Thursday, October 28, 2010

590: Salah Serba Berdiri

@ Dataran Sungai Perak.gov.my

Baru sampai ke bumi Shah Alam petang semalam. 3 hari je kat sana. Baguslah.. kot tak.. genaplah 4 hari aku dok bantai ikan keli bakar tiap kali lunch. Hahaha tatau la kenapa. Rasa sedap gegila betul. Tapi ni belum ada rasa nak update pasal trip ke Kole Kangsau.

Cite lain dulu sementara masih berlegar di fikiran.

Susah sebenarnya untuk menegur jika ada sesuatu yang kau kesan tidak betul pada pandangan mata. Susah bila perkara tu sebenarnya kau pun buat. Dan niat untuk menegur tu bukanlah macam bak kata pepatah mengata dulang paku serpih ke.. atau menepuk air dalam dulang terpercik muka sendiri ke.. bukan macam tu. Niat satu je - jangan sampai orang yang membuat perkara yang sama merasa natijah yang sama seperti kita sekarang ni.

Itu je. Tapi serius sangat berat. Macam tu lah sekarang ni. Aku tahu. Aku nampak. Aku dengar. Sayangnya apa pun aku tak dapat nak buat. Aku mahu buat sesuatu. Tuhan saje yang tahu, sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Kemuncaknya semalam, aku sms ajelah. Hint. Aku bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi bila dah diamanahkan, rasanya aku memang perlu buat sesuatu.

Cuma aku tak dapat buat macamana yang aku lakukan dulu. Serik. Dulu aku pernah berhadapan dengan keadaan macam ni. Bila menegur, aku tak suka kalau orang berkata 'ah.. kau tak faham'. Tak faham? Been there, done that ok. Jadi aku cerita bahagian aku untuk pengajaran. Bukan untuk kau ikut. Sayangnya.. dah la nasihat aku diletak tepi, cerita aku pula dibawa ke tengah. Dijaja ke sana sini.

Sedih. Dia tak sedar betapa cerita yang beberapa baris tu, ada maruah aku di setiap patah perkataannya.

Dan sekarang terjadi lagi pada orang lain. Hati tak tenang. Tak tau la kalau orang lain. Aku cuba juga nak buat-buat tutup mata, tapi.. hmmm. Takpelah. Harapnya bila aku dah tunjukkan yang aku tahu walaupun aku tak cakap apa-apa, akan ada perubahan.

Perkara ini tak mudah, adik. Perkara ini bukan sesenang itu. Sekali tingkah kau dah terlajak, susah untuk kau tarik balik. Kakak ini pun masih lagi berusaha menarik kaki sendiri, dan masih tersadung sesekali. Usahalah.

Tapi susah tu bukan bermakna tak boleh. Cuma ambil masa. Lama. Sangat lama T______T

Monday, October 25, 2010

589: Irama Super Sedap (setakat ni)


What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much

Sometimes it's scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much, you think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colour seem so blurry

Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on

What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy

Aizat - Years From Now


Serius tengah menggilai lagu ini dengan tersangatnya. Macam sangat menghuraikan isi hati. Macam la. First time dengar lagu ni masa Aizat perfome on stage for Jom Heboh kot? Lupe dah. Skali dengar, terus terpikat auuuummmmm~

Suka arrangement lagu ni. Paduan petikan gitar dan gesekan biola macam orkestra tu memang terbaekk... nangesssss!!! Pastu ade bunyik ape tu.. trompet ke? Trompet ke namanya hahaha lawak plak. Tapi gabungan kesemua instrument - gitar, biola, trompet, drum, hatta kalau ade klarinet, kerincing dan tamborin kot la aku tak pasan - memang secocok dengan selera telinga aku. Aku suka! Suka suka suka!

Aku gugel lirik ni asik tak jumpe je. Last-last dengan keazaman yang jitu, aku pinjam headphone opismate, dan dengar ulang-ulang lagu ni pastu salin lirik. Hahaha macam zaman sekolah dulu la. Tapi ada yang aku tak dapat tangkap. Akhirnya. Akhirnya aku gugel lagi beberapa minggu kendian, dan ade pun orang pandai english yang dah upload liriknya.

Mujur. Hihi.


nah! layan sampai lebam kebiru-biruan timbul di tubuhmu~ ok nak blah pi Kole Kangsau!

Friday, October 22, 2010

588: Jumaat. Esok Sabtu. So?

Salam sume.. dah jumaat dah ye?

