Hati rabak, muka manis.
Macam susah, tapi macam senang jugak. Bergantung pada keadaan semasa la kot. Semuanya dalam keterpaksaan tapi kena yakinkan diri supaya ikhlas. Ikhlas ikhlas. Fuh susah betul nak ikhlas, rasa macam kena paksa pindah negara jiran je - macam tu lah metafora kesusahan tersebut.
Hati sakit. Tapi kena jaga mulut. Otak pun mula berfikir panjang. Eh tapi bab fikir panjang ni pun bergantung pada keadaan jugak. Biasalah.. ada masanya otak baru nak start fikir, mulut plak terlupa nak tarik hand break. Maka terlepaslah kata-kata yang kalau dapat disimpan, mesti cerita ni jadi satu episod je.
Dalam ruang kerja misalnya. Mungkin ada rakan sekerja yang bermulut puaka tanah. Yelah kata-kata tu lebih kepada bergurau, tapi bila dah terlebih pulak gelaknya - mula la otak nak menyerong. Kau ni apekhes?
Atau dengan rakan-rakan. Mungkin dalam tak sedar, ada kata-kata, ada tingkahlaku yang.. mungkin takde niat nak buat orang sakit hati. Tapi hati itu kan lebih kurang macam cuaca jugaklah - tak menentu, tak terduga.
Kot kalau yang ade boipren / gepren pun camtu gak. Sorang tengah marah, sorang lagi bukan reti nak pujuk (contoh laaa), lagi nak menambah marah. Pung pang pung pang baling barang. Haha.
Atau mungkin dengan ibu bapa, dengan keluarga. Yang ni lagi berat, lebih-lebih dengan mak bapak. Kot kalau adik-adik boleh la disound. Nak sound mak bapak? Nak masuk paper Metro??
Tak kena gaya, memang boleh bermasam muka. Silap-silap tak bertegur. Yelah mulut aku ni pun ada musimnya jugak. Bila puakanya keluar kejap lagi, ibu ibu bapak bapak janganlah terkejut pulak. Hantu belaan memang tak boleh tunjuk selalu, nanti mak mertua lari (mak mertua orang lain la.. bukan aku). Jadinya, baiklah aku membawa diri keluar dari scene yang tak memberi sebarang manfaat terhadap jati diri aku itu kan. Sebelum lidah tergelincir, sebelum suara bertukar ton, dan sebelum riak muka menjadi keruh.
Keluar.. bertenang. Tarik napas dalam-dalam, sedut semua oksigen dalam dunia ni. Takpe.. orang lain mati takpe, pandai la dorang cari padang bola ke ape ke nak dapatkan oksigen. Tutup mata rapat-rapat. Marah memang marah bila orang bercakap tanpa seposen pun memikirkan penerimaan kita. Tapi nak buat macamana. Kita pun kadang-kadang macam tu la kot. Celup muka dengan air gula, dengan coklat masakan segala (nak kasik muka manis balik), kat lidah pun letak jugak supaya ayat yang keluar lepas tu pun jadi manis.
Susahnya. Memaniskan muka di saat hati tengah kelemasan di tasik hempedu (WOW!! ayat power ganda 25 *petirrrrr*). Tapi kena buat jugak. Rasional, harap dapat mematikan emosional. Kita bukan budak rendah IQ. Kita ada darah satria. Darah perodua, proton, kelisa, viva, kancil dan inspira. Bercampur dalam DNA Malaysia Boleh yang berjiwa tabah! *dongak ke langit, tangan kanan di dada*
Mengalah tak bererti kalah.

Tapi team Malaysia! Jangan mengalah! Chaiyokkk malam ni!
Andai kata kami gugur semuaaaa
Taburlah bunga di atas pusaraaaa (pusara sape tatau la kan)
Kami mohon doaaaaa
Malaysiaaaa berjayaaaaaaaaaaaaa

korek idong tanda penghargaan.