK ok. Ada sorang lagi member kitorang sebenarnya. Dak Rozan and tuneng. Tapi dia dah mintak diri ade open house lain. So.. takde la dalam ini gambar.

Sebenarnya kan. Patut-patut aku dengan Chet dah berambus lebih kurang pukul 5 gitu laa. Tapi demi nak menunggu Kak Aton dengan dak Kurita ni ha, menunggu le akan kami. Sibbaik laa dah ditunggu tu tiba jugak. Dibuatnya tak sampai-sampai, rasanya ade jugak yang kene delete daripada friendlist fb aku nanti. Hahaha takot tak main ugut guna fb? Hehe.

Apsal la anak ko suka kerut-kerut camtu Kurita? Banyak nak hal dunia akhirat dia dok pikir agaknya. Aku pangku tu sebab nak merasa berat badan budak tu. Eh.. ringan je walaupun bulat. Ke aku yang berat sampai takleh rasa keberatan budak Uzma ni? T____T Tssskkkkk~

Sekian jelah. Malas nak cite panjang-panjang.

3. Out Station!

Kejap lagi aku akan bergerak ke Kuala Kangsar. Gi site. Aku suke! Akan berada di sana sampai hari rabu.

Dah laaa kondisi kulit muka aku berada di tahap antara terburuk ni. Time ni laa jerawat sebesau penumbuk 20 ekor semut terkeluar kat muka, time ni laaaa bibir nak kering mengelupas laksana dataran kontang. Ni sume kalau dibawak pegi menyusuri sungai nanti, ada harapan muka aku jadi 10 kali ganda buruk neh! Dah laaa ari Jumaat & Sabtu ni ade kenduri T____T

Sudahlah. Aku kecewa dengan kehidupanku (eceh!). Jangan rindu aku. Nanti bulu mata aku gugurrrrrr, lagi buruk la muka aku weh! Rindu sikit-sikit sudeh :) hehe~

Chiao!

Thursday, September 23, 2010

575: Syawal Kedua


berator woii beratorr...! dak Aren nak bagi duit raya!!
kata Abang Chik seraya beratur di belakang anak beliau, lantas dibontoti dengan setia oleh dua orang adik beliau iaitu dak Nan dan aku yang comel.

bongkok bongkok, baru la dia tak pasan, kata beliau lagi memberi arahan kepada kami. ok ok, kata kami dua beradik tanda akur.



selamat ari raya Pakcik Ren..
kata dak Nan dengan nada suara kanak-kanak sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Badan pun masih lagi dalam posisi bongkok bagi menampilkan impak kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

hoihh!! dah bangka macam ni pon ade hati nak mintak duit raya! blah!! blaaaaahh!! ingat buat bongkok camtu orang tak pasan la tu! kata dak Aren setelah menyedari penyamaran kami yang gagal. Hampeeehhh!!~

Namun begitu, gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya ye rakan-rakan..

Yeahuuuuuuuuuuuuuu berjayaa!!!!! Anak-anak buah dapat satu je, aku dapat dua sampul ok!!!

Panjang umurnya
Panjang umurnya
Panjang umurnya serta mulia
Serta muliaaaaaaaaaaaaaaaa~

Mekasih bebanyak! Tahun depan doa-doa laa tak kena pau lagi dengan aku. Hohehohe.

Wednesday, September 22, 2010

574: Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.

gambau spesel rekues by Abang Chik. ekcely dia siap peluk aku masa ni, tapi anak buah gue fokus tang muka je la plak. penat je posing romentik huhu. disclaimer : muka aku nampak bulat sebab tukang amek gambau malas nak bangun dari kusi. sekian pembelaan diri saye.


Anak buah aku tak upload lagi gambau raya woit. Sibuk nak kawen tu ha, pehtu bila aku kata upload je - sibuk nak edit plaaaak. Tapi ok gak tu. Kang dia upload je gambau aku free hair nanti baru padan muka aku yang comot ni.

Berbalik kepada persoalan di atas. Sesorang yang aku perlu lepaskan, ataupun berharap aku tak kenal dia langsung. Punye la bizi bodi soklan ni eh.

Someone I need to let go. Kita lupekan bab cintan-cintan dalam persoalan kali ni.

Aku rasa, aku perlu melepaskan semua kawan yang dah meronta-ronta minta dilepaskan daripada ikatan persahabatan antara kitorang. Yang mintak laa. Yang takmo, dok sini dendiam. Jangan nak buat perangai plak eh, I'll whip you if you misbehave. Haha. Tapi aku dah lama lepaskan pun. Orang dah terhegeh-hegeh nak blah, jangan la ko menari-nari depan dia. Ingat kelakau ke? Heh.