Laporan berkenaan kesihatan aku (macam laa ade yang mintak hihi) adalah biasa saje.. Alhamdulillah, kali ni segala batuk, selsema dan demam tidak berapa menyusahkan aku. Susah sikit la sebab takleh minum milo. Pantang minum milo ni diperturunkan dek salah sorang kakak ipau aku tu yang ade asthma. Last time aku kena batuk ni pun dia dah pung-pang-pung-pang kat fesbuk, soh avoid milo nih. Huhu. Walaupun hubungan aku dan milo bagaikan aur dengan tebing, bagai Uda dan Dara, bagai Chinta dan Osman Kabillah (eh macam tak kena), bagai Alang Saidi dengan Puteri Siti Mayangsari dan sebagainya, namun kali ini kami terpaksalah berpisah sementara.

Sabar ye milo.. Kakak dah baik nanti, kakak minum awak eh.. sob sob sob.

aku gugel MILO, yang banyak kuar gambar mamat ni. lemas aku! terus ilang selera nak minum Milo. huhuhuh~


Kali ni juga agak cepat laa aku pegi klinik. Cepat ke? Hari ke 4 tak sihat baru pegi klinik. Cepat laa tu kalau dalam rekod aku. Biasanya dah seminggu baru terhegeh-hegeh nak jumpe doktel hehe. Terpaksa dicepatkan sebab.. isnin depan aku kena pegi Kole Kangsau lagi, kali ni sampai khamis. Bila isnin aritu aku datang opis dengan batuk selsema sume, dorang dah bising-bising suruh aku ke klinik T__T Yelah yelah.

kali ini, kene jalan kat jematan tu plak. dorang kata berhantu jematan ni. matik laa nak kene survey hantu plak T____T choyyy choyyyy choyyyy. pic kredit to me :D


Esok.

Esok abang aku hok nombol 3 tu akan bergerak-gerakhas berlepas ke tanah suci untuk menunaikan haji. Dua minggu lepas tu, Angah pulak. So.. camne Wafa, Zona, Aima & Erina? (alamak tak sms lagi budak Erina ni T__T lupeee). Rasanya aku free lepas pukul 3 petang tu la kot. Ahad pun boleh jugak.. Jangan sampai malam sudah ye. Kakak comel blom packing pape lagi ni hehe.

Apa lagi nak cerita? Nantilah minggu depan eh.

Wednesday, October 20, 2010

587: Duit Ukai Semua Utai

dapat kat rumah angkel gugel

Aku tak sihat sepertimana yang aku perkatakan semalam. Punca sebenar masih gagal dikenalpasti sesangat. Aku syak yang diri aku alergik aerosol ler. Ade satu malam tu aku pi sembur sekor lipas, end up aku dah nak pengsan - dia syok idup lagi. Siulan kedamaian betul la...

Pastu tambah lagi dengan 3 layer coffee ujung minggu aritu. Ntah syabu ke kas-kas ke air daun ketum ke dia tambah dalam tu. Abes minum terus ting-tong, takde pause walau seminit! Ni sejak bila alergik kopi plak ni T__T Moga-moga tidak. Kopiku, duniaku.

Oleh kerana aku tak sihat. Dan juga sibuk semacam tentera semut. Makanya bila budak umah aku yang suka berpesan-pesan tu buat kerek, aku buat dek jelah. Angin takde, storm-rider takde tetibe nak buat muka dengan aku kan. Ingat aku kesah? Takde masa aku nak ambik kisah. Banyak lagi mende lain aku nak pikir, nak selenggarakan (eceh), nak buat, nak telan, nak buang. Hoihhhhh kalau cakap pasal buang² ni, boleh buat entry gaduh ni. Takpe, abes kat sini je.

Puncanya aku pun tatau la. Seingat aku, hari yang aku balik dari Desaru tu dia dah start buat perangai. Aku bercakap dengan dia macam bercakap dengan Fahrin ok (at least Fahrin aku tak bercakap pun, dia tetap di hatiku. kau? selamat jalan romeo). Dia bengang sebab aku tak buat plan ape-ape kot masa kes takde air aritu. Tu laa tak tanye aku. Aku ade plan ape. Tapi dah masing-masing ade plan sendiri, go on jelah.

Ahad tu ada air kan? Aku sms semua budak rumah pasal tu. Kira nak memudahkan dorang la.. Tak payah tumpang rumah orang lain lagi. Semua orang balas ok, kecuali diva divana sorang ni. Jangan cakap takde kredit eh, pakai post paid kan. Jangan cakap tak perasan mesej sebab henpon opsss silap - blekberiberi tu doplohpatjam kat tangan.

Lantaklah.

