Monday, November 29, 2010

602: Timang De Series

blogger-emoticon.blogspot.com

Semalam dalam perjalanan dari Melaka, berborak dengan mak. Macam biasalah. Aku tak kisah kalau tak borak pun (sebab dah biasa drive sorang), tapi mak aku laa tensen. Dia takut aku ngantuk. Errr to be honest, memang semalam ada beberapa kali aku rasa nak terlelap masa drive sebab penat sangat huhuh.

Mak aku ulang balik ayat orang lama 'waktu kecil ditimbang ibu, waktu besar ditimang gelombang'. Tapi kali ni dia sebut pantun penuh.

rumah kecil tiangnya seribu
rumah besar tiangnya sebatang
waktu kecil ditimang ibu
sudah besar ditimang gelombang

Mula la tu nak syahdu.

ok la tu mak ditimang gelombang, daripada ditimang tiang.

HAHAHAHAHAHAH mak aku gelak. Setel. Hehe.


antara imej yang diberi oleh Tok Gugel bila aku mengetik perkataan 'tiang'. tataulah ape signifikan antara sekawan hewan (lembu kot, lupelah) dengan tiang. hmmm~

Friday, November 26, 2010

601 : Surat Untuk Abang Tersayang..

Abang,

Saya faham.. Abang memang sayangkan saya. Risaukan saya. Risau kalau apa-apa jadi pada saya sejak saya berulang alik ni.. Saya faham sangat perasaan abang. Dan saya hargai kerisauan abang terhadap saya, sangat-sangat hargai. Dan saya benar-benar maksudkan apa yang saya cakap..

Cuma..

Boleh tak abang kawal perasaan abang? Janganlah sampai kerisauan dan rasa bertanggungjawab abang terhadap saya ni diketahui umum? Saya malu, bang.. Malu bila tiap hari dan tiap kali saya nampak abang, mesti abang akan ulang kata-kata yang sama. Tak kiralah kat mana-mana. Kedai mamak, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam. Habis satu Malaysia tahu hubungan kita.

Saya bukan tak suka abang menyatakan perasaan abang.. Saya suka sangat. Tapi saya segan laa bang... Segan dengan orang keliling. Saya dapat rasakan mereka jengkel dengan kita. Dengan saya secara khasnya. Saya tau abang dah biasa dengan hal-hal ni semua, tapi tidak saya, bang.. Saya baru je nak memahami diri abang, dunia abang.. Masih liat lagi untuk saya menjerumuskan diri secara total dalam hidup abang yang serba mencabar tu..

Abang..

Saya minta, tolonglah kurangkan perhatian yang berlebihan untuk saya ni. Please.... saya tak sanggup dah nak tanggung malu. Abang jangan salah faham ok.. Saya sukakan abang, betul ni.. Tak tipu.. Dan bukannya saya benci bila abang buat macam ni.. It just.. Saya segan je.. Kalau sesekali takpe bang.. Ni hari-hari.. Kadang-kadang pada waktu yang tak terduga. Abang bayangkan macamana perasaan saya bila saya sedang enak berbual dengan mak, tiba-tiba abang muncul dan memberi ingatan pada saya. Huihhhh... mana nak letak muka ni.. Apa mak cakap nanti pasal kita, bang. Segan tau..

Apapun, saya akan ingat dan pegang pesanan abang tu.. Walaupun penat saya dengar hari-hari. Insyaallah.. saya akan take care diri saya. Abang jangan risau, ok!



Ye.. saya akan take care diri saya, selalu.. demi abang..

blogger-emoticon.blogspot.com wiwiwiwiwiwi~

Wednesday, November 24, 2010

600: Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu


Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Sesekali, aku mahu terasing.
Menyisihkan diri.
Aku tak mahu sendirian.
Tapi aku pun tak mahu bersibuk dalam keramaian.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Sesekali, aku hentikan putaran lagu dalam senarai.
Aku dengar sunyi.
Aku dengar suara mereka.
Aku tak mahu mencelah.
Tapi aku pun tak mahu ketinggalan.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Sesekali, aku alihkan letak duduk headphone.
Aku dengar suara hati.
Aku dengar ia berperi.
Aku tak mahu mendengar.
Tapi aku pun tak mahu ia berhenti.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Aku cuma mahu duniaku.
Aku mahu seperti sepatutnya ia di situ.
Aku mahu dia di sisi.
Mungkin menakali, cuba menarik perhatian.
Menarik headphone dari kepalaku.
Dan sedayanya memaksa aku menatap wujudnya dia.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Aku cuma mahu berkhayal.
Aku mahu bermimpi di siang hari.
Aku mahu apa yang aku mahu.
Yang mungkin tak berhak untuk aku.
Dan melupakan sesuatu yang pernah ada dalam diari.
Yang suatu masa dulu semuanya aku miliki.