Datang tak dijemput, pergi tak dihalau. Ke dihalang? Tak kisahlah. Itu konsepnya.

..or wish you didn’t know. Walaupun begitu. Tidak la pulak aku berharap aku tak kenal dorang langsung. Takde la plak setakat ni. Cuba kita pikir daripada sudut nan cerah iaitu bright side. Kalau kita tak kenal si A, cemana nak kenal si B, C dan D? Ataupun, kalau tak try rasa buah durian, cemana nak tau durian tu sedap ke tak? Kirenye.. semua benda yang datang dan pergi ada sebab musababnya. Only God Knows Why bak kata Kid Rock.

Rugi ka untung ka, itu pun tak payahlah nak pikir-pikir sangat. Baik aku fokus pada ketiak aku ni. Eh. Cakap pasal ketiak. Bila tah nak pegi klinik ni. Demam macam dah ok kot. Tekak je semedang kering semacam, suhu badan so far so good. So close I don't know yet.

10 dah lepas. 20 more to go. Ade yang aku buat entry lain lepas ni kang hahahaha~

573: Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.


Sejujurnya laa kan..

Soalan-soalan macam ni, aku prefer untuk keep it to myself jawapannya. Sebab jawapannya walaupun hanya sekadar 'hint' je, akan melukakan. Tak banyak, sikit. Kalau tak orang lain, aku laa yang terluka di situ. Heh.

Dan yang lagi penting. Kadang-kadang tu sebab tatau pun ape jawapannya. Haha.

Makanya. Soklan ini akan tinggal soklan jelah. Kalau nak tau gak jawapannya, gugel jelah. Sape jumpe jawapannya, sila bagitau aku. Nak gak tau ni hehe.

Entry raya akan bersambung sejurus selepas anak buah gua update pic kat fesbuk. Sekian melaporkan.

9 dah lepas. 21 more to go. Hoiii banyak lagi rupanya T______T

Monday, September 20, 2010

572: Salam Syawal :)

malas nak edit!

Morning peeps! Am back! :)

Rasanya bulan ramadhan ni laa antara bulan ramadhan yang penuh dugaan untuk aku kot. Siap ade 'kot' plak, macam tak sure eh. Hehe. Tapi takpelah, sumenye yaaa udah berlalu. Makanya hadap sajelah ape yang ada sekarang.

Ketiak aku sakitlah (tetibe). Sekarang ni aku macam nak demam tak demam, daripada raya ke berapa tah aritu lupa plak. Bila cek-cek tubuh badan, eh.. ade bisul kat ketiak (itu pun nak cite, nampak sangat tandus idea). Aku dah sadakallahulazimkan dah bisul tu, tapi sakit lagi la. Malam tadi dok tekan-tekan, macam ade samting je. Macam bengkak ke hape tah hoh. Nebes laa aku dah terbayang yang bukan-bukan huhu.

Ok la cite raya plak.

Kene ke? Raya macam biasa je tapi ade sikit laa luar biasa. Tatau kenapa tahun ni sume abang aku balik beraya kat Sg Udang. Err hampir sume la. Abg Cik plak terpaksa stay umah mertua sebab takde orang nak setelkan keje kat situ. Kalau dia balik, memang full house betul umah gua.

sume sanggup bertahan sampai pukul 11.30 demi laa nak tunggu abg chik sefamili sampai! ni kalau buat aksi lompat, rasanya ramai gak yang bakal kuar frame neh

Malasnye nak cite pasal raya. Sebab raya aku biasa je rasanya. Haha.

Lawak raya paling kejam tahun ni. Pemenangnye jatuh kepada..

..Amat, anak buah yang berbaju pink di pagi raya. malu, tapi akur. haha.

Kisahnya. Hari raya kedua, di rumah yang terakhir laa kiranya petang tu. Aku dok minum, dak Amat layan majalah Rapi ke hape tah tuan umah tu punye. Tetibe je dia hulur majalah tu kat aku.

busu, cer baca ni

Aku amek, tengok tajuknya 'Jangan Merendah Diri' bla bla bla apetah tajuknya. Aku pun bacalah. Sambil dalam otak berfikir, cemana dak Amat ni tau aku ade masalah low self esteem neh? Obvious sangatkah? Aku ade bagitau dia ke? Dia baca blog aku ke? T____T Ok la. Ayat memang gayanya nak boost self esteem tuh. Ok fine huhu. Aku hulur balik majalah kat dia.

busu dah abes baca ke?
dah, apsal?
perasan tak pape?
amendenye..