Biasanya aku ni mesti akan mengalah. Serius. Kalau aku kecik ati camne sekalipun, ujung-ujung mesti aku mengalah punyelah T___T Siak je kan. Orang yang buat aku kecik ati bukan reti nak mintak maap ke ape, last-last aku pulak yang pegi pujuk (tegur balik tu kira pujuk la).

Oleh kerana dalam beberapa minggu ni macam tu la keadaan aku - asik la mengalah dan teralah (ape tah perkataan ni), jadi.. kali ni aku bertekad. Untuk tidak mempedulikan segala perangai minah diva ni di mana aku rasakan tindakan tersebut adalah lebih baik untuk aku. Dan satu pulak perangai aku neh.. Kalau aku dah ade intention takmo bercakap dengan orang, aku akan pastikan mata aku tak singgah di mana-mana bahagian tubuh manusia itu. Mata ke, kening ke, idong ke. Mana-mana la. Sebab kang kalau kata bertentang mata, mesti aku senyum. Kalau dah senyum, camne laa taknak tegur kan?

So. Seminggu aku tak pandang dia. Sekilas secara sengaja pun tidak. Tapi aku takde masalah la kalau dia nak tengok tv dan duduk dekat aku. Takde la aku lari masuk bilik ke ape. Apsal nak lari plak, itu kan rumah aku. Matang tak tindakan ni? Wakakakakaka. Itu pun nyaris aku nak tegur dia masa nampak dia kupas kentang guna pisau. apsal tak guna pengopek, kan ade akak beli aritu -- aku simpan jelah ayat ni dalam hati. Hahaha.

Apa jadi akhirnya. Malam tadi tetibe je dia tegur aku. Heh. Aku layan macam biasa jelah. Macam takde apa-apa.

Nampak. Aku lembut ati siot. Dung dang dung dang, bila orang tegur - aku ok je T_____T

Jom teman gi klinik. Ujung minggu ni aku ada hal. Pastu minggu depan pun outstation. Pastu ujung minggunya pun ada hal jugak. Minggu depannya pun ade hal lagi.

Ah.. minggu depan lagi satu. Ada hal tak berapa syok tapi boleh tahan. Nantilah aku cerita. Ni pun pending beberapa tajuk entry untuk tatapan penonton iaitu:

1. aku diinterview oleh budak uitm untuk satu tajuk projek paper dia. tajuk dah laaa saiko. huhu~
2. pasal seminar yang aku pegi senin aritu. hehe.
3. kisah tengok wayang tatkala keletihan dan mulut aku pun laju je sound jakun² dalam panggung.

Rajin ke nak taip ni? Hmmmm~ Oh ye. Tajuk takde kene mengena dengan entry. Sekian.

Tuesday, October 19, 2010

586: 19 Oktober datang lagi..

Hari ini aku tak sihat. Teringin nak bercerita macam-macam. Nantilah.

Hari ini genap 10 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga. Alfatihah untuk arwah.. err.. untuk abahku yang hensem, gagah perkasa, tampan, cekal, tegar, bijak, pria terhebat, teratas di dalam kelasnya, authentic dan segala macam puji-pujian yang selayaknya seorang manusia bernama bapak menerimanya - aku serahkan segala kata-kata itu untuk dia.


via my fesbuk inboks

.. like my brother said,

"I'm not only lost my father, also a very good friend!"

You will always being missed, abah. ALWAYS.

Thursday, October 14, 2010

585 : "abang aku tak kawen lagi sebab tunggu kau"

Amacam, sentap tak kalau jadi aku bila orang cakap macam tu? Hahaha.

Itu ayat studiomate aku semalam. Studiomate tu classmate la. Classmate kira sama jugak macam coursemate. Yang pasti, takde kena mengena dengan Intimate.

Masa belajau dulu, aku pun tak berapa pasti kenapa tiba-tiba minah ni berminat nau nak kenenkan aku dengan abang dia. Sangat bersungguh ok, sampai sanggup bawak gambar abang dia satu album untuk penilaian aku. Hehehe. Aku jiwa kosong masa tu. Aku tak percaya cintaaaaa.. aku tak percaya cintaaaa... aku tak percaya C.I.N.T.A..!!~

ok tak abang aku?
bole la.. cakap tak kang kecik ati plak hahahah

boleh la eh? jadi kakak ipau aku

ehhh mandai-mandai je ko ni
alaaa bole laa... aku serius ni

takmo ah

ler.. apsal? abang aku tak ensem eh
bukan lerr..
dah tu.. dia baik la.. tengok, baru lepas grade, pandai..

mak aku tak bagi aku kawen dengan orang N9 ler

Muka member terus berubah.