Ada masanya, aku pakai headphone bukan sebab aku nak sangat dengar lagu.

Aku cuma tak mahu mendengar apa-apa..

-Masy-
241110, 1520 time

# breakaway..
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 23, 2010

599: Temporary Heaven. heh


Ku menanti hukuman yang tersurat
Ku menangis tanpa airmata

Adakah aku sekadar sisa-sisa
Apakah aku cuma hanya sementara
Aku hanya mampu merasa

Mengapa engkau hancurkan niat suciku terhadapmu
Mengapa kau sanggup biarkan aku tenggelam dalam dendam
Kini ku kembali mencarimu
Di syurga seketika

Di sini ku masih berdiri
Jiwaku kosong tanpa erti
Menangis ku menangis

Mengapa engkau hancurkan niat suciku terhadapmu
Mengapa kau sanggup biarkan aku tenggelam dalam dendam
Kini ku kembali mencarimu
Di syurga seketika

Oh Tuhan izinkan aku di sini
'Tuk terus akhiri deritaku ini
Seandainya ku temui
Ku kan cepat kembali..



Tengah suka lagu ni. Rasa mau leleh gak airmata kalau tak kontrol jiwa. Feel-feel hantu memang macam gitulah. Hehehe.

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 22, 2010

598: More Than Words

Rupanya, aku enjoy menempuhi perjalanan yang jauh untuk pergi dan balik kerja.

Ada sesuatu yang menggembirakan aku bila duduk jauh daripada rumah sendiri. Bukanlah aku tak suka rumah aku. Mestilah suka walaupun kadang-kadang aku berharap, rumah aku itu lebih baik daripada sekarang. Bukan luas bukaannya, bukan lokasinya - cuma dalamannya saje.

Stop kat sini jelah.

Sekarang ni barulah mak aku macam start nak bising-bising perihal kawen. Dah nak masuk 31 tahun uols. Kalau ikutkan target aku zaman sekolah dulu, aku cadang nak kawen umo 21 - pastu by 30 aku dah nak stop beranak. Wakakakakaka member aku sume dulu cakap 'giler awal ko nak kawen!'. Pastu aku tambah laa 23 tahun. Sampai ke sudah, jangan kata kawen - boipren pon takdok!

Ada masanya aku rasa, aku gementar dengan komitmen. Aku ada kerisauan yang mendalam nun di sudut hati. Aku takut kalau suatu masa bila aku rela berkorban apa saja untuk partner aku tuh, at the end of the day aku tetap ditinggalkan. Dan dah tentu alasan yang paling tak nak aku dengar adalah 'kau terlalu baik untuk aku'.

Trivia : Tahukah anda, bahawasanya alasan aku terlalu baik untuk diorang adalah alasan yang paling koman aku dengar sejak kes 1st love dulu sampailah yang last (setakat ni)?

blogger-emoticon.blogspot.com

Jadi baik pun salah.
Jadi jahat apatah lagi.

Sesekali dalam hati aku terlintas. Untuk pejam mata, dan terima je pilihan keluarga. Kalau ada laa kan. Aku dah malas nak fikir. Dah malas nak melalui perkara-perkara yang menyedihkan. Perkara-perkara yang merebahkan semangat, memusnahkan harapan, menyusahkan hati. Semuanya makan modal airmata aku.

Penat penat penat.


Mak aku bising. Lambat kawen, lambat beranak katanya. Seusai kata-katanya, aku menghampiri beliau.. meletakkan dagu di atas bahunya lantas berkata perlahan - betul-betul di telinga beliau...

takpelah.. nanti Ta kawenlah dengan yang dah ada anak, kan senang.. lepas nikah terus ada anak

Terus mak naik hangin. HAHAHAHAHAHAHA~


# mana nak cari..

Friday, November 19, 2010

597: Mengalah


Sejak duduk dengan budak-budak ni, rasanya ada beberapa perkara pada aku yang dah mula berubah sket. Berubah tapi tatau laa berapa lama boleh tahan. Hahaha.