Amat menyambut majalah yang aku hulur. Sambil mencari patah perkataan.

haa ni dia.. 'walaupun anda bertubuh gempal dan hitam, ini tidak bermaksud bla bla bla'
Aku blur.
Amat pandang aku. 'bertubuh gempal dan hitam' hehehe

Sialan punye budak. Sibbaik aku dah bagi duit raya, kalau tak kompem aku hold sampai raya haji. Demmmmm~

Friday, September 03, 2010

571: Iftar Yang Beronok-ronok Versi HOMAIGOD!~

Salam Jumaat! Arinie last day aku keje, esok dah start cuti dah! Hurrayyy hurrayyy it's a holi-holiday... lalalalala~ Epy nak cuti je, mood raya blom mari lagi. Aje giler!

Oh ye. Pengumuman. Arinie aku tertinggal henpon kat umah ye. So, sila tinggalkan sms saje - jangan call. Nak call pun bole, tapi takde orang jawablah. Hehe.

Jom sambung cerita iftarul muammalah (ni memain je jangan percaya plak hohehohe).

gambau cilok kat anul. nampak tu malaikat lalu lalang atas masjid? hehe

Sebenarnya tema iftar ni adelah Iftar Di Awan Biru. Tapi bekas kekasih gelapku yang gila kuasa tu selambadak jeee tukau ikut suke tekak pak mertua jiran dia kan. Namun begitu, sebagai seorang yang tenang, aku relakan jelah. Hehe.

Iftar berjalan lancar walaupun hajat di hati kami nak belikan kek untuk Wafa punah atas beberapa sebab. Antaranya.. sebab Wafa dah bawak kek (konon-konon nak sepraiskan beliau, sekali kitorang plak yang terseprais). So.. aku dan Erina menukar plan lalu membeli Domino's Pizza. Wafa, pizza tu memang untuk sambut sebeday anda dan Keri(a) ye! Lupe nak announce, lapo punye pasal. Hehe.

Lepas makan-makan-makan sampai terkompius nak makan ape, kami sambung dengan sesi wajib setiap kali geng memuah berkumpul iaitu.. photoshoot!

L.O.V.E. bukan L.O.L.E. hahaha

Selepas beberapa percubaan, inilah perkataan LOVE yang berjaya dihasilkan. Tak sangka jugak badan aku boleh buat bentuk V dengan jayanya (kalau dapat angkat kaki tu tinggi sket lagi comel, tapi perut penuh laaaa). Penat ajau dak Erina, tapi gagallllllll hahaha. Terpaksa la tukang ajau buat sendiri. So, ok la kan? Sila klik LIKE. Hahaha.

Kemdian, kami buat aksi nama setiap geng memuah yang hadir. Aku tepek yang nama aku je sudah la eh. Hohe.

M.A.S.Y . cadang nak tambah 'yang da bomb' tapi tak cukup orang la plak

Anul nye S dah macam ape haha. Tapi memang susah la nak buat sorang. Berdiri plak tu. Kalau pakat baring ke, senang sket. Hehe. Ok dah setel bab nama, masa untuk melompat!


HOMAIGOD!!! apo ko golap bona gambo ni Anul? Huhu

Perghhhh giler banyak kali try amek gambo lompat setempat ni hah. Sampai kurus laa lutut masing-masing. Terus rasa kurus weh. Makanan yang bertimbun tu rasa macam takde efek dah kat perut time ni. Muehehe ai likeeeeee~

Konon-konon nak tunggu bunga api. Tapi sebagai orang Shah Alam, Erina dan aku yakin malam tu takde bunga api. Apa kau nak kene sambau petir pi lancarkan bunga api merdeka dekat masjid di malam ramadhan itu?? Dah la tak semayang terawih, dok cium-cium lak celah pokok tu hah (Anul je nampak, mata dia kan alert bab-bab ni). Demm yuuuuu~

Sepakat membawa berkat, lalu kami together-gether ke ABC Fradoo milik keluarga Erina yang tersohor tu hehe. Keri dengan Wafa mamam ABC, aku dengan Anul minum lai chi kang sajork. Perut penuh, rasa nak tercabut girdle gua. Sebelum pulang, sempat lagi Wafa membekalkan kitorang dengan kek cekelat, buah betik dan NENAS yang segar dari ladang beliau. NENAS ke NANAS ye kekawan? Keri kata NANAS. Aku dengar cara dia sebut dah macam budak pelat je. Hehe.