nape? tak baik tau..
ntah le ko tanye la mak aku hehe

nanti ko dapat jodoh N9 baru tau

ala.. kalau dah jodoh, terima jelah


Mak aku memang tak berkenan weh, bukan aku saje-saje nak sakitkan ati kawan aku tu. Dia ada la reason dia, tapi aku rasa bukan semua orang N9 pun macam tu. Sesetengah tempat mungkin laaa. Eleh mak aku tu.. dia pun nikah kat Seremban masa ala-ala kawen lari dulu, lupe la tu. Hahahahaha.

adik-ipar-tak-jadi turut berada di dalam gambarajah di atas


Dulu mungkin aku ada banyak kualiti baik yang menjadikan aku kelihatan amatlah moleknya jika menjadi bini orang. Sekarang? Ntah. Harap-harap ada lagi la. Kalau tak semua pun, saki baki pun jadilah.

Heh.

Tuesday, October 12, 2010

584: Aqua Crisis

biasak ah. google bagi pinjam~


Sebenarnya, kitorang yang kat rumah dah dapat notis tentang gangguan bekalan air selama 4 hari bermula Sabtu lepas. Sabtu sampai Selasa. Lama tuuu. Baiki tangki ke tukau tangki ni? Ke nak bina empangan hidrolik atas bumbung tu tah?

Aku malas nak pikir. Tapi pikir gak.

Budak rumah? Plan dorang - balik kampung, tumpang rumah member dll. Oleh kerana masing-masing dah buat plan, aku pun buat la plan sendiri. Dan oleh kerana dah biasa zaman-zaman belajar dulu buat 2-3 pelan cadangan, so.. dalam hal ni pun kena la buat 2-3 plan, kan kan.

1. Merempatkan diri ke rumah Erina
2. Memperdagangkan diri ke rumah abangku di Puncak Alam sanun
3. Memusafirlalukan diri ke Masjid Shah Alam

Dah kenalpasti pilihan, kena buat analisis SWOT pulak.

1. Pilihan ok. Dekat dengan rumah, dengan opis. Senang nak balik amek baju, senang nak gi keje. Tapi... Malu! T___T
2. Pilihan jitu. Umah abang sendiri, takde masalah malu-malu der. Cuma.. jauh sket la. Mau kena gerak pukul 7 pagi tetiap hari. Huhu~
3. Pilihan hebat. Dekat dengan rumah, dekat dengan opis.

Kita try dulu.

Ahad. Aku try ahad sebab pagi-pagi sabtu tu ade lagi air, so sempatlah mandi. Petang pun mandi guna air tadahan. Air tadahan katanya. Macam air kumbahan plak. Hmm. Ok sambung. Ahad. Lepas Melodi, aku terus pack barang sket. Barang mandi, barang baju, barangsiapa, barang baik. Merepek pulak.. Saje tak solat zohor kat umah. Dah tu, takkan nak pegi mandi je kat masjid, kan?

Vrooooooooooooooooooommmmm~ bunyi Fahrin menderu di jalanan. Haha deru la sangat.

pic kredit to bobzkhanzab.fotopages.com

Sampai kat masjid. Ramai jugak orang. Takkan ni sume penduduk blok yang sama dengan aku? Hehe. Terus terjah bilik mandi. Ramai. Takpe.. Ah. Ada pun bilik mandi kosong. Sangkut beg, bla bla blaaaaaaa... mandi! Wawww nikmatnya mandi tanpa sukatan neh. Kalau kat umah petang semalam, berkira-kira takut air habis T__T

Lepas mandi, siap ala-ala je. Terus naik atas. Solat tepi tangga je, malas nak jalan jejauh. Lepas solat, terus sms abang aku.

orang tak jadi kot tumpang umah. mandi kt masjid lg best hah. hahaha

Abangku pasrah, tapi tetap menanti kedatanganku - in case aku berubah fikiran. Lepas solat, buat perkara-perkara lain. Sendirian. Tanpa sekatan. Tanpa kata-kata lain. Tanpa pilihan yang aku tak mahu. Semua ikut suka hati gua! Gua! Everything about me, and only me.

Tetibe mak call, ajak sembang pasal astronout. Bukak cite pasal air, mak aku setuju je aku mandi kat masjid.

mana tau kot jumpe jodoh kat situ. Biasalah mak aku, mana nak lari dari hal-hal penjodoh bilangan ni sume. Hmm.. Hehehe.

Balik rumah. Dengar air paip menderu-deru macam ade waterfall dalam bilik air. Sape la si bongek yang tak tutup paip ni. Oh. Dah ada air. Tak payah pegi mandi kat masjid.

Tak dapatlah nak cari jodoh kat masjid. Hahahaha. Tu lah mak. Niat tak menghalalkan cara.