Perangai jangan-sesuka-ati-nak-sentuh-barang-aku memang dah lama daah dimaklumi oleh mak aku. Zaman aku remaja dulu (ok laa mengaku laa sekarang dah tak remaja dah :p wekkk) dan ada bilik sendiri, mak aku dah siap sound anak-anak buah aku bila diorang balik Melaka.

jangan usik barang Busu. kalau dia mengamuk kang, nenek tak masuk campo

Hahaha. Giler. Tapi aku takde laa setiap masa macam tu. Ikut moodlah. Kalau pandai usik, pastu pandai letak balik elok-elok, takde la aku bising sangat. Ni kang... haihhh. Sepah satu hal, siap hilang lagi tu memang saje laa. Gaknye sebab darah muda kot. Masa rumajaaaaa.. darah mudaaa... *nyanyi*

Sekarang.

... anak buah aku yang autisme tu perabih body lotion aku buat basuh montot dia, aku cool je
... anak buah yang pompan plak suruh tampal sticker kat henpon aku, aku cool je
... budak-budak ni abeskan anggur yang mak simpan untuk aku, aku cool je
... aku isi minyak kete pastu anak buah aku lenjan kete, aku cool je (ni sebab bapak dia yang tanggung so takleh la nak komplen hahah)
... anak buah yang pompan merengek nak beli tahpape guna duit aku, aku cool je
... bila ada yang liat nak bangun solat subuh sampai doploh lapan ratus kali aku kena kejut baru nak bangun, aku cool je (rasanya kalau dulu, ade yang dah makan hanger dah kot)

Eh. Boleh tahan penyabar gak aku ni eh.

blogger-emoticon.blogspot.com

Cite lain.

Malam tadi masa aku tengah iron baju, yang pompan ni dok mengadap sambil borak-borak.

busu, kawan Ainna pun ada busu gak hehehe
ye ke..
tapi busu dia lelaki
ooo..
busu dia pun tak kawen lagi ehehehe
iye..? muda lagi kot..
umo dia 30 ke 31 tah.. rasanya busu dia ensem sebab kawan Ainna tu lawa.. cam omputeh² sket

Motif budak ni cerita kat aku apakah? HAHAHAHAHAHA.

Cerita seterusnya. Biarlah terkubur dalam jiwa Durja Ningsun....

Tuesday, November 16, 2010

596: Satu hari di hari Sabtu..


Sabtu lepas, bermini gath dengan rakan-rakan sekolah rendah. Yang dua orang tu dah biasa laa jumpa.. wah biasa katanya. Macam laa rumah sebelah menyebelah kan. Takde laa.. at least dalam setahun tu mesti la jumpa. Cuma yang sorang lagi ni je ala-ala Jejak Kasihan. Aku pun tak ingatlah bila last jumpe makcik ni.

Memandangkan rerakan yang lain sengal semacam tak reti tengok event kat fb, akhirnya beberapa kerat manusia ni hanya follow je cadangan dak Rembo iaitu nongkrong ke Zoo Negara. Haha. Bagus gak. Memang aku teringin nak pegi pun memandangkan kali pertama dan terakhir aku ke zu itu adalah pada tahun 1991. Lama tu.

blogger-emoticon.blogspot.comSo inilah kami, seperti yang tertera di tubuh masing-masing akan namanya. Mamat-mamat yang biasa dijumpai gagal menghadirkan diri atas sebab kerja dan ada yang gagal dihubungi, ada yang malas dihubungi (dah last menet, malas aku). Begitu juga dengan mamat yang baru dijejaki di fb, pun gagal menghadirkan diri - sekaligus memusnahkan harapan aku untuk mengepaw beliau. Wahahahaha. Belum pape dah ada niat nak paw. Eh.. tapi member redha je, so.. ok la tu.

Tak lama pun huhahuha kat situ.. Banyak lagi urusan lain nak diselesaikan (konon).