Erina antau balik. Sampai umah, layan borak sepam dengan budak umah. Mandi, solat, tengok CD sambil masak air. Pastu baru tido. Lutut gua penat!!! What a wonderful nite! Cite dan gambau-gambau memuah lain boleh didapati dengan mengkelik di sini dan sini.

Ok la mengkawan sekelian. Esok aku dah nak start cuti. Tapi ari selasa kot baru aku balik Melaka. Makanya sempat laa lagi kot ade yang nak ajak berbuka kaaa sahur kaa. Calling² jelah. Tapi jangan la pi tempat mahal memaut. Dah la bonus tak dapat ni *kata aku dengan sedih*. Huhu~

So.. Selamat Hari Raya sume.. Kad raya tahun ni aku pos 3 keping je. Bukan kedekut, tapi aku macam tak perasan yang masa dah berlalu begitu pantas. Tau-tau je dah nak raya. Nantilah, kalau ade kad raya yang memerlukan aku membalas, aku poslah ye.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
0-0 ye

See uols on 20 September 2010, insyaallah. Lama giler aku cuti. Hahaha.

Yang tulus ikhlas, authentic dan mistik,
Masy Baby..~

Wednesday, September 01, 2010

570: Iftar Yang Beronok-ronok~

Salam sume!

Ahad lepas, aku dan rerakan sekolah dah decide nak berbuka sama-sama. Kat Mid Valley, macam biasalah. Memandangkan salah sorang member tu keje kat situ pehtu kalau nak tunggu dia dapat cuti, alamat raya haji esok laa baru dapat nak berbuka sama-sama T___T Maksud aku, kalau time tu puasa sunatlah. Hehe.

Sementara nak tunggu waktu berbuka (sementara konon..), kami bertiga - pada awalnya bertiga dan kemdiannye berempat - pegi ukur jalan kat Jalan TAR. Sebelum tu, pegi Sogo dulu laa kan. Aku gi KL naik komuter je. Kuaserrr mak nak bawak Fahrin. Ade kang aku ngamok² melayan jem nanti. Oh. First time naik koc wanita. Tapi ade gak mangkuk² jamban berjantina lelaki yang tak paham bahse naik koc tu jugak. Bangang ok. Sile sebarkan ayat aku ni kepada semua lelaki yang naik komuter.

NAK BAGI CADANGAN SKET!!
Pihak KTM boleh tak tolong catkan koc tu kaler pink terus? Takat tampat sticker tu, orang lelaki ni bukan heran pun. Dorang tak pasan punye, encik.. Mata kurang sensitif. Tak percaya? Buktinya. Masa tengok perlawanan bola, mesti kene ulang dua tiga kali bila player tu score, betul tak? Itulah buktinye. Takmo elaborate panjang², gua nak sambung cite lain.

Hari sangat panas, orang sangat ramai, keadaan sangat sesakkk..! Aku letak paper atas kepala camtu pon ade orang ingatkan aku artis, siap mintak otograp lagi T_______T Tapi kan, kipas bateri tu memang buat aku glamer la. Sepanjang jalan adeeee je orang tegur la ape la. Aku pulak mood baik walaupun kepanasan, abes sume aku layan. Mesra alam katanya. Mekasih la Che' sebab bagi pinjam kipas tu, tetibe aku buat macam rete sendiri kan masa tu? Muehehe.

Serius penat masa ni ok. Sikit lagi nak buat aksi terjelir lidah tanda kepenatan. Abes kering air dalam badan, sampaikan nak shishi pon dah takde ape yang nak kuar tsskkkk~ Sipar pon kene beli baru, kaki dah tak mampu nak terima Crocs tu. I wonderlah kaki aku ni nak pakai sipar jenis ape baru dia mencapai tahap keselesaan sempurna? Hmmmm~

Pendekkan cite. Berbuka puasalah kami. Dan sambut sebeday Rozan skali. You such a lucky girl. Dapat adiah best² tuuuu... aku nak gak!!! Besday aku tahun ni... eh.. ade ade. Lupe plak ade dapat adiah hehe. Tapi tabung yang korang bagi tu serius aku tak sengaja pecahkan weh T___T Huhu~ So, tahun depan jangan bagi tabung dah. Bagi duit je ke pun ok. Aku tak kecik ati. Kompem.

Sangat best, dua tiga ronok rasanya! Sekarang nak tunggu gambar daripada Anul plak regarding iftar dengan geng memuah masa malam merdeka aritu!

Aku hepi ni! Hohehohehohe~ (^_^)v