Monday, October 11, 2010

583: Edisi Selongkar

Morning sunshine!

Erina ada tag aku pasal selongkar-selongkar handbag, ntah entry dia yang mana tah. Boleh je kalau aku nak buat tatau, tapi sebab dah TERRRRnampak kan... T__T haha tetibe lurus laksana pembaris kuning zaman sekolah rendah dulu.

Sebagai permulaan, mari berkenalan dengan handbag baby. Walaupun tak perlu, aku pedulik hape. Nak kenalkan jugek!


Inilah beliau. Handbag yang merupakan sebijik hadiah harijadi aku yang ke 30. Wah getik je sebut 30. Birthday aku tahun ni laa sedap sket cakap, ye tak. Beliau tiada nama. Saje tak ubuh nama sebab.. kalau dah ubuh nama, nanti sayang terlebih sangat. Jikalau beliau mengalami kerosakan keras yang tidak memungkinkan untuk dipulihkan semula, mesti aku tak buang. Mesti punyelah. Eh tapi takde laa pulak ada simpan niat nak buang handbag ni. No no no~ I love you handbag. Muah sekali~

Sekarang, tibalah masa yang ditunggu oleh Erina. Selongkar. Ekcely sebelum selongkar, aku dah riki dulu isi perutnya. Sibbaik dalam keadaan yang relevan untuk direveal. Kalau over, memang kena postpone lagi laa tag ni. Hehe. Sebelum tu, sila rujuk gambarajah pertama tadi. Ada dua compartment kan? Kite kirai compartment pertama dulu.

Compartment pertama terdiri daripada barang-barang yang dicapai setiap hari. MESTI capai tiap-tiap hari.

1. Purse bertajuk Seed
2. Pen itam pen biru pensel.
3. Henpon bertajuk Samsung
4. Beg gajah pemberian Kak Bebola Ikan sempena kepergian beliau ke Thailand. Di dalam perut gajah, terdapat kunci kereta, kunci rumah dan kunci opis.

Compartment kedua.

Berisi barang-barang yang jarang disentuh tapi dibawa jua in case nak sentuh ke ape. Senang cakap, benda yang agak penting la tapi kalau takde pun takpe. Ahh.. apa-apa jelah.

1. Surat pasal rumah. Haha sebenarnya nak pass kat abang aku dah berbulan-bulan dah. Tapi aritu bila aku bagi, dia soh simpan. Makanya simpan jelah.
2. Beg comel isi barang-barang tak berkepentingan. Beg tu member bagi. Akan dihuraikan isinya sebentar lagi.
3. Losyen tangan Vaseline. Kebetulan plak ada. Oh.. ni mesti sebab pegi meeting kat Desaru aritu. Kadang-kadang je ada ni.. tu pun selalu lupe nak pakai.
4. Kamera. Gambar kamera tak dapat nak capture sebab aku capture gambar kat atas tu guna kamera tu laa T__T Sarung kamera adelah subinier pemberian ND lepas balik berloba-loba di Jakarta.
5. Wet tissue bertajuk Dettol. Rare ni. Kalau abes, tatau la bila nak topap.

Compartment ni memang tak tetap pendirian. Kadang-kadang ada tisu, ada floss, pad (eh itu pon nak cite) dan macam-macam lagilah. Ikut keadaan semasa.

Ok. Beg comel bertajuk LeSportSac itu diisi dengan bahan-bahan berikut:

clockwise - Purse syiling pemberian Mr Sivaji dari London, gincu dua bentuk dua kaler, perfume kecit dua jenis, USB charger untuk hp, seketul brooch, pendrive, cincin M pemberian Kak Ila, cermin ajaib dari Beijing pemberian diri sendiri dan lip gloss bertajuk Vaseline perasa ceri. Menyesal beli yang ada perasa² ni semua. Geli aku.

Itu sajalah. Takde yang spesel pun. Sekian terima kasuh (bak kata member ostronot Sheikh Muszafar malam tadi. ngahahahaha)

Friday, October 08, 2010

582: Puji-Pujian (Day 11 & Day 12)

Nak sambung entry jawab-jawab soklan tu. Ingatkah? Aku siap print senarai tuuuu sebab tak kuaser nak korek yang awal² pasal soklan ni sume. Heh. Aku rangkumkan soklan untuk 2 hari laa eh. Kalau nak buat satu-satu, ntah bila laa baru nak abes mende ni sume. Kuaser mak.

Ok kita mulakan sekarang.

Day 11 --> Something people seem to compliment you the most on.