Selamba tapirus je makcik ni pegi dekat-dekat burung tu ha. Aku dah menyongsong ke tepi jalan dah. Cuak ah. Dibuatnya kene kejau ke, kene patuk ke.. huhuhu. Rasanya aku ada pengalaman kena patuk dengan ayam kot? Eh.. itu jiran aku. Ke kene kejau angsa? Haaa.. yelah kot. Kene kejau angsa. Damn you angsa rascal.

Ke mana saja aku pergi. Aku memang suka cari spelling error. Ni kat Zoo Negara aku perasan satu. Ade ke PERINGAT? PeringKat laa weh..

blogger-emoticon.blogspot.com

Ok semua. Selamat Hari Raya Aidil Zafuan.. opss.. Aidiladha.. Sape tak puasa, tak boleh raya. Aku raya kat KL je..

blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, November 11, 2010

595: Jangan Pandang Belakang Sungai Congkak

air yang tenang jangan disangka tiada.. mistewiiiii~


blogger-emoticon.blogspot.com

Awal bulan aritu.. Sebelum Angah pegi haji, aku dan kekawan sekolah yang beberapa kerat ni dah set nak pegi mandi mande. Aku kata nak sungai gak! Mandi laut kang itam. Macam laa mandi sungai boleh putih ye. Ah... yang penting usaha untuk mengelak penggelapan kulit secara berganda tu ada. Jangan dipandang enteng okeh.

Letak gambaulah.

kami yang membabitkan diri secara tanaman berkelompok


Aktiviti pemanasan badan sebelum mandi adalah makan. Ini nasik lemak belang. Cik Rozan punya air tangan. Harap-harap tangan dia berbasuh la ye.. sedap!~ Makanan lain ada snap tapi gambau tak clear so malas nak tempek. Aku bawak sandwich belang je. Nothing spesel. Hehe.


Bapak sejuk!!!! Macam ada 15 juta kontena bawak ais terbalik masuk sungai. Ajer giler sejuk. Bak kata bidalan aku - masuk cawan C, keluar cawan A. Jangan nak elaborate kat sini ye, elaborate dalam hati je. Hahahaha.


Bodo giler gambau ni HAHAHAHAHA aku gelak dulu. Liana macam nak kata 'ko pehal mek meniarap dalam air ni, nak mampos?' kepada aku yang sedaya upaya nak basahkan sekujur badan dengan kadar segera. Macam siak aaaaaa gambau ni. Hahaha.


Tapak tangan pun itam. Toksah mintak la gambau belakang tapak tangan T__T tinted abes. Sian dorang... aku tak sangat. Gaknye sebab memang dah itam, so tak berapa nak terefek dengan kepanasan mentari pada hari kejadian.

Lepas mandi, makan. Lepas makan, tukau baju. Gi semayang, pastu cari port tengok wayang. Terlalu kat Leisure Mall, pegi tengok kat situ jelah. Takers. Best~

Itu je. Ayat penutup. Ermm.. Esok aku cuti. Itu saje. Hahahaha~

blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, November 09, 2010

594: Keramat - Shah Alam

ini bukan di Keramat, apatah lagi Shah Alam. si cantek tu? berada di kedua-dua kawasan secara terjadual dan tidak melibatkan osmosis berbalik

Salam semua..

Ok cerita sebenar, kenapa aku berulang dari Keramat ke Shah Alam. Sebenarnya, bukan Ude dan isteri je yang berpeluang menunaikan haji tahun ni, tapi Angah dan Kak Ngah pun dapat jugak :)

Makanya.. Seminggu ke dua mingggu tah sebelum Angah pegi, dia menyuarakan hasrat la.. supaya aku duduk di rumah dia untuk menonton anak-anak dia.. banyak laa kau punye menonton eh Masy! Untuk temankan diorang laa senang cakap. Mak pun akan datang dan temankan sekali. Ekcely anak-anak Angah sume dah besau pun.. paling kecik darjah 4 (aik sama sebaya aku masa mak abah tinggalkan untuk menunaikan haji gak dulu). Cumanya.. salah sorang daripada dorang ni autisme.. sape tatau autisme tu cemana rupe bentuknye, bawak-bawaklah gugel ye. Internet bukan sekadar digunakan untuk fesbuk, twitter dan blogging je. Hehehe.