Ni secara fizikal ke ape? Kalau fizikal, ada dua laa yang aku rasa biasa sangat kedengaran. Iaitu..

bulu mata : pujian tentang bulu mata aku yang panjang melentik ni dah biasa aku dengar sejak aku belum mumayyiz lagi. so.. kalau ade orang puji dengan harapan nak buat aku rasa riak ke atau nak guna modal tu untuk usha aku je, maaf cakaplah.. dengan rendah diri aku nak bagitau, aku dah tak rasa pape dah bila orang puji bulu mata aku. hahahahah immune sudah bak kata doktor. cumanya segan la kadang-kadang. yelah, sorang je yang puji, yang lain pakat belek bulu mata aku.

segan ai tau *wajah bertukar merah kehitaman* hihihihi

tapi terima kasih sebab puji :) ingat, segala puji-pujian hanya untuk Allah. tetibe cas alim lak. hihih~

kulit muka : aaaa... ramai yang notice kulit muka aku takde jerawat. tapi bukanlah sampai tak pernah ada, tapi tersangatlah jarang nak ada. 1st time kulit muka aku dihinggapi jerawat adalah masa aku dah masuk U. ha kalau nak tengok sekarang, ni tengah ada jerawat seketol kat muka, tapi tinggal tanda jelah. huhu~

sila jangan tanya aku pakai produk apa sebab secara jujurnya, aku tak setia dengan mana-mana produk pun. pencuci muka aku memang selalu bertukar-tukar hehe. cumanya kalau aku nak beli, aku akan make sure yang produk tu sesuai untuk kulitku yang kering laksana dataran kontang ini. logiknya, sebab kulit muka aku kering la jerawat susah nak mampir.

dan.. to be truth, zaman sekolah dulu aku cuci muka guna sabun buku je. sabun yang sental badan, sabun tu laa aku guna sental muka aku balik. ngahahahahaaha.


Day 12 --> Something you never get compliments on

Mana nak tau. Dah orang tak penah puji. Lagipun ade ke keje aku nak pikir amende orang tak penah puji aku? Hahaha

Eh eh tapi ade. Orang tak pernah puji aku putih. Sebab memang aku tak putih. Kulit mocha macam ni hanya Alien Workshop yang nak kena buang planet je akan kata aku putih.

Sekian..~

satu gambar untuk semua jawapan bagi soklan-soklan di atas (bulu mate, kulit muka yang takde jerawat dan tidak putih jua). oh ye. budak seblah aku tu budak praktikal. jadi sila jangan speku, aku luku kang~

Thursday, October 07, 2010

581: Biarlah gambar bicara sendiri...~

Lokasi : Perkampungan Orang Asli, Kole Kangsau

pic snapped by Mr Sivaji da Boss.


pic ni smart kan Mas? kata Mr Sivaji
ha'ah.
tapi budak baju merah tu menyebok je

T___T ape plak. lawa per. putih plak tu dalam pic ni hahaha
wuweeeek~
tapi apsal saye nampak gemok dalam gambau neh?

sape kata ko kurus?

T____T tssskkk~ komen tak membina langsung.

Lokasi : umah penginapan sementara kami di Parit Buntaq, Perak

pic snapped by me, baby


eh kata guna cek, apsal jadi duit ni?

ntah Angah. jom tolong orang susun
, kata Abg Nan

Dia susun. Aku pegang duit. Hulur sekeping-sekeping. Dah penuh ruang, duit ade banyak lagi baki kat tangan.

camne ni?
susun skema-skema tak best la. buat la camni.. aku tunjuk contoh.
tadi apsal tak cakap
dah cakap laaaa.. kita buat camni. ni kalau guna planning term, namanya staged.

staged laa ape laa, mengada betol planner ni la
dah tu nak buat cul-de-sac? macam la muat!


Tiga layer di bawah. Dua layer di atas. Hahaha. Tension la pengantin nak leraikan duit tu nanti.

double sided tape ni nak buat ape pulak? aku unjuk tape yang dia tampal kat tangan aku.
saje nak buat perhiasan kat situ kata beliau seraya berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
demmmmm~


Lokasi : rumah pengantin, tengah tunggu Q

pic snapped by my niece, Adun (bukan ADUN)

Takde dialog sangat. Cumanya bila aku memilih untuk bawak hantaran beg Guess tu, Adun berbunyik.

boleh percaya ke Busu tuu..
apsal plak
lain macam jeee pandang beg tu, ade yang tak menyampai ke rumah pengantin ni kang
hahahaahah sampai mesti sampai, cumanya tatau la kot tetibe beg ni bertukau jadi beg kaler itam ke ape kan
hahahahah~ meh la Adun amek gambau Busu.


Lokasi : Rumah dR. Waibeyy, Keramat (eh betul kan YB?)
pic snapped by Wafa, using Anul's cam

Ok yang ni takde spesifik dialog. Cuma lompat, lompat, lompat dan lompat lagi sampai letih. Harap-harap takde aduan gempa bumi di kawasan kejadian, atau keretakan tanah di halaman rumah YB. Hehehe~

Serius, aku lompat sampai terkoyak renda kat skirt aku tu ok. Tapi memang dah koyak sejak aku keluar dari rumah pagi tu. Keluar dengan marah, so bila kain tersangkut sket je - aku sentap sepenuh hati sambil marah² Fahrin. Abes jahanam skirt guwe T___T Nanti la senang-senang aku jahit balik. Hukhuk~


Lokasi : Somewhere in Desaru. takmo tulis nama hotel, nanti orang gugel. hahaha~

pic snapped by.. errrr.. that camera itself. self-timer daaa...~

Yang ni memang takde dialog. Nampak riang ria bukan main lagi aku eh, padahal kepala otak dah meletup-letup sakit dari malam tadi. Rasanya sebab tak cukup tidur kot. Hmmm~

Wednesday, October 06, 2010

580: Pendapat anda diperlukan. Pendapatan anda dialu-alukan.

mintak izin kat pakcik gugel nk guna pic ni..~


Saje la nak tanye. Tapi sebelum tu kenalah cerita situasinya dulu, ye tak?


Kajian Kes 1


Kau ada kawan (tak kisah la lelaki ke perempuan ke). Yang mana sebelum kau dan dia berkawan, dia la yang mula menawarkan dirinya sendiri untuk berkawan. Maka, berkawanlah kau dan dia dan mereka tak kisahlah berapa pun jumlahnya. Elok je.. takde masalah apa-apa.

Tetibe je kan, eh.. kawan kau ilang. Plingggg~ Bukan hilang terus la. Kau masih boleh nampak dia bertandang kat rumah orang lain, kau masih nampak dia lalu di depan rumah kau, masih berselisih berlaga bahu. Tapi bila ditegur sapa seperti resminya seorang kenalan bersapa-sapaan dengan kenalannya yang lain, dia tershadap begitu saja. Shadap secara offline dan online.

Dalam situasi tersebut, adakah kau dianggap bersangka buruk apabila :

1. beranggapan dia ada masalah kecacatan pancaindera yang menggagalkan dia untuk mengesan interaksi antara kau dan dia - secara offline dan online
2. ada sesuatu yang berlaku tanpa kau sedari tapi tak tahu apekah dia
3. beranggapan yang mungkin dia ada menyimpan rasa jengkel lantas merejek dirinya sendiri daripada kemelut persahabatan ini (wah gitu ayatku, kau ada? haha)

Apakah tindakan kau selanjutnya untuk menangani dan mengkaki-i situasi ini?

1. adakah kau akan bertanya terus pada kawan itu? (tapi camne nak tanye kalau member tu tegur pun tak jawab?)
2. adakah kau akan mengignorekan saja situasi tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa? (dah biasa buat)
3. adakah kau akan membalas perilaku pihak tertuduh jika berpeluang nanti (ngaaaaa... aku suka yang ni)

Apa kau rasa? Apa tindakan kau? Sila jawab.

Sebenarnya ada Kajian Kes 2. Tapi takpelah. Dah taip panjang-panjang tadi, tapi rasanya baik tak payah upload. Benda tak puas hati.. tak syok bila orang komen dan kondem kita pulak. Padahal kita ni nak meluahkan je. Tu pun kena.. hmmm~

Ok la. Ini entry auto publish. Ditaip pada hari Isnin, sejurus selepas menaip entry 579.

Monday, October 04, 2010

579: 9 Hari Yang Ketat

Salam semua..

Sebelum nak celoteh panjang-panjang, saje nak buat kesimpulan terakhir berkaitan entry 578. Untuk yang nak membela diri, teruskanlah. Yang nak bantu orang membela diri pun teruskanlah. Untuk aku mudah je. Orang takkan tahu kalau takde siapa yang bagitau. Dan aku dengan over confidentnya pasti perkara tu bukannya datang daripada aku memandang tak pernah sekalipun aku bercerita secara terang dalam blog ni haaa, apatah lagi nak dilontarkan daripada bibirku yang bermasalah ini. So. Dahlah. Itu je.

ape dia? ape dia? tak dengarlah. weeekkkk~ :p

Minggu lepas memang waktu melebih-lebih jealousnya pada aku. Kita buat ayat pendek jelah.