Awal-awalnya dah tentu la aku berat hati. Bukan masalah nak temankan dorang ke apa (well... itu pun satu hal la), tapi aku mengenangkan kos perbelanjaan untuk travel pegi balik keje yang bakal terkorban tu.. haihh.. stress sorang-sorang gak la kejap. See. Benda macam ni bukan sesenang tu aku nak cite kat orang. Kot laa ade entiti yang terdetik dalam hati dan beranggapan aku berkira ke ape.. bodo tau!

Oleh kerana Angah aku bukan manusia tak bijak, maka dia pun memberi jaminan bahawasanya.. duit belanja untuk minyak kereta dan tol dia akan tanggung sepenuhnya. Malah mengarahkan aku supaya menggunakan kereta kakak ipau aku untuk pegi keje. Ah.. kete maivi auto noks.
blogger-emoticon.blogspot.com Ehek. Malunya saye. Dengan jaminan tersebut, aku setuju tanpa syarat. Heheh.

So.. begitulah rutin aku sekarang. Bangun pagi, siap-siap, antau anak buah gi sekolah, shoot lalu DUKE dengan kelajuan cahaya (kalau dari rumah Shah Alam, watpe yang ko nak besit sangat kan? bukan lalu highway pun hihi), tembus Tol Jalan Duta, kencang membelah highway NKVE dan Shah Alam pun terbentang depan mata. Pagi tak jem sangat.. tapi dapat tengok side yang jem, rasa bertuah banget la keje Shah Alam. Hehe.

Tapi dok jauh ni, ngantuklah.

blogger-emoticon.blogspot.com

Apepon, banyak gak laa hikmahnya duduk Keramat ni - bukan sebab Keramat tu. Sebab..

1. sebenarnya hubungan aku dengan anak-anak buah yang lain tak semesra macam aku dengan anak-anak Along. mebi sebab anak-anak Along tu duduk umah mak kot, sebab tu dah biasa. so.. dok sebulan dengan anak-anak Angah ni.. hopefully bole laa mesra-mesraan.. Busu tak garang, tapi Busu kerek sket. hahahaha

2. aku memang tak reti jalan KL T____________T sekarang ni pon blom pandai laa.. tapi kalau nak ajak pi Pavilion sekarang ni dah tau kot. dari Keramat laa tapi. dari Shah Alam, kene berguru dengan cikgugelmap iaitu Kak Ila. hahahaah

3. dapat tengok wayang kat tempat lain! HAHAAHAHAHAH! kot tak, asek laa Bukit Raja - Bukit Tinggi, tak pun OU, midveli. sekarang kat Wangsa Walk pulak. eleh tu pon nak bising. eh sukati laa.. aku memang jakun area ni. di luar lingkup kawasan jajahan aku. hehe

Patutnya kontrak aku tamat minggu depan. Kejap je patutnya. Tapi kesian plak. Ni kesian kat orang lain la. Ahhh malas laa nak cite. Takpe. Tak penting pun..

So.. moral of the story.. gunalah kereta auto dan smart tag untuk perjalanan jauh yang lancar. Sekian...~

Monday, November 08, 2010

593: Stwes. selagi tak jumpe, stwesss~

Salam sume!!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com

Pagi tadi, betul-betul kat muka pintu gate Smart Tag tu - baru aku perasan yang smart tag dalam kete tu takde kad! Kalau korang jadi aku, tak ke ko rasa macam nak terajang perut orang? Memandangkan hanya perut aku je yang available dalam kete pagi tadi, macam susah pulak nak terajang perut sendiri. Lagipun dah ade rasa macam nak menetas ni, bahaya kalau ditendang-tendang. Panjang pulak cerita nanti.

Haihhhhhhh.... aku paling benci kalau kebiasaan aku dikacau ganggu. Pantang Tok Monyet aku! Kalau aku dah biasa letak kat sini, boleh tak tangan tu jangan miang buluh pegi alih-alih? Kalau nak alih pun, jangan sampai menyusahkan aku nak trace balik mende tu ada kat mana. 3 bijik tol aku nak kene tempuh pagi-pagi weh.

Sejak bila plak kat Shah Alam ada tol?

Sebenarnya. Esok, genaplah seminggu aku berulang alik dari Keramat ke Shah Alam. Ni laa cadangnya nak cerita - apa, kenapa, bagaimana, berapa dan mengapa aku tetibe tershampak ke sanun. Tapi mood gua dah spoil neh, terus takde rasa nak cerita.

blogger-emoticon.blogspot.com

Teringat rumah Shah Alam.