27 - 29 Sept = ke Kuala Kangsar. Walaupun 29 Sept tu berjaya sampai di Shah Alam pukul 5.15 petang, tapi aku tak terus balik rumah memandangkan.. Mr Sivaji dah buat spesel request, soh aku stay kat opis. Ada submittion sebenarnya on 1st Oct. Makanya.. bertanggah la aku kat opis sampai pukul 10.30 jelah pun. Badan dah fedap, gua tapau keje bawak balik. Dan sambung kat umah sampai pukul 1.30 pagi kot. Siap order mekdi tu hahahaha lapau siak~

30 Sept = Masuk opis pukul 9 memandangkan aku sudah tergolek badger (sila gugel pic untuk gambaran sebenar) kepenatan. Keje keje keje dengan tekunnya sampai maghrib. Aku risau sebab esoknya aku dah nak cuti, baju inner nak pakai gi kenduri belum beli lagi, keje tak siap lagi. Pastu nak tengok Durja Ningsun plak tu hehe. Masa suntuk ni T_____T Calling Erina, dan dia dengan penuh takzim sudah offer diri untuk temankan aku pegi Uptown Shah Alam.

Balik laju-laju, mandi takde nyanyi-nyanyi - terus on laptop buat keje. Tengok Durja Ningsun pun tak khusyuk hukhuk. Pukul 11 lebih ke UTSA dan terjah inner. Dapat sudah, buat pusingan terakhir dan merambos balik rumah. Sambung buat keje sampai 3.30 pagi, itu pun tak siap T_____T Kalau tak kerana aku ade urusan esoknya, aku gagahi jua tapi takleh ah.

1 Oct = Sebelum bertolak ke rumah abangku yang kacak, singgah opis jap hantar kerjaanku secara terkocoh-kocoh. Tunggang Fahrin laju-lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu tapi lambat gak sampai sebab jem T___T Bla bla bla. Gerak gi Parit Buntar. Sampai kat homestay pukul 5.30 petang. Malam, anak buah aku nikah! Heh. Masa tu kepala aku dah start sakit dah, terlebih minum kopikah atau terlebih fikirkah tatau la. Tergolek-golek kat umah tatau nak buat ape dengan kepala sendiri. Huk. Tapi takpelah. Macam la orang lain tak sakit kepala, itu pun nak bising-bising T_________T

remember Adan? he's somebody' husband now :) ~ pic dicilok dengan bersahaja daripada fb kawan dia. ngahahaha~

2 Oct = Kenduri. Biasalah kenduri, ape mau cer? Bla bla bla akhirnya gerak balik KL lepas asar atas permintaan aku wahahahaha. Sampai Keramat pukul 9.30 malam. Cadang nak gerak balik Shah Alam terus tapi hujan lebat plakkkkkkkk. Pastu mak buat stetmen 'kalau ko balik malam ni, memang mak takleh tido ni kang'. Ok petir di situ, makanya tido laa Kemensah.

3 Oct = Mak n Along shoot ke Melaka lepas subuh. Lepas sarapan la. Aku pun kuar skali walaupun abang Nan suruh stay. Hehe takleh-takleh, banyak lagi kerjaanku. Sampai kat rumah, tengok umah cam kesiaaaalll T___T Letak beg, campak baju kotor sume kat maid Jepun, terus sapu dan mop rumah huhuh. Kemudian baru perasan beg mekap aku tertinggal kat umah abang Nan, VOLEYYYY???? T__T Aima sms, tanya nak gi umah YB tak.

bersama jurucakap sebenar produk Jusmet, Dr Waibey - adik Dr Rozmey. heheh~ pic kredit to Anul. macam biasa.

Pendekkan cite, aku pegi balik umah abang aku, mekap kat sana dan terus shoot pegi umah YB. Makan-makan, tumpang solat, makan-makan lagi, amek gambau lumpat-lumpat dan sebagainya. Pastu sambung ke rumah Shahrul kat Bandar Tasik Selatan. Matikkkkkkkk laa berpusing-pusing. Dalam kereta sempat lagi aku dan Anul buat video clip - nak menandingi VC Cikgu Shidah (kene tengok kat fb mende ni baru paham) hehe.

Sampai umah Shahrul dah pukul 5++. Makan Laksa Singapore (eh sedap sedap), tumpang solat lagi, minum-minum oren sampai mabuk. Sambung amek gambar lompat-lompat. Dan balik. Malam dok packing-packing lagi. Hmm~

Hari ini. Malam nanti.

Akan menerbangkan diri ke Desaru. Petang esok balik kot ke sini. Amacam, sesuai kan tajuk entry dengan isinya? Heh.