Macamana laa keadaan rumah aku tu? Sampah buang ke tak agaknya. Sapu rumah ke tak agaknya. Mop ke. Sampah kalau tak buang memang melampau la tu. Sapu rumah dengan mop rumah.. aku macam tak penah nampak lagi sape-sape kat rumah tu mengemop rumah aku tu ha. Aterrr sume treat rumah tu macam rumah sewa, aku je yang layan beliau macam rumah sendiri - sebab dah memang rumah sendiri pun.



Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

Wednesday, November 03, 2010

592: Dry Heart

Semalam.

Setengah jam sebelum aku log-out, tetiba mamat tu buzz. Memula tanya pasal harga minyak yang dah naik. Lepas tu macam biasalah kalau dah dia yang startkan perbualan, mesti akan terdivert ke tempat lain.

blogger-emoticon.blogspot.com


Dah tatau nak komen ape dah. Lagipun tak payah komenlah kot kalau isu ni yang dok dibangkitkan. Hati gua tandus.

Tapi la. Kadang-kadang macam mana kita cuba buat tak tau pun, nun beribu batu nautika di dasar hati kompem akan terasa samting. Bak kata kak Erra Fazira, di dalam keberanian terusik jua perasaan. Hahahaha!! *tetibe gelak lak. hmm*

Dulu aku dah pernah bagitau dia. Kalau diberi pilihan, kompem aku takmo kawen dengan dia. Bukan sebab takde rasa, sebab aku ni kan second choice je. Tak dapat pun takpe kan? Tapi..

tapi.. jodoh ni sume di tangan Allah. kalau dah jodoh saye memang dengan awak, ngelak camne pun saye tetap gak kene kawen dengan awak. itu kalau kira ketentuan Ilahi la.. kalau ikut ketentuan saye, tak kuaser mak noks!


Enuff said?

Oh. Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa situasi di atas berlaku - di sini ingin baby jelaskan. Dia dah kawen ye. Dah ade anak sorang pun. Sila korek entry-entry lama untuk rentetan peristiwa yang lebih jelas. Aku malas nak korek kerana aku bukan kapal korek. Heheh~

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 01, 2010

591: Mana nak mula pun tak tau

Salam semua..

Banyaknya entry tertangguh. Lama-lama terus malas nak cerita. Cite sket²lah mana yang ada mood.


gambau² cilok kat fesbuk YPG. tindakan berdiri ni takde kene mengena dengan Aizad, sekian.

18 Oktober nan lalu. International Forum untuk Young Planners. Malaslah nak cite panjang, dah basi dah hehe. Oh.. aku tak bawak kamera masa ni, mana nak tau Aizad pun datang bagi speech. Deeemmmmmmmmmm~

Sape tak nampak aku kat atas tu, mak dia itam (tetibe. heheh)

23 Oktober. Ude pegi haji. Ude, abang nombor 3 yang banyak memantau aku di alam siber tanpa aku sedari dan aku bajet dia dah tau pun pasal blog ni T___T dan bila dah tau, aku percaya jugak yang SEMUA abang aku dah tau. Sekarang aku buat tindakanlah, tapi takleh cite kat sini :p

Ok pasal beliau pegi haji. Sebelum masuk mendaftar, macam biasa.. salam semua orang.. bila sampai kat aku, Ude peluk aku lama. Lama. Tapi tersenyap tanpa sebarang kata. Aku pun sama. Dalam hati ada banyak nak cakap.

Ude, jaga diri kat sana
Ude, nanti doakan orang eh
Ude
Ude
Ude (tau pasal blog orang eh? macamana boleh tau ni huhu)

Tapi semua terkubur dalam hati. Dalam pelukan dia yang panjang. Hati gua 'mute', tatau nak bagi komen apa.

Balik, dalam kereta mak cakap,

Ude tu sayang sangat kat adik dia ni, yelah adik pompuan sorang. Sama pulak tarikh lahir. Lagi la berganda-ganda sayang dia kat kau. Macam-macam dah dia buat, kau nanti jangan lupa plak..

Aku tak suka bila mak cakap macam ni. Sebab ia membuatkan aku terasa macam aku ni manusia lupa daratan pulak. Hmm~

Ok habis kat sini dulu. Takde nafsu nak update panjang-panjang. Tumpul.